Kesalahan Tubuh Badan Berdasarkan Kanun Keseksaan PDF

Title Kesalahan Tubuh Badan Berdasarkan Kanun Keseksaan
Author Mohammad Amiruddin Hamdan
Course Komunikasi Dalam Kumpulan Kerja
Institution Universiti Utara Malaysia
Pages 2
File Size 57.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 629
Total Views 703

Summary

KESALAHAN TUBUH BADAN : CEDERABab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan kesalahan tubuh badan bagi kategori cedera. Kesalahan tubuh badan cedera termasuk cedera parah. Cedera dapat ditafsirkan sebagai kesalahan yang dilakukan keatas tubuh badan atau harta seseorang. Menurut seksyen 31...


Description

KESALAHAN TUBUH BADAN : CEDERA Bab ini akan membincangkan perkara yang berkaitan dengan kesalahan tubuh badan bagi kategori cedera. Kesalahan tubuh badan cedera termasuk cedera parah. Cedera dapat ditafsirkan sebagai kesalahan yang dilakukan keatas tubuh badan atau harta seseorang. Menurut seksyen 319 kanun keseksaan cedera ditakrifkan sebagai menyebabkan kesakitan, penyakit atau kelemahan kepada tubuh badan seseorang. Manakala seksyen 323 kanun keseksaan pula menyatakan bahawa apabila seseorang melakukan kesalahan tubuh badan yang menyebabkan cedera ke atas seseorang akan dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai setahun, denda sebanyak RM2000 atau kedua-duanya. Di dalam kanun keseksaan yang berkaitan dengan kesalahan cedera seksyen yang terlibat adalah seksyen 324, seksyen 327, seksyen 328, seksyen 330, seksyen 332 dan seksyen 337. Seksyen 324 adalah perkara yang berkaitan dengan kecederaan yang dilakukan dengan menggunakan senjata atau benda yang berbahaya dan kesalahan itu boleh dikenakan hukuman penjara yang boleh sampai 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada dua hukuman tersebut. Bagi seksyen 327 pula adalah yang berkaitan dengan mendatangkan kecederaan dengan tujuan untuk memeras harta dari seseorang yang boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun, denda atau sebatan. Seksyen

328

adalah

berkaitan

dengan

mendatangkan

kecederaan

dengan

menggunakan racun yang boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda. Manakala, seksyen 330, seksyen 332 dan seksyen 337 adalah berkaitan dengan hukuman yang boleh dikenakan kepada kesalahan yang dilakukan keatas tubuh badan seseorang yang menyebabkan cedera. Kesalahan yang berkaitan dengan cedera juga termasuk kecederaan yang boleh menyebabkan cedera parah keatas tubuh badan seseorang, di mana perkara akan dibincangkan dalam seksyen 306, seksyen 329, seksyen 331, seksyen 333, seksyen 335 dan seksyen 338 dalam kanun keseksaan.

Cedera parah adalah kecederaan yang menyebabkan seseorang itu termasuk mati pucuk, hilang penglihatan, hilang pendengaran, hilang anggota atau sendi, lemah daya upaya dan cacat bahagian kepala dan muka. Hukuman bagi kesalahan yang dilakukan adalah penjara yang boleh sampai tujuh tahun dan denda. Seksyen 306 membincangkan perkara yang berkaitan dengan cedera parah yang dilakukan dengan menggunakan senjata yang boleh dihukum penjara selama tempoh 20 tahun, denda atau sebat. Seksyen 329 dan seksyen 331 adalah membincangkan kesalahan cedera parah dengan pemerasan terhadap harta dan pemerasan pengakuan yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda atau sebat. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa, kesalahan tubuh badan yang berkaitan dengan cedera boleh dikenakan hukuman yang berat iaitu pemenjaraan sehingga 20 tahun, denda dan sebat. KESALAHAN TUBUH BADAN : KEKERASAN JENAYAH DAN SERANGAN Bahagian ini akan membincangkan isu yang berkaitan dengan kekerasan jenayah yang terlibat dalam kesalahan tubuh badan. Dalam kanun keseksaan seksyen yang terlibat adalah seksyen 349 sehingga seksyen 357. Seksyen 349 merupakan seksyen yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan kekerasan atau lebih kepada definisi kekerasan. Kekerasan dapat ditakrifkan sebagai suatu gerakan, perubahan gerakan atau hentian gerakan kepada seseorang yang lain. Kekerasan yang dilakukan boleh juga menyebabkan gangguan pada perasaan seseorang. Tiga perkara yang dapat dijelaskan bagi kekerasan iaitu dengan menggunakan daya tubuh badannya sendiri, dengan melakukan sesuatu kepada benda dan yang terakhir adalah dengan mendorong atau menggunakan haiwan untuk melakukan kekerasan....


Similar Free PDFs