(Kumpulan 7) Kertas Kerja CTU553 - Full Report PDF

Title (Kumpulan 7) Kertas Kerja CTU553 - Full Report
Author Natasha Jabar
Course Ethnic Relation
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 18
File Size 201.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 186
Total Views 352

Summary

1 PENDAHULUANKerjasama dan penyatuan kaum merupakan matlamat utama yang perlu dicapai dalam usaha pembentukan sebuah Negara bangsa. Selepas Malaysia dibentuk pada tahun 1963, pelbagai usaha dilakukan untuk menyatukan penduduk yang berbilang kaum dibawah satu symbol kebangsaan dan payung perlindungan...


Description

1.0 PENDAHULUAN Kerjasama dan penyatuan kaum merupakan matlamat utama yang perlu dicapai dalam usaha pembentukan sebuah Negara bangsa. Selepas Malaysia dibentuk pada tahun 1963, pelbagai usaha dilakukan untuk menyatukan penduduk yang berbilang kaum dibawah satu symbol kebangsaan dan payung perlindungan yang sama. Usaha pihak kerjaan tercabar setelah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 akibat ketidakseimbangan tahap pembangunan politik, sosial dan ekonomi antara etnik dan wilayah di Malaysia. Walau bagaimanapun, atas usaha gigih yang dijalankan oleh berbagai-bagai pihak di Malaysia dan melalui pelbagai saluran seperti pembangunan politik, penyatuan penduduk melalui pendidikan dan kebudayaan dan mengurangkan jurang perbezaan dalam sektor ekonomi. Hari ini, negara kita telah dapat menikmati kestabilan politik, malah sedang menuju ke arah perkembangan ekonomi yang seimbang dan keadaan sosial yang harmoni antara berbagai-bagai etnik di Malaysia. Keadaan ini membantu menyatukan penduduk berbilang kaum dan meletakkan landasan asas bagi Malaysia menuju ke arah pembentukan sebuah negara bangsa yang unggul dan disanjung tinggi. (Che Zuina Binti Ismail, 2017)

1

2.0 KONSEP 2.1 Segregasi Segregasi merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksanakan antara tahun 1948-1994 ( Sabree Hussin, 2011) Secara umumnya, segregasi ini wujud dalam aspek-aspek seperti kediaman, perkhidmatan dan juga dari segi sosial, adat resam, tradisi dan agama. Segregasi ini berlaku atas dasar ras, agama, kebudayaan dan lain-lain ciri etnik. (Nuraza Azleena Bt. Rahamat, Kesan Proses Integrasi Dan Segregasi Ke Atas Konsep Kendiri. file:///C:/Users/ASUS/Downloads/Kesan%20Proses%20Integrasi%20Dan %20Segregasi%20Ke%20Atas%20Konsep%20Kendiri.pdf, capaian 27/9/2017)

2.2 Integrasi Penyatuan pelbagai kumpulan dalam erti kata interaksi sosial tidak lagi dipengaruhi oleh identity rasa atau etnik (Ting,1987). Integrasi berasal daripada Bahasa Inggeris iaitu “integration” yang bererti kesempurnaan atau keseluruhan. Integrasi sosial didefinisikan sebagai proses penyesuaian di antara unsur-unsur yang saling berbeza dalam kehidupan masyarakat sehingga menghasilkan pola kehidupan masyarakat yang memiliki keserasian fungsi. (Nuraiza Azleena Bt. Rahamat (2012), Kesan Proses Integrasi

Dan

Segregasi

Ke

Atas

Konsep

Kendiri.

file:///C:/Users/ASUS/Downloads/Kesan%20Proses%20Integrasi%20Dan %20Segregasi%20Ke%20Atas%20Konsep%20Kendiri.pdf, capaian 27/9/2017) Integrasi ialah perpaduan yang boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identity dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik (Ahmad Haji Kambar, 1987)

