Koleksi PSPM skema bab 1213 1718 PDF

Title Koleksi PSPM skema bab 1213 1718
Author GABRIELLE HERMES
Course Perniagaan
Institution Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
Pages 22
File Size 406.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 489
Total Views 983

Summary

Download Koleksi PSPM skema bab 1213 1718 PDF


Description

KOLEKSI SKEMA PSPM 2 – 12/13-17/18 (AP025)

KOLEKSI SOALAN - SKEMA PSPM 2 (2012/2013 hingga 2017/2018) Bab 1 – Pengeluaran Soalan aras Pengetahuan (C1) dan Pemahaman (C2) 1. Jelaskan konsep Sistem Tepat Pada Waktu (JIT). - Inventori sifar/saiz seminimum mungkin. - Bekalan inventori diperolehi tepat pada masanya. - Bekalan inventori berada pada tempat ia diperlukan Mana-mana 2 jawapan 1m x 2 = 2m

(2 markah)

PSPM 2012/2013

2.

Senaraikan empat faktor pertimbangan dalam perancangan lokasi tapak. (4 markah) - Sistem pengangkutan/pengedaran/logistik - Kemudahan infrastruktur/prasarana - Sumber bahan mentah - Politik dan undang-undang - Kemudahan khidmat sokongan - Sumber tenaga kerja/tenaga buruh - Ciri-ciri sosial - Berhampiran dengan pasaran/pengguna - Keselamatan - Berhampiran dengan tempat atau pihak berkepentingan Mana-mana empat jawapan sahaja. Fakta 1m x 4 = 4m PSPM 2014/2015

3.

Terangkan tiga kepentingan Pengurusan Pengeluaran kepada organisasi. (3 markah) a. Menjamin kelancaran perancangan pengeluaran barangan dan perkhidmatan b. Memastikan aktiviti pengeluaran mematuhi undang-undang/tidak memberikan kesan negatif kepada alam sekitar. c. Memastikan sumber perniagaan dapat diuruskan secara optima dan memaksimumkan keuntungan. PSPM 2015/2016

4.

Nyatakan tiga objektif Sistem Tepat pada Waktu (JIT). a. Meminimumkan inventori b. Mengelak pembaziran c. Mengurangkan masa dan kekerapan penyediaan d. Menambahbaik sistem proses pengeluaran secara berterusan e. Proses pengeluaran lebih anjal f. Meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran g. Mengurangkan penggunaan ruang (mana-mana 3 jawapan)

5.

(3 markah)

PSPM 2016/2017

Kenal pasti jenis susun atur yang paling sesuai bagi organisasi berikut: a. pasar raya (1 markah) - Proses b. kilang pemasangan kereta (1 markah) - Produk PSPM 2017/2018

Disediakan oleh : Azira Ismail

1

KOLEKSI SKEMA PSPM 2 – 12/13-17/18 (AP025)

