Ajaran Taoisme PDF

Title Ajaran Taoisme
Author Isa Ma
Pages 16
File Size 134.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 647
Total Views 726

Summary

Ajaran Taoisme Isa Ma Zi Liang, Ang Shie Thing dan Nor Azuraini Bt Mat Lazin Abstrak Taoisme merupakan salah satu ajaran falsafah yang mengenai moral dan hubungan antara manusia dengan alam persekitaran. Taoisme dikenali sebagai Daoisme dan ajaran Daoisme ini banyak mempengaruhi kehidupan dalam kala...


Description

Ajaran Taoisme Isa Ma Zi Liang, Ang Shie Thing dan Nor Azuraini Bt Mat Lazin

Abstrak Taoisme merupakan salah satu ajaran falsafah yang mengenai moral dan hubungan antara manusia dengan alam persekitaran. Taoisme dikenali sebagai Daoisme dan ajaran Daoisme ini banyak mempengaruhi kehidupan dalam kalangan masyarakat cina. Daoisme berasal dari negara China dan tertumpu kepada konsep Dao. Daoisme juga dikenali sebagai jalan kerana dalam bahasa cina, Dao (道) bermaksud jalan. Dao membawa maksud kekosongan dalam segala perkara, iaitu pegangan hidup terhadap Dao dapat menyingkir segala keinginan dan pertikaian. Daoisme diasaskan oleh dua tokoh falsafah yang agung iaitu Lao Zi(老子) pada 604 SM- 470 SM dan Zhuang Zi

庄子

pada 369 SM- 286 SM. Taoisme terdiri daripada

dua cabang yang utama, iaitu Falsafah Dao(道家) dan Agama Dao (道教).

Katakunci: Taoisme, Daoisme dan Dao

1.

Lao Zi ( 老子 ) dan Pemikiranya

Lao Zi merupakan seorang ahli falsafah kuno yang hidup pada abad ke-5 SM. Menurut kitab ShiJi (史记) nama asal Lao Zi ialah Li Er (李耳). Gelaran Li Er bererti Budak Tua. Hal ini kerana terdapat khabar angin dan legenda yang menyatakan Lao Zi berada dalam perut ibunya selama 82 tahun. Apabila beliau dilahir, beliau dalam keadaan yang tua. Oleh itu, gelaran Lao Zi juga boleh dikaitkan dengan guru tua yang bermaksud orang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Nama sopa Lao Zi ialah Boyang (伯

) dan nama almarhum

kehormatannya ialah Dan (聃).1 Lao Zi dilahirkan di provinsi Ku(苦县) pada tahun 604 SM– 470 SM dan beliau merupakan penduduk asal negeri Chu( 楚

yang dikenali sebagai

Henan(河南).2 Namun begitu, beliau berpeluang untuk menjawat jawatan sebagai pegawai tinggi di istana Dinasti Zhou



. Semasa tempoh perjawatan Lao Zi sebagai pegawai

tinggi di Dinasti Zhou, beliau berpeluang membaca kitab-kitab dan catatan-catatan historis. Pengetahuan yang diperolehi membolehkan beliau mencapai keinsafan wawasan. Beliau

1 Max Kaltenmark.(1965). Lao Tzu and Taoism. Editions du Seuil, Paris. m/s 7 2 S.M.Wang.(12/2004). Xian Qin Daojia Shi Xiang Jiang Gao. Zhong Yang Yan Jiu Yuan Zhong Guo Wen Zhe Yan Jiu Shuo.m/s 19

0

mulai menyebar falsafalnya setelah beliau meletakkan jawatannya apabila kemerosotan Dinasti Zhou



.3

Lao Zi telah menulis sebuah buku yang berjudul Dao De Jing

道德经

yang mempunyai

5000 huruf TiongHua dalam 81 bab. Dalam buku Dao De Jing, ajaran yang ditekankan oleh Lao Zi ialah keharmonian alam semesta.

2.

Makna Dao (道之涵义)

Dalam buku Dao De Jing, Konsep Dao berasalkan daripada Dao(道) yang merujuk kepada empat perkara yang penting, iaitu konsep Dao bererti jalan, pegangan hidup terhadap Dao dapat menyingkir segala keinginan dan pertikaian, konsep semula jadi juga dikenali sebagai Wu Wei.

