CTU553 - Kertas Kerja - Grade: B PDF

Title CTU553 - Kertas Kerja - Grade: B
Author Faiz Fahmi
Course Ethnic Relation
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 29
File Size 685 KB
File Type PDF
Total Downloads 74
Total Views 99

Summary

CTUHUBUNGAN ETNIKTOPIK: HALANGAN DALAM MENJAYAKAN PROSES PENYATUANPERPADUAN DI MALAYSIA(NBM1B)DISEDIAKAN OLEH:NO. MATRIKS NAMA KOD PROGRAM2019997533 HARIZ SYAZALI BIN HAMIS BA2019126521 HAIZAD BIN ABD HAI BA2019714351 FAIZ FAHMI BIN AZMI BAKRITERIA MARKAH KRITERIA MARKAHP /2 MK /PM /2 DK /OK /2 K /K...


Description

CTU553 HUBUNGAN ETNIK TOPIK: HALANGAN DALAM MENJAYAKAN PROSES PENYATUAN PERPADUAN DI MALAYSIA (NBM1B) DISEDIAKAN OLEH: NO. MATRIKS 2019997533 2019126521 2019714351

NAMA HARIZ SYAZALI BIN HAMIS HAIZAD BIN ABD HAI FAIZ FAHMI BIN AZMI

KOD PROGRAM BA246 BA246 BA246

KRITERIA P PM OK

MARKAH /2 /2 /2

KRITERIA MK DK K

MARKAH /4 /8 /2

KL TOTAL

/3

R

/2 /25

DISEDIAKAN UNTUK: EN. MUHAMMAD HAMIZAN BIN AB HAMID 2019

ISI KANDUNGAN 1.0 PENDAHULUAN .............................................................................................................. 1 2.0 PERNYATAAN MASALAH ............................................................................................ 3 3.0 OBJEKTIF KAJIAN ......................................................................................................... 4 4.0 KAJIAN LITERATUR ..................................................................................................... 7 5.0 METODOLOGI KAJIAN................................................................................................. 8 6.0 PERBINCANGAN ............................................................................................................. 9 6.1 Faktor Politik .................................................................................................................... 9 6.2 Faktor Ekonomi .............................................................................................................. 13 6.3 Faktor Sosial ................................................................................................................... 18 7.0 KESIMPULAN ................................................................................................................ 22 8.0 LAMPIRAN...................................................................................................................... 25 9.0 RUJUKAN ........................................................................................................................ 26

i|Page

1.0 PENDAHULUAN Segala puji bagi Allah. Shalawat dan salam kepada junjungan mulia Rasulullah ‫ﷺ‬. Telah bersabda baginda Nabi: Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih-mengasihi, saling cinta-mencintai dan saling tolong-menolong, seperti sebatang tubuh. Kalau ada salah satu anggota yang terkena penyakit, seluruh batang tubuh ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas Terhasil kajian terperinci ini bukan sahaja untuk memenuhi keperluan subjek Hubungan Etnik semata-mata, tapi memenuhi satu keperluan jihad menegakkan haq, mendakap cinta dan kasih persaudaraan, serta memelihara keharmonian sesebuah negara yang diterima sebagai negara Islam, sama ada kerana penduduknya, bahkan pengamalannya. Kertas kerja ini dikarang dengan meringkaskan faktor-faktor utama yang menghalang perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia dari sumber dan pandangan multi-dimensi bagi mengelakkan bias dari pihak berkepentingan. Sama ada barat atau timur, sejarah lama, atau “revisionary history” tulisan kontemparari, bagi mendapatkan satu dimensi pandangan yang tanpa prejudis, walaupun ia akan menyerlahkan kelemahan umat Islam. Ini menepati konsep Thaqafah Tarikhiyyah (Wawasan Kesejarahan), iaitu tugas seorang muslim dalam Tadwin alTarikh (penulisan sejarah) untuk tidak cenderung kepada mana-mana subjektiviti, fanatisme politik, mahupun agama, dan juga tidak menyembunyikan kesalahan-kesalahan watak-watak sejarah yang ditulis. (Qardhawi, 2015). Maka dalam konteks tajuk kertas kerja ini, memerlukan kajian mengenai faktor luar seperti globalisasi dan polisi global, bahkan refleksi terhadap kelemahan sendiri. Ini merujuk kepada pengamalan agama dalam negara ini, tidak kira Islam, Buddha atau Hindu, pengamalan politik dari pihak kiri mahupun kanan serta budaya atau adat-adat yang mungkin juga menghalang kepada rencana perpaduan di Malaysia. Tajuk kajian ini dipilih daripada beberapa tajuk yang disediakan kerana beberapa sebab: a) Kurangnya bahan bacaan berkaitan tajuk ini di pasaran. b) Masyarakat di Malaysia tidak membincangkan isu ini secara serius dan kurangnya NGO yang khusus untuk mengketengahkan solusi ini di kalangan masyarakat. c) Kurangnya wacana dan perbincangan akademik berkaitan kerana mengelak sensitiviti kaum dan sentimen provokasi. Serta menjaga imej sendiri atau institusi masing-masing. 1|Page

