Penulisan Sirah - 2PISMP PDF

Title Penulisan Sirah - 2PISMP
Author Nayli syamimi Zamzuri
Course islamic education
Institution Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Pages 15
File Size 272.8 KB
File Type PDF
Total Downloads 420
Total Views 747

Summary

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALK EMENTERIANP ENDIDIKANM ALAYSIA_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Institut Pendidikan Guru Kampus P...


Description

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA _______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan

JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

1

Nama Pelajar

NAYLI SYAMIMI HANNAN BT ZAMZURI

Angka Giliran

2020162340277

No Kad Pengenalan

011231-16-0030

Kumpulan/Unit

2PISMP PENDIDIKAN ISLAM 5

Kod & Nama Kursus

PIMK3033 PENGAJIAN SIRAH

Nama Pensyarah

USTAZAH NOOR AZIAH BINTI MOHD NOOR

Tarikh Hantar

25 MAC 2021

Markah:

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar:

Tarikh:

2

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama : NAYLI SYAMIMI HANNAN BT ZAMZURI

Kod: PIMK3033

Angka Giliran: 2020162340277

Nama Kursus: PENGAJIAN SIRAH

Pensyarah : USTAZAH AZIAH BINTI MOHD NOOR Tarikh Hantar : 25 MAC 2021

Tarikh Terima:

Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar :____________________________

Tarikh :________________

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus Pemeriksa

Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan:

Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan:

Tandatangan:

Tarikh:

Tarikh:

3

Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar :

Tarikh :

4

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

5

2.0 CONTOH QUDWAH HASANAH RASULULLAH S.A.W YANG BOLEH DITERAPKAN OLEH SEORANG GURU 2.1 KETEGASAN DALAM KELEMBUTAN

6-7

2.3 KESABARAN YANG TINGGI 2.3 PENYAYANG

7-8 8-9

2.4 KEADILAN DALAM PEMBERIAN HAK

9-10

2.5 KEBERANIAN DAN KEKENTALAN

10-11

3.0 PENUTUP

RUJUKAN

12

12-14

5

1.0 PENGENALAN

Qudwah boleh didefinisikan sebagai sesuatu keadaan yang boleh diikuti oleh orang lain sama ada perkara baik atau buruk. Hasanah pula ditakrifkan sebagai contoh atau sunnah yang baik dan bagus. Menurut Al-Ba’labaki, beliau berpendapat bahawa Qudwah membawa maksud memberi contoh, teladan dan model kehidupan manakala hasanah menurut beliau sebagai perbuatan yang baik. Konsep Qudwah Hasanah pula dimaksudkan dengan contoh teladan yang baik iaitu sesuatu perkara yang boleh dicontohi oleh orang lain. Sepertimana yang kita ketahui, Rasulullah merupakan seorang Muslim yang mempunyai contoh tauladan yang paling terbaik dan cemerlang di muka bumi ini. Kesan daripada itu, peribadi Rasulullah S.A.W telah menjadi ikutan kepada masyarakat khususnya para sahabat dan juga pengikutnya. Hal ini dibuktikan dengan firman Allah S.W.T yang bermaksud :

‫أ‬ ‫ن‬ ٌ َ ‫سن‬ َ ‫لَق‬ َ ٌ‫سوَة‬ َ ‫د ْ كَا‬ َ ‫ح‬ ْ ‫ول اللّهِ أ‬ ‫م فِي َر أ‬ َ ِ‫ة ل‬ ْ ‫ن لَك أ‬ ْ ‫م‬ ِ ‫س‬ ‫يرا‬ ِ ‫م ْ ال‬ ‫ن ي َ ْر أ‬ َ ‫كَا‬ َ ْ‫ه وَالْيَو‬ َ ّ ‫خ َر وَذ َك َ َر الل‬ َ ّ ‫جو الل‬ ً ِ ‫ه كَث‬ “ Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutanyang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah danbalasan baik pada hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allahbanyak-banyak dalam masa susah atau senang. “ ( Surah Al-Ahzab 33 : 21 )

Berdasarkan ayat tersebut menjelaskan bahawa Rasulullah SAW merupakan contoh yang terbaik yang perlu diikuti oleh seseorang Muslim yang mengharapkan keredhaan Allah. Pendidik yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘role model’ dalam aspek tingkah laku, komunikasi, kepemimpinan, pengurusan dan

sebagainya mampu membantu

dalam

proses membentuk akhlak murid di sekolah. Tambahan itu juga, masyarakat dan ibu bapa mutakhir ini banyak menyerahkan tugas mendidik anak kepada guru dan institusi sekolah. Hal ini kerana, faktor ibu

bapa

yang

sibuk

dengan

tugasan

harian di

rumah

atau di

tempat kerja sehingga perkembangan diri anak tersebut dan proses didikan yang sepatutnya bermula dari rumah terabai. Kesan

daripada

ini,

peranan

guru

dalam

mendidik

dan 6

membimbing

anak

murid

dalam melahirkan individu yang berakhlak mulia semakin

mencabar kerana guru kini tidak hanya sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas sahaja.