Soalan aras Analisis (C3) dan Aplikasi (C4) 1. Frozen Foodz Sdn. Bhd. (FFSB) merupakan sebuah syarikat pengeluar produk makanan sejuk beku di Kulim, Kedah. Kuantiti permintaan produk tersebut semakin meningkat sehingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Berdasarkan perkembangan ini, pihak pengurusan FFSB ingin membuka kilang baharu serta mengemaskini pengurusan syarikat bagi meningkatkan produktiviti. a. Nyatakan jenis pengeluaran yang paling sesuai digunakan oleh syarikat FFSB berserta alasannya. (2 markah) Kaedah pengeluaran massa (1m).  Fokus kepada firma pembuatan untuk pengeluaran yang mengeluarkan produk yang seragam/serupa (½m) dan dihasilkan dalam kuantiti yang besar (½ m). b. Huraikan lima faktor yang perlu diambil kira oleh syarikat FFSB dalam perancangan lokasi tapak. (15 markah) Lima faktor dalam perancangan lokasi tapak i. Hampir dengan tempat atau pihak berkepentingan  Persekitaran tugas: pengguna (pasaran sasaran), pesaing, pembekal, institusi kewangan  Persekitaran umum: teknologi, budaya, ekonomi, politik dan undang-undang ii. Sistem pengankutan  Mempunyai pelbagai kaedah/kemudahan  Kos pengangkutan adalah murah iii. Kemudahan infrastruktur bahan mentah  Kemudahan bekalan air, elektrik, telefon yang baik  Kemudahan utiliti yang lengkap dan tidak terganggu iv. Persekitaran yang sesuai  Mempunyai cuaca/faktor geografi yang sesuai  Mempunyai kualiti hidup, taraf kesihatan, budaya dll yang sesuai dengan perusahaan v. Faktor politik dan undang-undang  Terdapat kestabilan politik  Mendapat sokongan dari pihak kerajaan tempatan bagi tujuan pelesenan dll vi. Perkhidmatan sub-kontraktor  Mudah mendapatkan khidmat sub-kontraktor  Terdapat sub-kontraktor yang mahir/berpengalaman vii.Sumber tenaga kerja  Mudah mendapatkan tenaga kerja mahir dan tidak mahir  Kos tenaga kerja yang murah viii. Ciri-ciri sosial  Pendapatan dan taraf hidup penduduk  Kebajikan sosial (taska, balai raya, sekolah, klinik) Fakta: 1m x 5 = 5m, 2 Huraian bagi setiap fakta: 1m x 2 x 5 = 10m Mana-mana 2 huraian/contoh dikaitkan dengan kes: 1m X 2 = 2m Atau mana-mana 2 huraian secara umum (1m) PSPM 2012/2013 2.

Madusa Sdn. Bhd. merupakan pengeluar madu lebah tualang. Syarikat ini merancang untuk mengeluarkan 1,000 unit madu lebah pada bulan hadapan. Kos belian bahan mentah (madu asli) sekilogram ialah RM 100.00 dan kos setiap pesanan ialah RM50.00. Kos penyimpanan dan penyelenggaraan setiap sekilogram bahan mentah ialah 10% daripada harga belian. a. Hitung Kuantiti Pesanan Ekonomik (EOQ) dan bilangan setiap pesanan setahun.

Disediakan oleh : Azira Ismail

2

KOLEKSI SKEMA PSPM 2 – 12/13-17/18 (AP025)

EOQ = 2Ds h = 2 x 1,000 x 12 x 50 100 x 0.10 = 346.41 @ 347 kg Bilangan pesanan = D EOQ = 12000 347 = 35 kali

1m 1m 1m

*Jika tiada unit: tiada markah penuh

1m

1m

* Jika tiada unit, tiada markah penuh (5 markah) b. Hitung jumlah kos penyimpanan dan penyelenggaraan pada tahun hadapan.

Kos penyimpanan dan penyelenggaraan, Qxh 2 = 347 x 10 2 = RM1,735.00 (2 markah) c. Huraikan proses kawalan kualiti bagi pengeluaran madu lebah tualang oleh Syarikat Madusa Sdn. Bhd. (12 markah) i. Menentukan piawaian kualiti/menetapakan piawaian  Mesti jelas, boleh diukur dan ada tempoh masa ditetapkan.  Terdapat tiga jenis piawaian: 1. Fizikal: kuantiti, kualiti produk dan perkhidmatan 2. Kewangan: kos buruh, jualan, bahan mentah dan belanjawan 3. Masa: kadar pelaksanaan dan tempoh masa ii. Mengukur pencapaian/mengukur prestasi semasa/sebenar  Menentukan apa yang hendak diukur  Mengenalpasti kadar kekerapan dan kaedah pengukuran iii. Mengenalpasti perbezaan antara prestasi piawaian/membandingkan prestasi dengan piawaian  Membading situasi semasa dengan piawaian iv. Langkah-langkah pembaikan/tindakan pembetulan dan penambahbaikan  Jika berlaku perbezaan/kesilapan, langkah segera pembaikan perlu diambil.  Langkah pembaikan terdiri daripada pembaikan proses atau penyingkiran produk atau memperbaiki input. Nota: Huraian setiap langkah perlu dikaitkan dengan kawalan kualiti dalam proses pengeluaran madu lebah tualang. Urutan perlu betul. 1m untuk setiap contoh. PSPM 2014/2015 3.