2

Dalam era globalisasi ini, integrasi menjadi semakin penting. Ia dapat dilihat dalam pelbagai situasi dan keadaan yang membolehkan sesuatu perkara itu dapat dintergrasikan. Dalam seni integrasi ialah suatu aktiviti yang memastikan terdapat pelbagai bidang seni dalam sesuatu aktiviti mahupun kegiatan yang telah digabungkan dalam satu. Ini akan membuatkan satu integrase dapat dilihat. Secara ringkasnya integrase ialah apabila suatu perkara itu turut disatu padukan kepada satu sama yang lain. Integrasi dalam mata dunia pula ialah, dapat dilihat melalui peningkatan dalam komunikasi antara rakyat di seluruh dunia, Integrasi dalam bidang ekonomi (AFTA, NAFTA), integrase dalam sukan (SEA Games, Sukan Olympic) dan integrase dalam aspek politik dan sosial (UN, ASEAN, EU, OIC). Melalui integrase, kita dapat mempunyai semangat untuk menjadi seorang warga dunia dan akan terdapat peningkatan keprihatinan berkaitan isu-isu dunia. Dalam sesebuah negara pula integrase ialah lebih kea rah mengintegrasikan kaum di antara kaum-kaum yang lain untuk

dapat

disatukan.

(Naifih@Fey

(2011),

Makna

integrasi,

http://senidanpendidikannaifih.blogspot.com/2011/04/makna-integrasi.html, capaian 30,9,2017)

3

3.0 DARI PENGASINGAN KE PENYATUAN Keprihatinan kerajaan yang ingin membela dan meningkatkan kualiti hidup penduduk telah memandu perancangan pelbagai dasar bagi memajukan negara ke arah pembentukan satu negara bangsa Malaysia. Justeru, dasar-dasar yang digubal dan dilaksanakan telah disesuaikan dengan nilai sosioekonomi dan politik negara semasa untuk mencapai pembangunan Negara dan membentuk serta memantapkan perpaduan kaum. Secara umum, dasar pembangunan yang dilaksanakan mengambila kira pencapaian keadialan sosial, keseimbangan ekonomi, keharmonian dan perpaduan dalam hubungan etnik di Malaysia. Dasar politik, kebudayaan, bahasa, pendidikan dan ekonomi telah digubal oleh kerajaan yang boleh memandu Malaysia kearah penyatuan bangsa dan pembentukan sebuah negara bangsa yang unggul. (Che Zuina Binti Ismail, 2017) Segrasi merujuk kepada pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpuan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan itu berlaku dalam beberapa keadaan seperti kawasan tempat tinggal, jenis pekerjaan, sistem persekolahan dan penerbitan akhbar mengikut bahasa ibunda masing-masing. Sebelum merdeka, Malaysia telah pun melalui keadaan ini selari dengan dasar pecah dan perintah British sebagai kuasa penjajah. Dasar berkenaan mewujudkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik yang dapat mengukuhkan kedudukan kuasa politik dan ekonomi British. Seterusnya, British dapat bertapak dan menjajah selama 170 tahun di negara ini. Justeru, isu yang berlegar sekitar hubungan etnik adalah penting untuk difahami demi membina kesejahteraan hidup rakyat. Malaysia lebih mengutamakan integrasi dalam usaha memupuk kebudayaan dan ciri-ciri sosial yang dapat diterima oleh semua kelompok etnik. Identiti, budaya dan hak hidup sesuatu kumpulan etnik tidak dapat dihapuskan tetapi disuburkan. Dalam konteks Malaysia, integrase merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan etnik yang terpisah dari segi budaya, agama, soasial dan kawasan penempatan. Mereka dipupuk menerusi integrase politik, ekonomi, sosial, kebudayan, pendidikan dan di peringkat wilayah. (Che Zuina Binti Ismail, 2017) Proses mencapai sebuah masyarakat berintegrasi bukanlah sesuatu yang mudah, Menurut Ting Chew Peh (1987), integrase iaah suatu proses yang sangat kompleks. Tahaptahap hubungan etnik boleh dilihat dari segi darjah kedekatan bermula dengan hubungan terpisah iaitu segragsi sehinggalah hubungan berbentuk sebati iaitu amalgasi. Perhubungan yang lebih rapat antara wilayah dapat mewujudkan integrase dalam bidang politik dan nilai. Perhubungan ini seterusnya mampu mengurangkan konflik dan mengutamakan persefahamn serta mewujudkan perasaan harmonis antara pelbagai etnik. (Abu Musa, 2008). Sebelum merdeka, Dasar pecah dan perintah telah dilaksanakan semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Dasar ini telah mengakibatkan proses segregasi atau pengasingan etnik di Tanah Melayu lalu mengukuhkan pegangan ekonomi dan politik oleh British, Oleh itu, Malaysia mengutamakan integrasi iaitu penyatuan dalam usaha memupuk perpaduan rakyat di negara ini. Segregasi merujuk keapda pemisahan atau pengasingan antara satu sama kumpulan etnik dengan kumpulan etnik lain dalam sesebuah negara. Segregasi juga boleh berlaku melalui pengasingan tempat tinggal, pengasingan pekerjaan, pengasingan sistem persekolahan dan pendidikan, perbezaan kepercayaan dan agama, faham politik yang berbeza dan penggunaan akhbar yang berbeza. (Ahmad Ali Seman dan WArti Kimi, 2014:3) 4

