TRANSFORMASI KESATUAN SEKERJA DI SABAH PDF

Title TRANSFORMASI KESATUAN SEKERJA DI SABAH
Author Mohamad Ismail
Pages 36
File Size 2.6 MB
File Type PDF
Total Downloads 171
Total Views 544

Summary

MOHAMAD ISMAIL BIN OSMAN PENGENALAN Di Malaysia, penubuhan kesatuan sekerja semakin bertambah pada masa kini khususnya penubuhan kesatuan sekerja di Sabah. Namun demikian seperti yang kita tahu pertubuhan kesatuan sekerja di Malaysia pada awalnya ditubuhkan pada tahun 1920 iaitu di bahagian semenanj...


Description

Accelerat ing t he world's research.

TRANSFORMASI KESATUAN SEKERJA DI SABAH Mohamad Ismail

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

Kesat uan Sekerja (Trade Union) di Malaysia Hazman Ag Sulaiman Modul GMGM 2023 Pengurusan Sumber Manusia Dalam Sekt or Awam Nor Azharuddin Shaharuddin FAKT OR-FAKT OR KEAHLIAN DALAM SABAH BANKING EMPLOYEES' UNION (SBEU Samsul Sabdin

MOHAMAD ISMAIL BIN OSMAN PENGENALAN

Di Malaysia, penubuhan kesatuan sekerja semakin bertambah pada masa kini khususnya penubuhan kesatuan sekerja di Sabah. Namun demikian seperti yang kita tahu pertubuhan kesatuan sekerja di Malaysia pada awalnya ditubuhkan pada tahun 1920 iaitu di bahagian semenanjung Malaysia. Seterusnya mula berkembang ke pantai barat iaitu di bahagian sabah pada awal tahun 1940. Walaupun pertubuhan kesatuan sekerja ini pada awalnya agak perlahan tetapi Negara Malaysia berusaha untuk mewujudkan lebih banyak kesatuan sekerja dan memastikan pekerja pada masa kini untuk menyertai kesatuan sekerja dengan tujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesatuan sekerja pada masa ini. Kesatuan sekerja ini pada awalnya wujud adalah disebabkan oleh munculnya sekumpulan pekerja atau lebih dikenali sebagai buruh. Institusi buruh ini bermula dengan kemasukan imigran Cina dan india ke Tanah Melayu melalui sistem kangcu dan kangani yang dibawa masuk oleh pihak penjajah iaitu British. Perkembangan buruh Cina dan India di Tanah Melayu majoritinya adalah berasal dari kawasan Kwangtung, Kwangsi dan Fukien di wilayah selatan China secara besarbesaran pada tahun 1848 iaitu selepas penemuan bijih timah di Larut, Perak. Manakala perkembangan buruh India di tanah melayu lebih menumpukan pekerjaan industri estet-estet seperti ladang getah, kelapa sawit dan sebagainya. Menurut Wad (1998) dalam kajiannya mengenai kesatuan sekerja di malaysia boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Menurut beliau dalam peringkat yang pertama merupakan dasar umum kesatuan sekerja dari tahun 1920-an sehingga kekalahan komunis pada tahun 1947-1948. Manakala, peringkat yang kedua dalam kajiannya ialah perkembangan kesatuan sekerja industri dari tahun 1948 sehinggalah pada masa kini. Di Malaysia, kesatuan sekerja pertama yang telah wujud pada tahun 1920-an bermula dengan dengan industri estet dan perlombongan. Dalam sektor tersebut kebanyakan dipelopori oleh orang cina yang lebih terlibat dalam industry perlombongan seperti bijih timah, melibatkan diri dalam pengeluaran bijih getah dan sebagainya. Perkembangan bidang perindustrian ini menyebabkan bidang perindustrian di Malaysia sangat penting dan diperlukan dalam pembinaan sebuah Negara yang maju menjelang wawasan 2020. Kewujudan kesatuan sekerja turut tidak ketinggalan dalam arus perkembangan dimana kita dapat lihat kesatuan sekerja ini semakin mendapat sokongan padu daripada pihak