d) Walaupun masalah ini sering dibincangkan secara santai, kurangnya bahan-bahan yang tersusun untuk membentuk hujah yang kritikal dan tepat. Semoga dengan kajian ini dapat memberi perspektif yang jelas mengenai konflik dan cabaran perpaduan di Malaysia secara lebih jelas, kritikal dan tuntas yang mudah dibaca oleh masyarakat umum serta golongan akademik sebagai pengenalan akan topik ini. Disudahi kalam pembuka ini dengan memohon keampunan atas segala kekurangan, dan dengan harapan usaha ini diterima sebagai amal di sisi-Nya.

2|Page

2.0 PERNYATAAN MASALAH Negara kita Malaysia memiliki kepelbagaian demografi dan komposisi penduduk yang terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa serta pelbagai budaya. Keharmonian sesama kaum adalah tertuai daripada semangat perpaduan yang kita telah lakukan sejak dahulu dan ia merupakan satu keunikan yang harus kita pelihara. Selain daripada itu, keharmonian yang stabil ini menjadi model contoh masyarakat pelbagai kaum dan etnik yang hidup secara harmoni dan dinilai oleh masyarakat dunia. Namun, politik di Malaysia telah dibentuk oleh dinamik agama dan perkauman. Rentetan dari masa kemerdekaan serta dekad-dekad yang kemudian, pelbagai isu-isu, masalah, dan halangan yang wujud dalam usaha menjaga keharmonian, serta memupuk perpaduan di dalam masyarakat. Antaranya adalah peningkatan jurang pendapatan antara kaum seperti Melayu, Cina dan India telah mewujudkan satu acuan formasi politik tanah air yang sentiasa berlaku. Kesannya, apabila keadaan menjadi terlalu hangat dan tidak terkawal, ia mampu membawa ke tahap rusuhan seperti yang telah berlaku ketika bulai Mei 1969. Selain memori rusuhan juga, konflik dan perbezaan ini juga membawa kepada gerakan pemisahan seperti yang berlaku usai pilihanraya 1959 yang akhirnya menyebabkan Singapura dikeluarkan daripada Malaysia pada tahun 1965. Antara tempoh tersebut telah banyak isu-isu yang tidak dapat diselesaikan sehingga tragedi pemisahan itu berlaku. Jelaslah di sini, kepentingan untuk bersatu-padu, dalam erti kata muafakat dalam membawa hala tuju negara itu suatu perkara yang teramat penting. Lebih-lebih lagi pada ketika ini, Malaysia tidak lekang dengan ancaman pemisahan oleh gerakan Pro-pemisahan Serawak, dan juga ancaman ketenteraan Sulu atas kehendaknya pada kedaulatan sebahagian Sabah. Melihat kepada kemungkinan ancaman yang dikemukan, adalah menjadi satu keperluan untuk mengkaji cabaran-cabaran kepada perpaduan di Malaysia di setiap lapisan atau segmen dalam masyarakat secara teliti. Kajian ini juga menyelidik apakah punca cabaran-cabaran tersebut, serta cadangan yang dapat mengurangkannya. Masyarakat akan mendapat pendedahan serta menjadi lebih cakna terhadap perubahan landskap majmuk masyarakat Malaysia. Terutama kepada perintis yang akan datang, semoga usaha ini dapat membantu usaha mereka seterusnya hingga hari kiamat atau hari Malaysia bangkit sebagai satu negara yang mempunyai identiti harmoni yang utuh dan kuat di persada.