Jika dilihat kepada sejarah dimana tanah melayu masih berada dalam genggaman British, dasar pecah dan perintah dilaksanakan lalu menyebabkan segregasi dalam kalangan pelbagai etnik dimana kuasa British atas tanah Melayu bertambah kukuh disebabkan tiada perpaduan dapat dicapai oleh penduduk tanah Melayu. Pengalaman segregasi yang pernah dilalui juga turut dirasai oleh penduduk di Afrika Selatan dimana undang-undang yang dikenali sebagai Dasar Aparteid menyebabkan penduduk di Afrika Selatan itu. (Faridz Rahim, 2016)

4.0 CABARAN DALAM MEMUPUK INTEGRASI DI MALAYSIA Terdapat tiga cabaran utama yang dapat dikenalpasti bagi memupuk intergrasi di Malaysa. Pertama ialah masalah integrasi perpaduan kaum dari aspek sejarah. Kedua ialah masalah integrasi perpaduan kaum dari aspek keluarga dan ketiga ialah masalah integrasi perpaduan kaum dari aspek Pendidikan. Cabaran pertama adalah peranan agen sejarah sememangnya meninggalkan impak yang besar ke atas sosialisasi politik orang Melayu dan bukan Melayu, apatah lagi apabila dilihat dari persepsi yang berbeza-beza. Bertepatan dengan apa yang dikatakan oleh Douglas (1967), pengaruh sejarah memang tidak dapat dipisahkan dalam proses sosialisasi politik. Sejarah telah mewujudkan masalah perkauman sehingga kini. Ratnam (1967) dan Abdullah Dahana (2002) merujuk masalah ini sebagai politik komunalisme. Ia telah meninggalkan kesan yang negatif ke atas beberapa perkara. Pertama, tidak wujud kesatuan budaya kerana setiap bangsa mempunyai bahasa, tradisi, agama dan budaya hidup masing-masing. Kedua, tidak wujud kesatuan wilayah kerana kebanyakan orang Melayu tertumpu di Kawasan pantai timur dan utara yang kurang maju, sedangkan orang Cina hidup Kawasan pantai barat yang lebih maju. Ini menjadikan orang Melayu cemburu dengan kemajuan yang dicapai oleh orang Cina. Ketiga, tiadanya keserataan dalam pemusatan kekuatan ekonomi dan politik. Kuasa politik berada di tangan orang Melayu, sementara ekonomi didominasi oleh orang Cina. Ketidakseimbangan ekonomi ini menjadikan keadaan bertambah buruk. Keempat, masalah status orang Melayu. Orang bukan Melayu menganggap bahawa keistimewaan orang Melayu bersifat sementara. Cabaran kedua adalah sosialisasi politik sama ada secara asuhan atau semulajadi (nurture atau nature) telah mewujudkan persepsi dan prejudis yang tidak sihat antara kedua kaum. Pentingnya peranan keluarga pada zaman kanak-kanak sebagai pembentukan sikap politik dan tingkah laku politik yang paling utama sebelum seseorang itu meningkat dewasa. Semua perkara yang dilalui ini akan diperturunkan dari satu 5

