Perkembangan Kanak-kanak (Jean Piaget & Vygotsky) DOCX

Title Perkembangan Kanak-kanak (Jean Piaget & Vygotsky)
Author Putih Kertas
Pages 16
File Size 41.5 KB
File Type DOCX
Total Downloads 720
Total Views 786

Summary

1.0 Pendahuluan Kanak-kanak pintar cerdas memiliki perkembangan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal dari segi kognitif dan fizikal. Perbezaan tersebut dalam kalangan kanak-kanak pintar cerdas dapat diperhatikan dan dikenalpasti. Terdapat pelbagai ciri-ciri kognitif dan fizikal yang ter...


Description

1.0 Pendahuluan Kanak-kanak pintar cerdas memiliki perkembangan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal dari segi kognitif dan fizikal. Perbezaan tersebut dalam kalangan kanak-kanak pintar cerdas dapat diperhatikan dan dikenalpasti. Terdapat pelbagai ciri-ciri kognitif dan fizikal yang terdapat dalam kalangan kanak-kanak pintar cerdas tetapi berbeza diantara individu. Ciri-ciri yang dimiliki tersebut turut memberi kesan yang positif dan negatif kepada individu tersebut. Walaubagaimanapun, kebijaksanaan melaksanakan atau merancang program yang bersesuaian dengan ciri-ciri yang dimiliki penting supaya ciri yang memberi kesan yang negatif dapat dikurangkan atau dihapuskan. Selain itu, program untuk tingkatkan ciri-ciri yang positif juga boleh dijalankan sekiranya ciri-ciri tersebut perlu ditingkatkan atau diteruskan supaya kesan positif dapat dikecapi oleh kanak-kanak pintar cerdas. Pendekatan kognitif menekankan pada proses mental dalaman. Maklumat yang diterima diproses melalui pemilihan, perbandingan, dan penyatuan dengan maklumat lain yang sedia ada dalam ingatan. Penyatuan maklumat ini kemudianakan diubah dan disusun semula. Hasil pemikiran bergantung pada proses mental dalaman tersebut. Ahli-ahli psikologi kognitif menekankan bahawa kita bukanlah penerima rangsangan-rangsangan yang pasif. Sebaliknya, otak kita akan memproses secara aktif maklumat yang diterima dan menukarkan maklumat kepada bentuk atau kategori baru. Seseorang individu itu seharusnya memaksimumkan penggunaan minda mereka supaya mereka dapat menjadi pemikir yang aktif. Sebagai manusia yang telah dikurniakan otak untuk berfikir, kita seharusnya dapat bertindak balas degan sewajarnya apabila menerima sesuatu maklumat dan bersedia pula untuk berubah sikap jika kita dapati bahawa idea kita sebelum ini adalah salah atau negatif. 1...


Similar Free PDFs