THESIS PDF EYYA PDF

Title THESIS PDF EYYA
Pages 39
File Size 431.9 KB
File Type PDF
Total Downloads 12
Total Views 251

Summary

BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Bab ini akan membincangkan tentang pendahuluan, latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kesignifikanan kajian, batasan kajian, definisi operasional konsep serta kesimpulan. Semua yang tersenarai ini adalah seba...


Description

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan tentang pendahuluan, latar belakang kajian, permasalahan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kesignifikanan kajian, batasan kajian, definisi operasional konsep serta kesimpulan. Semua yang tersenarai ini adalah sebagai salah satu cara pengkaji untuk menerangkan serba sedikit mengenai kajian yang dijalankan sebelum ke peringkat seterusnya.

1.2

Latar Belakang Kajian

Setiap individu memerlukan sokongan sosial dalam kehidupan. Kita juga sebagai seorang manusia pernah melalui zaman remaja. Semasa di alam remaja telah menjadi lumrah apabila kita sering bernaluri ingin dipunyai dan dihargai didalam sesuatu kelompok. Zaman remaja merupakan zaman perubahan dari segi fizikal dan emosi yang boleh memupuk perasaan ketidakpastian dalam diri remaja sendiri Haughton (1995) menyatakan dalam Tan Swee Chen dan Rosnah Sutan (2013). Menonjolkan diri dalam kelompok merupakan perkara yang mereka ingin lakukan. Peraturan telah ditetapkan seperti kelompok remaja, keluarga, pendidikan dan sekitarnya bagi mereka yang ingin berada didalam kelompoknya. Halimah (2008) menyatakan bahawa remaja mengukur diri mereka dengan satu tahap yang dibuat oleh orang-orang sekeliling yang membentuk diri mereka. Menurut Carl Rogers, hasil daripada interaksi organisma dengan persekitarannya akan menyebabkan kendiri muncul. Hasil ini mungkin menonjolkan bila orang lain berbentuk positif atau negatif. Azizi Yahya et al., (2004) bahawa organisma akan bertindak mengikut ketentuan diri. Selain itu tahap paling penting sekali dalam perkembangan diri seseorang individu dalam pembentukan peribadinya adalah semasa 1

zaman remaja, menurut Erikson. Ibrahim Abu Samah et al., (1999) juga telah menyatakan pada peringkat perubahan yang berlaku dalam diri seseorang ini akan menentukan perkembangan seterusnya dalam kehidupannya. Hubungan antara anak dengan ibu bapa adalah penting. Mereka saling memerlukan sama ada dalam bentuk emosi atau fizikal. Selain ibu bapa, remaja juga memerlukan sokongan sosial daripada guru, rakan, rakan sekelas dan orang di sekelilingnya untuk membantu mereka dalam menghadapi liku-liku kehidupan. Perlindungan dan peningkatan kesihatan remaja akan terhasil menerusi sokongan ini menerusi psikologikal remaja apabila remaja mengalami gangguan konflik dalam hidup. Nestmeann dan Hurrelmann (1994) menyatakan, sokongan sosial mampu memberi peningkatan penghargaan kendiri, nilai dan keyakinan diri serta kesejahteraan dalam hidup. Hasil kajian Tam et al., (2011) menunjukkan hubungan positif antara sokongan sosial dan penghargaan kendiri dalam kalangan remaja melalui kajian hubungan antara penerimaan sokongan sosial dan penghargaan kendiri dalam kalangan remaja Malaysia. Penghargaan kendiri di kalangan belia, sokongan sosial dan personaliti dalam kajian Teoh dan Nur Afiqah (2010) menujukkan bahawa personaliti dan sokongan sosial mempunyai kaitan dengan tahap penghargaan kendiri pelajar. Oleh itu, masalah akan timbul dan merumitkan kehidupan remaja sekiranya sokongan sosial yang lemah ini berlaku. Hoge et al., (1996) menyatakan kebiasan sokongan sosial yang lemah boleh mempengaruhi perilaku remaja. Menurut (Noor Hidayah, 2008) remaja ini cenderung merasa rendah diri apabila dirinya memiliki banyak kekurangan berbanding rakan lain. Remaja akan menjadi pendiam, tidak suka bergaul, mudah tersinggung dan bermotivasi rendah apabila remaja sering dilanda perubahan emosi seperti perasaan rendah diri, perasaan sunyi, bosan dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini ingin mengkaji mengenai hubungan di antara faktor sokongan sosial dan penghargaan kendiri serta faktor-faktor demografik lain yang berkaitan.