2.0 CONTOH QUDWAH HASANAH RASULULLAH S.A.W YANG BOLEH DITERAPKAN OLEH SEORANG GURU

2.1 KETEGASAN DALAM KELEMBUTAN Dalam konteks profesion keguruan khususnya menjadi guru Pendidikan Islam, ilmu agama Islam yang ingin dicurahkan kepada pelajar-pelajar sekolah perlulah disampaikan dengan cara yang betul dan benar. Hal ini dikatakan demikian kerana, ilmu yang disampaikan adalah berkaitan dengan ilmu Allah S.W.T serta sunnah Rasulullah S.W.T. Bukan itu sahaja, ilmu yang disampaikan turut akan dijadikan amalan oleh pelajar-pelajar lantas ia akan menjadi bekalan saham kepada para guru di akhirat kelak atas ilmu yang telah diajarkan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru Pendidikan Islam, kita perlulah bertindak tegas dalam melakukan sesuatu perkara tidak kira sama ada ketika berada dalam waktu sekolah atau luar sekolah bagi menjamin ilmu yang disampaikan akan diterapkan dalam hati serta jiwa pelar-pelajar. Walaubagaimanapun, tindakan tegas guru perlulah ada batasannya serta perlu mempunyai kelembutan khususnya mendidik dengan cara yang berhikmah tanpa menggunakan kekerasan atau sebarang paksaan. Aspek yang perlu diberi ketegasan adalah terutamanya yang berkaitan dengan akidah dan akhlak kerana ia adalah salah satu peranan yang penting dalam menjadikan hidup seseorang individu tidak terpesong ke jalan yang salah serta mampu membimbing kita di dunia dan akhirat. Contoh bagi konteks ketegasan dalam kelembutan iaitu dari kisah Rasulullah S.A.W yang menerapkan sifat benar serta kejujuran ke dalam diri Saidina Hasan yang merupakan cucu Baginda (Hajjah Maimunah binti Ismail, 2010). Hal ini dibuktikan dengan hadis yang diriwayatkan Saidina Hasan R.A yang pernah berkata : Maksudnya : “Aku pelihara benar-benar akan apa yang aku ambil dari Rasulullah s.a.w iaitu: “Tinggalkanlah segala apa yang membimbangkan kamu dan pergilah kepada apa yang tidak membimbangkan kamu. Maka sesungguhnya sifat benar itu

7

merupakan

ketenangan

dan

berdusta

itu

merupakan

kebimbangan.” (HR. Tarmizi). Berdasarkan hadis tersebut, dapat dilihat bahawa Rasulullah S.A.W sangat mengambil berat dan bersikap tegas dalam menanam dan menerapkan sifat benar serta kejujuran dalam diri anak-anak sejak kecil lagi (Hajjah Maimunah binti Ismail, 2010). Walaupun Nabi Muhammad S.A.W bertindak tegas dalam hal tersebut, namun cara penyampaian Baginda sangat lembut sehinggakan Saidina Hasan tidak melupakan apa yang telah dikatakan oleh Rasulullah S.A.W. Justeru, dalam memastikan akidah dan akhlak pelajar terjaga dan terpelihara, guru perlulah menjaga sensitiviti serta tidak menggunakan kekerasan dengan tidak menyentuh pelajar seperti mencubit, memukul atau merotan (Asnuurien Najma Ahmad & Azlin Nurhaini Mansor, t.t). Hal ini kerana, kekerasan merupakan bukan perkara yang dilakukan Rasulullah S.A.W sebaliknya Baginda telah mendidik dengan cara yang berhikmah.