generasi ke satu generasi. Pengaruh keluarga amat dominan dalam sosialisasi politik, dengan tidak menafikan pengaruh agen-agen lain seperti sekolah, media massa, rakan sebaya, parti politik dan sebagainya turut menyumbang kepada proses ini. Menurut Hyman lagi, dengan mendengar perbualan ibu bapa Ketika bersarapan, anak-anak mula membentuk corak pemikiran mereka. Pengaruh keluarga memainkan peranan dalam membentuk hubungan mereka dengan jiran, orang lain, undang-undang tempatan dan masyarakat amnya. Akhir sekali ialah cabaran aspek Pendidikan di mana Neena Sharma (1985) meletakkan peranan penting pendidikan formal dalam proses sosialisasi. Tema yang sama turut dibahaskan oleh Almond dan Verba (1963). Pendidikan formal akan membezakan antara orang yang mempunyai ilmu dengan orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Langton (1969) menyokong hujah ini dengan mengatakan, sekolah berperanan untuk menanamkan kepercayaan politik secara formal melalui perancangan secara sedar dan secara tidak formal melalui pengalaman. Bagi pelajar yang mempunyai perbezaan latar belakang politik dan sosial, sekolah boleh mensosialisasikan mereka semula mengikut kumpulan yang sama sehingga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. . Menurut Zainal Mohd Jais (1996), Pendidikan berorientasikan negeri China ini langsung tidak membantu melahirkan generasi baru di Tanah Melayu. Masyarakat Cina amat mementingkan Pendidikan dan memberikan penghormatan tinggi kepada pendidikan. Mereka telah mendirikan sekolah Cina melalui usaha orang perseorangan dan persatuan bagi mengekalkan warisan budaya dan bahasa mereka. Hal ini dibuktikan dengan pembinaan sekolah Cina di mana sahaja terdapat penempatan orang Cina (Sia Keng Yek 2005). Menurut Tan Liok Ee (1989), isu pendidikan Cina merupakan isu yang amat sensitif dalam politik Malaysia kerana masyarakat Cina amat mementingkan identiti mereka. Inilah juga perjuangan Dong Jiao Zong6 sejak dahulu lagi sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan. Bagi mereka, sekolah Cina mesti dipertahankan bagi pembentukan jati diri orang Cina (Utusan Malaysia 2005). Pendidikan Cina adalah perjuangan antara hidup dan mati orang Cina.

6

5.0 PERANAN KERAJAAN Memupuk semangat hubungan etnik yang harmoni menjadi agenda utama kerajaan yang dilaksanakan menerusi perancangan dan pelaksanaan dasar-dasar tertentu. Usaha-usaha diteruskan dengan mengekalkan konsep 1Malaysia oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan slogan “rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Konsep ini bertujuan untuk melahirkan bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran yang dibawa oleh arus globaslisasi. Di samping itu konsep ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan hubungan dan Kerjasama antara rakyat pelbagai etnik di negara ini. Pelbagai agensi kerajaan telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan berkesan. Pertama ialah, penubuhan jabatan perpaduan negara dan integrasi nasional. Kerajaan telah merangka dan memberi penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai kaum serta intergrasi nasional. Dasar-dasar yang dimaksudkan termasuklah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar-dasar tersebut telah diperkukuhkan lagi dengan memperkenalkan ‘Rukun Negara’ sebagai ideologi kebangsaan dan usaha-usaha bagi mengurangkan tindak-tanduk politik yang boleh memecahbelahkan rakyat menerusi pembentukan ‘Barisan Nasional’. Sebagai tindakan susulan dalam memperlengkap dan memperkukuhkan usaha pembentukan Bangsa Malaysia, beberapa dasar lain telah dibentuk. Antaranya ialah Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Sosial Negara. Pendirian kerajaan telah ditegaskan lagi dalam penyataan wawasan 2020. Kedua ialah, program di IPT. Program IPT adalah salah satu program yang sangat penting bagi menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada mahasiswa yang pelbagai etnik. Salah satu aktivitinya ialah menawarkan kandungan kursus di semua IPT yang menitikberatkan aspek Pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. Selain itu, kerajaan perlu mewujudkan Program Khidmat Masyarakat yang dapat memberi pengalaman yang luas dalam memahami kehidupan rakyat Malaysia dan dapat menerapkan sikap perpaduan dikalangan pensyarah dengan memberi pendedahan tentang kursus Hubungan Etnik. Program yang menjurus kepada perpaduan etnik dalam kalangan mahasiswa juga telah dilakukan di IPT yang melalui persatuan dan kelab. Antara aktiviti yang telah dilakukan ialah aktiviti Pesta Tanglung dimana ia bukan sahaja melibatkan mahasiswa Cina dan India, tetapi turut disertai oleh mahasiswa Melayu. Kandungan 7

kursus di semua IPT juga telah menitikberatkan aspek Pendidikan yang harmoni dalam masyarakat pelbagai etnik. Nilai rohani dan budaya diberikan keutamaan dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Asia khususnya menerusi kursus Hubungan Etnik untuk menguatkan peribadi pelajar. Ketiga ialah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). PLKN merupakan kursus Latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia. Selalunya yang terpilih adalah mereka yang telah menamatkan Pendidikan sekolah menengah di Malaysia ataupun berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda sekarang ini. Ia juga dapat memupuk semangat perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif dalam diri setiap orang menerusi nilai-nilai murni.

