PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENGENALAN PDF

Title PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENGENALAN
Author Amelia Chin Ying Yeu
Pages 19
File Size 661.2 KB
File Type PDF
Total Downloads 9
Total Views 161

Summary

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENGENALAN Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan...


Description

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

TAJUK 1

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

PENGENALAN Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Anda sebagai guru perlu membuat pertimbangan dan keputusan berhubung dengan pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung untuk menentukan sama ada objektif pembelajaran sudah dicapai pelajar atau memerlukan ulangan semula dan sebagainya. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Misalnya, sesetengah guru apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mengatakan mereka ingin mengukur atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah, tanpa menghirau maksud khusus yang mendukung istilah-istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperoleh, akan membantu guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat.

OBJEKTIF Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan maksud pengujian, pengukuran dan penilaian; 2. membezakan konsep pengujian, pengukuran dan penilaian; dan 3. mengenalpasti tujuan penilaian dijalankan.

PETA MINDA TAJUK

OUM

1

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

1.1

KONSEP PENILAIAN, PENGUKURAN DAN PENGUJIAN

Sekiranya anda diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, apakah penilaian-penilaian yang anda lakukan terlebih dahulu sebelum menerima tawaran tersebut. Apakah kayu ukur yang akan anda gunakan sebelum membuat keputusan dan bagaimanakah anda menguji keputusan yang dilakukan tersebut sama ada akan membawa kesan baik atau sebaliknya untuk anda? Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari daripada membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan, sama ada mudah atau sukar, penilaian wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini, penilaian akan melibatkan penentuan objektif, mendapatkan maklumat, memproses maklumat, membuat kesimpulan dan membuat keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dibuat secara sistematik dan saintifik, maka keputusan yang diperoleh menjadi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil adalah benar-benar bersesuaian. Sebenarnya, aktiviti penilaian dalam bidang sains perlakuan dan juga sains kemasyarakatan bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut, konsep penilaian telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan kepada pembolehubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh, pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, RavenMatrices, Weschler dan A.C.E.R. Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil. (a) Pertama, berkaitan dengan tujuan penilaian dijalankan. Misalnya, pihak sekolah ingin meningkatkan taraf bacaan murid-murid di sekolah rendah dan selepas membuat penilaian, mendapati taraf bacaan tidak memuaskan, maka (b) Kedua, satu tindakan baru perlu diambil.

1.1.1

Penilaian

Pernahkah anda berada dalam satu-satu acara lelongan awam seperti melelong barang-barang antik. Cuba anda bayangkan bagaimanakah seseorang tersebut membuat penilaian sebelum membuat keputusan untuk membeli. Apakah sebenarnya maksud penilaian? Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan 2

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, anda akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”. Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating, mencari dan memberikan maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan”. Definisi ini melepasi maksud pengujian dan pengukuran. Gay (1985) berpendapat bahawa “penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai”. Ini seterusnya membolehkan guru membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Justeru, penilaian berbeza dengan pengukuran yang melibatkan hanya pemberian ukuran dalam bentuk nombor tertentu yang lebih bersifat kuantitatif. Sebelumnya, Popham (1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau menilai pencapaian pelajar? Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan download fail PDF dari laman web berikut: http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf

Justeru, penilaian boleh dibuat dengan menggunakan sama ada maklumat yang berbentuk kuantitatif, kualitatif atau kedua-duanya sekali. Dengan menggunakan maklumat kuantitatif, penilaian boleh dinyatakan dalam bentuk gred (seperti A, B, C, D atau E) bersama penjelasan nilainya (seperti cemerlang, kepujian, baik, lulus atau gagal). Sementara itu, penilaian yang menggunakan data kualitatif boleh dinyatakan dalam bentuk kualitatif juga, misalnya, Ali dapat melukis gambar kawannya dengan cepat, tepat dan bersih. Secara ringkasnya, penilaian meliputi tiga proses utama, iaitu menentukan ukuran, menganalisis ukuran dan menyatakan nilai/interpretasi ukuran.

OUM

3

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti dalam Rajah 1.1 di bawah.