2.2 KESABARAN YANG TINGGI Dalam dunia mengajar dan mendidik, tidak dinafikan sememangnya banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuh di sekolah seperti karenah dan perangai murid, sistem pengurusan sekolah yang sentiasa berubah-ubah dan sebagainya. Oleh itu, sebagai pendidik, kita perlulah sentiasa bersedia mempersiapkan diri dengan kesabaran yang tinggi bagi menghadapi cabaran dan halangan di sekolah. Berdasarkan kitab Al-Rahiq Al-Makhtum karangan Safiyyu Al-Rahman AlMubarakfuri,

terdapat

peristiwa

yang

dijelaskan

tentang

kesabaran

Nabi

Muhammad S.A.W semasa Baginda menyebarkan dakwah Islam, iaitu mengenai Baginda diuji dengan ujian yang sangat hebat oleh kaum Quraisy yang tidak hentihenti memperlakukan perkara buruk kepada Baginda seperti membaling batu, najis, menjerut leher dan banyak lagi. Walaupun begitu, Rasulullah S.A.W tetap tidak berputus asa demi menegakkan agama Islam, malah sentiasa berusaha gigih dan tabah serta sabar bagi menegakkan kalimah tauhid (Hanif Ihsan, t.t). Begitu juga dengan guru di sekolah, walaupun diduga dengan pelbagai ujian seperti kedegilan, perlakuan buruk pelajar atau menjadi mangsa dalam isu dengan ibu bapa, namun guru perlulah tetap cekal dan tabah serta bersedia dari segi fizikal dan emosi bagi menghadapi sebarang dugaan dan ujian. Nabi Muhammad S.A.W

8

telah mendidik kita supaya sentiasa bersabar kerana ujian atau dugaan yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. Sepertimana yang kita ketahui, dugaan Rasulullah S.A.W lebih mencabar dan berkali ganda hebatnya jika dibandingkan dengan dugaan yang kita alami. Contoh kesabaran lain Rasulullah S.A.W yang boleh dibuktikan ketika dalam proses menyampaikan dakwah seperti dalam buku yang diterjemahkan oleh Rasyidah Basir (2006) iaitu Baginda pernah tidur di atas tanah kerana tidak mempunyai kain yang dapat dijadikan alas tidur. Berdasarkan kisah tersebut, dapat kita lihat bahawa walaupun Baginda diuji sebegitu, namun Baginda tetap bersabar kerana Allah telah berfirman di dalam surah Al-Ma’arij ayat 5 :

ً ‫م‬ ‫يل‬ ِ ‫ج‬ َ ‫صب ْ ًرا‬ ْ ‫َفا‬ َ ‫صب ِ ْر‬ “Maka bersabarlah kamu dengan cara kesabaran yang sebaik -baiknya.” (Al-Ma`arij :5) Oleh itu, dapat dikatakan bahawa bersabar itu adalah indah sebenarnya kerana dapat melindungi daripada kemarahan yang boleh mendatangkan kesan kemudaratan.

2.3 PENYAYANG

Apabila guru telah masuk ke alam profesion keguruan, sifat penyayang merupakan suatu kewajiban yang harus ada serta perlulah diterapkan dalam jiwa dan hati para pendidik (Redwan bin Yasin, Sayuti Ab. Ghani & Burhanuddin bin Jalal, 2014). Sebaliknya, jika jiwa pendidik keras dan kasar, maka tidak sesuailah seseorang individu tersebut menjadi pendidik atau pembimbing. Secara asasnya, pelajar sekolah khususnya kanak-kanak di sekolah rendah mempunyai sifat yang degil dan agresif

yang

sukar

dikawal.

Walaubagaimanapun,

guru

hendaklah

tidak

menggunakan sebarang bentuk kekerasan kerana bertindak kekerasan tidak memberikan kesan yang positif sebaliknya akan memberi impak negatif terhadap murid tersebut seperti takut untuk hadir ke sekolah di masa akan datang atas sebab ketakutan pada kekerasan yang dilakukan guru. Contoh sifat penyayang Rasulullah yang boleh dijadikan teladan kepada guru adalah ketika Baginda menyampaikan dakwah tentang ilmu yang berkaitan agama Islam, Baginda tidak pernah 9

menggunakan perkataan atau perlakuan yang berbentuk kekerasan untuk memaksa masyarakat Arab Jahiliah menerima ajaran dan dakwah agama Islam (Nazifah Anas, t.t). Sebaliknya, disebabkan sifat penyayang dan kelembutan Nabi Muhammad S.A.W itu membawa kepada ramai masyarakat Arab kafir Quraisy telah memeluk Islam. Terdapat hadis yang diriwayatkan dari Hadis Muslim dalam buku susunan Junaid Al-Baghdadi yang telah disebutkan oleh Anas bin Malik R.A telah berkata :

Maksudnya : “Aku tidak pernah melihat seorang pun yang paling berkasih -sayang dalam memenuhi segala keperluan keluarganya daripada Rasulullah.” (HR. Muslim) Berdasarkan hadis tersebut telah menjelaskan bahawa Rasulullah merupakan seorang yang sangat penyayang dan berjiwa lemah lembut. Baginda juga gemar memanggil panggilan kanak-kanak dengan panggilan yang disukai mereka khususnya nama-nama panggilan yang membawa maksud positif dan baik serta sering bergurau senda bagi berkongsi kasih sayang dengan mereka.

