ajaran sesat.pdf PDF

Title ajaran sesat.pdf
Author Zulkifli Mohamed
Pages 27
File Size 431 KB
File Type PDF
Total Downloads 293
Total Views 380

Summary

ISI KANDUNGAN 1. Pengenalan 2. Maksud Akidah Dan Ajaran Sesat 3. Pengertian Ajaran Sesat 4. Punca Kewujudan Ajaran Sesat 5. Ajaran Sesat Yang Aktif Di Malaysia Dan Penyelewengan Aqidah Mereka 6. Ajaran Sesat Di Malaysia 7. Kesan Ajaran Sesat 8. Cadangan Mengatasi Ajaran Sesat 9. Kesimpulan 10. Rujuk...


Description

ISI KANDUNGAN

1.

Pengenalan

2.

Maksud Akidah Dan Ajaran Sesat

3.

Pengertian Ajaran Sesat

4.

Punca Kewujudan Ajaran Sesat

5.

Ajaran Sesat Yang Aktif Di Malaysia Dan Penyelewengan Aqidah Mereka

6.

Ajaran Sesat Di Malaysia

7.

Kesan Ajaran Sesat

8.

Cadangan Mengatasi Ajaran Sesat

9.

Kesimpulan

10.

Rujukan

2

1.

Pengenalan

Islam ialah agama yang berpaksikan kepada aqidah iaitu mengesakan Allah S.W.T. Ianya adalah agama fitrah yang lurus dan benar kerana menyediakan garis panduan untuk pedoman hidup manusia berdasarkan kepada wayhu Allah S.W.T melalui utusan-Nya Nabi Muhammad S.A.W. Dalam waktu yang agama ini tidak bertentangan dengan akal manusia sekaligus mengandungi formula memelihara aqidah setiap muslim.

Namun, kadang kala akal manusia tidak dapat tidak dibayangi oleh hawa nafsu dan hasutan syaitan telah menyesatkan mereka yang tidak mempunyai keyakinan mantap. Oleh yang demikian, sejak dahulu hingga kini, terdapat juga golongan manusia yang pada namanya Islam tetapi aqidah mereka terpesong daripada pegangan agama fitrah ini. Golongan ini mendakwa berada di atas paksi Islam yang benar tetapi sebalinya mereka terjebak dalam kancah kesesatan yang amat nyata. Sepatutya sebagai seorang muslim, perkara asas terutamanya aqidah dan syariah perlu digenggam erat walaupun pahit dan getir yang terpaksa dihadapi. Di Malaysia, terdapat segelintir masyarakat kita menerima pengaruh yang kuat daripada tradisi ‘world view’ masyarakat negara tetangga iaitu Indonesia melalui aliran-aliran kepercayaan mencampur-adukkan antara tradisi kepercayaan lama dengan tradisi HinduBuddha yang kemudiannya diselitkan dengan unsur-unsur Islam. Kajian sarjana mendapati bahawa ajaran sesat atau salah yang dinisbahkan kepada Islam adalah merupakan satu manifestasi yang bermula dengan gejala mencemarkan kesucian agama Islam melalui fahaman-fahaman atau amalan-amalan yang bertentangan dan menyeleweng dari syariat Islam sebenar

Firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 78:

3

Terjemahannya: “Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (Ketua-ketua agamanya) yang memutar-mutar lidahnya semasa membaca Kitab Taurat (dengan mengubah maknanya), supaya kamu menyangkanya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu. Dan mereka pula berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukanlah dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).

Ayat di atas merujuk kepada tafsir Ibnu Kathir yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, menjelaskan bahwa kaum Yahudi mengubah isi kitab Taurat dan Injil, sebahagiannya dibuang dan ditambah dengan keterangan lain. Mereka mengatakan bahawa semua yang tercantum pada buku yang mereka susun itu datang daripada Allah S.W.T. Namun ayat ini juga telah membongkar kepalsuan dakwaan mereka.

