Kurikulum PERMATA Negara PDF

Title Kurikulum PERMATA Negara
Author Suhaimi Razaly
Pages 160
File Size 3.8 MB
File Type PDF
Total Downloads 384
Total Views 612

Summary

SeƟap Anak PERMATA Negara 1 KURIKULUM PERMATA NEGARA ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 0 – 4 TAHUN Kurikulum PERMATA Negara 2 SeƟap Anak PERMATA Negara Cetakan Pertama, November 2008 Hak Cipta c NCDRC, UPSI ISBN 983-3759-41-5 Cetakan Kedua, Januari 2010 Hak Cipta c Bahagian Pendidikan Awal Kanak-K...


Description

1

SeƟap Anak PERMATA Negara

KURIKULUM PERMATA NEGARA

ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 0 – 4 TAHUN

Kurikulum PERMATA Negara

2

SeƟap Anak PERMATA Negara

Cetakan Pertama, November 2008 Hak Cipta c NCDRC, UPSI ISBN 983-3759-41-5

Cetakan Kedua, Januari 2010 Hak Cipta c Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri ISBN 978-983-43953-1-5

Cetakan Ketiga, Januari 2013 Hak Cipta c Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri ISBN 978-967-0493-34-3

Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada bahan ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran secara bertulis daripada Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), Jabatan Perdana Menteri

Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA) Jabatan Perdana Menteri, W101, Aras 1, Blok 3440, Enterprise Building1, Jalan Teknokrat 3, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Tel : 03-83194000 Faks: 03-83194001/03-83188645 Web : http:/www.permata.jpm.my

Kurikulum PERMATA Negara

3

SeƟap Anak PERMATA Negara

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Majlis Pelaksanaan Program PERMATA yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di atas sokongan dan kepercayaan berterusan yang diberikan kepada kami untuk menghasilkan dokumen Kurikulum PERMATA Negara ini. Kami amat menghargai keperihatinan dan komitmen kerajaan dalam usaha menambahbaik Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (Early Childhood Education and Care) di Negara ini. Syabas diucapkan kepada Y.A.B. Dato’ Sri kerana telah mengambil langkah positif dan proaktif memastikan pewaris generasi bangsa dan modal insan Negara pada masa hadapan mendapat pendidikan awal yang terbaik. Ini semua telah termaktub dalam Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan yang telahpun diluluskan oleh kerajaan pada tahun 2008. Penggerak utama Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak di Malaysia, sehingga tercetusnya Program PERMATA Negara ini ialah Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah binti Mansor, isteri Perdana Menteri sendiri. Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri telah berterusan terlibat secara langsung demi memastikan Program PERMATA Negara dapat dilaksanakan dengan jayanya. Dalam masa yang singkat, Program PERMATA Negara telah dilaksanakan secara berperingkat di seluruh Negara, dan telah memberikan peluang kepada kanak-kanak, khususnya dari luar bandar dan dari keluarga berpendapatan rendah untuk mengikuti pembelajaran awal yang berkualiti dalam suasana yang kondusif dan ceria. Kurikulum PERMATA Negara yang mengintegrasikan aspek pengasuhan dan pendidikan adalah satu usaha yang tepat untuk menyediakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak yang menyeluruh khusus untuk kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Penekanan kepada amalan bersesuaian dengan tahap perkembangan, kebolehan dan keunikan individu kanak-kanak adalah suatu pendekatan yang sangat baik dan selaras dengan amalan pendidikan awal yang berkualiti yang dilaksanakan di seluruh dunia. Menggunakan kaedah bermain sebagai asas kepada semua aktiviti pembelajaran adalah cara terbaik dan menyeronokkan kepada kanak-kanak. Fitrahnya, kanak-kanak sentiasa belajar melalui bermain kerana melalui bermain mereka akan: meneroka, ingin tahu, bertanya, mencuba dan mengeksperimen apa-apa sahaja yang terdapat di persekitaran mereka. Kurikulum PERMATA Negara tidak hanya menekankan aspek pembangunan intelek, tetapi memberi penekanan yang besar kepada pembinaan sahsiah, sosioemosi dan kerohanian kanak-kanak. Di samping itu kurikulum ini juga telah mengambil kira aspek pengasuhan penting daripada Kurikulum Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK), Jabatan Kebajikan Masyarakat dan telah mendapat input berhubung kesihatan dan pemakanan bagi bayi dan kanak-kanak dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Penggubalan kurikulum ini adalah lengkap dan bersifat holistik. Adalah diharapkan para pendidik akan melaksanakan kurikulum ini dengan sebaiknya, kerana merekalah peneraju utama yang