Syarikat Pulp Technology merupakan pengeluar kertas bagi tujuan percetakan. Sebanyak 800,000 kilogram bahan mentah diperlukan setiap tahun pada harga RM2.50 sekilogram. Kos untuk menyimpan stok ialah 20% daripada harga belian dan kos memesan ialah RM 500 setiap pesanan. a. Jelaskan proses kawalan kualiti dalam proses pengeluaran kertas tersebut. (12 markah) i. Menetapkan/Mementukan Piawai Kualiti - Proses kawalan bermula dengan membentuk objektif dan piawaian yang ingin dicapai bagi semua aktiviti dan melibatkan keseluruhan pekerja di dalam organisasi.

Disediakan oleh : Azira Ismail

3

KOLEKSI SKEMA PSPM 2 – 12/13-17/18 (AP025)

- Piawaian yang hendak dicapai ini perlulah dinyatakan dengan jelas, boleh diukur, realistik dan mempunyai tempoh masa untuk mencapainya. ii. Mengukur Prestasi/Pencapaian Semasa - Pencapaian sebenar aktiviti-aktiviti kerja semasa akan dipantau dan diukur. - Pengukuran boleh dilakukan secara kuantitatif dan juga kualitatif. iii. Membandingkan Antara Piawai dan Prestasi Sebenar - Pengurus perlu membuat perbandingan di antara piawai yang ditetapkan dengan prestasi sebenar yang dicapai. - Tujuan perbandingan ialah mengenalpasti perbezaan di antara maklumat yang telah dikumpulkan daripada prestasi sebenar dengan piawai yang telah ditetapkan. iv. Tindakan Pembetulan dan Penambahbaikan - Proses ini dilakukan sekiranya terdapat penyimpangan di antara prestasi sebenar dengan piawai yang telah ditetapkan. - Tindakan pembetulan /pembaikan dilakukan ke atas tahap-tahap operasi tertentu yang dikenalpasti menyebabkan penyimpangan. b. Kirakan kuantiti pesanan ekonomik (EOQ) dan bilangan pesanan setahun bagi syarikat ini. (4 markah) EOQ  EOQ 

2(D )(S ) h 2(800,000)(500) 2.50(0.2)

= 40,000 unit

Bil pesanan = D/Q = 800,000/40,000 = 20 kali PSPM 2015/2016

4.

Jenis pengeluaran melibatkan faktor-faktor pengeluaran seperti buruh, mesin dan peralatan, kewangan, bahan mentah dan lain-lain. Huraikan dua jenis pengeluaran. (6 markah) a. Pengeluaran Massa (1m) - Fokus kepada firma pembuatan. - Pengeluaran yang besar, serupa dan keperluan pengguna. - Produk mempunyai permintaan yang tinggi, stabil dan dapat diramal. - Syarikat akan menyimpan stok. - Penghantaran segera - Contoh: Minyak masak, gula, sos b. Pengeluaran Selanjar (1m) - Kaedah pengeluaran berterusan, berulang kali, skala besar dan sama. - Menggunakan peralatan pengeluaran yang sama dalam jangka masa yang lama. - Produk yang dikeluarkan mempunyai permintaan yang tinggi. - Contoh: loji air, loji hidro elektrik, talian internet. c. Pengeluaran Kelompok(1m) - Sesuai untuk produk bersifat fleksibel bagi memenuhi citarasa dan spesifikasi pelanggan yang pelbagai. - Sesuai untuk produk bermusim atau berkala. - Komponen dan bahan pemasangan disesuaikan mengikut tempahan pelanggan. - Contoh: baju raya yang ditempah, kabinet dapur yang ditempah. Mana-mana 2 huraian atau satu huraian, satu contoh PSPM 2017/2018 Disediakan oleh : Azira Ismail

4

KOLEKSI SKEMA PSPM 2 – 12/13-17/18 (AP025)