Justeru itu, Allah S.W.T juga telah melarang manusia mencari agama selain daripada Islam melalui firman-Nya dalam surah Ali-Imran, ayat 85;

Maksudnya, “Sesiapa yang mencari selain Islam sebagai din (agama) maka sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak termasuk daripada kalangan golongan yang rugi” (Surah Ali `Imran : 85)

Oleh yang demikian, amatlah wajar sekali, apabila Nabi Muhammad S.A.W bersabda bahawa “Kaum (umat) Yahudi akan terpecah diantara mereka menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan, dan kaum (umat) Nasrani akan terpecah diantara mereka menjadi tujuh puluh satu atau tujuh puluh dua golongan. Dan umatku akan terpecah di antara mereka menjadi tujuh puluh tiga golongan” . (Riwayat Abu Daud, at-Tarmizi, al-Hakim, dan Ahmad) 4

Sehubungan dengan itu, tugasan ini akan menjelaskan punca dan faktor penyelewengan aqidah serta kesannya terhadap keluarga dan masyarakat di Malaysia disamping mengenalpasti kumpulan ajaran sesat yang aktif di Malaysia menurut laporan pihak berkuasa agama dan media.

2.

Maksud akidah dan ajaran sesat Definisi Aqidah ُ‫ اَ ْﻟ َﻌﻘِ ْﯿ َﺪة‬menurut bahasa Arab adalah berasal daripada perkatan al-

ُ ‫ اﻟﺘﱠﻮْ ﺛِ ْﯿ‬yang berarti kepercayaan atau keyakinan ‘aqdu ‫ ْاﻟ َﻌ ْﻘ ُﺪ‬yang berarti ikatan, at-tautsiiqu ‫ﻖ‬ yang kuat, al-ihkaamu ‫ ْا ِﻹﺣْ َﻜﺎ ُم‬yang ertinya mengukuhkan (menetapkan) dan ar-rabthu biquwwah ‫ اﻟ ﱠﺮ ْﺑﻂُ ﺑِﻘُ ﱠﻮ ٍة‬yang berarti mengikat dengan kuat. Definisi ini menjelaskan bahawa aqidah itu adalah merupakan satu ikatan kepercayaan atau keyakinan yang kuat terhadap anutan seseorang terhadap agamanya.

Menurut istilah terminologi pula, perkataan “aqidah” merujuk kepada iman yang teguh dan pasti serta tidak ada keraguan sedikit pun bagi orang yang menyakininya.

Manakala maksud ajaran sesat secara umum adalah fahaman sesat yang bertentangan dengan Islam tetapi mempunya kaitan yang dinisbahkan kepada agama Islam itu sendiri atau merujuk kepada pencemaran aqidah. Dengan kata lain, istilah ajaran sesat’ merujuk kepada ajaran-ajaran dan amalan yang menghakis atau menafikan doktrin ‘aqidah tawhid yang menjurus kepada murtad.

Dalam kajian ini, terdapat beberapa maksud ajaran sesat yang telah ditemui melalui artikel dan kajian terdahulu seperti berikut:

2.1

Menurut MABIMS iaitu gabungan majlis Ulama’ Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura mendefinisikan ajaran sesat sebagai: “Sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam; 5

sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah, serta bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Wal Jamaah”.

2.2

Menurut Abd Majid Omar (2008) iaitu mantan Timbalan Mufri Negeri Selangir, ajaran salah atau sesat boleh diertikan sebagai ‘sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan kepada Al-Quran dan AsSunnah serta bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.

2.3

Menurut Oxford English Dictionary, ajaran sesat adalah pandangan atau doktrin teologi keagamaan yang dianggap berlawanan atau bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik atau Ortodoks. Ini bermaksud ajaran sesat adalah pandangan atau doktrin yang membawa kepada maksud konotasi yang buruk.

2.4

Mufti negeri sembilan, terdapat beberapa takrifan ajaran sesat:

2.4.1

Setiap ajaran, keyakinan atau amalan dan perbuatan yang dipegang atau dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ianya berdasarkan ajaran Islam atau tidak bertentangan dengan ajaran Islam, sedangkan ianya adalah berlawanan, sebahagian atau seluruhnya, dengan ajaran Islam.

2.4.2

Ajaran sesat ialah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan daripada Islam yang berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah.

6

Secara dasarnya, bolehlah dirumuskan bahawa ajaran sesat ini adalah merujuk kepada penyelewengan di dalam aqidah dan syariah dan terbahagikan kepada tiga bentuk:

i.