MOHAMAD ISMAIL BIN OSMAN pekerja. Hal ini demikian kerana pihak pekerja menyedari apa yang diperjuangkan oleh kesatuan tersebut. Selain daripada itu, kesatuan sekerja juga dikenali sebagai institusi pekerjaan. Situasi ini, dapat dilihat dalam konteks hubungan industri yang menyatakan bahawa pertubuhan kesatuan sekerja dianggotai oleh pekerja-pekerja di dalam sesuatu organisasi di tempat kerja tersebut. Mereka iaitu pekerja-pekerja

yang berada dalam organisasi bagi mencapai maktlamat dan

berkongsi tujuan yang sama demi mewujudkan produktiviti dan keuntungan kepada sesebuah organisasi.

KONSEP KESATUAN SEKERJA Kesatuan sekerja merupakan salah satu badan atau pertubuhan atau sekelompok kumpulan pekerja yang ditubuhkan bertujuan untuk memperhuangkan hak-hak dan kebajikan pekerja serta melindungi pekerja daripada tindakan majikan yang menindas pekerja. Secara ringkasnya kesatuan sekerja merupakan asas kepada pengabungan pekerja dan majikan dalam sesuatu industri, tred, di Malaysia. Sememangnya kewujudan kesatuan sekerja di Malaysia ini mempunyai banyak maktlamat dan kebaikannya seperti melindungi pekerja, menjaga kebajikan pekerja, menjamin hak dan faedah pekerja, dengan cara mengadakan rundingan kolektif dan perjanjian kolektif bersama majikan dengan

kesatuan sekerja untuk menjamin kebajikan

pekerja pada masa hadapan. Berikutnya lagi, kesatuan sekerja yang ditubuhkan mempunyai peranannya yang tersendiri antaranya ialah apabila seseorang pekerja mempunyai hubungan yang tegang dengan majikan, kesatuan sekerja memainkan peranan dalam membuka ruang penyelesaian untuk melakukan rundingan bagi mengelakkan situasi tegang ini berpanjangan dan memastikan keharmonian dalam organisasi terus terjamin. Selain daripada itu juga, akibat dari munculnya ketegangan ini wujudnya kesatuan sekerja dimana ianya berfungsi sebagai wakil untuk pekerja menyampaikan suara mengenai hasrat dan maktlamat pekerja melalui kesatuan sekerja. Keadaan ini juga untuk memastikan apa-apa suara yang disuarakan oleh pekerja sampai kepada majikan. Apabila hubungan antara pekerja dan majikan semakin pulih masalah yang dihadapi oleh pekerja-pekerja dapat diselesaiakan melalui rundingan bersama antara kesatuan sekerja dengan majikan.

MOHAMAD ISMAIL BIN OSMAN Kesatuan sekerja di Malaysia boleh dikatrifkan sebagai sebuah pertubuhan yang wujud di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 di mana Akta ini menerangkan bahawa yang mana kesatuan sekerja yang wujud di Malaysia adalah mengikut Akta yang telah termaktub dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 tersebut. Pada masa yang sama, kesatuan sekerja tidak boleh ditubuhkan sekiranya bercanggah dengan Akta yang termaktub dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959. Hal ini kerana telah dijelaskan bahawa dalam Akta Kesatuan Sekera 1959 telah mendefinisikan kesatuan sekerja ini sebagai “apa-apa pertubuhan atau gabungan pekerjapekerja atau majikan-majikan, yang menjadi pekerja di mana tempat pekerjanya adalah di Malaysia Barat termasuk Sabah dan Sarawak”. Oleh itu, sekumpulan pekerja hanya boleh menubuhkan kesatuan sekerja mengikut tempat dimana mereka bekerja iaitu di Malaysia Barat, Sabah ataupun Sarawak. Menurut (Green 1994; Mankiw 2001), bependapat kesatuan sekerja merujuk kepada sebuah pertubuhan yang berdikari, yang akan membuat perundangan kolektif dan terpisah dengan majikan yang berperanan untuk mengekalkan dan meningkatkan keadaan, persekitaran dan syarat pekerja serta menggunakan haknya untuk mencapai tujuan dan keperluan pekerja. Berdasarkan situasi pada masa kini di Malaysia, kesatuan sekerja boleh diketogrikan sebagai satu persatuan atau gabungan kelompok pekerja atau majikan yang bekerja di Malaysia dan ahli-ahlinya terdiri daripada pekerja atau majikan dalam pertukangan, perkhidmatan dan perindustrian yang tertentu (Akta Kesatuan Sekerja 1959). Manakala menurut (Poon 2002), kesatuan sekerja terdiri daripada sebuah pertubuhan pekerja atau majikan yang ditubuhkan bertujuan untuk memajukan, memelihara, dan memperbaiki kepentingan sosial, ekonomi serta politik ahli-ahlinya melalui tindakan kolektif.

