CTU552 K6 - Unsur Materialisme Dalam Drama Melayu PDF

Title CTU552 K6 - Unsur Materialisme Dalam Drama Melayu
Author Suria Aniza Md Saidi
Course Falsafah
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 19
File Size 281 KB
File Type PDF
Total Downloads 437
Total Views 576

Summary

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASINSEMESTER 3 SESI 2019/ MAC-JULAI 2020CTU FALSAFAH DAN ISU SEMASATAJUK UNSUR MATERIALISME DALAM DRAMA MELAYUDISEDIAKAN OLEH: ALIFF IZDIYAD BIN AZMI ( 2020358621 ) MUHAMMAD AFHAM BIN KAMARUDDIN (2020127775) NURAZMINA BINTI KAMARUL AZIM (20209...


Description

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASIN SEMESTER 3 SESI 2019/2020 MAC-JULAI 2020 CTU552 FALSAFAH DAN ISU SEMASA TAJUK UNSUR MATERIALISME DALAM DRAMA MELAYU DISEDIAKAN OLEH: ALIFF IZDIYAD BIN AZMI (2020358621) MUHAMMAD AFHAM BIN KAMARUDDIN (2020127775) NURAZMINA BINTI KAMARUL AZIM (2020982635) SURIA ANIZA BINTI MD SAIDI (2020980483) WILLMA ANAK JOSEPH (2020319745) KELAS: M3CS2553A KUMPULAN: 6 DISEMAK OLEH: USTAZAH NOOR AZIERA BINTI MOHAMAD ROHANA PENILAIAN: PERKARA Pengenalan

MARKAH TUGASAN 2

Isi & Huraian

8

Cadangan / Kesimpulan

2

Rujukan

4

Etika & Moral Profesional

4

Jumlah

20

MARKAH PELAJAR

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1.0

PENGENALAN

3

2.0

SOSIOBUDAYA MASYARAKAT MELAYU

4

2.1

DEFINISI MELAYU

5

2.2

PERLEMBAGAAN MALAYSIA

6

3.0

UNSUR-UNSUR MATERIALISME DALAM BUDAYA MELAYU

8

3.1

PUNCA MUNCULNYA SIFAT MATERIALISTIK DALAM DIRI

8

3.2

CABARAN MATERIALISME PADA MASYARAKAT

12

4.0

PENGAJARAN DARIPADA DRAMA AYAM JANTAN AYAM BETINA

13

4.1

PENGARUH MODENISASI

14

4.2

DRAMA KINI

5.0

KESIMPULAN

6.0

RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

15 16 18

3

1.0 PENGENALAN Pada era globalisasi ini, seni hiburan semakin hari semakin mendapat sambutan daripada setiap golongan masyarakat dari seluruh dunia. Negara Malaysia kaya dengan drama Melayu yang dihasilkan oleh rakyatnya sendiri. Drama Melayu sentiasa diterapkan dengan pelbagai nilai murni serta pengajaran agar dapat menyampai kan mesej yang bermanfaat kepada para penonton. Salah satu mesej paling kerap dan umum yang sentiasa disampaikan oleh para pengarah, editor dan penulis adalah berkaitan materialisme. Sifat materialisme dikatakan telah mengubah adab dan akhlak sebahagian besar rakyatnya. Sifat ini mampu menyebabkan persengketaan antara pelbagai pihak terutamanya dalam kalangan ahli keluarga dan jiran tetangga. Anak-anak muda pada abad ini semakin kehilangan adab akibat pendedahan yang tidak berlapis terhadap peradaban budaya barat. Perkataan Materialisme dapat didefinisikan sebagai suatu perbuatan yang tidak bermoral dan juga menggoda dengan mengidamkan kedudukan atau darjat yang tinggi di samping sikap mendahulukan diri daripada orang lain. Apabila seseorang itu mula berubah sikap menjadi seseorang yang mementing kan harta, mempunyai keinginan memiliki harta atau kedudukan yang tinggi, maka orang itu akan digelar sebagai materialistik. Unsur materialisme dalam drama melayu adalah kecenderungan yang lebih mementing kan pemilikan barang dan keselesaan fizikal terhadap kebendaan berbanding mengejar kepentingan ukhrawi. Selain itu, tumpuan seseorang yang mempunyai kecenderungan terhadap materialisme biasanya akan meningkat kan egoisme dalam diri dan sering menyebabkan pengabaian terhadap orang lain. Materialisme adalah lumrah dalam diri setiap insan.Sifat materialisme juga telah mewujudkan jurang antara pelbagai lapisan masyarakat. Hal ini dikatakan sedemikian kerana segelintir orang yang berada tidak suka bergaul dengan orang yang kurang berkemampuan dalam kewangan. Contohnya, seperti dalam drama Melayu, iaitu “Ayam Jantan Ayam Betina”, sebuah keluarga yang kaya akan menghalang anaknya untuk berkawan dengan anak miskin kerana takut harta mereka dikikis oleh orang lain.