Perkara yang pertama dalam konsep Dao adalah bermaksud asas, jalan atau cara kejadian bagi semua benda hidup dan benda-benda alam semesta dunia. Dao(道) wujud dalam semua benda hidup dan De (德) wujud dalam kebendaan.(Dao De Jing, Bab 25)4 Pegangan hidup terhadap Dao membolehkan seseorang itu menyingkirkan segala keinginan dan pertikaian jiwa. Oleh itu, Daoisme juga boleh dikaitkan dengan sifat tenang, tidak berbalah, bersifat lembut dan berabadi. Kitab ini membolehkan masyarakat mempunyai keinginan terhadap kehidupan yang sederhana seperti orang yang bertapa. Dalam Dao De Jing, Lao Zi menyatakan bahawa Dao merupakan sesuatu yang tidak berbentuk yang mampu mempengaruhi alam semesta. Hal ini kerana Dao dipercayai telah wujud sebelum kewujudan alam semesta dan setiap kehidupan dalam alam semesta mempunyai hubungan dengan Dao. Justeru, perkembangan dalam setiap kehidupan dan Dao adalah secara semula jadi.

Dao juga merupakan sesuatu yang abstrak dan tidak dapat diterangkan dengan perkataan. Hal ini kerana Dao tidak bernama, tidak dapat dilihat, dan hanya dapat difahami oleh individu dengan kesedaran dalam diri sendiri. Tambahan pula, Dao dapat difahamkan sebagai undangundang alam yang sentiasa berubah dan merupakan satu prinsip tentang kehidupan yang sejagat (Dao De Jing, Bab 14).

3

S.M.Wang.(12/2004). Xian Qin Daojia Shi Xiang Jiang Gao. Zhong Yang Yan Jiu Yuan Zhong Guo Wen Zhe Yan Jiu Shuo. m/s 20 4 Ibid. m/s 39

1

Di samping itu, Daoisme juga dikaitkan dengan perkataan hidup abadi. Kekal abadi merupakan salah satu dasar perkembangan untuk menjadi dewa dan mencapai keabadian apabila seseorang itu mencapai kesedaran Dao. Penganut-penganut Daoisme mempraktikkan Dao untuk mencapai Dao dengan cara bertapa di kawasan pendalaman untuk mengelakkan diri terlibat dalam politik dan perkara yang tidak baik. Oleh itu, Dao memberi kebaikan dengan memperbaiki diri dan hati yang berselubungi oleh sifat tamak dan tidak menimbulkan bahaya kepada golongan masyarakat (dao De Jing, Bab 32)5. Tambahan pula, dalam Dao De Jing (Bab 42) yang mengatakan bahawa “Dao melahirkan sesuatu, dan sesuatu yang dilahirkan itu akan melahirkan Yin dan Yang. Yin dan Yang akan saling mempengaruhi untuk menghasilkan tenaga atau kuasa. Dengan kuasa yang diwujudkan, maka segala hasil jutaan hidup di dunia turut diwujudkan”.6

(1) Persoalan Tentang Kehidupan (人生问题) Lao Zi menitikberat dua perkara dalam persoalan tentang kehidupan. Perkara yang pertama ialah memerintah dan membentuk jati diri (治国治身

manakala perkara yang kedua ialah

pergaulan (处世) dalam Dao De Jing (道德经: Kitab tentang Moral

.

Memerintah merujuk kepada cara seseorang raja memerintah dalam sesebuah negara dan persoalan ini akan dibincang dalam persoalan memerintah manakala membentuk jati diri akan dibincang dalam persoalan tentang kehidupan. Pergaulan menunjukkan cara bagaimana seseorang untuk mendapat keamanan dalam kehidupan.

(2) Membentuk Jati Diri (修身) Untuk membentuk jati diri, seseorang itu tidak boleh mementingkan diri (去私). Seseorang itu mesti menunjukkan kelakuan yang tulus, jujur, dan tidak boleh mempunyai sikap yang tamak untuk membentuk jati diri dalam kehidupan. Dalam bidang politik pula, seseorang pemimpin juga dapat membentuk jati diri dengan mementingkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri. Dengan ini, pemimpin tersebut akan dihormati oleh rakyat atas kelakuan yang tulus dan tidak mementingkan diri.