PERGERAKAN KESATUAN SEKERJA SEBELUM MERDEKA

BURUH CINA DI SABAH Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, dan bangsa. Malaysia juga dikenali sebagai sebuah Negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Kaum Cina merupakan kaum yang telah lama wujud di Tanah Melayu iaitu sejak

MOHAMAD ISMAIL BIN OSMAN zaman penjajahan British lagi. Etknik Cina ini merupakan salah satu etknik utama yang terdapat di Malaysia. Hal ini boleh diikatakan setiap negeri yang terdapat di Malaysia dan tidak terkecuali negeri sabah juga turut terdapat Etnik Cina. Penhijrahan atau kehadiran penduduk cina ke Malaysia adalah disebabkan beberapa faktor yang telah mendorong mereka untuk berhijrah ke Malaysia dan boleh dikatakan mereka telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1870-an lagi. Kemasukan orang cina di Malaysia disebabkan oleh pengenalan sistem kancu oleh pemerintahan British. Semasa pemerintahannya British telah membawa masuk buruh daripada China untuk tujuan membangunkan dan memajukan wilayah atau kawasan yang dijajah oleh pihak British. Namun demikian akibat daripada kemasukan buruh daripada China ini menyebabkan negeri Sabah turut tidak terkecuali menerima kedatangan buruh-buruh cina ini. Sememangnya kemasukan buruh cina ini memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan Sabah. Keadaan ini jelas dapat dibuktikan bahawa pada tahun 1881 Sabah menerima kemasukan buruh cina secara besar-besaran apabila Sabah telah diambil oleh Syarikat Borneo Utara British. Pihak Syarikat Borneo Utara British membawa masuk buruh daripada Negara China kerana pada masa itu pihak British mengalami kekurangan tenga kerja yang tidak mencukupi untuk membangunkan negeri Sabah. Hal ini kerana, penduduk asal yang sedia ada di Sabah dikatakan tidak mampu untuk menampung dan memenuhi kekosongan tenaga kerja. Selain itu, pihak Syarikat Borneo Utara British mengambil tenaga buruh dari China adalah disebabkan oleh orang Cina lebih berkemahiran dan berpengalaman untuk membangunkan sabah dalam pelbagai aspek. Sebagai contohnya Syarikat Borneo Utara British melihat pembagunan yang pesat telah dicapai di Hong Kong dan Singapura hasil daripada tenaga buruh Cina. Kemasukan buruh dari China secara besar-besaran adalah disebabkan pengenalan Tiga Skim yang telah diperkenalkan oleh pihak Syarikat Borneo Utara British iaitu Skim Sir Walter Medhurst, Basel Skim Persatuan Mubaligh dan Skim Laluan Bebas. Skim pertama yang telah diperkenalkan oleh Syarikat Borneo Utara British iaitu Skim Sir Walter Medhurst yang telah dilaksanakan pada tahun 1882 hingga 1886. Skim ini merupakan salah satu cara yang digunakan untuk membawa masuk tenaga buruh Cina dan juga petani. Pada tahun 1882 Medhurst telah diberikan peruntukan sebanyak $50000 untuk beliau pergi ke Negara China bagi tujuan untuk mendapatkan buruh- buruh yang ingin datang bekerja ke Sabah. Melalui skim ini, Medhurst telah berjaya membawa masuk tenaga buruh cina sebanyak