1.3

Permasalahan Kajian

Statistik kajian kesihatan kebangsaan yang dilaksanakan pada 2015 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menunjukkan satu daripada tiga rakyat Malaysia mengalami gangguan mental. Malah statistik yang dijalankan itu juga menunjukkan 2

pelajar sekolah tidak terlepas daripada mengalami gangguan mental apabila menunjukkan mereka berumur 16 hingga 19 tahun mengalami gejala berkenaan. Statistik itu membabitkan individu berumur 16 tahun dengan purata 29.2% iaitu merangkumi 4.2 juta penduduk daripada lebih 31 juta rakyat Malaysia mengalami gangguan mental. Selain itu, media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan remaja yang masih bersekolah dan pelbagai masalah sosial dan perbuatan jenayah membabitkan pelajar dan remaja benar-benar membimbangkan kita. Statistik daripada laman sesawang utusan berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada tahun lalu mendedahkan sebanyak 3, 980 atau 28.8% daripada 13, 831 remaja berusia 10 hingga 19 tahun mengandung anak luar nikah. Seterusnya statistik pihak polis melalui laman sesawang pada tahun 2015 sahaja menunjukkan sebanyak 2, 540 remaja lari dari rumah bersama teman lelaki, 1, 857 terpengaruh dengan rakan sebaya, 1, 592 pula lari dari rumah kerana ada masalah keluarga manakala 1, 371 pula lari kerana mahukan kebebasan. Dan lebih menyedihkan apabila statistik juga mendedahkan betapa daripada jumlah tersebut, remaja Melayu paling ramai lari dari rumah berbanding bangsa lain. Selain itu, dari laman sesawang pressreader statistik kes jenayah naik berdasarkan statistik dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 7, 816 kes dicatatkan pada 2013 berbanding hanya 3, 700 kes pada 2012, iaitu membabitkan peningkatan sebanyak 4, 116 kes. Selain itu statistik bilangan pelajar di Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Intergriti sehingga 31 Mei 2016 berjumlah 2353 pelajar pada tahun 2016. Lebih parah lagi, golongan ini merupakan remaja majoritinya berbangsa Melayu beragama Islam dengan pelbagai kes jenayah seperti menagih dadah, merogol, meragut, bahkan membunuh. Krisis akhlak dan moral golongan remaja ini amat menggerunkan masyarakat Malaysia kerana dengan ini jelas negara berada dalam keadaan tenat, jika melihat kepada moral tunjang negara iaitu golongan pemuda pemudi. Apa pun, sebagai anggota masyarakat kerisauan kita adalah pada statistik kes gejala sosial yang dilakukan oleh remaja yang semakin membimbangkan. Dalam aspek ini perlu menilai semula peranan semua pihak yang terbabit sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung seperti ibu bapa, pihak sekolah, pihak berkuasa serta 3

anggota masyarakat keseluruhannya. Di samping ibu bapa, pihak yang cukup rapat dengan anak-anak adalah pihak sekolah dan juga guru. Kebiasaannya remaja yang cenderung untuk terbabit dalam gejala sosial seperti ini akan menunjukkan perubahan yang ketara di sekolah baik dari segi prestasi akademik mahupun dari aspek disiplin. Oleh yang demikian, kajian ini akan membincangkan mengenai hubungan di antara sokongan sosial dan penghargaan kendiri dalam kalangan remaja Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn (SMKDO). Pelajar Tingkatan 6 dipilih sebagai sebagai responden kerana mereka akan datang turut memelihara moral aset negara ini bagi membantu membentuk remaja akan datang. Berdasarkan kepada permasalahan kajian di atas, kajian berikut dilakukan untuk mengenalpasti kesignifikanan antara sokongan sosial mengikut jantina dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn (SMKDO). Bagi melihat kesignifikanan ini, pengkaji telah mengambil inisiatif dengan mengemukakan beberapa permasalahan kajian dalam menjalankan kajian untuk menambahbaik kajian akan datang.

1.4

Objektif Kajian 1.4.1

Mengenalpasti hubungan di antara sokongan sosial dan penghargaan kendiri dalam kalangan remaja Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn.