4

2.0 SOSIOBUDAYA MASYARAKAT MELAYU Sosiobudaya bermaksud hubungan masyarakat dengan budaya, seperti cara hidup, adat dan istiadat. Sosiobudaya sesuatu masyarakat digambarkan melalui gaya hidup dan peradaban mereka. Ciri – ciri Islam menjadi tunjang kepada perlakuan, adab dan pemikiran dalam membentuk masyarakat Melayu. Menurut Rasyid (2005), dalam masyarakat Melayu, ciri- ciri Islam menjadi asas kelakuan dan tindakan, bentuk dan hubungan, intisari nilai, silap dan pandangan. Islam menjadi jiwa dalam keseluruhan sosial dan budaya orang Melayu. Kebudayaan orang Melayu mengutamakan nilai-nilai sopan santun, kesederhanaan, keindahan dan keharmonian hidup antara ahli-ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. Walaubagaimanapun kebudayaan di Malaysia melalui budaya Cina dan India sama seperti budaya yang diamalkan oleh orang Melayu. Oleh itu, kebudayaan yang diamalkan oleh penduduk di Malaysia adalah sama dan mereka saling hormat menghormati antara satu sama lain. Ianya dapat menunjukkan nilai-nilai yang positif dalam kalangan penduduk di Malaysia. Masyarakat majmuk menjadikan kebudayaan di negara ini lebih berwarna-warni apabila semua penduduk yang pelbagai kaum terlibat secara menyeluruh dalam semua aktiviti seperti kemerdekaan, perayaan, kesultanan dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti kebudayaan penduduk ini dapat dilihat secara langsung melalui sambutan perayaan sama ada perayaan untuk kaum muslim, mahupun India dan Cina. Kesemua kaum akan bergotong royong untuk menyambut perayaan tersebut. Bagi kaum Melayu, adat resam sangat penting untuk diamalkan kerana ianya merupakan salah satu warisan keluarga. Tetapi, penduduk pada hari ini telah melanggar adat tersebut kerana mereka lebih suka mengikut cara moden dan Barat. Perkara pertama dapat dilihat adalah dari aspek sosial kaum wanita sama ada dalam pergaulan mahupun perhubungan. Masyarakat hari ini memandang rendah kepada perhubungan antara lelaki dan wanita kerana mereka beranggapan bahawa ianya menunjukkan tentang kehebatan sendiri. Orang Melayu mengamalkan perkongsian dalam apa jua perkara sama ada dalam hal yang senang atau pun hal yang susah. Adat hidup bermasyarakat itu mempengaruhi perlakuan yang memberatkan pihak lain dan sehubungan itu, penjagaan muka negatif tidak begitu diberatkan. lni bererti, penekanan adalah terhadap orientasi nilai berkumpulan yang mengutamakan kepentingan seluruh anggota masyarakat, seperti yang disebut oleh Gudykunst et al (1988:90) bahawa ''face giving" dan "face saving" berbentuk spiral dalam jangka masa panjang bagi membolehkan kos dan ganjaran. Amalan tersebut telah

5 mempengaruhi "facework" orang Melayu yang sekali gus menetapkan nilai kesantunan orang Melayu. Orang Melayu sangat mementingkan perasaan orang lain dan dalam apa jua pertimbangan mereka sentiasa mengutamakan perasaan orang lain dan ini menjadi pertimbangan dan pengukur dalam membuat sebarang keputusan. Keadaan tersebut disebut oleh Ting-Toomey (1988) sebagai "other-concern positive face". Sebarang tindakan mereka akan mengutamakan pandangan dan penerimaan masyarakat sekelilingnya. 2.1 DEFINISI MELAYU Perkataan “Melayu” menjadi perbahasan para sarjana tentang asal-usulnya. Secara akademik, pertama kali perkataan Melayu dicatatkan oleh Sejarawan China pada 644M yang menyebutnya sebagai “Mo-lo-yue.” Ada sarjana yang mendakwa ia berasal dari kata “Himalaya” iaitu tempat bersalji, tetapi lebih ramai yang bersetuju ia berasal dari perkataan Jawa, “Mlayu” yang bermaksud berlari atau mengembara, merujuk kepada pergerakan manusia dari Yunan ke Nusantara ribuan tahun dahulu. Dr Burhanuddin al-Helmy mengatakan ia berasal dari dua perkataan “Mela” (mula) dan “Yu” (negeri) iaitu Mula Negeri. Andaian lain ialah perkataan “Melayur” yang bermaksud bukit atau tanah tinggi dan “Malaya” dalam Bahasa Tamil yang bermaksud hujan. Terdapat beberapa pendapat tentang perkataan yang ada iras-iras dengan perkataan “Melayu” dan asal usulnya. Dalam epik Ramayana yang dipercayai dihasilkan dalam abad 10 pertama Masihi ada menyebut nama tempat Malaydvipa yang membawa erti Pulau atau Semenanjung Melayu. Dalam bahasa Sanskrit berdasarkan kenyataan teks India tersebut Malayadvipa adalah salah sebuah provinsi di kepulauan timur yang terdapat sebuah bukit banyak emas dan perak iaitu Mahamalaya. Buku “Geography” yang diusahakan oleh penulis Byzantine abad 10/11 Masihi berasaskan tulisan Ptotemy abad 2 Masihi menyebut tempat bernama Maleoukolon (Teluk Melayu). Tamadun melayu telah muncul di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Begitu juga dengan beberapa kerajaan yang

