Tugasan 1 Kertas Kerja (kumpulan 6) PDF

Title Tugasan 1 Kertas Kerja (kumpulan 6)
Author FATIN AIDATUL AMIRA MOHD ALIUDDIN
Course Business management
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 11
File Size 447 KB
File Type PDF
Total Downloads 136
Total Views 162

Summary

FAKULTI PENGURUSAN & PERNIAGAANDIPLOMA PENGAJIAN PERBANKANCTU 152PEMBUDAYAAN AMALAN HEDONISME DI MALAYSIAMBA 119 2BDISEDIAKAN OLEHNO MATRIKS NAMA2020990437 AHMAD DANIAL HAZIQ BIN AHMAD RIDZA2020990355 FATIN AIDATUL AMIRA BINTI MOHD ALIUDDIN2020990711 NURUL HAFIZAH BINTI MOHD ZAMRIDISEDIAKAN UNTU...


Description

FAKULTI PENGURUSAN & PERNIAGAAN

DIPLOMA PENGAJIAN PERBANKAN

CTU 152 PEMBUDAYAAN AMALAN HEDONISME DI MALAYSIA

MBA 119 2B DISEDIAKAN OLEH

NO MATRIKS

NAMA

2020990437

AHMAD DANIAL HAZIQ BIN AHMAD RIDZA

2020990355

FATIN AIDATUL AMIRA BINTI MOHD ALIUDDIN

2020990711

NURUL HAFIZAH BINTI MOHD ZAMRI

DISEDIAKAN UNTUK

DR. MOHD ZAID MUSTAFAR

ISI KANDUNGAN

NO

1

2

TAJUK

PENDAHULUAN DAN LATAR BERLAKANG

MUKA SURAT

3-4

ISI DAN HURAIAN HEDONISME

i)

Pengaruh Media Massa

ii)

Wujudnya Pelbagai Pusat Hiburan Dan Pusat

5-8

Perjudian

3

4

iii)

Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

iv)

Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa

v)

Kurang Pegangan Agama

KESIMPULAN DAN CADANGAN

RUJUKKAN

9 - 10

11

2|Page

PENDAHULUAN

Kemunculan aliran pemikiran dalam islam berkembang pesat dengan kemasukan falsafah Greek pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah. Kemasukan aliran ini bukan sahaja meresap masuk dalam pemikiran tokoh-tokoh islam malah turut mewujudkan beberapa disiplin ilmu khususnya dengan kelahiran ilmu kalam. Walaupun pengaruh falsafah Greek atau lebih tepat lagi pemikiran barat dapat dimurnikan oleh tokoh-tokoh islam seperti Imam Al-Ghazali. Aliran pemikiran barat ini bukan sahaja menjadikan akal sebagai tunjang utama malah cuba memisahkan agama dari kehidupan manusia. Pada masa kini, kemunculan aliran sekularisme yang secara jelas bersifat anti agama dan berasaskan budaya hawa nafsu sedikit sebanyak telah menghancurkan pemikiran umat islam. Menurut Muhammad Naquib al-Attas, sekularisme bermaksud pembebasan manusia dri segi agama dan metafizik. Ia juga dapat didefinisikan sebagai satu ideologo atau ajaran yang membina seluruh pegarahan hidup manusia dalam setiap aspeknya selain daripada ibadah keagamaan di atas asas kepentingan,keperluan, ukuran dan nilaian duniawi semata-mata. Dalam erti kata lain, ajaran ini menolak ukuran agama sebagai asas bermasyarakat dan bernegara disamping menjadikan pemenuhan tuntutan duniawi sebagai matlamat tertinggi dan sebenar manusia. Akibat dari menjadikan akal sebagai tunjang agama kehidupan, timbul pelbagai aliran pemikiran dalam masyarakat mengikut acuan yang tersendiri Komunisme, Kapitalisme, Liberalisme, Pluralisme dan Hedonisme.