MOHAMAD ISMAIL BIN OSMAN 5 buah kapal. Seramai 818 orang yang berjaya dibawa masuk ke Sabah yang terdiri daripada 5 peringkat kemasukkan. Seramai 43 orang merupakan kumpulan pertama, manakala seramai 225 orang bagi kumpulan kedua, 340 orang

bagi kumpulan ketiga dan 96 orang untuk

kumpulan keempat serta 114 orang buruh untuk kumpulan yang kelima. Kesemua mereka ini dibawa masuk dengan menggunakan kapal SS Hainan, kapal Thaiess ss, kapal SS Fukkien. Terdapat segelintir buruh dari China yang dibawa ke Sabah mendapat tajaan berupa tiket tambang ke Sabah secara percuma. Dengan pengenalan Skim Sir Walter Medhurst telah membuktikan bahawa pihak British sangat memerlukan buruh dari Negara China untuk menguruskan dan membangunkan tempat jajahan mereka. Skim kedua yang telah diperkenalkan untuk menarik buruh dari Negara China untuk datang ke Sabah ialah melalui Skim Persatuan Mubaligh Basel. Skim Persatuan Mubaligh Basel ini telah diperkenalkan pada tahun 1905 hingga 1914. Pada tahun 1905 pihak British telah mengambil pekerja yang telah lama bekerja di Kudat, Sabah untuk dihantar kembali ke Negara China bagi tujuan untuk menarik atau menggalakkan penduduk di China untuk datang bekerja di Sabah. Antara contoh pekerja yang pernah di hantar pulang ke China iaitu Yong Ah Kit dan Lee Ah Pin. Kedua-dua pekerja tersebut telah kembali semula ke Sabah dan berjaya membawa sejumlah 150 buruh termasuk lelaki, wanita dan juga kanak-kanak dan mereka ditempatkan di beberapa kawasan di Sabah antaranya, Inanam, Mengatal, dan Tuaran. Bagi buruh yang masuk melalui Skim Persatuan Mubaligh Basel, mereka diberikan bantuan berbentuk tanah, dan kewangan. Selain itu, pada November 1912 satu perjanjian antara Syarikat Borneo Utara British dengan Basel Missionary Society telah diadakan. Melalui perjanjian ini setiap keluaga akan mendapat 10 ekar tanah apabila sampainya mereka ke Sabah dan mereka hanya perlu membayar premium $ 1 untuk seeker dan mereka juga dikecualikan cukai tanah dalam tempoh dua pertama. Apabila mencapai tahun ketiga dan seterusnya mereka akan dikenakan cukai tanah tahunan hanya sebanyak 50 sen seeker sahaja. Berikutnya lagi, dalam Skim Persatuan Mubaligh Basel ini juga pihak

British telah

banyak memberi kemudahan kepada buruh Cina iaitu memberi tanah untuk dijadikan Gereja, sekolah-sekolah, tanah perkuburan, dan menyediakan geran bantuan untuk penjaga mereka. Sememangnya Skim Persatuan Mubaligh Basel yang telah diperkenalkan oleh pihak British ini telah bejaya menarik sebanyak 26 keluarga iaitu dengan jumlah 111 orang dan mereka ditempatkan di Inanam dan British telah memperuntukkan tanah seluas 500 ekar. Seterusnya,

MOHAMAD ISMAIL BIN OSMAN pada tahun 1913 hingga 1914 sebanyak 63 keluarga atau seramai 273 orang telah berjaya dibawa masuk dan mereka ditempatkan di Kudat, Sabah. Dalam usaha British membawa masuk lebih ramai buruh dari China ke Sabah adalah melaluai skim yang tiga iaitu Skim Penumpang Percuma. Skim ini telah diperkenalkan oleh British pada awal tahun 1921 hingga 1941. Di bawah Skim Penumpang Percuma ini, kerajaan British tidak terlibat secara langsung seperti skim yang terdahulu seperti Skim Sir Walter Medhurst dan Skim Persatuan Mubaligh Basel yang terdahulu. Hal ini kerana, skim ketiga ini lebih mengutamakan kepada mereka