1.4.2

Mengenalpasti perbezaan tinggal bersama dengan sokongan sosial dalam kalangan remaja Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn.

1.4.3

Mengenalpasti perbezaan yang signifikan antara sokongan sosial mengikut jantina dalam kalangan remaja Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn.

1.4.4

Mengenalpasti perbezaan yang signifikan antara penghargaan kendiri mengikut jantina dalam kalangan remaja Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn.

1.5

Persoalan Kajian 1.5.1

Adakah terdapat hubungan di antara sokongan sosial dan penghargaan

kendiri dalam kalangan remaja Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn? 1.5.2

Apakah perbezaan di antara tinggal bersama dengan sokongan sosial

dalam kalangan remaja Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn? 1.5.3

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara sokongan sosial

mengikut jantina dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn? 1.5.4

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara penghargaan kendiri 4

mengikut jantina dalam kalangan pelajar Tingkatana 6 SMK Dato’ Onn?

1.6

Hipotesis Kajian 1.6.1

H1: Terdapat hubungan terhadap sokongan sosial dengan penghargaan

kendiri dalam kalangan remaja Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn. 1.6.2

H2: Terdapat pengaruh berdasarkan tinggal bersama dengan sokongan

sosial dalam kalangan remaja Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn. 1.6.3

H3: Terdapat perbezaan yang signifikan antara sokongan sosial mengikut

jantina dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn. 1.6.4

H4: Terdapat perbezaan yang signifikan antara penghargaan kendiri

mengikut jantina dalam kalangan pelajar Tingkatan 6 SMK Dato’ Onn.

1.7

Kesignifikanan Kajian

Berdasarkan hasil kajian ini, pengkaji berharap dapat memberi faedah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya kepada kalangan remaja Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Batu Pahat, Johor. Kajian ini penting kerana boleh memberi kesedaran tentang tahap kesejahteraan kendiri mereka ketika menjalani kehidupan dengan orang-orang yang berada disekeliling mereka. Kesedaran kepada ibu bapa bahawa sokongan sosial merupakan tanggungjawab mereka untuk melahirkan penghargaan kendiri yang positif di kalangan anak-anak remaja mereka. Melalui sokongan sosial, ia dapat menentukan kegagalan dan kejayaan mereka. Oleh itu, kesedaran dan pemahaman awal ibu bapa adalah mustahak. Selain itu, dapatan kajian yang diperoleh melalui kajian ini juga sedikit sebanyak dapat memberikan panduan kepada guru sekolah, guru kaunseling dan sesiapa yang berminat dalam hal kebajikan remaja agar langkah-langkah yang berfaedah kepada perkembangan psikologi dan kendiri remaja dapat dilakukan bagi memenuhi pertumbuhan pada perkembangan kendiri serta sokongan sosial bagi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

5

1.7.1

Kepentingan Kajian kepada Pelajar

Berdasarkan hasil dapatan ini dapat membantu pelajar untuk lebih mengenalpasti dimensi sokongan sosial yang terdapat dalam diri mereka dan seterusnya adalah untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri pelajar. Hal ini menurut Hall (1904) menyatakan bahawa remaja itu sering digambarkan dengan ciri seperti zaman penuh gelora, zaman mencari identiti dan bertanya “siapa dirinya?” membina konsep kendiri dan lain-lain. Mereka juga dapat melihat tahap perkembangan penghargaan kendiri mereka berbeza mengikut situasi ataupun tidak. Secara langsung dapat membantu pelajar untuk memudahkan mereka menjalani aktiviti harian dengan lebih positif dan berkeyakinan tinggi. Oleh itu, dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn agar dapat membantu meningkatkan diri mereka dari sudut kebangkitan dalam hidup, penghargaan kendiri, melalui penerimaan dan sokongan sosial ini kepada remaja supaya dapat membentuk penghargaan kendiri. Hal ini akan membantu mereka menyesuaikan diri mengikut persekitaran yang sesuai agar segala penerimaan sokongan sosial dapat diterima dengan baik.