wujud sebelum kedatangan Islam seperti Funan,

Angkor selain kerajaan Melayu maritim seperti Langkasuka (Patani) (2-14M), Srivijaya (Palembang) (670-1025M), Lembah Bujang (Kedah) (abad ke-7M), dan Kuala Selising (Perak) dan Majapahit (1292M). Kerajaan –kerajaan ini menjadi pengasas kepada negara – negara kota, yang membentuk Tamadun Melayu Islam kemudiannya. Melayu tidak wujud secara satu atau tiba-tiba, terdapat pelbagai percampuran daripada perkembangan yang berlaku pada zaman purba. Apabila digunakan konteks

6 Melayu, Melayu merupakan suatu rumpunan atau sekumpulan manusia yang berbangsa dan mempunyai nilai kesamaan dalam rumpunan tersebut. Apabila kita menyentuh tentang Melayu, Melayu juga dikenali di sebahagian negara Indonesia dan juga Thailand. Hal ini kerana, sejarah dahulu mencatatkan bahawa negara-negara ini pernah bersatu dibawah naungan suatu pemerintahan. Segala percampuran itu yang mewujudkan arah pembentukan melayu. Entiti melayu dapat dibuktikan dengan catatan dari seorang pengkaji moden yang singgah di Sumatera pada tahun 644 Masihi dan 661 Masihi dalam perjalanan ke India (Anwer, 2011) yang dikenali sebagai I-tsing (Yijing). Kawasan rumpun Melayu adalah meliputi seluruh Negara Indonesia, Filipina, Brunei, Singapura dan Malaysia. Sedang di Thailand pula, Wilayah Melayu adalah seluruh Semenanjung hingga Ratchaburi, 100km di Selatan Bangkok. Tenasserim (Tanah Seri) di Myanmar juga termasuk kawasan Melayu. Di sebelah Utara ia bermula di Kepulauan Nicobar di Lautan Hindi dan Farmosa di Laut China, termasuk Indo-China hingga ke Kepulauan Solomon di Selatan. Dari Barat, ia bermula di Madagaskar hingga ke Fiji. Kawasan kepulauan terbesar di dunia di Tenggara Asia inilah yang dipanggil rumpun Melayu dan menjadi daerah kehidupan bagi orang Melayu. 2.2 PERLEMBAGAAN MALAYSIA Merujuk kepada Perlembagaan Malaysia, Perkara 160(2) menakrifkan bahawa orang Melayu ialah seorang yang beragama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan, mengamalkan adat istiadat Melayu serta ditentukan kemelayuannya dengan keturunan seseorang jika dilahirkan sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau di Singapura atau ibu bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura atau pada hari merdeka itu i adalah berdomisil di persekutuan atau di Singapura atau cara lain baginya ialah memastikan keturunan seseorang itu sendiri. Terdapat banyak faktor yang boleh mempengaruhi dalam menentukan status kewarganegaraan seseorang. Antaranya ialah apabila seseorang berkehendak dalam menganut agama islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu, ia juga berhak untuk memasuki bangsa Melayu mengikut perlembagaan Malaysia. Tetapi, seseorang memerlukan perhubungan dalam persekutuan Tanah Melayu atau Singapura. Hal ini kerana, perkara tersebut hanyalah sah apabila ia mempunyai keturunannya di Tanah Melayu dan jika tiada, ia masih tidak dianggap sebagai Melayu didalam Malaysia sekalipun ia beragama Islam, bertutur melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Kendatipun, agama Islam yang lebih memberikan impak dalam memastikan kemelayuan seseorang itu kerana