8

6.0 PERANAN MASYARAKAT DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Antara peranan masyarakat dalam konteks hubungan etnik ialah kewujudan rukun tetangga, selain itu skim rondaan sukarela, mengadakan konsep rumah terbuka dan difusi budaya. Rukun tetangga merupakan satu program sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia. Ia mula diperkenalkan pada 1975. Rukun tetangga mempunyai matlamat yang jelas sejak awal penubuhan iaitu memelihara, meningkat dan mengukuhkan perpaduan rakyat dan integrasi nasional. Selain itu, rukun tetangga juga bermatlamat untuk selaras dengan dasar-dasar kerajaan yang berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Sebanyak 3,228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh Negara sehingga Mei 2006. Skim Rondaan Sukarela (SRS) merupakan salah satu cabang dari rukun tetangga. SRS merupakan salah satu Langkah untuk menjaga keselamatan dalam Kawasan Rukun Tetangga. Di samping itu, SRS juga membantu pihak polis mengrangkan kadar jenayah. Seterusnya SRS mengesan dan melaporkan isu-isu perhubungan kaum dan menjadi perantara dalam penyelesaian konflik. Rumah terbuka di Malaysia bermaksud sesuatu perayaan agama disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan memupuk persefahaman di kalangan rakyat Malaysia. Tetapi rumah terbuka tidaklah bertujuan mengembangkan agama kepada penganut agama lain. Amalan rumah terbuka ini memberi kesefahaman kepada rakyat bukan islam tentang nilai hidup ajaran islam yang menganjurkan sifat berbaik-baik sesama manusia. Selain itu, amalan rumah terbuka merupakan sesuatu yang unik bagi Malaysia yang telah mendorong menyumbang kepada keamanan dan kebaikan keadaan dalam negara kita yang berbilang bangsa dan agama. Akhir sekali ialah difusi budaya yang bermaksud proses-proses penyebaran unsurunsur budaya dari individu kepada individu yang lain ataupun dari satu masyarakat kepada masyarakat yang lain. Difusi ialah penyerapan budaya yang kebiasaannya berlaku secara sukarela tanpa disedari. Difusi budaya juga berlaku tersangat pantas kerana dapat berbagai-bagai kemudahan sistem komunikasi yang tersebar luas seperti radio, televisyen dan filem. Ia juga berlaku melalui unsur kesenian dan keagamaan.

9

7.0 PERANAN NGO DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK Pertubuhan bukan kerajaan atau NGO adalah organisasi yang ditubuhkan untuk memperjuangkan suatu kepentingan awam dan bukannya individu atau komersial. Ia sinonim dengan istilah NGO ialah CSO (Civil Society Organization) dan organisasi sukarela. Penubuhan NGO mungkin tercetus daripada pengalaman, minat, idea dan semangat perjuangan yang kuat daripada individu atau kumpulan tertentu untuk bertindak terhadap sesuatu fenomena yang terjadi atau keinginan dalam masyarakat. (Dr Norma Mansor (2014), NGO

Penuhi

keperluan

Rakyat,

https://www.bharian.com.my/node/15982,

capaian

02/09/2017). Peranan NGO dalam konteks hubungan etnik terdiri daripada aspel sosial, aspek keselamatan dan hak asasi dan juga aspek pendidikan dan keagamaan. 7.1 Aspek Sosial 7.1.1 Majlis Belia Malaysia Majlis Belia Malaysia atau lebih dikenali sebagai MBM merupakan sebuah pertubuhan Bukan Kerajaan yang bergerak sebagai badan induk menyelaraskan pertubuhan belia dan pelajar di Malaysia. MBM secara rasminya ditubuhkan pada 9 September 1950. MBM diiktiraf sebagai majlis belia peringkat kebangsaan bagi Malaysia. MBM

mempunyai

beberapa

tujuan

antaranya

ialah

mengukuhkan prinsip sukarela dan demokratif dalam pergerakan belia. Seterusnya, mengemukakan pendapat kepada kerajaan, badan-badan berkanun atau badan-badan yang lain mengenai perkara berkaitan belia. Selain itu, tujuan MBM adalah untuk

menggalakkan

perkhidmatan antarabangsa, persefahaman antara kaum, kerjasama dan kesejahteraan menerusi kegiatan belia. (Che Zuina Binti Ismail, 2017). 7.2 Aspek K...


Similar Free PDFs