AR-RAZI - ar razi PDF

Title AR-RAZI - ar razi
Author syaff 89
Course Company Law
Institution Universiti Teknologi Malaysia
Pages 3
File Size 96.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 100
Total Views 650

Summary

Karya Dan SumbanganImam Fakhr al-Din, Muhammad bin ‘Umar al-Razi merupakan seorang ahli falsafah Islam terkenal serta pakar perubatan unggul pada zamannya dan abad-abad selepasnya. Beliau dikagumi juga disayangi di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam , timur dan barat. Sumbangannya yang besar ...


Description

Karya Dan Sumbangan

Imam Fakhr al-Din, Muhammad bin ‘Umar al-Razi merupakan seorang ahli falsafah Islam terkenal serta pakar perubatan unggul pada zamannya dan abad-abad selepasnya. Beliau dikagumi juga disayangi di kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam , timur dan barat. Sumbangannya yang besar dalam bidang falsafah dan perubatan sangat berharga kepada generasi seterunya terutamanya dalam menghuraikan topik moral, falsafah logik, kenabian dan lain-lain. Al-Razi sentiasa mengadakan penyelidikan dan beliau telah menulis tidak kurang dari 200 buah kitab dalam pelbagai jenis bidang. Antara karya beliau dalam Bidang tafsir, kitab At-Tafsir al-Kabir li al-Qur’an al-Karim (juga dikenali sebagai Mafatih al-Ghaib) dan Miftah al-Ulama, surah al-Fatihah. Bidang Falsafah pula, ialah al-Sirah al'Falsafiyyah, Amarah al-lqbal aI'Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Al'Thib al-Ruhani , Al-Mabahis Al-Syarqiah fi llmi al llahiyyat wa al Tobi’iyyat , dan al-Syukuk 'ala Proclus. Bagi bidang teologi ialah AlQadha’ wa al-Qadar; dan Al-Mahshul fi Nihayati’Uqul fi Ilmi al-Ushul . Manakala, bagi bidang perubatan ialah sebagai Kitab al-Hawi fi ‘l-Tibb, Masail fi ath-Thibb, Al-Jami’ul Kabir fi ath-Thibb serta At-Tasyrih MinarRa’siil al-Halq. Kitab Mafatih Al-Ghaib atau juga dikenali sebagai Tafsir al-Kabir adalah antara Karya terulung Ar-Razi dianggap sebagai salah sebuah karya tafsir terbaik. Jika kita lihat pada kandungannya, penulisan beliau itu dikategorikan sebagai tafsir bi al-ra’yi iaitu tafsir yang lebih banyak menggunakan dalil akal. Malah, karya agung yang terdiri daripada 16 buah jilid itu kini boleh didapati di seluruh pelosok dunia. Kitab Mafatih al-Ghaib adalah tafsir yang ditulis secara terperinci kecuali al-Fatihah. Beliau menafsirkan surah al-Fatihah dalam satu jilid serta menafsirkan surah al-Baqarah menerusi aspek logik (linguistik dan sastera) dan tidak banyak dari nas beberapa jilid. Ini jelas menunjukkan bahawa tafsir beliau merupakan sebuah tafsiran yang sempurna. Apa yang menjadikan karya Mafatih Al-Ghaib istimewa ialah kerana Al- Razi banyak mengambil pandangan tokoh mufassirin dan bukan musafirin seperti ibn Abbas r.a dan ahli falsafah dan menghuraikannya. Selain itu terdapat 1 bentuk lata’if (pengertian mendalam)

yang perlu diketengahkan menurut pemikiran al-Razi, iaitu lata’if al-ijtama’iyyah wa aldawliyyah atau kenegaraan. Terdapat banyak aspek kenegaraan dibawa ole al-Razi menunjukkan beliau memahami al-Quran dalam menyeluruh bukannya fiqh dan akhlak semata-mata. Dalam bidang perubatan pula al-Razi menukilkan karyanya dinamakan Kitab al-Hawi fi ‘l-Tibb. Kitab ini adalah sebuah ensiklopedia dalam dunia amalan perubatan terapeutik dan telah menjadi sebuah rujukan bagi pakar-pakar perubatan dunia Eropah. Karya agung Al-Razi dalam bidang perubatan ini terbukti apabila karya ini telah disunting, dalam kira-kira 25 jilid, sebagai Kitab al-Hawi fi ‘l-Tibb, (Buku perubatan yang menyeluruh). Diterjemah sebagai Continens pada tahun 1279, seterusnya, dicetak berulang kali di Brescia pada tahun 1486 dan selepas itu. Teks, disunting di Hyderabad pada tahun 1955, mengandungi al- Nota Razi yang luas daripada pelbagai sumber yang disusun dengan teliti. Justeru, penemuan Al-Razi berkaitan penyakit campak cacar dan campak biasa turut dijadikan bahan rujukan dalam sektor perubatan oleh pakar-pakar barat malah turut diulangi penerbitannya beberapa kali sehingga abad ke-18M. Kedua-dua karya al-Razi ini turut dijadikan sumber kurikulum di kalangan pengamal perubatan Islam. Semua bahan dalam al-Hawi adalah disusun di bawah tajuk yang berbeza penyakit, dengan bahagian berasingan pada topik farmakologi. Nampaknya dalam tempoh 50 tahun selepas itu kematian al-Razi, salinan al-Hawi adalah sangat sukar diperoleh kerana, menurut kepada sumber-sumber kemudian seperti al-Majusi, ia adalah terlalu panjang, dan oleh itu, terlalu mahal untuk dicetak (versi cetakan moden tidak lengkap pada 23 jilid). Sumbangan terbesar Al-Razi dalam bidang falsafah juga tidak kurang hebatnya. Ini terbukti dengan terhasilnya karya yang berjudul Al'Thib al-Ruhani dimana karya beliau ini berkisarkan tentang cara mengubati penyakit jiwa serta perubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan. Selain itu, Al-Razi juga menghasilkan buku berjudul Al-Mabahis Al-Syarqiah fi llmi al llahiyyat wa al Tobi’iyyat yang mana membahaskan pendapat dalam bidang kedoktoran dan falsafah yang wujud pada zaman itu. Beliau telah menghasilkan 224 buah karya berbentuk buku dan risalah. Kebanyakan Ulama zaman itu telah melebihkan Al-Razi dalam bidang kedoktoran daripada Ibnu Sina tetapi melebihkan pula Ibnu Sina di bidang falsafah. Menurut beberapa pandangan, Al-Razi pernah berguru dengan Al-Balkhi yang mana falsafahnya diambil dari pendapat Alplaton dan Aclidus. Pada awalnya Al-Razi banyak dipengaruhi dengan falsafah Socrates dan Galinous tetapi kemudian beliau mula timbul rasa

syak dan curiga lalu akhirnya menghasilkan sebuah karya falsafah bertajuk Al-Syukuk’ ala Proclus....


Similar Free PDFs