Memperkasakan Dasar Pembudayaan Sains PDF

Title Memperkasakan Dasar Pembudayaan Sains
Author Mahizer Hamzah
Pages 19
File Size 256 KB
File Type PDF
Total Downloads 110
Total Views 538

Summary

Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 75 MEMPERKASAKAN DASAR PEMBUDAYAAN SAINS Norazilawati Binti Abdullah Noraini Mohamed Noh Mahizer Hamzah Universiti Pendidikan Sultan Idris Pengenalan Malaysia sedang gigih menggapai matlamat untuk bergelar negara maju pada tahun 2020 yang berbaki tujuh tahu...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Memperkasakan Dasar Pembudayaan Sains mahizer hamzah Trend dan Isu: Pengajaran dan Pembelajaran Vol. 1 No. 1 2013

Cite this paper

Downloaded from Academia.edu 

Get the citation in MLA, APA, or Chicago styles

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

BUKU PROSIDING FINAL(28.07.2016).pdf Joe Macho Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Malaysia muez t erbaik FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): HURAIAN DAN PENGHAYATAN HASIL PEMBELAJARAN Lim Ming Hoay

Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 75

MEMPERKASAKAN DASAR PEMBUDAYAAN SAINS Norazilawati Binti Abdullah Noraini Mohamed Noh Mahizer Hamzah Universiti Pendidikan Sultan Idris Pengenalan Malaysia sedang gigih menggapai matlamat untuk bergelar negara maju pada tahun 2020 yang berbaki tujuh tahun lagi. Untuk menjadi negara maju, sains mesti ditekankan dalam kalangan rakyat seiring dengan matlamat pendidikan sains yang menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan sains dalam setiap dimensi kehidupan. Namun demikian, realitinya pelajar yang kita harapkan memberikan impak kepada matlamat ini semakin berkurangan, sekali gus menjejaskan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif. Baru-baru ini, media mendedahkan bahawa hanya 29 peratus pelajar menuntut dalam aliran sains di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) awam tempatan dan hal ini menunjukkan kemerosotan pada tahap yang sangat kritikal. Kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 yang memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, nampaknya masih belum lagi dicapai. Keadaan ini boleh membantutkan usaha kerajaan untuk meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi. Sebenarnya, kemerosotan bilangan pelajar jurusan sains sama ada di sekolah mahupun di IPT bukanlah perkara baharu. Ada tiga sebab utama masalah itu berlaku, iaitu kerana kurang minat, tanggapan subjek sains susah, dan prospek kerjaya yang terhad. Yang membimbangkan kita, ketiga-tiga faktor yang berakar umbi sejak di sekolah menengah itu menyebabkan bilangan pelajar sains peringkat universiti turut merosot dengan ketara. Jika pasaran kerjaya terhad menjadi punca utama, kerajaan harus mengambil langkah memastikan pelajar aliran sains mendapat jaminan pekerjaan apabila tamat pengajian. Ekoran daripada permasalahan tersebut, satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengkaji punca serta penyelesaian kepada masalah kemerosotan minat pelajar untuk

76

Memperkasakan Dasar Pembudayaan Sains

mengambil jurusan sains dan matematik di sekolah. Arahan penubuhan jawatankuasa itu dikeluarkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin pada mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 2012. Jawatankuasa khas itu diminta mengkaji secara menyeluruh termasuk memikirkan langkah bagi mencapai sasaran 60 peratus pelajar sains dan 40 peratus sastera. Artikel ini cuba menghubungjalinkan antara institusi Pendidikan dan potensi menyemai budaya sains, iaitu bagaimana memanfaatkan ruang pendidikan di sekolah sebagai pentas memupuk budaya sains. Rasional isu ini dibincang kerana pengajian sains bukan setakat isu teknikal, kaedah mengajar pedagogi atau penekanan penguasaan sesuatu bahasa tetapi lebih jauh dari itu ialah elemen keserasian budaya yang membina persepsi, komitmen dan kesungguhan mendalam generasi saintis masa depan. Justeru itu elemen-elemen ini perlu diberikan perhatian secara serius dalam dunia pendidikan kini. Hal ini perlu dipandang berat oleh para pendidik, pengelola malahan perancang kurikulum untuk mengorak langkah yang sistematik dalam melihat isu pembudayaan sains.