3|Page

LATAR BELAKANG HEDONISME

Beberapa orang tokoh hedonis Yunani telah membahaskan mengenai keseronokan dan kesengsaraan atau kesakitan. Antaranya ialah Democritus, Aristippus, Epicurus, Jeremy bentham, James mill dan lain-lain. Aristippus dan Epicurus merupakan pengetua sekolah falsafah iaitu Cyrenaics Epicureans. Mereka telah menggariskan keseronokan dan kesengsaraan sebagai konsep penting dalam konsep pengajian mereka. Kedua-dua orang tokoh ini adalah perintis kepada fahaman hedonism. Aristippus of Cyrene (435-356S.M.) mendakwa bahawa keseronokan merupakan satu-satunya perkara yang dicari dalam hidup mnusia. Berdasarkan kepada konsep keseronokan, pergerakan licin digambarkan sebagai suatu unsur yang menghasilkan kepuasan jasad iaitu kesenangan dan pergerakan kasar mengakibatkan kesakitan badan iaitu ketidaksenangan. Walau bagaimanapun, pendapat beliau ini berbeza dengan pandangan Epicurus yang menafikan kewujudan kesakitan bagi mencapai keseronokan. Menurut Epicurus(341-271S.M.), keseronokan merupakan peringkat mula dan akhir sesebuah kehidupan yang diredai. Ketiadaan kesakitan dalam badan dan kesulitan kejiwaan merupakan satu keseronokan. Puncak kesenangan baginya ialah ketenangan jiwa. Beliau juga bercanggah pendapat dengan sebahagian ahli falsafah hedonis sebelumnya mengenai perbezaan antara keseronokan aktif dengan keseronokan pasif atau keseronokan dinamik dengan keseronokan statik. Epicurus juga menyatakan bahawa keadaan jiwa keseluruhannya berubah secara automatik. Sekiranya ia pernah melakukan kebaikan maka ia akan memperoleh kegembiraan. Begitulah sebaliknya, jika ia pernah membuat kejahatan maka ia akan memperoleh kesedihan dan kesengsaraan. Kesenangan dan kegembiraan sesuatu jiwa disebabkan oleh jiwa-jiwa yang lain. Demikian juga kesedihan dan kesengsaraannya disebabkan oleh jiwa-jiwa yang lain bersesuaian dengan kadar perbuatan yang zahir daripada individu tersebut.

4|Page

ISI DAN HURAIAN HEDONISME

Najiha, haiza, amirah (2015) Kini, hedonisme telah menjadi ‘ideologi’ gaya hidup bebas terutamanya remaja dan golongan belia sesetengah masyarakat kita. Ia menyusup masuk secara halus tanpa kebanyakkan dari kita sedari. Berdasarkan pengkajian, budaya hedonisme ini sebenarnya telah bertapak di Malaysia sejak era 60an akan tetapi dalam skala yang sangat kecil pada ketika itu. Namun dari era joget lambak, cha-cha dan rock n roll, ia berkembang secara senyap sehinggalah ke era muzik tekno, jungle dan sebagainya, seterusnya bangkit menjadi satu sub budaya yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat. Budaya hedonisme mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata “apa-apa pun ok, janji fun“. Tak kisahlah apa cara sekalipun asalkan ianya dapat menaikkan kepuasan berhibur pada tahap yang maksimum dan berterusan. Kepada yang biasa mengikuti pesta, konsert atau gigs yang pada asasnya adalah biasa pastinya pernah mengalami situasi dimana sesuatu yang tidak dijangka menjadikan pesta atau konsert itu lebih ‘havoc’, panas atau merapu dari yang disangkakan. Kebiasaannya tamat pada jam 12 malam, tetapi kebanyakkannya berterusan sehingga pagi. Ada juga yang menyambung pergi ke tempat-tempat hiburan lain atau berpesta di rumah-rumah bujang dan terus ber’party’ hingga ke siang hari."berpesta tidak ingat dunia punya".itulah budaya hedonisme dan ia bermula dalam diri masyarakat itu sendiri.

5|Page

Hadi Dep (2017) Terdapat pelbagai faktor budaya hedonisme ini menular dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Kita seharusnya tidak sepatutnya memandang remeh dan mengambil mudah terhadap perkara ini kerana sememangnya budaya ini telah menjajah dan menghanyutkan pemikiran serta minda masyarakat kita terutamanya golongan remaja.

i.