yang benar-benar ingin behijrah ke Sabah secara

percuma. Hal ini demikian, pada tahun 1920 keperluan peneroka sangat diperlukan berbanding dengan buruh kerana pihak British ingin membuka kawasan-kawasan baru untuk diterokai dengan tujuan bagi mendapatkan hasil baru. Bagi menyampaikan maklumat pihak pengurus mengedarkan risalah bagi menarik minat lebih ramai lagi peneroka untuk datang ke Sabah. Situasi ini jelaslah menunjukkan bahawa dengan cara memperkenalkan skim telah menarik ramai minat buruh dari China untuk meneroka kawasan baru di Sabah ini. Sebagai contoh yang dapat dilihat, pada tahun 1924 sebanyak 800 pas percuma telah dikeluarkan oleh pihak penyelia dan pengurusan di Sabah. Pada tahun 1927 pula, jumlah pas yang dikeluarkan meningkat kepada 1054 pas, dan terus meningkat kepada 1665 pas pada tahun 1929. Skim ini juga dikatakan berjaya adalah disebabkan golongan hakka yang datang ke Sabah dengan membawa saudara mara dan keluarga mereka kerana mereka bependapat dengan cara ini sahaja mereka mampu untuk mengusahakan kawasan yang ingin diterokai.

PEMBENTUKAN KESATUAN SEKERJA DI SABAH SEBELUM MERDEKA Selepas kemasukan British ke Sabah pihak British telah membawa masuk sejumlah besar buruh daripada China dan India ke Sabah untuk tujuan membangunkan Negeri Sabah. Hal ini dapat dilihat salah satu pembangunan yang telah diwujudkan di Sabah ini dengan membina satu landasan kereta api yang menghubungkan perjalanan dari Tanjung Aru ke Melalap. Pihak British telah membina landasan kereta api ini sejauh 123 kilometer yang dapat menghubungkan pelbagai daerah seperti Tanjung Aru, Kinarut, Kwang, Papar, Kimanis, Benoni, Beufort, Weston, Saliwangan, Haligolat, Rayoh, Pangi, Tenom dan Melalap. Tujuan utama pembinaan landasan kereta api ini adalah bertujuan untuk membawa keluar hasil hutan dan

MOHAMAD ISMAIL BIN OSMAN mengangkut arang batu dari kawasan pembalakan dan perlombongan. Pihak British juga menggangap bahawa dengan menggunakan sistem pengangkutan kereta api ini mereka dapat mengeluarkan hasil dengan lebih banyak. Selain daripada penggunaan memunggah hasil perlombongan dan pembalakan pihak Biritsh juga menggunakan kereta api untuk tujuan pengangkutan kepada penduduk tempatan dan juga pelancong yang datang ke Sabah dengan mengenakan tambang untuk setiap destinasi yang ingin dituju. Hal ini kerana pihak British menganggap dengan bahawa membawa penumpang boleh menjana sumber pendapatan yang lumayan kepada ekonomi pihak British. Di samping itu juga pada tahun 1894 pengurus besar Syatikat Berpiagam Utara Borneo iaitu Wiliam Clarke Cowie bercadang untuk memanjangkan landasan kereta api yang sedia ada bagi tujuan

untuk

mehubungkan

pelabuhan

baru

di

perairan

Brunie.