3|Page

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Kertas ini mengemaskini masalah-masalah, elemen-elemen dan cabaran-cabaran kepada perpaduan masyarakat di Malaysia. Untuk mendapatkan pandangan holistik bagaimana cabaran perpaduan kontemparari muslim di Malaysia terbentuk, naratif kajian ini bermula dengan pensejarahan awal kedatangan etnik-etnik seperti Cina dan India serta perubahan cabaran-cabaran sejak dari awal kedatangan mereka ke Malaysia hingga sekarang. Hubungan antara etnik-etnik ini diberi keutamaan lebih daripada perpecahan oleh masyarakat kerana agama, pemikiran dan lain-lain kerana ia kesannya lebih kritikal jika dibanding kepada faktor lain. Sebagai contoh, walaupun Malaysia mempunyai penganut Islam yang berbeza dari segi akidah, mazhab dan sebagainya, seperti Ahlus Sunnah Wal Jamaah, Wahabi, Syiah, Qadyani dan lainlain, tiada pertembungan serius yang berlaku, hingga ke tahap pembunuhan atau rusuhan. Masyarakat juga berpecah dari segi pemikiran dimensi worldview seperti tradisionalis, pluralisme, sekularisma dan liberalisma, namun perbezaan ini masih terkawal dan dihujahkan dalam sesi wacana, dialog, dan perbincangan di alam maya. Oleh itu, kertas kerja ini banyak memberi penekanan elemen perbezaan dari segi ras atau etnik serta agama dan politik yang menjadi wadah masyarakat menzahirkan kehendak masing-masing dalam negara ini. Dalam rangka latar masa kajian ini, dibahagi kepada 2 bahagian; 1) Malaysia pasca-moden dan 2) Malaysia selepas kemerdekaan hingga sekarang. Untuk mendapatkan gambaran jelas pembentukan citra kontemporari Malaysia, harus dikaji dari awal acuan pembentukannya, iaitu sosioekonomi yang terwujud apabila Tanah Melayu menjadi melting-pot dengan kehadiran etnik lain sebelum kemerdekaan sehingga saat tibanya kemerdekaan Tanah Melayu menjadi sebuah persekutuan. Seterusnya pada cabaran kontemporari (period selepas pembentukan Malaysia hingga kini), fasal cabaran ini dipecahkan kepada beberapa lapangan bidang sosial kerana terlalu pelbagainya masalah-masalah yang dihadapai oleh masyarakat dahulu hingga kini untuk memelihara dan memupuk perpaduan. Sesuai dengan objektif kertas kerja ini, untuk memberi gambaran menyeluruh dari segi masa dan pelbagai dimensi secara tuntas, antara aspek-aspek yang dihuraikan secara kursus ialah:

4|Page

a) Cabaran dari segi Politik dan Ekonomi b) Cabaran Sosial dari sudut pendidikan dan menghujahkan isu diskriminasi c) Kekangan amalan keagamaan Bagi mendapatkan satu pandangan terperinci pada cabaran-cabaran yang dikemukakan, beberapa persoalan kajian dirangka bagi membentuk hala tuju: a) Apakah penyebabnya cabaran pada aspek ini wujud? b) Apakah kesan langsung atau tidak langsung dari cabaran ini? c) Seberapa kritikal cabaran ini kepada perpaduan? d) Apakah kesan jangka panjang dari cabaran ini? e) Apakah masa depan perpaduan antara kaum di Malaysia? f)

Apakah langkah-langkah yang telah diambil bagi mengurangkan cabaran ini?

Kertas penyelidikan ini ditujukan kepada 3 golongan: 

Masyarakat awam yang belum pernah ambil tahu akan cabaran-cabaran kepada perpaduan di Malaysia. Juga kepada masyarakat yang kurang mengambil tahu akan sejarah awal Malaysia dan menganggap Malaysia melakukan pembersihan etnik seperti yang pernah disebut oleh sesetengah pihak.



Golongan khusus pengkaji sejarah, ahli sosiologi, dan ahli akademik, serta pembuat polisi, ahli diplomat, dan ahli politik. Kerana mereka mempunyai kuasa untuk memberi pandangan secara ilmiah untuk kesedaran awam, dan memberi tekanan politik dalam isu ini pada jalan yang lebih efisyen dan pragmatik.



Juga golongan pejuang hak asasi manusia, ngo-ngo Islam yang memerlukan bantuan hujah, serta golongan jurnalis, dan media yang mampu bertindak secara hampir dengan masyarakat.

