Kertas Kerja Lapangan CTU241 PDF

Title Kertas Kerja Lapangan CTU241
Course Diploma Pengajian Perbankan
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 30
File Size 882.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 368
Total Views 500

Summary

UITM CAWANGAN JOHOR, KAMPUS SEGAMATCTU241 (ASAS EKONOMI ISLAM)KERTAS KERJA LAPANGANPERMASALAHAN KEWANGAN DAN TEKANAN MAHASISWAKETIKA PANDEMIK COVID-DISEDIAKAN OLEH :I. ADELINA BALQIS BINTI HUSAIN, KETUA KUMPULAN, 2020811754II. AIZATUL ADWAH BINTI SHAMSUDIN, AHLI KUMPULAN, 2020832952III. NURAKMAL NAD...


Description

UITM CAWANGAN JOHOR, KAMPUS SEGAMAT

CTU241 (ASAS EKONOMI ISLAM)

KERTAS KERJA LAPANGAN PERMASALAHAN KEWANGAN DAN TEKANAN MAHASISWA KETIKA PANDEMIK COVID-19

DISEDIAKAN OLEH : I.

ADELINA BALQIS BINTI HUSAIN, KETUA KUMPULAN, 2020811754

II.

AIZATUL ADWAH BINTI SHAMSUDIN, AHLI KUMPULAN, 2020832952

III.

NURAKMAL NADIA BINTI SALIMEE, AHLI KUMPULAN, 2020604524

IV.

NUR AIN NADHIRAH BINTI ADNAN, AHLI KUMPULAN, 2020625892

Kertas kerja lapangan dihantar kepada DR MOHAMAD ZAIM ISAMAIL dalam memenuhi sebahagian keperluan untuk CTU241 (ASAS EKONOMI ISLAM)

SEMESTER 3

SESI 2021-2022

1

ISI KANDUNGAN

Bil

Perkara

Muka Surat

1.0

Pengenalan

4

2.0

Objektif Kajian

5

3.0

Kajian Literatur

6 - 10

4.0

Metodologi, Dapatan dan Perbincangan 4.1 Metodologi

11

4.2 Instrumen Kajian

11

4.3 Keputusan dan perbincangan -

4.3.1 Bahagian A

12 - 13

-

4.3.2 Bahagian B

14 - 15

-

4.3.3 Bahagian C

16 - 18

-

4.3.4 Bahagian D

19 - 21

5.0

Rumusan, Kesimpulan dan Etika

22

6.0

Bibliografi/ Rujukan

23 - 30

2

PENDAHULUAN

Dunia kini mula memberikan tumpuan kepada masyarakat untuk menghadapi pelbagai masalah dan kekusutan hidup terutama sekali memberi penekanan kepada mahasiswa dan mahasiswi tentang permasalahan kewangan yang sering berlaku, lebih-lebih lagi ketika Pandemik Covid-19. Permasalahan kewangan ini terus menerus memberi impak yang besar kepada mahasiswa dan mahasiswi untuk menamatkan zaman pembelajarannya yang penuh cabaran tetapi mereka tidak mudah begitu sahaja untuk berputus asa kerana dalam ekonomi Malaysia kini terdapat pelbagai pinjaman yang telah disediakan oleh pihak kerajaan untuk memberi kemudahan dan meringankan beban sesetengah pelajar melangsaikan hutang dan bayaran yang diperlukan. Walaupun sistem ekonomi Islam telah lama wujud, tetapi ia baru sahaja melalui zaman kenaikannya. Apa jua rintangan dan cabaran yang datang kepada kehidupan kita, sebaliknya kita perlu menerimanya sebagai suatu ujian untuk kita ketika sedang berjihad di jalan Allah SWT sekiranya ingin memperoleh kejayaan dalam hidup mahupun akademik.