Pengaruh Media Massa

Melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya hedonisme ini dapat menular ke negara ini dengan begitu mudah. Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh pihah barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara hidup minum arak, melepak, mengunjungi pesta liburan, seks bebas,parti liar dan sebagainya. Secara jelasnya, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan kepuasan nafsu semata-mata tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan tertentu terutamanya ajaran agama. Melihat kepada situasi masyarakat pada hari ini, dapat disimpulkan bahawa budaya ini telah berjaya mempengaruhi kehidupan masyarakat pada hari ini terutamanya gelongan remaja.

ii.

Wujudnya Pelbagai Pusat Hiburan Dan Pusat Perjudian

Budaya hedonisme ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang mudah terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan dan pusat perjudian di seluruh pelusuk negara bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan telah menyebabkan budaya hedonisme merebak dengan pantas tanpa disedari. Pihak berkuasa telah memainkan peranan yang penting dalam membanteras gejala ini tetapi tidak dinafikan bahawa masih banyak lagi diluar sana pusat hiburan seperti ini. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa sekarang.

6|Page

iii.

Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan rumahtangga yang berpunca daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa para remaja dan anakanak. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami perasaan dan masalah mereka. Para remaja berpendapat bahawa ibubapa mereka sudah tidak mempedulikan mereka dan mengambil keputusan untuk tidak lagi menghabiskan masa bersama.Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.

iv.

Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa

Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar bersiar-siar dan menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat yang boleh merosakkan akhlak para remaja. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan materialistik semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak mendapat perhatian dan kasih saying yang sepenuhnya. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib yang sama.

v.

Kurang Pegangan Agama

Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda tidak teguh, mereka tidak akan mendapat ketenangan jiwa dan inilah menyebabkan mereka mudah terjerumus dalam kancah budaya hedonisme ini. Kesan globalissasi dunia tanpa sempadan menjadi punca kepada budaya keterlaluan hedonisme sehingga ada yang menghalalkan cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan ajaran agama islam. Oleh itu, para remaja haruslah memupuk nilainilai murni agar mendapat ketenangan hidup dalam usaha mengelakkan diri daripada budaya hedonisme

7|Page

SURAH LUQMAN Al-quran melalui surah Luqman telah menjelaskan tabiat hidup budaya hedonism. Sesuai dengan mesej surah tersebut yang mengemukakan topik Pendidikan, surah Luqman sekaligus mendedahkan bahawa hedonism merupakan ancaman yang sentiasa menggangu proses Pendidikan genersi pelapis yang diidamkan. Allah berfriman:

฀ ْ ฀َ‫ض‬ ََ‫اسَ َوِمن‬ ِ ฀َ‫َٱل‬ ‫ل‬ َ‫بَي ِلعَن ِل ِيُ ل‬ ‫ثلَََْه يو َِ ْشت‬ ِ َ‫ٱلحَ دِي‬ ِ ฀َ‫ىَمرَ ن ٱلن‬ ِ َ‫س‬ َ฀฀ ْ ฀َ َ ُ ُ َِ ‫ ِهَين عَذََابل َ۟ ُهلْمََ أُوئِكََ َۚهز ًوَا يَتوِ ذخهَا ِعَلمبِغَي‬฀ُ‫م‬ ‫ْر‬ Ertinya: “Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokkan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.”

Tafsir Al-Mokhtassar Ada orang - seperti An-Naḍr bin Al-Ḥārith - yang mengambil kisah untuk mengalihkan perhatian orang dari agama Allah secara tidak jelas, dan menganggap ayat-ayat Allah sebagai olok-olok yang mereka cemuh. Mereka yang memiliki ciri-ciri ini mempunyai hukuman yang memalukan menantinya di akhirat.

