Polarisasi Politik DOCX

Title Polarisasi Politik
Author Kannan Mohan
Pages 9
File Size 29.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 67
Total Views 988

Summary

1 1.0 PENGENALAN Polarisasi ialah keadaan di mana terdapatnya atau proses berlakunya dua pihak sama ada dari segi prinsip, kecenderungan, pendapat dan sebagainya yang bertentangan sama sekali pada masa lalu. Soal antara kuasa dalam kalangan pelajar tidak wujud kerana mereka mempunyai satu tujuan unt...


Description

1 1.0 PENGENALAN Polarisasi ialah keadaan di mana terdapatnya atau proses berlakunya dua pihak sama ada dari segi prinsip, kecenderungan, pendapat dan sebagainya yang bertentangan sama sekali pada masa lalu. Soal antara kuasa dalam kalangan pelajar tidak wujud kerana mereka mempunyai satu tujuan untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran. Dari sudut vernakularisme, penggunaan bahasa vernakular di Sabah dan Sarawak yang terpisah daripada Malaya dari segi politik, ekonomi dan pentadbiran juga mempunyai dasar polarisasi Inggeris serta yang hampir sama. 2.0 PENCETUSAN POLARISASI (Sosial/Ekonomi di Peringkat Awal) Polarisasi bemaksud sikap perkauman yang menjadi asas masalah utama perpaduan antara dua kaum atau etnik berbilang bangsa di negara kita iaitu Malaysia. Masalah polarisasi ini wujud sejak zaman penjajahan British yang bertapak di Tanah Melayu ketika itu. Pemerintahan mereka pada masa itu mempunyai dasar yang mengekalkan struktur kelas dan sosioekonomi kaum-kaum tertentu. Pihak British tidak menyediakan satu sistem persekolahan yang bersepadu. Sebaliknya mereka membiarkan kewujudan sistem pendidikan yang berbagai-bagai aliran termasuk aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Tujuannya untuk memenuhi keperluan sektor tertentu dalam ekonomi zaman berkenaan. Sebagai contoh, sejak perkembangan getah dari permulaan abad ke-20, pihak British memerlukan tenaga kerja yang tetap. Jadi sejak 1905, sekolah-sekolah Tamil disediakan di estet-estet agar tenaga buruh bagi estet getah terjamin. Justeru itu, pihak British mendapat...


Similar Free PDFs