Penyelewengan Dalam Bentuk Ajaran Baru Ajaran bentuk ini biasanya lahir melalui ajaran-ajaran yang direka atau dicipta oleh guru atau penganjur ajaran sesat yang menggunakan berbagai-bagai nama seperti ajaran Ilmu Hakikat Jahar Dumin pada tahun 1995 di Selangor.

ii.

Penyelewengan Dalam Bentuk Tariqat Ajaran bentuk tariqat ini biasanya menggunakan nama-nama tariqat yang termasyhur melalui guru-gurunya menggunakan bentuk amalan yang berbeza dengan yang asal atau ianya diubahsuai seperti iktikad yang ada pada sebahagian golongan tarekat yang menganggap bahawa sesiapa yang sudah sampai kepada peringkat tertentu dalam amalan atau tarekat yang mereka ikuti maka dia tidak lagi bergantung kepada syariat seperti tidak perlu lagi solat, puasa, jihad dan sebagainya. Mereka beranggapan kononnya yang perlu beramal ialah golongan awam sedangkan mereka adalah golongan khusus atau ahli hakikat atau makrifat

iii.

Penyelewengan Dalam Bentuk Amalan Tradisi Bentuk ini lumrahnya diamalkan oleh orang yang dianggap wali, kepercayaan kepada dukun-dukun, pawang dan bomoh dalam rawatan tradisional, pemujaan kubur atau pembawa ilmu tertentu sama ada melalui menurun dan sebagainya seperti mencampur-adukkan aqidah Islam dengan aqidah Majusi, Nasrani yang melahirlah ajaran berbentuk ‘batiniah’ seperti roh perawat bagi membantu pesakit atau menyelesaikan masalah mereka.

7

3.

PENGERTIAN AJARAN SESAT

Pengertian ajaran sesat yang dikemukakan dalam kajian ini adalah merujuk kepada beberapa hasil kajian terdahulu dan ditakrifkan seperti berikut:

3.1

Menurut Siti Zubaidah (2010), kalangan penulis dan pengkaji ajaran sesat di Malaysia mendefinisikan ajaran sesat sebagai ajaran salah atau penyelewengan akidah yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam dan mendakwa bahawa ajaran atau amalan tersebut adalah berdasarkan kepada ajaran Islam. Sedangkan pada hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah serta bercanggah dengan akidah dan syariat Islam.

3.2

Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah serta bertentangan dengan ajaran ahli Sunah Waljamaah serta mencemarkan kesucian Islam disamping mampu menggugat perpaduan ummah.

3.3

Hj. Mohamed Amin Salleh, mantan Pengarah YADIM, mendefinisikan ajaran salah atau sesat sebagai semua bentuk ajaran atau amalan yang didapati bertentangan dengan syariat Islam atau bertentangan dengan mana-mana hukum Islam (Al-Quran, Hadis, Ijma’ dan Qias)

3.4.

Menurut portal Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang, ajaran sesat ialah ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan Al-Quran dan Al-Sunnah.

4.

Punca kewujudan ajaran sesat

Kemunculan dan pernularan perkembangan ajaran sesat adalah kerana kejahilan terhadap agama Islam itu sendiri. Kejahilan tersebut bukan sahaja daripada pengikut tetapi juga kepada ketua atau guru ajaran sesat itu sendiri. Merujuk kepada Al-Quran, antara sebab-sebab

8

kewujudan ajaran sesat ini adalah kerana terbabasnya manusia daripada landasan agama sebenar berdasarkan kepada tiga perkara iaitu:

i)

Kelemahan diri sediri atau tidak mempunyai aqidah yang sebenar Pengetahuan yang cetek dan kejahilan tentang sumber-sumber utama ajaran Islam yang sebenar telah mendorong seseorang individu itu mempelajari agama Islam melalui sumber yang tidak tetap sehingga membuat kesimpulan dan kefahaman yang salah tentang Islam

ii)

Godaan syaitan Kepercayaan terdapap unsur mistik dan perkara ghaib menyebabkan syaitan mempengaruhi naluri manusia terutamanya bagi yang terlanjur melakukan dosa atau maksiat tetapi mahu bertaubat dengan jalan yang ringkas, mudah dan cepat (shortcut & recover).

iii)

Tipu daya manusia dan dunia Wujudnya segelintir pengikut yang mempunyai gangguan mental menimbulkan

pelbagai

khayalan

dan

lintasan.