5|Page

Pasca-Kemerdekaan

Kemasukan etnik

Selepas Kemerdekaan

etnik- Zaman

Penjajahan Period rusuhan dan Period

British dan Jepun di pembentukan

semasa/

kontemporari

Tanah Melayu, ke struktur sosiopolitik arah

kemerdekaan Malaysia Moden.

dan

pembentukan

persekutuan Rajah 3.0: Latar tempoh kajian

6|Page

4.0 KAJIAN LITERATUR 4.1 Definisi Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), definisi halangan bermaksud [1] batang kayu dll yg melintang di jalan dll; beting pasir yg melintang di kuala sungai.; [2] aral; gangguan; rintangan (DBP). ‘Penyatuan’ pula adalah kata terbitan dari perkataan satu atau bersatu, dan bermaksud proses (perbuatan dsb) me-nyatu atau menyatukan. ‘Bersatu’ pula bermaksud [1] berkumpul (bertaut, bergabung) menjadi satu; [2] hati ber-muafakat benarbenar; seia sekata. Maka, dalam konteks ayat ‘Halangan Dalam Menjayakan Proses Penyatuan Perpaduan Di Malaysia” ia boleh merujuk kepada rintangan atau gangguan yang dialami oleh masyarakat Malaysia yang tinggal di Malaysia, atau sesuatu rintangan yang ada dalam proses menjadi mencapai muafakat antara ‘pihak-pihak’ di dalam Malaysia. Pihak-pihak dalam proses penyatuan ini, selain berada di dalam Malaysia, ia merangkumi pelbagai aspek keperlbagaian manusia dan elemen-elemen persekitaran yang menyebabkan kebantutan atau kelembapan proses penyatuan di Malaysia. Antara faktor-faktor dari aspek kemanusian seperti; ras, warna kulit, pegangan agama, pemikiran dan ideologi, pendidikan, sejarah keluarga dan lain-lain. Manakala dari persekitaran adalah seperti suasana politik, kesan sejarah, globalisasi, polisi negara luar, ancaman perang dan seumpamanya. Manakala, perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air (Shamsul Amri 2007). Hanya beberapa elemen-elemen utama yang memberi impak serta menepati tujuan kertas kerja ini sahaja dipilih dan dihuraikan. Elemen-elemen ini dikemaskini di bawah rangka umum dalam sebuah kajian sosial, iaitu; Politik, Ekonomi dan Sosial.

7|Page

5.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dibuat dengan beberapa metodologi bagi memastikan isu besar ini dapat dirumuskan secara ringkas namun tuntas. Kajian dikarang ringkas bagi memberi kesedaran khusus kepada kepada masyarakat umum, hanya isi-isi penting sahaja yang dimasukkan. Bagi kajian ini, banyak bergantung kepada kajian kualitatif, yang difokuskan pada artikelartikel akhbar tempatan dan tulisan kajian bebebarapa pakar. Penelitian sumber primer lain seperti teks perlembagaan negara Malaysia, perjanjian dan statut yang melibatkan Malaysia, serta kajian dan perangkaan dari badan-badan kementerian Malaysia. Data sekunder seperti statistik, kajian survey dan laporan kajian terdahulu dari dari beberapa badan penyelidikan hak asasi, institusi penyelidikan bebas, agensi kerajaan, dan laporan kewartanan dijadikan bahan sokongan untuk kajian ini. Dokumentasi menggunakan kaedah yang berdasarkan pada bidang sains sosial dan kaedah pensejarahan. Pengumpulan bahan-bahan yang telah disebut, adalah berdasarkan skop yang telah dikenal pasti dengan parameter sesuai untuk menjawab objektif-objektif kajian yang disebut dalam bab sebelum ini. Limitasi Kajian Limitasi kajian antaranya adalah batasan masa, iaitu tempoh kajian yang suntuk. Perbezaan pandangan dari sumber kewartanan, dan bahan-bahan kajian yang sahih dan bebas dari bias memerlukan tenaga dan masa yang tinggi mengehadkan penelitian. Masalah masa serta tidak ada kelulusan bagi mendapatkan sampel temu ramah bersama kumpulan fokus antara faktor kekurangan dalam kajian ini. Namun beberapa rekod temuramah dari media kewartanan bebas dan dokumentari sedia ada di internet digunakan sebagai sumber sekunder dalam kajian ini.