5

S.M.Wang.(12/2004). Xian Qin Daojia Shi Xiang Jiang Gao. Zhong Yang Yan Jiu Yuan Zhong Guo Wen Zhe Yan Jiu Shuo. m/s 37 6 J.Y.Ren(2005). Zhong Guo Zhe Xue Shi Tong Lan. Dong Fang Chu Ban Zhong Xin. m/s 88

2

Selain itu, sifat jimat cermat (重啬) juga dapat membentuk jati diri. Pembentukan jati diri dalam jimat cermat bukan dari aspek harta benda tetapi dari aspek spiritual. Perkataan “se” (啬) bukan bermaksud kedekut sebaliknya “se” membawa maksud seperti menabung tenaga, mengukuhkan asas dan menyempurnakan kehidupan.

(3) Wu Wei (Jangan Buat Apa) Namun begitu, minat orang yang menuntut ilmu pengetahuan semakin bertambah sehari demi sehari manakala minat orang yang mempelajari ajaran Dao semakin berkurangan dan akhirnya mencapai tahap Wu Wei (无为).7

Terdapat beberapa takrifan Wu Wei (无为) yang dikenali dalam Daoisme, iaitu dimulai dengan Wu Wei sebagai tidak melakukan apa-apa, Wu Wei sebagai melakukan tindakan pasif dalam dunia sosial, dan Wu Wei sebagai sikap menunggu perubahan alami dari hal-hal yang ada. Justeru, sesuatu itu perlu bersifat diam, tenang dan pasif untuk mencapai Dao dalam konsep Wu Wei.8

Wu Wei (无为) juga dikenali sebagai konsep semula jadi atau sebagai sifat yang tidak bergiat. Konsep Wu Wei menggalakkan masyarakat mengamalkan aksi yang semula jadi iaitu tidak mempunyai kehendak diri sendiri. Tambahan pula, Wu Wei juga menggalakkan segala perkara yang berlaku dalam keadaan yang natural serta membenarkan hal-hal itu berkembang secara spontan. Perkara yang bertentangan dengan kejadian alam dianggap sebagai punca bagi segala penderitaan. Di samping itu, asal-usul semua makhluk dan Dao adalah bersifat azali, iaitu semua makhluk akan berasal dari suatu tempat dan akan kembali ke tempat itu pada akhir hayat mereka. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat pada masa itu mempercayai wujudnya pahala dan balasan ( 因 果 报 应 ). Bagi mereka yang melakukan perkara yang baik, mereka dapat hidup abadi dan bagi mereka yang melakukan perkara yang jahat, mereka akan mendapat balasan sama ada pada kehidupan kini ataupun

di alam

akhirat.Tambahan pula, sekiranya seseorang itu pemurah, mempunyai sifat lemah lembut dan jimat cermat, dia akan menjadi lebih berani dan berbesar hati. Justeru, dia akan dihormati oleh orang lain dan dapat memimpin segala kehidupan. (Dao De Jing, Bab 67)

7

S.M.Wang.(12/2004). Xian Qin Daojia Shi Xiang Jiang Gao. Zhong Yang Yan Jiu Yuan Zhong Guo Wen Zhe Yan Jiu Shuo. m/s 42 8 Moss Roberts.(12/2001). Dao De Jing: The Book of The Way. Berkeley: University of California Press. m/s 31

3

Selain itu, kesyukuran (知足) juga ditekankan oleh Lao Zi dalam Dao de Jing (Bab 33 dan Bab 44). Lao Zi menyatakan bahawa orang yang mempunyai sifat kesyukuran adalah kaya manakala orang yang rajin mempunyai cita-cita yang tinggi. Seseorang yang mempunyai sifat kesyukuran dikira sebagai panjang hayat walaupun dia telah meninggal dunia kerana seseorang itu akan meninggalkan “Dao” yang ditekankan dalam membentuk jati diri.9 Tambahan pula, orang yang mempunyai kesyukuran tidak akan dihina oleh orang lain dan tidak akan dalam keadaan yang bahaya kerana sifat tamak akan memudahkan sesorang terjerat dalam perangkap musuh. Justeru, orang yang mempunyai kesyukuran dapat hidup dalam keadaan yang damai dan selamat.