Golongan

ini

terpengaruh kerana faktor psikologi dan mental seperti tekanan perasaan dan masalah kehidupan serta rumahtangga. Apabila ia bertemu atau diperkenalkan dengan individu yang salah, maka ia yakin bahawa guru itu boleh dijadikan sebagai tempat bergantung dan sebagainya.

5.

Ajaran sesat yang aktif di Malaysia dan penyelewengan aqidah mereka

Menurut kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sehingga 2008 terdapat sebanyak 55 jenis ajaran sesat telah diwartakan haram di Malaysia. Bagaimana pun dengan kerjasama Polis diRaja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Keselamatan Negeri (MKN), orang awam dan beberapa agensi kerajaan yang lain, maka Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri berjaya mengawal perkembangan ajaran sesat tersebut

9

Fahaman atau ajaran itu dikatakan sesat apabila ia memenuhi salah satu dari sepuluh ciri-ciri yang diputuskan oleh pakar agama atau Jawatankuasa Fatwa seperti berikut: •

Mengingkari rukun iman dan rukun Islam



Meyakini atau mengikuti akidah yang tidak sesuai dengan syarak



Meyakini turunnya wahyu setelah al-Quran



Mengingkari kandungan atau kebenaran al-Quran



Melakukan pentafsiran al-Quran tanpa kaedah yang tepat



Mengingkari kedudukan hadith Nabi sebagai sumber ajaran Islam



Memperlekeh atau merendahkan para Nabi dan Rasul



Mengingkari Nabi Muhammad SAW sebagai Nabi dan Rasul terakhir

• Mengubah asas-asas ibadah yang telah ditetapkan syarak • Mengkafirkan sesama muslim tanpa dalil syarie Selain daripada itu terdapat juga kajian lapangan yang lalu iaitu Abd Majid Omar (2008) menjelaskan bahawa terdapat 31 ciri-ciri ajaran sesat dan salah seperti berikut:

i)

Mempercayai bahawa kuasa-kuasa ghaib dan luar biasa itu ada, selain daripada kuasa Allah S.W.T dan kuasa-kuasa tersebut boleh ada pada manusia yang dipercayai mempunyai kuasa di luar kemampuan manusia seperti mengunakan unsur sihir melalui amalan tertentu dengan bantuan jin atau syaitan

ii)

Ajaran atau amalan yang dilakukan tidak secara terang-terangan, sebaliknya ia dilakukan secara sembunyi dan untuk ahlii kumpulan sahaja

iii)

Ajaran yang meletakkan ketua atau guru pada taraf yang amat tinggi dan melebihi had yang biasanya diberikan kepada manusia atau menyamatarafkan ketua atau guru dengan para wali atau para nabi/rasul. Ajaran seperti ini menghendaki supaya menghormati ketua atau guru kerana mempunyai karamah, ma’unah dan istidraj.

10

iv)

Tidak boleh mengkritik, mempertikai, mempersoal atau menegur sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh ketua atau guru sekalipun nyata perbuatan itu bercanggah dengan aqidah, syariat dan akhlak Islam

v)

Terdapat dakwaan bahawa ketua atau guru adalah dari keturunan Rasulullah S.A.W tanpa pembuktian salasilah yang jelas kesahihannya

vi)

Meyakini bahawa setiap keberkatan yang diperolehi di dunia dan diakhirat kelak adalah hasil atau disebabkan oleh keberkatan dari ketua atau gurunya

vii)

Larangan membuka rahsia mengenai ajaran kumpulan kerana percaya bahawa sekiranya membuka rahsia, seseorang pengikut akan ditimpa bahaya, musibah atau malapetaka

viii)

Pengikut atau anak murid tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita yang disukai oleh ketua atau guru, demikian juga tidak boleh berkahwin dengan bekas isteri ketua atau guru

ix)

Hendaklah menghadirkan wajah guru pada setiap kali berwirid, berzikir dan berdoa agar mendapat keberkatan

x)

Menggunakan syarat-syarat tertentu kepada pengikut atau anak murid seperti perlu melunaskan bayaran yang tertentu kepada guru sebagai jaminan untuk menghapus atau menebus dosa

xi)