2.4 KEADILAN DALAM PEMBERIAN HAK

Takrifan keadilan menurut pandangan Islam adalah sangat berbeza dengan Barat di mana menurut pandangan Islam, keadilan didefinisikan sebagai kesamarataan bagi kesemua pihak serta pemberian hak yang lebih kepada mereka yang memerlukan. Walaubagaimanapun, ianya tidak bermaksud melayan semua tuntutan yang dikemukakan secara sama-rata dan sama rasa sepanjang masa. Namun begitu, semasa zaman pentadbiran Baginda, konsep keperluan dan kemaslahatan sentiasa dititiberatkan oleh Rasulullah S.A.W (Sofiah Mohamed, Kamarul Azmi Jasmi & Muhammad Azhar Zailaini, 2016)

Ketika Rasulullah S.A.W menjadi seorang pemimpin kerajaan Islam, tiada sebarang rungutan atau bantahan yang muncul tidak kira daripada kaum muslimin mahupun golongan bukan Islam mengenai penyelewengan sepanjang tempoh pemerintahan Baginda (Nashria Rahayuning Tyas, 2019). Bukan itu sahaja, Rasulullah S.A.W juga sentiasa dihormati dan disanjungi oleh masyarakat kerana

10

Baginda tidak pernah mewujudkan istilah “double standard” atau diskriminasi dalam pentadbiran Baginda. Boleh dikatakan bahawa, semua golongan rakyat telah dilayan secara adil dan saksama, tidak kira sama ada individu tersebut miskin atau kaya, kaum kerabat atau kenalan, bahkan tiada sebarang protokol khas untuk berbincang sesuatu masalah kepada Baginda (Nazirah Hamdan & Kamarul Azmi Jasmi, 2016). Sifat keadilan Nabi Muhammad S.A.W juga menyebabkan rakyat tidak pernah mempunyai rasa segan, malu atau takut untuk dekat dengan Baginda seperti berpelukan atau bersalaman kerana telah lahir perasaan rasa cinta yang mendalam terhadap keadilan Baginda selaku pemimpin umat Islam.

Dalam konteks menjadi seorang pendidik, guru mestilah mempunyai sifat keadilan serta memberi layanan yang sama rata terhadap semua murid di sekolah tidak kira sama ada pelajar itu golongan kaya atau miskin, bijak atau kurang bijak dan sebagainya. Hal ini bertepatan dengan hadis Ibnu Sahnun yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, ia berkata: Rasulullah s.a.w, “Pendidik (mu’addib) mana saja yang menangani (pendidikan) tiga orang anak kecil dari umat ini, lalu ia tidak mengajari mereka secara sama, yang fakir bersama yang kaya di antara mereka, dan yang kaya bersama yang fakir di antara mereka, kelak pada Hari Kiamat ia akan digiring bersama para pengkhianat.” Kemudian beliau menyatakan dari Musa dari Fudhail bin ‘Iyadh dari Layts dari al-Hasan, beliau berkata, “Jika telah ditetapkan (bahagian) upah seorang guru , lalu ia tidak bersikap adil di antara mereka yakni, anak-anak didiknya maka ia dicatat termasuk golongan orang-orang zalim (Ibnu Sahnun, ms. 355).” Oleh yang demikian, jelaslah bahawa sifat keadilan merupakan perkara yang dituntut oleh agama Islam khususnya kepada golongan pendidik supaya dapat menjadi pintu untuk meningkatkan lebih banyak penerus bangsa yang berpendidikan.