Rajah 1.1: Prosedur penilaian

Kini istilah “pentaksiran” mula digunakan dalam penilaian pencapaian. Popham (2000) menyatakan istilah-istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan secara silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran, yang merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran, merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada pelajar dan juga untuk mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

1.1.2

Pengukuran

Kita sering melihat bahawa ahli-ahli atlit sukan yang ingin mewakili negara akan diberi syarat-syarat tertentu untuk membolehkan mereka diterima secara automatik untuk mewakili negara. Apakah sebenarnya yang diukur, pencapaian peribadi mereka atau jumlah penyertaan yang mereka sertai. Apakah maksud dan tujuan pengukuran? Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai “suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik 4

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

(melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu”. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut. Contohnya, Ramli mendapat 60 peratus dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur pencapaian matematik tanpa memberikan nilai kepada ukuran yang diperoleh. Justeru, pengukuran hanya menentukan tahap prestasi/ ciri tertentu seseorang individu/pelajar mengikut alat yang digunakan. Pengukuran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian/pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pengukuran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pengukuran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris. Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

1.1.3

Pengujian

Kita sering mendengar di stesyen TV atau di akhbar-akhbar bahawa kerajaan menggalakkan agar kenderaan pengangkutan awam dan swasta agar membawa kenderaaan mereka ke Puspakom untuk tujuan pemeriksaan. Pada pendapat anda apakah tujuan sebenar pengujian dilakukan? Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang individu atau pelajar. Menurut Cronbach (1970), “Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”.

OUM

5

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

Contoh skala bernombor ialah angka 30/100 untuk ujian penglihatan, 100/120 untuk ujian kecerdasan (IQ Test) dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula ialah “ekstrovert” atau “introvert” bagi ujian personaliti, atau “rabun warna” bagi ujian penglihatan. Kepentingan pengujian bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros 1981, (dipetik dari Raminah, 1991) yang menegaskan bahawa: “Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan”. (Raminah 1991:2). Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/ pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru. Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Anda boleh mendapat maklumat lanjut berherhubung dengan konsep Pengujian ini di laman web berikut : http://www.measurementexperts.org/

Latihan 1.1 Jelaskan perbezaan antara pengujian, pengukuran dan penilaian.

1.2

ARAS UKURAN

Secara umumnya, terdapat pelbagai bentuk pengukuran yang berbeza, misalnya, pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza daripada pengukuran yang digunakan untuk menentukan tahap apresiasi agama pelajar. Begitu juga membuat pengkelasan darjah motivasi sebagai bermotivasi rendah, sederhana atau tinggi tidaklah setepat ukuran yang menggunakan skor sebenar motivasi pelajar. Penyataan dan pengkelasan pembolehubah dalam bentuk kuantitatif melibatkan pengukuran yang menggunakan skala tertentu. Pada umumnya terdapat dua jenis pembolehubah asas dalam pengukuran, iaitu: (i) jenis kuantitatif (seperti 20%, 50%, 80%) dan (ii) jenis kategori (seperti motivasi rendah, motivasi sederhana, motivasi tinggi). Kedua-dua jenis pembolehubah ini 6

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

boleh diukur dengan menggunakan empat jenis skala, iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah. Secara ringkasnya, skala boleh ditakrifkan sebagai angka yang digunakan untuk mengkelas atau menunjukkan tahap/nilai sesuatu ukuran.

Rajah 1.2 Aras ukuran

1.2.1

Skala Nominal

Skala nominal ialah skala yang dianggap paling mudah dan mempunyai ketepatan yang paling rendah. Skala ini mengkategorikan pembolehubah berdasarkan persamaan dan seterusnya memberikan nama kepada pembolehubah berkenaan.