Dalam Dao De Jing, Lao Zi juga menekankan aspek keseimbangan dalam Bab 42 dengan memperkenalkan Konsep Yin Yang (

) yang mengatakan“ Dao melahirkan sesuatu, dan

sesuatu yang dilahirkan itu akan melahirkan Yin dan Yang. Yin dan Yang akan saling mempengaruhi untuk menghasilkan tenaga atau kuasa. Dengan kuasa yang diwujudkan, maka segala hasil jutaan hidup di dunia turut diwujudkan”.10 Semua benda dalam dunia ini akan saling bertindak untuk mencapai keseimbangan tanpa mengira sama ada benda itu hidup ataupun tidak. Oleh itu, setiap benda adalah dualisme yang mempunyai positif dan negatif. Sebagai contoh, dalam konsep Yin dan Yang, kewujudan syurga (天堂) bererti kewujudan neraka (地狱), kewujudan lelaki (乾) mesti wujudnya perempuan (坤) dan kebaikan mesti diikuti keburukan. Hal ini kerana dalam konsep Yin Yang, semua benda adalah bertentangan. Dengan ini, keseimbangan dalam dunia dapat dicapai.

Lambang Yin Yang mempunyai maksud masing-masing. Yin membawa maksud feminin manakala Yang membawa maksud maksulin. Warna putih mewakili Yang manakala warna hitam mewakili Yin. Dalam kata lain, Yang juga dikenali sebagai positif dan biasanya dikaitkan dengan lelaki manakala putih dikenali sebagai negatif dan dikaitkan dengan perempuan.

9

S.M.Wang.(12/2004). Xian Qin Daojia Shi Xiang Jiang Gao. Zhong Yang Yan Jiu Yuan Zhong Guo Wen Zhe Yan Jiu Shuo. m/s 43 10 J.Y.Ren(2005). Zhong Guo Zhe Xue Shi Tong Lan. Dong Fang Chu Ban Zhong Xin. m/s 88

4

Lambang Yin Yang mempunyai dua bahagian yang sama besar, iaitu separuh putih dan separuh hitam telah menunjukkan kebenaran dan dunia ini adalah dunia dualism manakala garis di tengah itu adalah melengkung telah menunjukkan bahawa segala fenomina dalam dunia akan sentiasa berubah mengikut keadaan semasa.

(4) Pergaulan (处世) Dalam Dao De Jing, Lao Zi menyatakan bahawa seseorang yang mempunyai keinginan untuk hidup dalam suasana harmoni, seseorang itu mesti mengekalkan sifat kenaifan ( 愚). Hal ini dapat dilihat apabila Lao Zi menyatakan bahawa diri sendiri mempunyai hati yang dimiliki oleh orang yang bodoh kerana setiap orang yang cemerlang dalam sesuatu bidang akan berkilauan dan terlampau bengis terhadap sesuatu manakala dia masih dapat mengekalkan hati yang mulia dan jujur seperti dahulu. Dengan ini, Lao Zi menekan aspek sifat kenaifan untuk mengekalkan kehidupan yang harmoni.(Dao De Jing, Bab 20)

Oleh itu, terdapat orang-orang pada zaman kuno menyatakan bahawa mengikut jalan yang betul dan tepat seperti berada dalam kegelapan, menuju ke hadapan seperti berundur ke belakang dan moral yang tinggi masih tidak mencukupi. Hal ini kerana mereka berpendapat bahawa sesuatu yang suci dan putih mesti ada kotoran di belakangnya maka Dao merupakan sesuatu yang tersembunyi dan tidak mempunyai nama dan tenang tanpa nama. Dengan mempunyai Dao, maka seseorang dapat melakukan segalanya dari awal hingga akhir dengan lancar.(Dao De Jing, Bab 41)11

Selain itu, Lao Zi juga menekankan aspek Bu Zheng ( 不 争 ) iaitu bersabar dan tidak bertanding untuk menjadi penguasa yang besar dalam Dao De Jing. Hal ini kerana Dao merupakan sesuatu yang mengikuti semula jadi dan sekiranya seseorang itu tidak bertanding untuk menjadi penguasa yang besar atau menentang sesuatu yang wujud secara semula jadi, maka seseorang itu mudah untuk mendapat kemenangan. (Dao De Jing, Bab 73). Di samping itu, tidak bertanding untuk menjadi penguasa yang besar juga membawa maksud meninggalkan segala kebendaan dan ini dapat mencapai tahap Dao yang tinggi kerana seseorang tidak bertanding atau merebut sesuatu, maka seseorang itu akan mencapai tahap tidak mempunyai kerisauan dan dapat hidup dengan tenang. 11