1.7.2

Kepentingan Kajian kepada Guru

Hasil perbincangan dalam bab ini adalah pentingnya kajian ini kepada guru untuk memastikan tahap penghargaan kendiri pelajar. Tahap penghargaan kendiri juga dikenalpasti mengikut tahap sokongan sosial yang diterima. Oleh itu, hasil daripada ujian ini juga dapat dijadikan panduan bagi menjalankan aktiviti atau apa-apa program yang bersesuaian mengikut keperluan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn terutama dari sudut aktuviti luar dan aktiviti dalaman seperti mentor mentee, program anak angkat dan sebagainya.

1.7.3

Kepentingan Kajian kepada Sekolah

Terdapat beberapa kepentingan kajian kepada pihak sekolah terutamanya dapat membantu meningkatkan pencapaian prestasi sekolah berdasarkan gred pembelajaran. 6

Misalnya seorang pelajar yang mempunyai tahap penghargaaan kendiri yang tinggi mampu membantu meningkatkan prestasi pembelajarannya. Manakala, bagi pelajar yang

rendah

tahap

penghargaan

kendirinya

akan

menyebabkan

prestasi

pembelajarannya jatuh dan menjejaskan reputasi sekolah. Oleh itu, pelajar memerlukan sokongan sosial yang baik bagi meninngkatkan tahap penghargaan kendiri agar pihak sekolah juga dapat membantu pelajar membaiki tahap penghargaan kendiri dengan apa sahaja bentuk sokongan sosial yang diberikan.

1.8

Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Batu Pahat. Merupakan sekolah yang terdiri daripada pelajar Melayu dan kini merupakan sebuah sekolah yang bakal menjadi sekolah cemerlang di daerah Batu Pahat. Kajian ini melibatkan pelajar lelaki dan perempuan Tingkatan 6 seramai 85 orang responden mengikut populasinya berdasarkan jadual penentuan saiz sampel Krejie dan Morgan (1970). Oleh itu, penyelidik hanya perlu mengedarkan borang soal selidik sebanyak 70 helai kepada responden. Responden dipilih secara rawak. Kajian ini pada awalnya sukar dijalankan kerana dari aspek mencari bahan rujukan yang pengkaji perlukan adalah sangat terhad terutamanya di perpustakaan dan juga pusat sumber psikologi di Fakulti Sains Sosial (FSS). Oleh itu pengkaji perlu mengeluarkan wang serta menghadkan masa untuk mencari bahan rujukan di tempat lain. Di dalam internet tidak terlalu banyak bahan rujukan yang diperlukan oleh pengkaji dan menyebabkan kajian ini terbatas. Selain itu, dari aspek pengetahuan pengkaji juga terbatas kerana pengkaji tidak memiliki pengetahuan mengenai sokongan sosial dan penghargaan kendiri yang diperlukan dalam kajian. Kajian ini menunjukkan kerjasama pihak sekolah dalam membenarkan pengkaji untuk bejumpa dengan responden adalah sangat baik dalam membantu menjawab soalan di borang soal selidik sebanyak 30 item sahaja. Cuma terdapat masalah sedikit apabila pengkaji telah mengedarkan semasa pelajar sedang menjalani peperiksaan percubaan. Justeru itu, pengkaji perlu menunggu sehingga pelajar selesai menjawab soalan percubaan tersebut.

7

1.9

Definisi Operasional Konsep

Definisi operasional konsep ini akan membantu menerangkan konsep yang berkaitan seperti maksud sokongan sosial, penghargaan kendiri dan remaja.

1.9.1

Definisi Sokongan Sosial

Sokongan sosial menurut Gurung (2006), merupakan sebuah pengalaman yang berkaitan dengan penghargaan, perhatian dan kasih sayang. Oswald dan Suss (1994) pula menerangkan bahawa sokongan sosial itu merupakan perkembangan positif individu juga akan berlaku apabila terdapatnya sokongan sosial dalam diri individu. Selain itu, sokongan sosial juga merupakan sebuah sumber kepada psikologikal serta material kepada individu untuk berdaya tindak terhadap tekanan berdasarkan pernyataan House dan Khan (1985). Malah ia juga dapat dibezakan melalui tiga jenis sumber iaitu berdasarkan kebendaan, maklumat dan emosi (Cohen, 2004). Azizi Yahya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad dan Shariffudin Ismail (2006) telah mendapati bahawa terdapat empat fungsi sokongan sosial, antaranya ialah:

i.