Kurikulum PERMATA Negara

4

SeƟap Anak PERMATA Negara

akan menentukan kejayaan usaha murni ini. Keberkesanan pelaksanaan kurikulum ini bergantung sepenuhnya kepada pendidik yang akan mengimplementasinya bersama kanak-kanak. Adalah diharapkan segala usaha dan tenaga yang telah dicurahkan dalam menggubal kurikulum ini akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak, khususnya, dan Negara, amnya, dengan komitmen dan keprihatinan tinggi pendidik. Sekalung penghargaan juga disampaikan kepada Ahli Majlis Pelaksanaan Program PERMATA, Ahli Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA dan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program PERMATA di atas segala sumbangan idea dan sokongan yang diberikan. Rakaman terima kasih juga kepada Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kurikulum dan Penyelidikan PERMATA Negara, Pusat Penyelidikan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (NCDRC), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Kesihatan Malaysia, semua agensi kerajaan, badan-badan bukan kerajaan dan individuindividu professional lain yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penggubalan dan penerbitan dokumen Edisi Ketiga Kurikulum PERMATA Negara ini.

Majlis berseri gilang-gemilang Di tambah seri aluan gendang Budi dan jasa dikenang-kenang Sumbangan diberi tidak kan hilang

TERIMA KASIH 1 Oktober 2012

Kurikulum PERMATA Negara

5

SeƟap Anak PERMATA Negara

PRAKATA

“Setiap anak perlu diberikan permulaan hidup yang terbaik (the best starts in life), maka dengan itu lahirlah konsep Setiap Anak PERMATA Negara”

Assalamualaikum WBT, dan Salam Sejahtera,

Sesungguhnya, dalam membangunkan modal insan Negara, pendidikanlah wadah utamanya. Pada hakikatnya, masa hadapan sesebuah Negara bergantung kepada pembangunan modal insan yang berkebolehan. Dari itu, pembangunan modal insan haruslah dimulakan pada peringkat awal kerana proses perkembangan mental dan emosi serta pemupukan nilai-nilai murni dan kemahiran berkembang dengan begitu cepat dalam tempoh tersebut. Ingatan saya masih segar di mana 5 tahun yang lalu saya bersama-sama beberapa orang profesional, profesor, pendidik, pakar perubatan, pegawai polis, peguam, pegawai-pegawai kerajaan membincangkan permasalahan dan gejala sosial di Negara ini. Kami penuh yakin sekiranya anak-anak kecil telah diasuh dengan nilai-nilai murni, mereka akan mempunyai asas peribadi yang baik serta kukuh untuk membesar menjadi remaja bersifat mulia. Akhirnya kami sepakat bahawa salah satu strategi jangka panjang yang berupaya menangani masalah sosial dan sebagai langkah awal membina modal insan Negara ialah dengan memberikan setiap kanak-kanak yang lahir di bumi bertuah ini permulaan hidup yang terbaik atau “the best starts in life”. Pembentukan nilai diri sebagai insan yang cemerlang seharusnya dimulakan sejak awal dan lebih berkesan jika dilakukan sejak lahir lagi. Mereka seharusnya diberikan persediaan yang secukupnya dari segi perkembangan mental, rohani, sosial dan fizikal. Umpama kata pepatah Melayu, “Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Persediaan yang bersesuaian dengan perkembangan mental, emosi dan fizikal mereka akan memastikan mereka akan berupaya membesar secara positif. Inilah sebenarnya intipati kepada program “Setiap Anak PERMATA Negara” yang menekankan peri pentingnya pendidikan awal diberikan kepada setiap kanak-kanak sejak lahir lagi. Begitulah sejarah bagaimana tercetus idea untuk melaksanakan Program PERMATA Negara. Saya merasa amat berbangga kerana kerajaan telah menerima pandangan kami bahawa salah satu strategi untuk menangani masalah sosial dan membina modal insan Negara ialah memberikan asuhan dan didikan yang terbaik semasa mereka masih kecil lagi. Kita menaruh harapan yang besar kepada mereka sebagai generasi pewaris untuk memakmur dan memajukan Negara kita ini. Alhamdulillah, mengambilkira kepentingan pendidikan awal kanak-kanak, kerajaan telahpun meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan pada 2008. Kerajaan juga bersetuju Kurikulum PERMATA Negara dijadikan Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal KanakKanak Kebangsaan khusus bagi kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk diguna pakai oleh semua