3

1.0 PENGENALAN

Dalam meniti arus kemodenan ini, sesetengah masyarakat terutamanya golongan mahasiswa memprotes dengan peningkatan kos sara hidup mereka di bandar mahupun luar bandar. Ini boleh dilihat apabila mahasiswa yang menyambung pelajarannya di sebuah Universiti, Kolej atau Politeknik merasai kehangatan tentang peningkatan kos sara hidup mereka di kampus mahupun di rumah sewa yang didiami. Lebih-lebih lagi sekiranya mahasiswa tersebut mempunyai jumlah adik-beradik yang ramai yang sedang bersekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan sebagainya. Walaupun mereka tidak senasib dengan jumlah isi rumah keluarga yang senang, status sebagai seorang mahasiswa juga perlu diambil kira supaya mereka lebih disiplin bagi mencapai keputusan yang memuaskan. Bukan itu sahaja, sebagai seorang mahasiswa mereka juga perlu perhatian daripada agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk menaja dan memberi bantuan pinjaman terhadap kos pembelajaran mereka. Hal ini demikian kerana, jika tiada satu pun bantuan yang diterima oleh mahasiswa, ia akan memberi penekanan yang tinggi seperti stres, mengalami tekanan mental dan fizikal, tertekan sehingga kekurangan tidur yang mencukupi dan lebih teruk lagi ingin memberhenti menyambung pelajaran mereka pada pertengahan sem. Disini ia akan berlaku suatu pembaziran masa dan tenaga juga kewangan yang telah diguna pakai oleh mahasiswa tersebut. Jika dilihat kepada aspek yang menyempal kepada pencapaian akademik pelajar, taraf lingkungan masyarakat akan menjadi aspek yang mustahak kerana ia melibatkan pengurusan kewangan yang mana ia akan mempengaruhi pelajar sama ada mereka bersemangat atau tidak bersemangat untuk menguasai ilmu pengetahuan.

4

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap masalah kewangan dalam kalangan pelajar universiti, amalan pengurusan kewangan pelajar dan tekanan yang dihadapi sehingga memberi kesan kepada proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana, masalah ini sering dapat dilihat berlaku di kalangan pelajar univerisiti kerana mereka gagal dalam memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam untuk menguruskan kewangan dengan baik lebih-lebih lagi sewaktu pandemik Covid-19 ini dimana terdapat isi rumah yang amat terkesan daripada kejadian ini. Sewaktu penutupan dan penyekatan yang dilakukan di Malaysia, lebih daripada sebahagian rakyat Malaysia telah hilang sumber kewangan mereka. Selain itu, kajian ini adalah untuk meneliti tindak-tanduk pelajar universiti tentang cara mereka merancang serta mengurus kewangan mereka. Dengan ini, kita dapat melihat sama ada seseorang pelajar itu mempunyai kemahiran atau pengetahuan yang perlu dimiliki untuk menguruskan kewangan dengan baik mahupun tidak melalui kajian yang dilakukan. Pelajar universiti adalah merupakan golongan yang amat mudah untuk terdedah kepada pengurusan kewangan yang kurang bijak. Pengurusan kewangan yang lemah boleh mencetuskan masalah kewangan dan tekanan kepada pelajar-pelajar universiti. Jadi, kajian ini dapat mengenal pasti sama ada para pelajar universiti terkesan ataupun tidak sewaktu berlakunya pandemik Covid-19 ini. Oleh hal yang demikian, kajian ini adalah sangat penting untuk memastikan sama ada para pelajar universiti mempunyai masalah dalam menguruskan kewangan serta mengalami tekanan ataupun sebaliknya.

5

3.0 KAJIAN LITERATUR 3.1- Artikel 1 Menurut lembaran akhbar yang bertajuk “Universiti patut pergiat usaha bantu kebajikan mahasiswa” yang ditulis oleh Nurul Syahirah Jasmi pada Mei, 2018 menunjukkan bahawa kewangan sangat berkait rapat dengan pelajar universiti. Ini kerana, pelajar tidak mempunyai sumber kewangan peribadi mereka sendiri, jadinya sumber utama yang kerap digunakan oleh pelajar ialah pinjaman PTPTN. Disini dinyatakan bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah banyak membantu pelajar untuk mendapat akses pendidikan tinggi sejak tahun 1997 lagi. PTPTN amat membantu lebih lebih lagi soal yuran pengajian dan menampung juga kos perbelanjaan harian. Ada kalanya, sesetengah daripada mereka terpaksa berkorban menahan lapar akibat pinjaman PTPTN yang tidak mampu untuk menampung kos sara hidup di universiti. Wujud pelbagai urusan yang perlu menggunakan wang seperti duit belanja makan harian, duit fotokopi untuk kertas kerja serta buku-buku latihan dan buku ilmiah. Kesan negatif kepada pelajar kadangkala memberi kesan kepada pencapaian pendidikan pelajar. Perkara ini dikhuatiri terjadikernan peningkatan kos sara hidup yang semakin giat meningkat. Sesetengah pelajar ada yang tidak mampu menampung pembelajaran harian oleh kerana mempunyai masalah kewangan yang mengakibatkan pembelajaran terganggu. Beberapa university juga menjalankan berbagai-bagai inisiatif bagi membantu pelajar yang dibelenggu masalah kewangan ini. Dari sini, kita mendapati bahawa sememangnya tahap stress pelajar sangatlah berkait rapat dengan pengurusan kewangan pelajar itu sendiri. Pelajar sepatutnya berwaspada dengan urusan kewangan kerana kita tidak boleh sesuka hati membuat transaksi terhadap sesuatu yang tidak bermanfaat. Para pelajar sepatutnya didedahkan dengan pengurusan kewangan sejak dari kecil lagi. 1