8|Page

6.0 PERBINCANGAN 6.1 Faktor Politik Perpaduan Kaum di Era Pra-Kemerdekaan Kejayaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menuntut kemerdekaan dari British amat mempengaruhi nasib, pegangan politik, pemikiran, peradaban serta pegangan identiti para penduduk Malaysia. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, maka setiap rakyat mempunyai hak menentukan hala tuju dan matlamat keuntungan hidup masing - masing. Atas alasan itulah sebilangan masyarakat Malaysia yang beridentitikan kemajmukan mempunyai hala tuju hidup yang pelbagai hala antara satu sama lain, jelasnya dibuktikan melalui ideologi politik yang berbeza. Zaman Penjajahan menyaksikan akan ‘Dasar Pecah Perintah’ oleh British yang mewujudkan perbezaan etnik, ekonomi, politik dan sistem pendidikan vernakular. Dengan kata lain, Kesan daripada polisi yang dibawa oleh Inggeris yang sengaja memisahkan kaum-kaum di Tanah Melayu menyebabkan perselisihan faham antara rakyat. Malah, pihak British mengamalkan sistem penempatan penduduk yang dibezakan mengikut bangsa. Ini bukan sahaja bertujuan untuk mencegah dari terjadinya perpaduan, malah telah turut menyebabkan timbulnya semangat perkauman yang tebal lantaran setiap kaum hanya berinteraksi antara mereka sendiri dan tidak bergaul dengan kaum lain kerana asyik tinggal dalam ‘dunia kaum’ sendiri. Apabila mereka telah berjaya membentuk ‘dunia’ masing-masing (tanpa memikirkan kaum-kaum lain) maka tidak hairanlah sekiranya semangat perkauman yang menebal itu dikuatkan lagi dengan faktor-faktor sosialisasi politik seperti akhbar dan persatuan yang berdasarkan kaum yang menguatkan sifat perkauman. Keadaan ini berterusan sehinggalah negara kita mencapai kemerdekaan. Kemunculan Pertubuhan / Parti Politik Berteraskan Kaum Fahaman politik setiap kaum sudah pastinya berbeza. Ketika zaman Pra-Kemerdekaan, kaum asing seperti Cina dan India berpendapat hal-hal yang berlaku di negara asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Semua kaum berusaha keras bagi memastikan identiti kaum, bahasa dan budaya masing-masing kekal terpelihara dan usaha itu dilakukan dengan menggunakan medium dan saluran seperti pendidikan, program keagamaan, akhbar dan peraturan - peraturan sosial. Contohnya, Kita semua maklum yang pada tahun 1930, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak9|Page

saudara mereka. Apabila ideologi komunis menjadi popular di negara mereka, fahaman tersebut juga merebak di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Orang India juga beranggapan serupa yakni menganggap India sebagai tanah tumpah darah mereka dan sentiasa menyimpan harapan untuk kembali ke India. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih penting daripada apa yang terjadi di Tanah Melayu justeru itu, Persatuan-persatuan India yang muncul lebih cepat seperti Persatuan India pada tahun 1937 yang bukan sahaja memperjuangkan hak pekerja-pekerja India malah juga sebagai medium untuk menyebarkan maklumat keadaan terkini yang berlaku di Negara India. Menurut Mohd. Ridhuan Tee Abdullah (2015), Sebelum munculnya parti-parti politik Cina di Malaysia, persatuan-persatuan Cina atau lebih dikenali sebagai Huatuan (Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, 2005) telah lama muncul. Kemunculan persatuan-persatuan orang Cina atau Huatuan sebenarnya membawa kepada penubuhan parti-parti politik orang Cina. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, orang Cina dengan sokongan penjajah menggunakan idea pertubuhan Cina sebagai alat melindungi hak-hak dan kebajikan mereka demi menguatkan lagi suara dan tuntutan mereka. Dengan sebab itu, pertubuhan bahasa, pertubuhan kuil (rumah ibadat), sekolah dan termasuk juga kongsi gelap adalah antara institusi yang paling awal ditubuhkan. Keberkesanannya amat terserlah daripada awal lagi sehinggalah ke hari ini. Huatuan bukan hanya bertindak sebagai pertubuhan bukan kerajaan, tetapi kadangkala mereka bertindak sebagai wakil parti-parti politik orang Cina bagi menzahirkan kepentingan mereka yang tidak mampu dilakukan oleh parti-parti politik Cina tersebut. Perbezaan Ideologi Politik Faktor Perpecahan Perpaduan Rakyat Bagi orang Melayu yang merupakan tuan rumah bagi Tanah Melayu, mereka juga sentiasa memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air kekal terpelihara. Namun, kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu pada masalah-masalah dalaman kaum melayu sendiri sehingga menyebabkan perpecahan yang lebih teruk dikalangan kaum melayu. Fenomena ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang melayu dalam majalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Melaya, dan Majlis. Taib Abdul Rahman (1979) menyatakan antara punca konflik hubungan etnik yang berlaku pada awal Kemerdekaan Tanah Melayu adalah disebabkan penguasaan politik serta hak istimewa orang Melayu. Inilah isu yang sering menjadi sasaran kaum lain apabila berucap di pentas politik. Merek...


Similar Free PDFs