Ketua atau guru kebiasaannya menghina, memperlekeh serta merendahkan kebolehan dan tahap ilmuan para ulama’. Mereka mendakwa para alim ulama’ yang ada pada hari ini hanya mengetahui dan memperbesarkan persoalan zahir (kulit) sahaja dan tidak membongkar rahsia yang ada dalam hukum-hukum Islam. Mereka menuduh para alim ulama’ yang ada hari ini ‘menyembunyikan ajaran Islam yang sebenar.

xii)

Mendakwa setiap yang zahir pasti ada pula yang batin serta mendakwa mereka sahaja yang mengetahui ilmu hakikat dan ilmu isi 11

xiii)

Mengamalkan penggunaan azimat dan tangkal sebagai pelindung

xiv)

Mendakwa bahawa ajaran dan ilmu yang diterima itu melalui ilham dan ilmu laduni yang diterima terus daripada Allah S.W.T atau Rasulullah S.A.W secara jaga atau melalui mimpi

xv)

Ketua atau guru mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi, Nabi Isa atau Rasul bagi orang Melayu atau golongan tertentu

xvi)

Ketua atau guru mendakwa dirinya ma’sum (terpelihara daripada dosa)

xvii)

Mentafsir Al-Quran berdasarkan pemikiran sendiri, logik akal dan untuk kepentingan diri tanpa mempunyai ilmu dan kelayakan yang diperlukan.

xviii) Tafsiran yang dilakukan amat jauh menyimpang dan berbeza dari tafsiran para ulama’ muktabar xix)

Ketua atau guru mendakwa sebagai pengganti Rasulullah S.A.W

xx)

Ketua atau guru mendakwa menerima wahyu dari Allah S.W.T

xxi)

Mendakwa masih ada nabi dan rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W

xxii)

Ajaran yang dibawa mempunyai pengaruh atau unsur ajaran atau pegangan agama lain seperti Kristian dan Buddha

xxiii) Mendakwa boleh menunaikan haji di tempat lain selain dari Mekah xxiv) Mendakwa guru boleh menjelma sebagai Rasulullah s.a.w. atau para sahabat, khususnya Khulafa’ ar-Rashidin xxv)

Mendakwa boleh berhubung dan berinteraksi secara terus dengan Allah S.W.T

xxvi) Mendakwa mengetahui ketibaan Hari Kiamat

12

xxvii) Melarang pengikut atau anak murid bernikah dengan mereka yang bukan ahli kumpulan xxviii) Mendakwa boleh meminta bantuan dari orang yang telah mati xxix) Mendakwa pernah berdialog dan berkomunikasi dengan para nabi atau rasul. xxx)

Mendakwa tidak perlu sembahyang, puasa, menunaikan zakat dan mengerjakan haji

xxxi) Menafikan keIslaman orang yang bukan ahli kumpulan mereka

5.1

Faktor-faktor pendorong kewujudan ajaran sesat Gejala ajaran sesat yang muncul di tengah-tengah kelompok masyrakat di Malaysia,

kebanyakannya dipercayai berpunca daripada pengaruh, kebudayaan, adat, kemasyhuran, kekayaan, bermotifkan seks serta kepercayaan lama yang mengandungi unsur-unsur animisme dan dinamisme yang dicampuraduk dengan doktrin-doktrin lain seperti Kristianiti, Hinduisme, Buddhisme, Neo-Platonisme dan lain-lain lagi. (Abd Majid Omar , 2008) .

Terdapat juga faktor penggunaan ayat-ayat Al-Quran bagi menyokong ajaran dan tafsiran yang dibuat kerana masyarakat umum biasanya menerima apa sahaja yang dikatakan datang dari Al-Quran tanpa memeriksanya terlebih dahulu. Selain dari itu, antara faktor-faktor pendorong kewujudnya adalah seperti berikut:

5.1.1

Perbalahan Terbuka di Kalangan Ahli Agama

Organisasi Islam sama ada kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan, perlu mengakui bahawa usaha dakwah dalam membina akidah umat Islam masih perlu diperbaiki. Sikap mementingkan diri sehingga berpecah-belah dalam mencapai matlamat atau agenda sendiri telah melemahkan umat Islam kerana realitinya ramai lagi muslim di negara ini ketandusan iman sehingga wujudnya penyelewengan akidah

13

5.1.2

Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang

Ajar...


Similar Free PDFs