1

Berita Harian, https://www.bharian.com.my/rencana/surat-pembaca/2018/05/426302/universiti-patut-pergiat-usaha-bantukebajikan-mahasiswa (Diambil pada 1 Disember 2021)

6

3.2- Artikel 2 Dalam dunia yang semakin moden ini, kita tidak akan terlepas daripada pelbagai cabaran kehidupan yang semakin kompleks. Oleh itu, timbul persoalan sama ada pelajar dapat menghadapi konflik ekonomi yang merupakan konflik dalam pengagihan pendapatan dan perbelanjaan semasa keseluruhan proses pembelajaran dalam kegawatan ekonomi. Ini menjadi semakin penting apabila pelajar sering merasakan keperluan mereka semakin meningkat, walaupun elaun, biasiswa atau pinjaman tidak meningkat setiap tahun pada masa itu sehingga menyebabkan perbelanjaan meningkat. Selain itu, kenaikan harga barang keperluan asas juga memberi impak yang besar kepada mereka yang masih bergelar pelajar, kerana rata-rata golongan ini tidak mempunyai pendapatan sendiri. Sebenarnya, konflik kewangan sebegini disebabkan oleh kekurangan pengetahuan pengurusan kewangan pelajar dan kekeliruan dalam mengenal pasti keperluan atau item yang dikehendaki. Bagi pelajar yang mempunyai pengetahuan pengurusan kewangan, kebanyakan mereka tidak akan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam pengurusan kewangan. Ini kerana apabila sebilangan kecil pelajar berasa jauh daripada keluarga, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa pengawasan termasuk perbelanjaan harian yang melampau. Pada masa yang sama, elaun enrolmen setiap semester turut dibelanjakan oleh pelajar tidak perlu mengetepikan dana untuk keperluan akademik dan kesihatan. Sebaliknya, mereka membelanjakan wang mereka untuk hiburan, seperti menonton wayang dan bercuti bersama rakan-rakan. Selain itu, kajian menunjukkan bahawa salah satu punca tekanan pelajar adalah disebabkan masalah kewangan. Pelajar sering terasa berlari dan sentiasa bimbang, yang akhirnya mencetuskan ketegangan dalaman. Pengurusan kewangan yang tidak baik juga boleh menyebabkan pelajar mengalami tekanan psikologi dan , yang menyebabkan kurang tidur, sakit, kemurungan, cepat marah dan sering kesunyian . Walau bagaimanapun, tidak semua orang mempunyai gejala walaupun mereka menghadapi masalah besar seperti masalah kewangan, mereka masih mempunyai mentaliti ini. Ini kerana setiap orang akan mempunyai daya tahan tekanan yang berbeza. Sebagai contoh, bagi pelajar yang bermotivasi tinggi, apabila dia m 2enghadapi masalah, pelajar juga akan bertanya soalan itu sebagai pendorong kejayaan.

2

Jurnal Pengguna Malaysia , https://macfea.com.my/wp-content/uploads/2020/12/JPM-29-December-2017-article-5.pdf, (Diambil pada 1 Disember 2021)