Kurikulum PERMATA Negara

6

SeƟap Anak PERMATA Negara

pusat asuhan kanak-kanak. Dengan ini, standard dan kualiti asuhan dan didikan serta proses pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak adalah sama dan seragam. Saya amat menekankan kepada aspek pendidikan awal diterapkan kepada anak-anak yang berada di TASKA ini agar mereka dapat berkembang dengan menyeluruh, baik dalam semua aspek, intelek, rohani, jasmani, sosial dan komunikasi. Kanak-kanak pada usia 1 hingga 4 tahun sudah boleh didedahkan kepada proses pembelajaran peringkat awal yang mampu memberi kesan positif kepada pembesarannya. Pada usia ini mereka seperti span yang mampu menyerap apa sahaja dengan cepat di persekitarannya. Adalah diharapkan dengan pemakaian Kurikulum PERMATA Negara ini, TASKA tidak lagi dilihat sekadar sebagai kemudahan untuk jagaan anak sahaja, tetapi turut diseimbangkan dengan memberi perhatian yang rapi terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri dari segi pertumbuhan atau kesuburan, emosi, pemikiran dan tingkah laku. Ucapan terima kasih dan penghargaan saya kepada semua penulis, edisi baru dan lama, dan semua yang terlibat dalam penggubalan dan penerbitan Kurikulum PERMATA Negara Edisi ketiga ini. Saya berdoa semoga khidmat bakti kita ini diberkati dan bersama membawa perubahan positif berpanjangan kepada kehidupan anak-anak pada masa hadapan.

Indah Sulaman Selendang Sutera Dipakai oleh gadis jelita Anak-anak kita umpama permata Jika digilap pasti tinggi nilainya

Salam hormat

Y.A.BHG. DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR Isteri Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Program PERMATA

Kurikulum PERMATA Negara

7

Se ap Anak PERMATA Negara

ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN .............................................................................................................................................................3 PRAKATA...............................................................................................................................................................................3

1. FALSAFAH DAN DIDIKAN AWAL KANAK - KANAK Falsafah Pendidikan Kebangsaan .................................................................................................... 9 Dasar Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan...................................................... 9 Falsafah Kurikulum PERMATA Negara ........................................................................................... 9 Matlamat Kurikulum PERMATA Negara ........................................................................................ 12 Ciri-Ciri Anak PERMATA Negara .................................................................................................... 12 2. PENGENALAN KURIKULUM PERMATA NEGARA....................................................................................... 14 2.1 Latar Belakang Program PERMATA Negara ..................................................................... 14 2.2 Pelaksanaan Kurikulum PERMATA Negara ..................................................................... 16 2.3 Prinsip Yang Memandu Kurikulum PERMATA Negara.................................................... 17 2.4 Objektif Kurikulum PERMATA Negara................................................................................ 17 2.5 Indikator Kualiti Kurikulum PERMATA Negara .................................................................. 18 2.6 Reka Bentuk Kurikulum PERMATA Negara ...................................................................... 19 2.7 Siapa Kanak-Kanak ............................................................................................................... 21 2.8 Kepentingan Pembelajaran Awal ......................................................................................... 22 2.9 Teori yang Melandasi Kurikulum PERMATA Negara ....................................................... 23 2.10 Pendapat Ahli Falsafah Berkaitan Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak ............... 28 2.11 Perspektif Agama dan Fahaman Lain Mengenai Pendidikan Awal Kanak-Kanak ...... 29 2.12 Bukti Kajian Neurosains ........................................................................................................ 29 2.13 Nilai-Nilai Murni Dalam Kurikulum PERMATA Negara..................................................... 30 2.17 Keistimewaan Kurikulum PERMATA Negara .................................................................... 32 3. KANDUNGAN KURIKULUM PERMATA NEGARA ...................................................................................33 3.1 Pengisian Kurikulum .............................................................................................................. 33 3.2 Model Konseptual................................................................................................................... 33 3.3 Skop Kurikulum........................................................................................................................... 3.4 Aspek Pengasuhan Kanak-Kanak Di TASKA .................................................................... 36 3.4.1 Pemakanan Seimbang ....................................................................................36 3.4.2 Penjagaan dan Bayi Dan Kanak-Kanak dan Latihan Urus Diri ............................ 40 3.4.3 Keselamatan Kanak-Kanak Dan TASKA .........................................................47 3.4.4 Amalan Pengasuhan Di TASKA ......................................................................49 3.5 Bidang Pembelajaran PERMATA ........................................................................................ 54 3.5.1 Perkembangan Sahsiah, Sosioemosi Dan Kerohanian ................................... 54 3.5.2 Perkembangan Bahasa, Komunikasi Dan Literasi Awal ..................................61 3.5.3 Perkembangan Awal Matematik Dan Pemikiran Logik ....................................66 3.5.4 Perkembangan Deria Dan Pemahaman Dunia Persekitaran ...........................72 3.5.5 Perkembangan Fizikal Dan Psikomotor...........................................................79 3.5.6 Perkembangan Kreativiti Dan Estetika .................................................................... 84