7 adat istiadat melayu sendiri lebih banyak dipengaruhi daripada kesan pembawaan agama Islam ke dalam Tanah Melayu. Sebagai contoh, sekiranya seseorang Melayu menjadi murtad atau keluar agama Islam, secara automatik orang tersebut tidak lagi dianggap Melayu menurut undang-undang dan akan terlucut daripadanya hak-hak keistimewaan Melayu yang dinikmatinya sebelum ini. Secara tidak langsung, definisi Melayu sebagai Muslim dari satu sudut, dilihat dapat memelihara akidah Islam orang Melayu agar tidak menjadi murtad. Namun, dari sudut yang lain, terdapat kecenderungan dalam kalangan masyarakat untuk mengaitkan Melayu dengan Islam dalam semua perkara sehingga ke tahap ada yang mengatakan jika seseorang memeluk Islam ia seolah-olah 'masuk Melayu'. Tidak dapat dinafikan, sentimen 'Melayu itu Islam' dan 'Islam itu Melayu' yang begitu tebal di dalam masyarakat Malaysia adalah disebabkan definisi Melayu sebagai Muslim dan kerana kaum Melayu adalah kaum majoriti di Malaysia. Melayu layak menikmati hak-hak istimewa Melayu sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan. Perkara 153 tersebut antara lain, memperuntukkan hak-hak istimewa orang Melayu melibatkan kuota-kuota khas di dalam perkhidmatan awam, biasiswa persekutuan, lesen perniagaan dan enrolmen di dalam institusi pengajian tinggi awam.Selain itu, terdapat juga hak-hak istimewa lain seperti kelayakan pemilikan tanah Rizab Melayu dan pelaburan di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Maka itu, berdasarkan kepada peruntukan Perlembagaan, amat penting Melayu memperjuangkan kedudukan Melayunya. Dalam konteks penilaian sekarang, Melayu mesti Islam. Kalau setakat tidak fasih berbahasa Melayu tidak ada siapa hendak mempertikaikan sama ada dia Melayu atau tidak. Walaupun begitu, Islam tidak sekadar pada nama Melayu. Islam bukan setakat pada pengakuan bahawa dia adalah Islam. Islam mesti dibuktikan dengan amalan. Inilah yang menjadi persoalan adakah orang Melayu sekarang ini Islam? Perkara ini dibangkitkan kerana banyak orang Melayu sekarang ini hanya Islam pada nama. Sedangkan cara hidup dan amalan yang dilakukan seharian jauh daripada apa yang dianjurkan oleh Islam. Maka itu, dalam kita mencari kebenaran bahawa Melayu itu Islam, perlu juga kita melihat kepada perlaksanaan peraturan atau cara hidup yang berkaitan dengan penganut agama Islam. Kita tidak mahu Islam hanya pada nama sahaja.

8 3.0 UNSUR-UNSUR MATERIALISME DALAM BUDAYA MELAYU Materialisme menurut Kamus Dewan Bahasa ialah fahaman yang mempercayai bahawa jasad sahaja yang wujud di alam ini. Materialistik pula didefinisikan sebagai perkara berkaitan dengan kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan atau mementingkan kebendaan. Kewujudan unsur materialisme menarik manusia untuk mencintai kebendaan yang wujud didalam dunia yang penuh dengan keinginan, godaan dan tarikan terhadap sifat materialisitik. Sifat ini sudah pasti memberikan kesan terhadap diri dengan berlakunya kemerosotan moral seseorang individu. Unsur ini merupakan satu senjata moden bagi memerangi ideologi terutamanya umat Islam, digerakkan oleh kuasa penjajah untuk menghalang manusia daripada mendekatkan diri kepada Tuhan, senario yang sering berlaku di Barat. (Cooper, Ronald dan Mahmoud, 2008).

Islam merupakan agama yang sentiasa menitikberatkan umatnya dalam menjalani kehidupan dengan panduan yang telah diturunkan. Memetik ayat dari portal laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bertarikh 17 Julai 2019, Antara keagungan syariat Islam ialah sifatnya yang tidak memisahkan antara tuntutan material dengan kerohanian dan antara dunia dengan akhirat. Sikap kebendaan perlu seimbang didalam diri agar tidak menjerumuskan kearah yang tidak sepatutnya. Penting bagi umat Islam mengaplikasikan gaya hidup yang telah digariskan oleh Islam untuk memastikan umatnya sendiri tidak dipengaruhi dari memberikan kesan yang tidak berpenghujung kelak disebabkan oleh ideologi-ideologi seperti ini.