Budaya Sains Budaya dalam Kamus Dewan mempunyai pengertian umum ‘tamadun, peradaban dan kemajuan akal budi’ sementara kebudayaan adalah ‘cara hidup sesuatu masyarakat yang merupakan manifestasi keadaan akal budi yang bertamadun, beradab atau pun maju’. Dari sudut yang lain pembudayaan adalah suatu pendekatan indoktrinasi yang mengajak atau menyeru amalan harian yang berteraskan sesuatu paradigma. Menurut Khalijah (1995), pembudayaan sains merujuk kepada unsur-unsur sains khususnya ilmu, kemahiran dan nilai-nilai sains yang menjadi teras kepada kemajuan dan peradaban akal budi manusia. Manakala kebudayaan sains disifatkan sebagai satu pola peradaban akal budi, idea-idea dan kefahaman sains lantas membentuk tingkah-laku dan juga artifak hidup. Beliau seterusnya menyatakan penterjemahan tingkah-laku ini melalui kaedah empirik dan deduktif. Kaedah empirik amat menitikberatkan pencerapan terhadap objek, kejadian mahu pun sistem yang akhirnya membina konsep dan hubungan. Kaedah

Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 77

deduktif pula menzahirkan pernyataan khusus daripada sesuatu yang umum. Kedua-dua kaedah ini perlu dilihat sebagai saling lengkap-melengkapi yang membina pandangan alam tentang sains dan nilai-nilainya. Nilai-nilai sains yang perlu dijelmakan ialah (i) cinta kepada ilmu dan kebenaran, (ii) menghargai pelbagai benda yang diciptakan Allah swt, (iii) mempunyai perasaan ingin tahu dan mencari penemuan baru (eksplorasi), (iv) boleh berasional secara logik, (v) boleh melakukan analisis kritikan, (vi) boleh menyelesaikan masalah, dan (vii) teratur secara sistematik dalam mendekati sesuatu isu atau masalah. Menurut beliau lagi, prasyarat membudayakan sains mesti bermula

dengan pembinaan maysrakat uang mempunyai asas dan kefahaman ilmu, metod dan nilai sains. Seterusnya perlu berlaku penerapan dan penghayatan nilai sains ketika bertinsak dan menghasilkan artifak hidup. Hakikat pembudayaan sains dan penzahiran nilai-nilai baik berkenaan adalah bersesuaian dengan tuntutan semasa apabila pembangunan berteraskan sains berada di puncak dunia. Syed Muhammad Naquib (2001) secara bijaksana mempersepsikan bahawa sains perlu diletakkan pada maratib ilmu alat. Iaitu ilmu yang digunakan sebagai ilmu operasi mengurus dan mentadbir dunia. Justeru itu kekuatan dan batas-batas ilmu sains perlu diketahui agar dapat membezakan diri dari keghairahan Tamadun Barat sehingga meletakkan ilmu sains melampaui batas agama atau kadang-kadang ilmu sains dipamerkan sebagai agama mereka (menolak semua yang bukan sains, termasuk agama Kristian). Oleh yang demikian pembudayaan sains yang bersandarkan acuan kemalaysiaan khususnya berteraskan panduan Al-Quran dan Hadith perlu ditampilkan secara utuh dan menyeluruh kerana tujuan akhir pembudayaan sains adalah melahirkan insan-insan soleh yang bertaqwa kepada Allah SWT. Pada waktu yang sama berupaya membangunkan peradaban teknologi dan aplikasi sains yang lebih baik untuk memakmurkan dunia. Satu kaji selidik dalam kalangan pelajar bumiputera di sebuah Institut Pengajian Tinggi tempatan mendapati, 50% para-pelajar sainsnya berhadapan dengan pelbagai persepsi negatif dan masalah asas ketika mempelajari sains dan matematik. Kebuntuan dalam belajar serta tanggapan serong berkenaan dibimbangi akan menjadi faktor penghambat potensi sebenar mereka untuk terus maju dalam bidang sains. Adalah

