Dr Zulkifli alBakri DOCX

Title Dr Zulkifli alBakri
Author Muhamad Redzuan
Pages 3
File Size 264.9 KB
File Type DOCX
Total Downloads 227
Total Views 338

Summary

_DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI_ [TOKOH ULAMA TASAWUF KONTEMPORARI] Oleh : Muhamad Redzuan Bin Mokhtar (PID11260) S ahibus Samahah Datuk Dr Abidin (SMAASZA), Ladang, Kuala Zulkifli Mohamad Al-Bakri Terengganu (1982 - 1984) merupakan Mufti Wilayah sebelum meneruskan Persekutuan yang baru pengajiannya d...


Description

_DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI_ [TOKOH ULAMA TASAWUF KONTEMPORARI] Oleh : Muhamad Redzuan Bin Mokhtar (PID11260) ahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri merupakan Mufti Wilayah Persekutuan yang baru dilantik bermula 23 Jun 2014 . Beliau merupakan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 selepas SS Tan Sri Dato' Sheikh Abdul Mohsein bin Hj. Salleh pada,(1 Februari 1971 - 7 Februari 1984), SS Dato' Sheikh Othman Bin Hj. Ibrahim (2 September 1986 - 30 September 1990), SS Tan Sri Abdul Kadir Bin Talip (15 Julai 1991 - 16 Januari 1997), SS Datuk Hj. Md Hashim bin Hj. Yahya (1 Mac 1997 - 15 Januari 2003), SS Datuk Dr. Mohammad Yusoff Bin Hussain (31 Januari 2003 - 15 Januari 2005) dan SS Datuk Hj Wan Zahidi Bin Wan Teh (21 Mac 2005 - 20 Mac 2014). Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-'Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau juga merupakan Ulama Tasawuf di Negeri Sembilan bagi pembentangan kertas kerja. S Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969. Beliau mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976 -1981). Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982 - 1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985 - 1988). Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989 - 1993). Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al- Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994 - 1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002 - 2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa : Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan. Kehidupan beliau semasa menyambung pengajian di Madinah dan Syria dimanfaatkan secara keseluruhannya untuk mempelajari ilmu-ilmu secara formal mahupun tidak formal. Selain kelas-kelas formal di Universiti, beliau juga giat...


Similar Free PDFs