Bab 4 – Paduan Pemaran Soalan Aras Pengetahuan (C1) 1. Jualan kamera digital DigiCam meningkat kerana pelanggan telah mula membuat pembelian. Disamping itu, keuntungan bertambah kerana peningkatan jualan produk tersebut. Selain itu, pesaing-pesaing baharu mula memasuki pasaran disebabkan oleh peluang mendapatkan keuntungan yang besar. Berdasarkan kepada kenyataan yang diberikan: a. Kenalpasti peringkat kitaran hayat produk kamera digital. (1 markah) Peringkat pertumbuhan b. Nyatakan strategi pengedaran yang bersesuaian untuk kamera digital. (1 markah) Strategi pengedaran selektif PSPM 2012/2013 2. Nyatakan dua faktor yang mempengaruhi penentuan harga sesuatu produk.(2 markah) - Pengguna - Kos 3.

a. Berikan definisi promosi jualan. (1 markah) - Merujuk kepada penawaran insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan produk. b. Lakarkan tahap saluran pengedaran produk pengguna berikut: (2 markah) i. Pengedaran langsung

ii.

Pengedaran peruncitan

PSPM 2013/2014 4.

Nyatakan jenis harga diskaun yang sesuai digunakan oleh pengusaha hotel, Taman Tema dan Zoo untuk strategi penentuan harga mereka. (1 markah) Diskaun musim. PSPM 2014/2015

Soalan Aras Pemahaman (C2) 1. Terangkan kesan psikologi jika produk baharu jus manggis-delima dipasarkan pada harga RM9.95 berbanding RM 10.00 sebotol. (1 markah) Harga yang diakhiri dengan nombor ganjil, lazimnya menunjukkan produk tersebut lebih murah. PSPM 2012/2013 2.

Terangkan konsep jenama pengedar beserta satu contoh. (2 markah) Jenama pengedar merujuk kepada produk yang menggunakan nama pengedar atau pemborong. (1m). Contoh: Tesco, Giant, Singer, AEON Big (1m) Huraian: 1m. Contoh 1m. Huraian salah: contoh tiada markah, walaupun contoh betul.

3.

Syarikat Ezzy Marketing memasarkan kerusi urut berteknologi tinggi. Kenalpasti alat paduan promosi berdasarkan huraian berikut: (2 markah) HURAIAN ALAT PADUAN PROMOSI Syarikat Ezzy Marketing membuat siding akhbar untuk memperkenalkan kerusi urut berteknologi tinggi model i. Perhubungan Awam (1m) terkini untuk mendapatkan liputan yang meluas. Promosi kerusi urut tersebut akan ke udara di televisyen ii. Pengiklanan (1m) pada waktu puncak dan dicetak di majalah terkemuka.

Disediakan oleh : Azira Ismail

5

KOLEKSI SKEMA PSPM 2 – 12/13-17/18 (AP025)

4.

PSPM 2014/2015 Pengeluar kereta mewah berjenama Porsche telah memperkenalkan satu lagi keluaran terbaharunya iaitu Porsche Panamera Turbo S. Porsche telah menetapkan harga jualan bagi kenderaan tersebut pada RM1,360,000. Jelaskan strategi penentuan harga tersebut. (1 markah) Kaedah penentuan harga tarahan (1m) Perletakan harga yang tinggi dan kemudian harga diturunkan sedikit demi sedikit (1m) ATAU Pengeluar menetapkan harga ayang tinggi setanding dengan kualiti produk yang dijual kerana pengguna lebih mementingkan kualiti produk berbanding harga (1m) PSPM 2015/2016

5.

Terangkan maksud harga profesional beserta satu (1) contoh. (2 markah) - Harga/Nilai profesional digunakan untuk perkhidmatan rundingan yang diberikan oleh golongan profesional/Harga dikenakan berdasarkan kepakaran dan perkhidmatan yang diberikan.