8|Page

KESIMPULAN DAN CADANGAN KESIMPULAN Sejajar dengan hasrat kerajaan memperkasakan modal insan bagi merealisasikan RMK 11 khususnya dan kecemerlangan Malaysia dalam jangkamasa panjang gejala hedonisme harus ditangani dengan segera sebelum ianya menular menjadi satu cara hidup. Apabila ianya menjadi satu cara atau budaya hidup sudah tentu untuk menukar cara dan pegangan mereka terhadap amalan hedonistik cukup sukar untuk dilakukan. Adalah jelas Malaysia mensasarkan menjadi salah sebuah Negara maju menjelang 2020. Namun mengejar kemajuan bukannya bermakna kita harus menggadai nilai-nilai murni bangsa dan agama. Walaupun kita sedar amalan hedonistik ini akan dapat di atasi sekiranya individu berkenaan berusaha untuk balik ke pangkal jalan namun kita tidak boleh mengenepikan aspek –aspek yang mendorong mereka terlibat dengan gejala berkenaan. Justeru kesemua tindakan untuk mengatasi masalah berkenaan perlulah dilakukan secara bersepadu baik di kalangan masyarakat, kerajaan dan juga pihak swasta. Penulisan ini juga akan mengemukakan satu Model Pembangunan Sahsiah Pelajar/Remaja Muslim Bersepadu yang melibatkan peranan pelbagai pihak sebagai usaha pencegahan pada peringkat awal sebelum berlakunya salah laku sosial khususnya dalam kalangan pelajar menurut perspektif Islam. Berikut beberapa cadangan yang boleh dilakukan untuk menangani masalah berkenaan di kalangan masyarakat.

CADANGAN

1. Pihak kerajaan seharusnya mengawal bentuk-bentuk hiburan yang boleh melalaikan golongan remaja. Maksud mengawal bukanlah bermakna mengetatkan pergerakan remaja untuk mendapatkan hiburan sebaliknya mengenal pasti dan mengenakan tindakan

yang

keras

kepada

penganjur-penganjur

program

hiburan

yang

berorientasikan keuntungan sehingga membenarkan amalan penggunaan pil-pil khayal dan seks bebas di premis mereka.

2. Membina dan melaksanakan Pusat Sehenti di setiap daerah di kalangan remaja di mana boleh menjalankan fungsi menerima aduan, memberikan bimbingan dan sebagai tempat perlindungan kepada mereka.

9|Page

3. Mempertingkatkan perkhidmatan kaunseling di setiap daerah sama ada dari segi menambahkan lagi bilangan kaunselor, meningkatkan lagi kemudahan frasarana, memperkukuhkan kemahiran kaunselor dengan pendekatan terapi kaunseling terkini dan memberi latihan asas kaunseling kepada masyarakat.

4. . Mewajibkan pelajar universiti mengikuti program keagamaan yang boleh melembutkan hati yang merupakan raja kepada badan.

5. Meningkatkan lagi pemantauan kepada pelajar agar mereka tidak terdedah dengan amalan dan aliran pemikiran hedonism.

6. Meperbanyakkan program wacana ilmu dalam membicarakan impak budaya hedonisme di mana terdorong dari fahaman pluralisme dan liberalisme yang semakin menular di Malaysia.

7. Menghadkan tahap umur kepada remaja untuk memasuki mana-mana pusat hiburan supaya mereka tidak terdedah dengan perkara yang buruk.

8. Mendidik ilmu agama kepada anak di usia yang muda supaya mereka tidak terpesong kearah yang lain.

10 | P a g e

RUJUKAN

i)

http://budayahedonisme96.blogspot.com/2015/12/budaya-hedonisme.html

ii)

http://missthreetower.blogspot.com/2017/07/punca-berlaku-budayahedonisme.html

iii)

https://jice.um.edu.my/index.php/JAT/article/download/8695/6184/

iv)

https://tafsirweb.com/7490-quran-surat-luqman-ayat-6.html

v)

https://quran.com/31/6

vi)

http://eprints.utm.my/id/eprint/479/1/HuziliHussin2006_Menanganipenetrasibuda yahedonismedi.pdf

vii)

https://www.ojs.fkip.ummetro.ac.id/index.php/ekonomi/article/view/2681/1314

11 | P a g e...


Similar Free PDFs