3.1 PUNCA WUJUD SIFAT MATERIALISTIK DALAM DIRI Materialisme berpunca kerana masyarakat kini terlalu obses dengan kebendaan atau nilai materialistik. Kita boleh lihat sendiri dari segi penilaian kita terhadap seseorang yang biasanya dibuat melalui kemewahan seseorang itu seperti jenis kereta yang dipakai, rumah bagaimana yang didiaminya selain jenama pakaian yang dipakai.Bak kata orang ‘yang kaya disanjung, yang miskin dihina. Majoriti daripada masyarakat kini menjalani gaya hidup mewah seperti berbelanja di tempat mewah dan kemudian mempamerkannya di laman sosial bagi tujuan mendapatkan pujian dan riak. Hal ini mendorong orang lain untuk turut serta berbelanja mengikut hawa nafsu tanpa memikirkan pembaziran atau kesan kepada masyarakat.

9 Antara punca wujudnya sifat materialistik dalam diri dapat dikategorikan kepada beberapa aspek iaitu individu, keluarga, masyarakat dan seni hiburan. 3.1.1 Individu Secara umumnya, kejayaan seseorang itu banyak diukur dari aspek kebendaan. Seseorang individu tersebut akan di pandang hebat dan dihormati hanya kerana kemewahannya. Tidak kira bagaimana dan apa cara dia mendapatkan kekayaannya adalah tidak penting. Apa yang penting adalah mempunyai kehidupan yang selesa agar dapat ditunjukkan kepada orang sekeliling. Akibatnya semua akan berlumba-lumba untuk mencari kesenangan hidup (Mastura, 2014). Selain itu, individu yang mengalami hubungan trauma mempunyai minat hidup yang materialistik sebagai hukuman atas pengalaman buruk ini. Mereka menganggap wang dan harta benda sebagai objek menarik, sehingga mereka dapat memindahkan kesusahan mereka dalam mencari objek keakraban kepada orang lain yang paling hampir dengan mereka, dan wang itu digunakan sebagai mekanisme untuk membuat mereka selamat dan aman dalam menjalin hubungan dengan orang lain. Berdasarkan drama Ayam Jantan Ayam Betina, perlakuan Ani dan Kadir jelas bersifat materialistik yang dikuasai oleh sifat diri hayawani yang mengutamakan tuntutan nafsu. Dalam hal ini, mereka adalah remaja yang memandang keduniaan sebagai kegemaran mereka untuk berhibur dan menghabiskan wang dengan membeli pakaian mahal, minyak wangi berjenama, hiburan dan perkara-perkara yang kurang memberi manfaat. Cinta kepada kebendaan, keseronokan dan keduniaan yang keterlaluan menyebabkan adab terhadap diri sendiri terhakis lantas berlaku kezaliman terhadap diri kerana terpaksa tunduk terhadap nafsu yang bersifat haiwan. Seterusnya, Setiap individu pastinya mempunyai keinginan yang tersendiri. Seorang remaja mahu mengikut trend pemakaian yang terbaru, seorang pelajar mahu mempunyai gadget yang gah jenamanya atau fesyen tudung yang terkini menjadi kegilaan ramai wanita. Setiap keinginan ini boleh ditunaikan jika individu tersebut berusaha dalam memastikan perkara yang dimahukan tercapai. Tetapi, sifat cinta kebendaan ini mendorong individu menjadi lebih rakus dalam mencapai keinginannya. Perkara ini akan mendorong individu memfokuskan tentang sesuatu benda itu tanpa memikirkan hal-hal yang lain. Semestinya tidak ada salahnya dalam memenuhi permintaan diri sendiri, tetapi had batasan keinginan seseorang perlu ada untuk memastikan diri tidak bersifat terlalu mencintai sesuatu benda itu. Pada akhirnya, itu semua hanyalah kebendaan yang berupa duniawi dan

10 boleh saja tidak memberikan apa-apa manfaat untuk kita sewaktu di alam seterusnya. Sesungguhnya, kehidupan kita tidak lain hanyalah untuk diabadikan untuk yang Maha Esa. Firman Allah SWT berkata membawa maksud: Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumbalumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Surah al-Hadid, 57:20)

Ayat di atas menekan tentang keutamaan manusia terhadap pengabdian dirinya kepada Tuhan. Menjadi suatu kewajipan untuk individu memenuhkan diri dengan ukhrawi, tetapi tidaklah menolak segala bentuk perkara di dunia secara bulat-bulat. Individu perlu membuat perbandingan dan memilih apa yang terbaik sebagai umat Islam di muka bumi ini. 3.1.2 Ke...


Similar Free PDFs