7

3.3- Artikel 3 Di Malaysia, penyelidikan mengenai kewangan dan pengurusan perbelanjaan, terutamanya untuk pelajar universiti, adalah terhad. Ini kerana isu penumpuan kepada peranan pengguna muda merupakan isu yang sangat baru. Kajian itu merumuskan bahawa tahap celik kewangan pelajar kolej Malaysia adalah rendah, dan tahap celik kewangan ini berkaitan dengan status kaum, pengalaman pengguna zaman kanak-kanak, dan sama ada menerima pendidikan di institusi awam atau berbayar. Kajian yang sama juga merumuskan bahawa literasi kewangan mempunyai hubungan yang signifikan dengan keberkesanan pengurusan dana. Kajian itu turut memberikan fokus yang sama, menunjukkan situasi sebaliknya.Mereka mendapati pelajar yang mempunyai tahap celik kewangan yang tinggi dikaitkan dengan hutang kad kredit yang tinggi. Penyelidikan memfokuskan kepada hubungan antara status kewangan pelajar kolej dan faktor pendidikan. Sebahagian daripada hasil kajian mendapati responden yang mempunyai status kewangan yang lemah secara langsung akan menjejaskan prestasi akademik mereka. Satu lagi bahagian hasil penyelidikan mendapati bahawa faktor celik kewangan tidak ada kaitan dengan kesejahteraan kewangan, tetapi mempunyai hubungan langsung dengan tabiat atau tingkah laku kewangan. Daripada kajian di atas dapat disimpulkan bahawa isu kewangan berkait rapat dengan tingkah laku pengguna. Ini juga berkaitan dengan faktor kesedaran yang rendah. Dalam kajian mereka, mereka mendapati apabila pelajar baru memasuki universiti, kebanyakan mereka mempunyai tahap pengetahuan kewangan yang rendah. Mereka sering melakukan kesilapan dalam pengurusan kewangan dan terdedah kepada tekanan kewangan. Perbelanjaan adalah bahagian penting dalam pengurusan kewangan. Bagi menentukan corak penggunaan pelajar kolej, data tinjauan dikumpul secara bukan rawak melalui tinjauan telefon. Hasil kajian menunjukkan faktor demografi seperti pengkelasan pelajar berdasarkan tempoh pengajian mereka (baru dan lama), jantina, dan tempat tinggal mempunyai hubungan yang signifikan dengan corak penggunaan pelajar. Kajian itu mendapati bahawa berbanding pelajar baru, pelajar yang lebih tua membelanjakan sebahagian besar wang mereka untuk hiburan, makanan dan barangan runcit. Berbanding pelajar perempuan yang membeli buku dan alat tulis, pelajar lelaki lebih cenderung menggunakannya untuk hiburan. Pelajar yang tinggal di luar kampus membelanjakan dua kali lebih banyak untuk hiburan, makanan dan barangan runcit berbanding pelajar yang tinggal di kampus.3

3

Management Research Journal, https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1363/976, (Diambil pada 1 Disember 2021)

8

3.4- Artikel 4 4

Beberapa kajian berkaitan literasi kewangan pelajar mendapati bahawa literasi kewangan

mempunyai sumbangan yang positif dan signifikan kepada tingkah laku kewangan. Penyelidikan menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai celik kewangan yang tinggi mempunyai tingkah laku kewangan yang baik, dan pelajar yang celik kewangan yang rendah cenderung untuk membeli barangan dan perkhidmatan mengikut kehendak mereka sendiri. Pendidikan ekonomi atau kewangan memainkan peranan penting dalam mengubah tingkah laku kewangan pelajar, seperti menyimpan wang untuk masa depan. Dalam penyelidikan mereka, mereka menunjukkan perbezaan antara pengetahuan subjektif dan objektif dalam tingkah laku kewangan. Mereka percaya bahawa pengetahuan kewangan objektif memainkan peranan penting dalam mengurangkan tingkah laku kewangan berisiko melampau dalam kalangan pelajar. Kajian terhadap mahasiswa dari tiga universiti di Sri Lanka mendapati tahap celik kewangan pelajar berada pada tahap sederhana. Hasil penyelidikan juga menunjukkan bahawa celik kewangan bukan sahaja mempengaruhi tingkah laku kewangan, tetapi juga merupakan penunjuk status kewangan peribadi. Pada masa yang sama, kajian terhadap 11 universiti awam dan swasta mendapati sebilangan besar pelajar mempunyai tahap tingkah laku kewangan yang rendah. Ini kerana lebih separuh daripada mereka tidak menyimpan wang apabila menerima biasiswa atau pinjaman pendidikan. Bukan itu sahaja, tahap celik kewangan mereka juga ada kaitan dengan pengurusan kewangan peribadi, simpanan, pelaburan, insurans, dan lain lain. Berdasarkan kepada perbincangan terhadap beberapa buah kajian lepas, hipotesis untuk kajian ini terdapat hubungan yang positif dan signifikan di antara literasi kewangan dan juga gelagat kewangan dalam kalangan pelajar universiti.