S.M.Wang.(12/2004). Xian Qin Daojia Shi Xiang Jiang Gao. Zhong Yang Yan Jiu Yuan Zhong Guo Wen Zhe Yan Jiu Shuo. m/s 44

5

Tambahan pula, Lao Zi juga menyatakan bahawa orang yang mempunyai sifat mulia merupai air. Oleh itu, Lao Zi menggunakan air sebagai sesuatu yang tidak mempunyai bentuk dan rupa untuk perumpamaan dengan hati manusia kerana Lao Zi berpendapat bahawa air dapat mencapai tahap tidak mempunyai bentuk dan rupa maka manusia pun boleh mencapai tahap tersebut. Manusia yang tidak dapat mencapai tahap itu hanya disebabkan mereka masih dipengaruhi oleh bentuk dan rupa. Lao Zi menyatakan bahawa hati manusia yang menyerupai air tidak akan dipengaruhi oleh bentuk dan rupa maka hati manusia dapat melakukan apa-apa sahaja apabila mencapai tahap itu.(Dao De Jing, Bab 8)12

Dengan kata lain, orang yang mencapai tahap Dao merupakan orang yang paling mulia dan dikatakan paling pandai memilih sesuatu tempat serta mempunyai hati yang tenang dan sukar diteka oleh orang lain. Mereka hanya melayan orang lain dengan hati yang jujur, penuh dengan kasih sayang dan tidak mementingkan diri sendiri. Di samping itu, mereka yang mencapai Dao akan menepati janji dan mahir dalam mengurus negara serta dapat mentadbir sesebuah negara dengan baik. Atas sebab mempunyai hati yang mulia, seseorang itu tidak akan bertanding untuk menjadi penguasa besar. Oleh itu, mereka jarang melakukan kesilapan dan tidak akan menyalahkan orang lain apabila sesuatu kesilapan berlaku.

Dalam aspek pergaulan, Lao Zi juga menekankan Zhong Xin (重信) iaitu menepati janji. Lao Zi menyatakan bahawa seseorang yang menepati janji dapat mengurus sesuatu serta dapat mentadbir negara dengan baik. Sekiranya seseorang pentadbir tidak menepati janjinya, maka pentadbir itu tidak akan dipercayai dan rakyatnya tidak akan akur terhadapnya.

Bagi orang yang senang menjanjikan sesuatu daripada orang lain tanpa berfikir, maka janji tersebut susah ditunaikan kerana semasa menjanjikan sesuatu, mereka tidak berfikir tentang kebolehan dan mereka berpendapat bahawa perkara itu adalah senang. Justeru, mereka akan memungkir janji apabila mereka tidak dapat menunaikan janji tersebut. Oleh itu, Lao Zi berpendapat bahawa sesuatu perkara itu adalah susah sebelum melakukan dan apabila perkara itu dilakukan, perkara itu tidak akan menyusahkan dan akhirnya tidak ada kesusahan.(Dao De Jing, Bab 63)

12

S.M.Wang.(12/2004). Xian Qin Daojia Shi Xiang Jiang Gao. Zhong Yang Yan Jiu Yuan Zhong Guo Wen Zhe Yan Jiu Shuo. m/s 45

6

Tambahan pula, dalam Dao De Jing, Lao Zi menyatakan bahawa sesuatu perkara yang boleh didengar dan dipercayai adalah ayat yang tidak sedap apabila didengar manakala sesuatu yang tidak boleh didengar dan dipercayai biasanya akan menggunakan ayat yang sedap untuk menarik minat orang untuk mempercayai. Justeru, Lao Zi membuat keputusan bahawa ayat yang tidak sedap didengar merupakan perkara yang boleh dipercayai dan ayat itu berasal dari hati yang jujur manakala ayat yang sedap kebiasaannya adalah berasal dari hati yang tidak jujur dan hanya untuk menarik minat seseorang untuk mempercayai sahaja.(Bab 81)13