6.

a. Huraikan maksud khidmat lepas jualan. (2 markah) - Perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna selepas pembelian produk atau perkhidmatan. Contoh: Khidmat pemasangan, servis percuma, waranti dll b. Pada tahap manakah dalam kitaran hayat produk (KHP), harga sesuatu produk ditawarkan pada harga rendah berbanding harga pesaing bagi tujuan menembusi pasaran? (1 markah) Peringkat Pengenalan PSPM 2016/2017

7.

a. Terangkan tiga (3) tujuan perlabelan produk. (3 markah) - Mengenal pasti produk atau jenama. - Memberikan maklumat tentang produk seperti tempat dibuat, tarikh luput, kandungan, cara penggunaan (mana-mana satu). - Mempromosikan produk/jenama melalui grafik. - Menarik minat pembeli. - Menunjukkan imej. - Pemposisian pasaran. - Membezakan produk dengan produk pesaing. b. Terangkan strategi diskaun bermusim beserta dua (2) contoh. (3 markah) - Pengurangan harga mengikut musim. (1m) - Contoh: Luar musim dan pada/dalam musim ATAU Musim buah: produk durian, mata kucing Musim cuti sekolah: pakaian sekolah, taman tema, hotel Musim perayaan: baju raya, kuih raya dan lain-lain. PSPM 2017/2018

Soalan aras Analisis (C3) dan Aplikasi (C4) 1. Jelaskan empat jenis produk pengguna. i. Produk mudah beli

Disediakan oleh : Azira Ismail

(12 markah)

6

KOLEKSI SKEMA PSPM 2 – 12/13-17/18 (AP025)

ii.

iii.

iv.

 Produk yang selalu dibeli  Boleh diperolehi dengan segera dan dengan usaha yang paling minimum  Contoh: gula-gula, ubat, beras, ubat gigi, syampu dll Produk beli belah  Produk yang dibeli sekali sekala  Pembeli menghabiskan masa yang lama untuk mengumpul maklumat dan membuat perbandingan sebelum membuat pembelian  Contoh: pakaian, kasut, tas tangan, perabot rumah dll Produk istimewa  Produk adalah mahal dan dibeli sekali/dua kali seumur hidup  Produk dibeli kerana kualiti dan ciri-ciri uniknya  Contoh: jam Rolex, kereta Ferrari, berlian D’Beers dll Produk tidak dicari  Produk yang pengguna tidak mengetahui atau mengetahuinya, tetapi tidak terfikir untuk membelinya.  Setelah dilakukan banyak pengiklanan, penjualan peribadi dan usaha-usaha pemasaran yang lain, pengguna akhirnya membeli produk.  Cth: Ensiklopedia, Insurans (Fakta: 1m X 4 = 4m, mana-mana 1 Huraian bagi setiap jawapan: 1m X 4 = 4m & Contoh: 1m X 4 = 4m) PSPM 2012/2013

2.

Terangkan konsep strategi pengedaran ekslusif beserta satu contoh yang bersesuaian. (3 markah) Strategi Pengedaran Ekslusif - Melibatkan pengedaran produk secara eksklusif melalui satu pemborong atau peruncit yang terpilih dalam suatu kawasan geografi yang khusus. Pengeluar produk istimewa/mewah seperti pakaian berjenama dan kereta mewah biasanya menggunakan strategi pengedaran ini. Contoh: kedai/barang berjenama mewah yang spesifik Mana-mana dua huraian. Huraian 2 x 1m = 2m. Contoh 1m. PSPM 2014/2015

3.

Syarikat BHL adalah pengeluar komputer dalam pasaran yang semakin kompetitif. Produk BHL telah mencapai kematangan dalam kitaran hayat produk. Keputusan membentuk paduan pemasaran yang baik adalah penting dalam memaksimumkan syer pasaran. a. Lakar dan label kitaran hayat produk tersebut. (9 markah)

Disediakan oleh : Azira Ismail

7

KOLEKSI SKEMA PSPM 2 – 12/13-17/18 (AP025)