4

INSORPAD 2020, http://repo.uum.edu.my/28016/1/INSORPAD%202020%20520%20528.pdf, (diambil pada 2 Disember 2020)

9

3.5- Artikel 5 Sebelum memasuki alam pekerjaan yang mencabar, pelajar perlu menguasai kemahiran pengurusan kewangan ini. Selepas tamat pengajian dan mula bekerja, komitmen kewangan mereka akan meningkat terutama apabila mereka mula memohon pelbagai bentuk pinjaman, seperti pinjaman kereta, pinjaman peribadi, kad kredit, dan pinjaman perumahan. Bagi mereka yang mempunyai celik kewangan yang rendah, hutang yang berat sudah pasti menjadi masalah utama dalam kehidupan. Bagi orang yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran kewangan peribadi, situasinya berbeza. Oleh itu, mengurus dana pinjaman pendidikan merupakan salah satu cara yang berkesan untuk pelajar mempelajari cara mengurus sumber kewangan mereka yang terhad. Ini termasuk persoalan bagaimana wang mereka diagihkan, ke mana wang itu dibelanjakan, dan bagaimana wang itu digandakan. Dua kemahiran asas pengurusan kewangan peribadi yang penting di sini ialah soal menyediakan belanjawan dan merekod perbelanjaan. Jelas di sini bahawa mengurus dana pinjaman pendidikan adalah untuk melatih pelajar (pengalaman praktikal), dan seterusnya menguruskan pendapatan mereka daripada pekerjaan selepas tamat pengajian. Empat tahun pengalaman kampus adalah masa yang cukup untuk pelajar mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan kewangan peribadi mereka. Menjadi tanggungjawab pelajar untuk menguruskan sumber kewangan mereka dengan bijak dan berhemah. Ini secara tidak langsung dapat mengelakkan mereka daripada menghadapi masalah kewangan di kampus yang akhirnya menjejaskan prestasi akademik mereka. Pelajar yang bijak mengurus kewangan biasanya mempunyai prestasi akademik yang baik. Amalkan kehidupan sederhana, ubah gaya hidup, dan jadikan pengurusan kewangan yang betul sebagai budaya kehidupan pelajar. Adalah disyorkan agar pelajar belajar menguruskan pinjaman pendidikan yang mereka terima dengan secermat mungkin. Ini kerana kebolehan pelajar menguruskan kewangan dengan bijak semasa pengajian akan membantu mereka membayar balik pinjaman PTPTN selepas tamat pengajian. Ini menghalang mereka daripada dimasukkan ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat Sistem Maklumat. 5

5

Jurnal Pengguna Malaysia, http://macfea.com.my/wp-content/uploads/2019/01/Artikel-Mahasiswa-dan-Pinjaman-Pendidikan-MACFEA.p df, (diambil pada 2 Disember 2021)

10

4.0 METODOLOGI, DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Metodologi Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti permasalahan kewangan pelajar dan kesannya terhadap tekanan yang dihadapi. Kajian ini melibatkan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kajian ini dilakukan bersama 100 orang responden berdasarkan persampelan (iaitu pelajar UiTM sahaja yang terlibat). Kajian ini berbentuk deskriptif dan diperolehi melalui borang soal selidik berbentuk google form.

4.2 Instrumen Kajian Kajian berbentuk tinjauan melalui borang soal selidik (google form) telah dilaksanakan secara atas talian. Kami mengedarkan borang soal selidik ini melalui sosial media masing-masing iaitu di laman whatsapp, instagram, dan juga telegram. Di sini, responden sendiri perlu menjawab satu set borang soal selidik yang dijadikan sebagai alat utama untuk mengumpul

maklumat

tentang

amalan

pengurusan

kewangan,

tekanan

dalam

mengendalikan proses kewangan dan kesan tekanan terhadap proses pembelajaran. Oleh kerana populasi kajian adalah sekurang-kurangnya melebihi 100, maka kami memilih kesemua responden dalam kajian ini. Borang soal selidik ini mempunyai empat bahagian. Bahagian A iaitu demografi responden manakala bahagian B pula mempunyai sebanyak 6 soalan berkaitan amalan pengurusan kewangan. Bahagian C merupakan soalan berkaitan tekanan dalam mengendalikan proses kewangan dan yang terakhir bahagian D yang menyediakan soalan tentang kesan tekanan terhadap proses pembelajaran.

11

4.3 Keputusan Dan Perbincangan

4.3.1 BAHAGIAN A : DEMOGRAFI RESPONDEN Bahagian ini diwujudkan untuk melihat secara keseluruhan profil responden. Jadual 1 di bawah memapakarkan analisis frekuensi (kekerapan) dan peratusan bagi responden iaitu seramai 100 pelajar UiTM.

Jadual 1 : Latar Belakang Responden Kekerapan

Peratusan

Lelaki

24

24 %

Perempuan

76

76 %

17-20 tahun

81

81 %

21-24 tahun

14

14 %

25 dan ke atas

5

5%

Diploma

77

77 %

Asasi

6

6%

Ijazah Sarjana Muda

15

15 %

Lain-Lain

2

2%

Tahun 1

13

13 %

Tahun 2

37

37 %

Tahun 3

38

38 %

Tahun 4

6


Similar Free PDFs