Hukum kanun pahang DOCX

Title Hukum kanun pahang
Author Azah Halimah Ramli
Pages 27
File Size 45.3 KB
File Type DOCX
Total Downloads 633
Total Views 918

Summary

Pendahuluan Dalam penulisan sejarah yang menjadi bahan atau sumber ialah hasil naskhah Melayu sebagai rujukan. Ini termasuklah karya yang bersifat sastera sejarah seperti Sejarah Melayu dan hasil sastera undang-undang seperti Undang-Undang Melayu Lama, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Kedah dan U...


Description

Pendahuluan Dalam penulisan sejarah yang menjadi bahan atau sumber ialah hasil naskhah Melayu sebagai rujukan. Ini termasuklah karya yang bersifat sastera sejarah seperti Sejarah Melayu dan hasil sastera undang-undang seperti Undang-Undang Melayu Lama, Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Kedah dan Undang-undang Pahang. Selain itu, terdapat juga naskhah yang berbentuk hikayat seperti hikayat Merong Mahawangsa, salasilah seperti salasilah Melayu dan Bugis, akhbar seperti Bintang Timur, surat seperti dari Adjeng Kartini kepada sahabat di Belanda. Naskhah-naskhah Melayu lama yang bercorak sejarah ini diambil atau digunakan oleh para pengkaji dalam membuat kajian hal ehwal masa lalu dengan merujuk dan meneliti sesuatu peristiwa yang lampau menerusi bahan dokumentasi lalu mentafsirkannya. Pelbagai undang-undang bertulis tradisional Melayu iaitu bersifat kenegerian telah muncul sejak zaman pemerintahan dahulu lagi. Kewujudan undang-undang Melayu ini adalah hasil daripada perkembangan hukum adat yang dapat dilihat melalui karya-karya tradisional atau klasik. Bagi pemerintah untuk melaksanakan pentadbiran pada zaman dahulu keperluan undang-undang bertulis mempunyai beberapa kepentingan. Bukan sahaja dapat memberi gambaran kepada masyarakat kini tentang keadaan seperti sistem pemerintahan, pentadbiran, susunan masyarakat malah mencerminkan corak pemikiran masyarakat Melayu pada ketika itu. Undang-undang bertulis dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang bersifat negeri atau darat dan undang-undang bersifat pelabuhan atau laut. Undang–undang bersifat negeri adalah seperti Hukum Kanun Pahang, Hukum Kanun Melaka, Hukum Kanun Kedah dan Hukum Kanun 99 Perak. 1...


Similar Free PDFs