Sokongan Emosi

Sokongan emosi merupakan sesuatu ynag perlu dalam melibatkan pernyataan kasih sayang, perhatian, sikap dan mengambil berat. Oleh itu, kesemua ini akan memperlihatkan diri seseorang itu rasa dihargai. Malahan, dalam keadaan tertekan juga individu yang mengalami tekanan emosi yang hebat boleh menjurus ke arah kemurungan, kebimbangan dan boleh menyebabkan seseorang individu itu kehilangan harga diri menurut Ma’rof Redzuan dan Haslinda Abdullah (2004). Hal ini bermakna, kawan-kawan dan keluarga boleh menyakinkan seseorang yang berada dibawah tekanan kernana menunjukkan individu tersebut masih mempunyai orang yang tetap bersama walaupun ketika mengalami atau menghadapi sebarang masalah.

8

ii.

Sokongan Maklumat

Nasihat bagaimana cara untuk menghadapi masalah adalah merupakan maksud kepada sokongan maklumat. Sokongan maklumat bertujuan untuk menjelaskan pelbagai bentuk masalah yang dihadapi dengan cara memberikan maklum balas.

iii.

Sokongan Instrumental

Berbentuk sokongan atau bantuan yang lebih kepada kebendaan dan perkhidmatan seperti tempat berlindung dan juga dari segi kewangan.

iv.

Sokongan Nilaian

Merupakan penilaian kepada suatu permasalahan yang dikongsikan melalui penjelasan suatu masalah dan usaha untuk ke arah menghadapinya.

1.10

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, dalam bab ini telah membincangkan dengan menyeluruh mengenai punca atau sebab kenapa kajian ini perlu djalankan oleh pengkaji. Selain itu juga, bab ini telah mengemukakan permasalahan kajian, objektif kajian dan persoalan kajian yang merangkumi pelbagai aspek. Secara tidak langsung ia telah menjelaskan tentang kepentingan sokongan sosial dan penghargaan kendiri kepada pengkaji.

9

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pendahuluan

Dalam bab ini, beberapa tumpuan telah diberikan dalam perbincangan adalah lebih kepada teori-teori yang digunakan bagi mengukuhkan kajian yang pengkaji pilih. Menurut Mohamad (2012) rujukan yang dikemukakan secara kritikal dan sistematik ini adalah saling berkaitan dengan tajuk kajian yang akan dilaksanakan. Sokongan sosial adalah sangat penting kepada remaja bagi mencorakkan masa depan dalam membentuk penghargaan kendiri remaja. Penghargaan kendiri remaja adalah disebabkan oleh terdapatnya sokongan sosial yang diberikan oleh ibu bapa, guru, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil berat mengenai sokongan sosial yang diberikan kepada remaja. Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti hubungan antara sokongan sosial dengan penghargaan kendiri remaja.

2.2

Pendekatan Teori 2.2.1

Teori Alfred Edler

Antara pendekatan yang teori yang sesuai digunakan dalam kajian ini adalah teori daripada Alfred Edler. Teori Alfred Edler ialah teori psikologi individu dimana manusia dianggap sebagai makhluk sosial yang akan mengalami masalah rendah diri (Syazwani Mohd Zakaria, 2016). Malah, Edler berpendapat perasaan sosial yang menentukan tingkah laku dan keperibadian kita. Selain itu, teori ini juga membincangkan tentang daya hidup, daya cipta, tujuan hidup, minat masyarakat, superiorities dan rendah diri (Hall dan Lindzey, 1993). 10

Bagi membentuk kasih sayang dan pertolongan terhadap orang lain, manusia dilahirkan dengan motif positif dan kepentingan sosial. Perkembangan personaliti yang sihat merangkumi kesihatan dan pertolongan kepada orang lain. Manusia bagi Edler ialah makhluk sosial kerana manusia dilahirkan untuk menjalani kehidupan dengan hidup dan berhubung dengan orang lain, bekerjasama dalam bidang kemasyarakatan dan menempatkan kepentingan sosial di atas kepentingan peribadi. Inferiority Complex ialah kesan yang berlaku kepada mereka yang tidak berjaya memasukkan diri mereka ke dalam sosialisasi dan menimbulkan kesan rendah diri (Sapora Sipon, 2005). Selain itu, perkembangan personaliti yang sihat memerlukan individu belajar dan menyertai kelompok manusia lain dalam masyarakat agar dapat menikmati perhubungan dan membentuk personaliti mereka. Ha...


Similar Free PDFs