Kurikulum PERMATA Negara

8

Se ap Anak PERMATA Negara

4. PEDAGOGI PERMATA ............................................................................................................................................... 88 4.1 Belajar Melalui Bermain ........................................................................................................ 88 4.2 Konsep 3E ............................................................................................................................... 93 4.3 Aktiviti-Aktiviti Lain ................................................................................................................. 95 4.4 Peranan Pendidik ................................................................................................................... 96 5. MODUL PEMBELAJARAN KANAK-KANAK PERMATA............................................................................. 98 5.1 Panduan Menggunakan Modul Pembelajaran Kanak-kanak 5.2 MODUL 1 – Peringkat Umur 0 hingga 6 Bulan (0-6 Bulan) ............................................. 99 5.3 MODUL 2 – Peringkat Umur 6 hingga 12 Bulan (6-12 Bulan) ...................................... 100 5.4 MODUL 3 – Peringkat Umur (1-2 Tahun) ......................................................................... 102 5.5 MODUL 4 – Peringkat Umur 2 hingga 3 Tahun (2-3 Tahun)........................................ 104 5.6 MODUL 5 – Peringkat Umur 3 hingga 4 Tahun (3-4 Tahun)......................................... 106 5.7 MODUL 6 - Modul Tambahan untuk Pengayaan ........................................................... 108 6. PERSEKITARAN PEMBELAJARAN PERMATA ............................................................................................. 112 6.1 Keperluan Kemudahan Pembelajaran .............................................................................. 112 6.2 Ciri-Ciri Premis ...................................................................................................................... 112 6.3 Konsep Premis ..................................................................................................................... 113 6.4 Aspek Fizikal TASKA .......................................................................................................... 113 6.5 Aspek Sosial ......................................................................................................................... 117 6.6 Kemudahan Peralatan Pembelajaran ............................................................................... 118 7. PEMERHATIAN DAN PENAKSIRAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK .......................................121 7.1 Tujuan Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak ..................................................... 121 7.2 Prinsip Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak ...................................................... 124 7.3 Kaedah Pemerhatian Dan Penaksiran Kanak-Kanak ................................................... 125 7.3.1 Log Harian Kanak-Kanak Dan Lain-Lain Rekod Kanak-Kanak........................125 7.3.2 Pengesanan Awal Kanak-kanak Berkeperluan Khas..........................................128 8. PENJADUALAN DAN PENGURUSAN PEMBELAJARAN .......................................................................... 130 8.1 Perancangan Tahunan, Bulanan Dan Harian TASKA.................................................... 130 8.2 Aktiviti Rutin di TASKA PERMATA 9. KOLABORASI DENGAN IBU BAPA DAN KOMUNITI................................................................................ 141 9.1 Kolaborasi Dengan Ibu Bapa/Keluarga ............................................................................ 141 9.1.1 Tujuan Kolaborasi Dengan Ibu Bapa.................................................................................... 141 9.1.2 Tanggungjawab Ibu Bapa........................................................................................................... 142 9.1.3 Aktiviti Ibu Bapa di TASKA PERMATA ................................................................................ 142 9.1.4. Persatuan Ibu Bapa dan Pendidik ........................................................................................ 144 9.2 Kolaborasi Dengan Komuniti .............................................................................................. 144 10. ETIKA DAN PROFESIONALISME PENDIDIK/PENGASUH ..................................................................... 148 10.1 Ciri-Ciri Sahsiah Pendidik/Pengasuh ................................................................................ 148 10.2 Tanggungjawab Pendidik/Pengasuh PERMATA ............................................................ 150 10.3 Etika Pendidik/Pengasuh .................................................................................................... 151

Kurikulum PERMATA Negara

9

SeƟap Anak PERMATA Negara

PENGENALAN KURIKULUM PERMATA NEGARA

1.1 Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kurikulum PERMATA Negara dibina berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai teras untuk membina potensi individual kanak-kanak sebagai modal insan berkualiti tinggi melalui pendidikan awal kanak-kanak. Pada 24 Oktober 2008, Jemaah Menteri telah meluluskan Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kana...


Similar Free PDFs