2.5 KEBERANIAN DAN KEKENTALAN Sifat keberanian dan kekentalan merupakan salah satu Qudwah Hasanah Rasulullah S.A.W yang boleh dicontohi dan diterapkan dalam diri seorang guru (Redwan bin Yasin, Sayuti Ab. Ghani & Burhanuddin bin Jalal, 2014). Jelasnya lagi, sifat keberanian yang dimiliki oleh Baginda itu antaranya ialah berani berterus terang dalam soal kebenaran menurut kajian oleh golongan sarjana Islam (Kamarul Azmi, 2016). Pada zaman Rasulullah S.A.W berdakwah tentang Islam secara 11

terbuka, Baginda sentiasa menonjolkan sifat berani dalam setiap perbuatan dan perkataan yang diucapkan untuk menyebarkan dakwah tentang Islam kepada masyarakat secara terang-terangan walaupon pada ketika itu, Baginda kurang mendapat sokongan daripada masyarakat sekeliling sama ada daripada sokongan manusia, harta atau senjata hebat. Dalam menegakkan wahyu Allah S.W.T dan mengamalkan Amar makruf Nahi Mungkar iaitu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran, sifat berani dan kental perlulah ada dalam diri seseorang individu khususnya bagi seorang pemimpin yang beragama Islam. Hal ini kerana, tanpa keberanian akan menyebabkan kesukaran untuk menegakkan kebenaran ajaran agama Islam di muka bumi Allah S.W.T ini sebaliknya agama Islam akan terus dipandang rendah dan mudah ditindas oleh masyarakat bukan Islam. Bukan itu sahaja, malah kehilangan sifat berani dalam jiwa turut akan memusnahkan sesebuah organisasi dek kerana pemimpin yang tidak mempunyai keberanian untuk menegur kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat. Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita kini sudah maju dan ke arah kemodenan serta banyak masalah sosial yang sering timbul seperti penagihan dan pengedaran najis dadah, berzina, minum arak, berjudi dan sebagainya. Manakala di sekolah pula sering timbul masalah disiplin pelajar seperti membuli, mencuri wang pelajar atau guru, merokok dan banyak lagi. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru Pendidikan Islam hendaklah berani menegur kesalahan yang dilakukan pelajar dengan cara yang berhikmah seperti memilih masa dan tempat yang sesuai untuk memberi nasihat yang baik, menggunakan dalil yang jelas, kuat dan tegas serta berbincang dengan mencari jalan penyelesaian yang terbaik (Siti Baizura Muhamad Sarip, t.t). Jika guru berasa ketakutan dan tidak yakin untuk menegakkan kebenaran dengan menggunakan keberanian diri, maka ia akan mendorong masalah yang berlaku akan menjadi lebih melarat serta sukar dikawal jika masalah pelajar sudah berada di tahap kritikal. Memetik kata-kata Saidina Ali R.A dalam memuji keberanian dan kecekalan Rasulullah S.A.W dalam mengetuai pasukan perang untuk menghadapi musuh iaitu “sesungguhnya kamu telah melihatku pada Perang Badar. Kami berlindung dengan Rasulullah S.A.W, dan di antara kami, Bagindalah yang paling dekat dengan musuh. Dan pada hari itu Baginda adalah manusia yang paling kuat di antara orang-orang yang ada”. Jadi, dapat kita simpulkan bahawa, jika seorang Nabi boleh memberanikan diri untuk berperang bagi menghadapi musuh demi menegakkan agama Islam, apatah lagi kita yang merupakan insan biasa yang hanya perlu 12

mencegah menggunakan lisan, tangan dan hati terhadap sesuatu kemungkaran. Oleh yang demikian, guru perlulah mencontohi sifat keberanian Rasulullah S.A.W dan menjadikan keberanian Baginda sebagai motivasi diri untuk terus menegakkan tiang agama Islam.

3.0 PENUTUP Konklusinya, konsep Qudwah Hasanah Rasulullah S.A.W telah memberikan kesan dan impak yang penting kepada pembentukan diri guru lantas memberi kesan kepada pelajar ke arah yang lebih positif. Beberapa contoh Qudwah Hasanah Rasulullah yang telah dijelaskan dan dihuraikan tersebut merupakan ciri-ciri dan kriteria-kriteria yang sangat digalakkan bagi guru untuk mengamalkan dan menerapkan dalam diri mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana, Qudwah Hasanah mampu mengatasi cabaran-cabaran guru dalam pembentukan sahsiah dan diri pelajar-pelajar di sekolah. Bukan itu sahaja, pengamalan konsep Qudwah Hasanah oleh guru juga mampu mempengaruhi dan memudahkan pelajar untuk meniru segala sifat dan ciri positif guru serta mampu meningkatkan perubahan tingkah laku yang positif ke atas pelajar.

RUJUKAN

Al-Quran Al-Hadis Asnuurien Najma Ahmad & Azlin Nurhaini Mansor. (t.t). Pengaruh Personaliti Guru Pendidikan Islam Terhadap Pemb...


Similar Free PDFs