Misalnya, guru ingin mengkelaskan pelajar-pelajar mengikut etnik atau jantina. Guru berkenaan perlu meletakkan nilai tertentu kepada pembolehubah tersebut bagi mewakili etnik berkenaan. Misalnya, etnik Melayu diwakili nombor 1, etnik Cina diwakili nombor 2, etnik India diwakili nombor 3 dan etnik-etnik lain diwakili nombor 4. Nombor I dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan yang kecil berbanding nombor 2, 3 atau 4. Dalam skala nominal ini, kita boleh menukar ganti nombor berkenaan untuk mewakili kategori etnik tertentu, misalnya, nombor 4 untuk etnik Melayu, nombor 3 untuk etnik Cina, nombor 2 untuk etnik India dan nombor 1 untuk lain-lain etnik. Nombor yang digunakan di sini hanyalah mewakili atau melambangkan kategori pembolehubah yang dinyatakan, iaitu etnik. Nombor ini tidak mempunyai sebarang nilai dan skala yang menggunakan nombor untuk mengkategori pembolehubah ini disebut sebagai skala nominal. Ciri-ciri utama skala nominal adalah seperti berikut: i.

Setiap ahli hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja, misalnya, individu yang dikelaskan ke dalam kategori Melayu tidak boleh menjadi ahli kategori etnik lain.

ii.

Nombor yang mewakili setiap kategori tidak mempunyai nilai pemeringkatan, tetapi dianggap sebagai nama kategori sahaja.

iii.

Pengkelasan data asal kepada data nominal bersifat satu kepada satu.

OUM

7

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

1.2.2

Skala Ordinal

Ukuran bersifat ordinal pula memberikan nilai pemeringkatan. Data boleh disusun sama ada daripada yang terrendah kepada yang tertinggi atau daripada yang lemah kepada yang cemerlang. Nombor atau kategori yang diguna menggambarkan ukuran asal pembolehubah mengikut susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada kategori yang lebih baik. Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan kedudukan pelajar dalam darjah dari segi pencapaian akademik adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat markat keseluruhan yang tinggi diberikan nombor 1, diikuti nombor 2, 3, 4 dan seterusnya. Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Umumnya, skala ordinal mampu (a) membezakan kategori dan (b) membezakan nilai pemeringkatan. Contoh lain skala ordinal ialah skala Likert (misalnya, (1) Sangat Tidak Setuju, (2) Kurang Setuju, (3) Sederhana Setuju, (4) Setuju, (5) Sangat Setuju). Ciri-ciri utama skala ordinal adalah seperti berikut: i.

Kategori yang digunakan bagi mengkelaskan data ordinal adalah saling eksklusif.

ii.

Ukuran yang diguna menunjukkan pemeringkatan secara logik.

iii.

Ukuran mempunyai pemberat, iatu setiap kategori mempunyai pemberat yang kurang atau lebih berbanding kategori lain.

Rajah 1.3 menunjukkan contoh Borang Soal Selidik yang dilakukan oleh pihak OUM yang menggunakan konsep Skala Ordinal untuk tujuan penambahbaikan terhadap modul-modul OUM.

8

OUM

TAJUK 1 PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

1

2

3

4

5

6

Rajah 1.3 Contoh borang soal selidik

OUM

9

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN TAJUK 1

1.2.3

Skala Sela

Skala ketiga ialah skala jenis sela. Data jenis ini mempunyai ciri pemeringkatan dan juga mempunyai perbezaan bagi setiap unit sela yang sama nilai. Skala ini berupaya menunjukkan perbezaan antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan kesamaan dalam unit ukuran yang digunakan. Contoh ukuran berskala sela ialah ukuran suhu. Dalam hal ini, perbezaan suhu antara 25ÚC dengan 35ÚC adalah sama dengan perbezaan suhu antara 15ÚC dengan 5ÚC, iaitu perbezaan 10 darjah. Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin. Ini bermaksud skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pemeringkatan. Jarak numerik yang sama dalam skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur. Contoh lain, andaikan terdapat empat orang pelajar yang diukur pencapaiannya dalam skala sela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar A yang mendapat 95% dengan Pelajar B yang mendapat 70% adalah sama dengan perbezaan pencapaian pelajar C yang mendapat 50% dengan pelajar D yang mendapat 25%. Bagaimanapun kita tidak boleh mengatakan pencapaian pelajar C adalah dua kali lebih baik daripada D, kerana skala sela tidak mempunyai nilai mutlak, tetapi hanya berdasa...


Similar Free PDFs