Laporan Penghasilan item , analisis skor dan analisis item. Pentaksiran PDP DOCX

Title Laporan Penghasilan item , analisis skor dan analisis item. Pentaksiran PDP
Author Bayyinah Raflis
Pages 24
File Size 146.2 KB
File Type DOCX
Total Downloads 10
Total Views 616

Summary

Laporan Penghasilan item , analisis skor dan analisis item 1.0 Pengenalan Pentaksiran merupakan bahagian utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi semua proses daripada pengujian, penilaian, dan pengukuran. Ciri-ciri pentaksiran yang baik perlulah merangkumi kesahan, kebolehpercayaan, ...


Description

Laporan Penghasilan item , analisis skor dan analisis item 1.0 Pengenalan Pentaksiran merupakan bahagian utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi semua proses daripada pengujian, penilaian, dan pengukuran. Ciri-ciri pentaksiran yang baik perlulah merangkumi kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kemudahtadbiran, dan kemudahtafsiran.( Abu Bakar Nordin,1986) Kesahan kandungan merujuk kepada ujian mengukur apa yang patut diukur. Oleh itu, bagi mendapatkan kesahan kandungan semasa pembinaan ujian, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) adalah sangat diperlukan sebelum penggubalan item dan ujian dilaksanakan. Pembinaan JSU juga adalah bertujuan memastikan ujian yang ditadbirkan mengandungi bilangan item yang tepat dan aras kesukaran yang sejajar dengan hasrat kurikulum. Menurut Boon Pong Ying et. all (2017), kemahiran guru dalam menggubal item merupakan faktor penting untuk mengenal pasti murid yang berkualiti. Pembinaan item pula akan menentukan kebolehpercayaan dan kemudahtadbiran ujian. Kebolehpercayaan ujian juga boleh dilihat apabila tiada unsur tekaan dalam menjawab sesuatu item. (Ng See, 1991.) Oleh itu, untuk mendapatkan kebolehpercayaan, prinsip semasa memasang item ujian yang akan saya bina adalah memasikan item tidak bertindan dan tidak memberikan bayangan jawapan untuk item lain. Selain itu, bagi kemudahtadbiran pula, saya mengambil kira ciri berikut semasa menyediakan kertas ujian iaitu, arahan yang diberikan kepada calon jelas dan mudah difahami (sila rujuk muka depan kertas ujian), tempoh masa ujian adalah sesuai, dan item ujian dipasang tersusun. Saya telah membina JSU tahun 3 topik di kepada 30 orang. Soalan saya merangkumi bahagian A iaitu soalan aneka pilihan yang mempunyai pilihan jawapan A,B,C,D dan A,B,C dengan wajaran 20 markah. Bahagian B merangkumi 10 soalan dengan wajaran 60 markah. A. Penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian Ujian merupakan alat pengukuran atau prosedur yang tersusun atau bersistematik dalam mengukur perubahan tingkah laku (Abd Rashid ,1980). Oleh kerana sifat ujian itu yang sistematik dan tersusun, maka proses pembinaan ujian juga hendaklah mengikut prosedur yang berperingkat dan sistematik Tujuan pembinaan JSU dilaksanakan terlebih dahulu sebelum menggubal item ialah untuk mengelakkan ujian yang bakal di bina tidak sejajar dengan kehendak kurikulum. Selain itu, ianya membantu saya bagi membahagikan bilangan item yang sesuai bagi sesuatu topik dan markah yang saya peruntukkan pada setiap soalan. Ianya juga adalah bagi mengimbangi peruntukan jumlah item dan markah antara soalan aneka pilihan dan isi tempat kosong. Saya telah membina JSU daripada DSKP dan DSP (rujuk lampiran) Dunia...


Similar Free PDFs