b. Huraikan lima (5) ciri tahap kematangan dalam kitaran hayat produk. (10 markah) • Jualan – Berada di kemuncak dan mula menurun. • Kos – rendah bagi setiap pelanggan • Keuntungan – mencapai tahap maksimum dan pada penghujung tempoh, ia mula menyusut. • Pelanggan – pelanggan sedia ada mula bertukar ke jenama lain, menarik pelanggan baru yang membeli produk lanjutan yang baru • Pesaing - persaingan stabil dan bilangan pesaing mula berkurangan. Hanya pesaing-pesaing yang kukuh sahaja yang tinggal dalam industri. • Objektif – Memaksimumkan keuntungan sambil mempertahankan syer pasaran. • Strategi: i. Produk - Pelbagaikan jenama/model ii. Harga – Untuk menandingi pesaing iii. Pengedaran – Membina agihan intensif yang lebih hebat. iv. Promosi – Pengiklanan (menekankan kpd strategi memanjangkan hayat produk seperti menawarkan faedah tambahan dan memperbaharui pembungkusan, serta promosi jualan untuk galakkan kesetiaan jenama) c. Jelaskan stratagi pemasaran bagi BHL untuk memaksimumkan syer pasaran. (8 markah) Strategi pemasaran bagi BHL untuk memaksimumkan syer pasaran: i. Produk. BHL boleh mengeluarkan komputer yang terdiri daripada beberapa spesifikasi, saiz, jenis, kapasiti dan model - BHL juga menawarkan jaminan/waranti dan perkhidmatan selepas jualan ii. Harga. BHL akan menurunkan harga untuk menembusi pasaran bagi menarik lebih ramai pelanggan. iii. Promosi. BHL boleh menjalankan promosi jualan dengan memberikan diskaun dan tawaran yang menarik, atau menawarkan gadget percuma untuk melariskan jualan. - BHL juga menjalankan pengiklanan untuk menarik minat pasaran massa Pengedaran. BHL merangka strategi pengedaran intensif. PSPM 2015/2016 4.

Syarikat Qasim Baba Sdn Bhd baru menjalankan perniagaan menghasilkan rempah ratus di Malaysia. Syarikat ini baru memulakan perniagaan dan perlu menggiatkan usaha pemasaran untuk bersaing dengan produk rempah ratus yang sedia ada didalam pasaran. Terangkan empat (4) komponen paduan pemasaran yang penting untuk Syarikat Qasim Baba Sdn Bhd. (8 markah) a. Produk – Apa sahaja/barangan fizikal/perkhidmatan/idea/pengalaman yang ditawarkan dipasaran untuk perhatian, perolehan, kegunaan atau belian bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia. @ Syarikat Qasim Baba SB mengeluarkan rempah ratus yang dapat memenuhi keperluan pengguna terutama ialah dalam proses penyediaan makanan. @ Syarikat Qasim Baba SB harus mengambil kira faktor perubahan iaitu teknologi, keperluan dan kehendak pengguna dan persekitaran ekonomi untuk memastikan produk mereka terus mendapat permintaan dari pengguna.

Disediakan oleh : Azira Ismail

8

KOLEKSI SKEMA PSPM 2 – 12/13-17/18 (AP025)

b. Penentuan harga – Harga adalah nilai yang diletakkan keatas sesuatu barangan ataupun servis yang dijual. @ Pemilihan harga yang sesuai penting kepada Syarikat Qasim Baba SB bersesuaian dengan produk yang dihasilkan setelah mengambil kira semua kos yang terlibat. c. Promosi – Merupakan bentuk-bentuk komunikasi yang digunakan untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna membeli produk rempah ratus yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat itu. @ Syarikat Qasim Baba SB menggunakan iklan sebagai alat promosi produk rempah ratus. d. Pengedaran – Proses mengagihkan/mengedar produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna dilokasi dan pada masa yang dikehendaki tepat. @ Syarikat Qasim Baba SB mengedarkan rempah ratus melalui pemborong dan peruncit bagi memastikan produk rempah ratus syarikat itu berada di pasaran. 5.

Cik Farrah Najwa yang meminati bidang fesyen telah membuka butik dengan memasarkan produk berjenama Farrah-Fashionista. Perniagaan tersebut menawarkan pelbagai produk seperti baju muslimah, tudung, kasut dan beg tangan. Terdapat ramai pesaing dalam perniagaan yang sama. a. Huraikan kaedah penentuan harga yang sesuai bagi jenama Farrah-Fashionista. (2 markah) Kaedah perletakan harga berasaskan persaingan (1m) - Syarikat Cik Farrah Najwa boleh meletakan harga yang sama, lebih tinggi atau kurang daripada harga pesaing utama (1m) - Bagi syarikat kecil seperti ini, akan mengikut harga yang ditetapkan berasaskan oleh pemimpin pasa...


Similar Free PDFs