(5) Persoalan Tentang Pentadbiran (政治问题) Dalam Dao De Jing, Lao Zi menyatakan bahawa sekiranya seseorang pemerintah dapat memerintah rakyatnya mengikut konsep Dao, maka seluruh kehidupan akan hidup dengan harmoni. Jika wujud golongan yang mempunyai sifat tamak, maka golongan tersebut akan ditekankan dengan konsep Dao. Dengan adanya Dao, seluruh kehidupan tidak akan mempunyai sifat tamak dan seluruh negara akan mencapai keamanan dan keharmonian.(Bab 37)

Tambahan pula, undang-undang sesebuah negara yang semakin banyak dan ketat akan menyebabkan rakyat jelata berada dalam keadaan yang sengsara dan miskin maka mereka akan memperolehi senjata untuk mempertahan diri apabila keadaan terdesak. Secara tidak langsung, rakyat jelata berada dalam keadaan sengsara akan menyebabkan sesebuah negara menjadi huru-hara. Oleh itu, pemerintah yang mengamalkan konsep Wu Wei membolehkan rakyat jelata dapat hidup dalam keadaan yang sederhana dan aman damai. Justeru, boleh dikatakan bahawa persoalan tentang pentadbiran yang ditekankan oleh Lao Zi adalah berasaskan konsep Wu Wei. Konsep Wu Wei dalam pentadbiran adalah mengikut perkembangan semula jadi dan mempunyai sifat berwaspada maka sesuatu perkara yang buruk tidak akan dilaku dengan sewenang-wenangnya.Dalam persoalan tentang pentadbiran, Lao Zi juga menekankan aspek mencintai rakyat jelata (爱民). Lao Zi berpendapat bahawa seseorang pemerintah sepatutnya tidak boleh mempunyai hati yang berat sebelah dan pentingkan diri sendiri. Sebagai seorang pemerintah, mereka seharusnya mencintai rakyat jelata dan mementingkan rakyat jelata daripada diri sendiri. 14

13

S.M.Wang.(12/2004). Xian Qin Daojia Shi Xiang Jiang Gao. Zhong Yang Yan Jiu Yuan Zhong Guo Wen Zhe Yan Jiu Shuo. m/s 63 14 S.M.Wang.(12/2004). Xian Qin Daojia Shi Xiang Jiang Gao. Zhong Yang Yan Jiu Yuan Zhong Guo Wen Zhe Yan Jiu Shuo. m/s 49

7

Lao Zi menyatakan bahawa sekiranya seseorang dilayan buruk oleh orang lain, seseorang itu mesti melayan orang itu dengan baik maka sifat baik akan diwujudkan dan setiap orang akan bersifat baik. Selain daripada sifat baik, Lao Zi juga menyatakan bahawa sekiranya seseorang itu tidak dapat menepati janji, Lao Zi juga akan mempercayai seseorang itu kerana kepercayaan dapat diwujudkan apabila Lao Zi mempercayainya. Secara tidak langsung, setip orang akan dipercayai dan mampu mempercayai orang lain.(Dao De Jing, Bab 49)

Dalam kata lain, orang yang bijak atau dikenali sebagai orang yang mempunyai sifat yang baik akan sentiasa membantu orang yang memerlukan pertolongan dan mereka yang mempunyai sifat baik dikenali sebagai insan yang bijaksana dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Oleh itu, mereka yang mempunyai sifat baik boleh dijadikan sebagai rujukan bagi mereka yang berkelakuan buruk. Sekiranya mereka yang berkelakuan buruk tidak menghormati orang yang bersifat baik, maka mereka telah melakukan kekeliruan dalam kehidupan mereka. Ini merupakan kehalusan yang istimewa dan mendalam dalam Dao De Jing. Sekiranya rakyat jelata meninggalkan kebijaksanaan mereka, mereka masih boleh mendapat manfaat dalam kehidupan mereka. Dalam kata lain, sekiranya manusia meninggalkan sifat perikemanusian dan kebenaran, mereka dapat memulihkan sifat taat setia terhadap keluarga dan negara maka seseorang itu dapat berfikir dan memahami tentang pemilikan sesuatu s...


Similar Free PDFs