Dalam

pembinaan

memanjangkan landasan kereta api ini pihak Syarikat Berpiagam Utara Borneo menggunakan buruh-buruh yang dibawa dari China. Namun demikian pada tahun 1930 telah berlaku satu kemelesetan ekonomi yang amat teruk di seluruh dunia. Kemelesetan ekonomi yang berlaku ini juga memberi banyak kesan kepada pembinaan landasan kereta api ini. Hal ini kerana, setelah berlaku kemelesetan ekonomi pihak Syarikat Berpiagam Utara Borneo telah melakukan pembuangan pekerja di sektor pembinaan landasan kereta api tersebut secara besar-besaran. Pembuangan pekerja buruh keretapi tersebut boleh memberi kesan yang negatif kepada buruh-buruh terbabit. Situasi yang berlaku ini telah menyebabkan peningkatan pengangguran kepada buruh Cina. Di samping itu juga akibat daripada kemelesetan ekonomi ini juga pekerja yang di buang terbabi tidak dapat menyara diri sendiri dan keluarganya. Dengan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pekerja buruh landasan kereta api akibat daripada tindakan yang diambil oleh pihak Syarikat Berpiagam Utara Borneo dalam membuang pekerja tanpa membayar wang pampasan. Keadaan ini juga telah menimbulkan perspektif dan tanggapan yang buruk daripada pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api bahawa mereka adalah sedang ditindas oleh majikan. Tindakan yang diambil oleh pihak Syarikat Berpiagam Borneo Utara adalah tidak wajar dan pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api telah bersepakat untuk melancarkan mogok secara besar-besaran di hadapan Syarikat Berpiagam Utara Borneo. Tidakan yang dilakukan dan diambil oleh Syarikat Berpiagam Utara Borneo, yang membuang pekerja atas alasan kemelesetan ekonomi menyebabkan para

MOHAMAD ISMAIL BIN OSMAN pekerja pembinaan landasan kereta api tersebut telah berkumpul dan mereka berpendapat bahawa mereka perlu menubuhkan sebuah kesatuan yang mampu memperjuangkan nasib dan hak mereka ini. Pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api tersebut akhirnya telah berjaya menubuhkan sebuah kesatuan yang mana dapat memberi faedah dan manfaat dari terus ditindas oleh majikan. Kewujudan kesatuan sekerja pada masa dahulu jelaslah dapat dibuktikan bahawa akibat daripada berlakunya pembuangan pekerja yang dilakukan oleh Syarikat Berpiagam Utara Borneo telah menyebabkan pekerja-pekerja pembinaan landasan kereta api menubuhkan sebuah kesatuan untuk melindungi hak mereka. Mereka juga sedar dengan penubuhan kesatuan ini sahajalah yang dapat memastikan hak dan kebajikan mereka terjamin. Sehingga ke hari ini pekerja-pekerja amnya di Malaysia dan khususnya di Sabah mengenai pentingnya kewujudan kesatuan sekerja di dalam sesebuah organisasi. ( Temubual bersama Encik Jamion, Presiden kesatuan sekerja kereta api Sabah)

KESATUAN SEKERJA SELEPAS MERDEKA DI SABAH Selepas Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Negara Malaysia telah mencapai banyak kemajuan dalam pelbagai sektor termasuklah sektor perindustian, pembinaan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya. Akibat daripada perubahan dan perkembangan yang dilalui oleh Malaysia kesatuan sekerja tidak terkecuali dalam mengalami arus perubahan. Situasi ini kita dapat lihat selepas berlaku kemerdekaan kesatuan sekerja dikatakan “bagai cendawan tumbuh selepas hujan”. Hal ini demikian kerana, kesatuan sekerja merupakan satu elemen yang sangat penting dalam sesebuah syarikat. Kesatuan sekerja juga mengalami perubahan yang sangat drastik adalah disebabkan mulanya timbul rasa kesedaran oleh para pekerja akan kepentingan kesatuan sekerja dalam setiap organisasi bagi melindungi hak dan kebajikan pekerja pada masa ini. Seperti yang kita tahu, dalam sesebuah organisasi hubungan antara pihak majikan dan pekerja tidak selalunya mempunyai maktlamat atau pendapat yang sama. Akibat daripada perbezaan ini boleh menimbulkan situasi tegang diantara pihak majikan dan pekerja. Oleh itu, penubuhan kesatuan sekerja memainkan peranan yang penting dalam menjadi medium perantaraan bagi kedua-dua belah pihak untuk mewujudkan situasi yang harmoni.

MOHAMAD ISMAIL BIN OSMAN

JENIS-JENIS KESATUAN Kesatuan-kesatuan yang terdapat di Malaysia terdiri daripada dua jenis kesatuan iaitu pertamanya...


Similar Free PDFs