78

Memperkasakan Dasar Pembudayaan Sains

dipercayai bahawa persepsi dan masalah responden berkenaan bukan baru timbul tetapi telah mula berakar-umbi ketika mereka melalui sistem pendidikan semasa di peringkat sekolah menengah lagi. Kemudian persepsi dan masalah ini terus berkembang di universiti. Salah satu kesimpulan yang boleh dibina dari kajian ini ialah, pembinaan persepsi yang betul dan positif perlu disemai dan dibenihkan para peringkat yang lebih awal lagi. Pembinaan persepsi yang betul ini akan menjadi benteng kekuatan semangat dan kesungguhan kudrat dan usaha. Kajian ini turut mendokong idea dan keperluan pembudayaan sains perlu disemai seawal usia kanak-kanak di peringkat prasekolah. Dari sudut yang lain pembudayaan sains perlu dibangunkan dalam kalangan ibu bapa. Iaitu penyertaan ibu bapa sangat penting untuk memperkukuhkan pendidikan sepanjang masa. Pihak berkaitan dengan pembangunan keluarga perlu memperbanyakkan peluangpeluang pendidikan keibubapaan dan kempen kesedaran pentingnya penglibatan ibu bapa dalam pembudayaan sains.

Cabaran Membudayakan Sains Dalam mengejar impian untuk merealisasikan pembudayaan sains, pelbagai cabaran perlu diatasi. Menerusi kertas konsep ini, tiga cabaran utama telah dikenalpasti iaitu: 1. Persepsi negatif terhadap sains Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baru 2012, melahirkan kebimbangan mengenai kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sains di peringkat sekolah. Masalah berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana telah sampai ke tahap sangat kritikal walaupun banyak inisiatif diperkenalkan oleh kerajaan untuk memajukan bidang sains. Fenomena itu bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di serata dunia, termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Di Amerika contohnya, bilangan pelajar yang memohon untuk mengikuti pengajian di universiti dalam bidang sains, matematik dan teknologi kurang berbanding jumlah tempat yang ditawarkan kerana kekurangan pelajar dalam aliran berkenaan di peringkat sekolah tinggi. Masalah yang diperkatakan oleh Menteri Pengajian Tinggi itu berlaku disebabkan persepsi negatif daripada kalangan pelajar terhadap subjek sains sejak mereka

Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 79

masih di bangku sekolah rendah lagi. Pelajar beranggapan bahawa mata pelajaran sains adalah sukar untuk lulus dengan cemerlang dan boleh menjejas peluang melanjutkan pengajian di universiti. Memandangkan sistem pembelajaran di negara ini berorientasikan peperiksaan, maka ramailah pelajar beralih kepada aliran sastera atau agama berbanding sains dengan harapan lebih cemerlang dalam peperiksaan supaya mereka dapat menyambung pengajian di universiti. Walhal tempat melanjutkan pengajian dalam bidang yang memerlukan kelulusan mata pelajaran sains lebih banyak disediakan oleh kerajaan berbanding aliran lain. Peluang pekerjaan yang tersedia juga lebih luas dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan yang pasaran pekerjaannya melangkau sempadan negara. Bagaimanapun, pemilihan kursus yang tidak sejajar dengan kehendak semasa menyebabkan berlaku lambakan graduan yang gagal mendapat pekerjaan bersesuaian dengan bidang pengajian yang mereka ikuti. Sebelum ini kerajaan telah menetapkan sasaran supaya 60 peratus pelajar sekolah menengah terdiri daripada mereka yang belajar dalam aliran sains. Sekolah akan bertindak sebagai pembekal calon mahasiswa kepada universiti untuk melahirkan modal insan terlatih dalam bidang sains dan teknologi bagi menjayakan agenda pembangunan negara. Bagaimanapun, agenda itu masih belum tercapai kerana berdasarkan kepada Kajian Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 seperti yang diumumkan oleh Menteri Pengajian Tinggi menyaksikan peratusan pelajar yang mengambil jurusan sains sejak 2007 terus menunjukkan penurunan sehingga 27 peratus pada2012. Oleh itu, impian kerajaan untuk melahirkan 200,000 jurutera menjelang 2020 masih jauh daripada jangkauan kerana nisbah 60:40 pelajar sains berbanding aliran lain di universiti belum tercapai. Bagi mengatasi masalah kekurangan calon mahasiswa yang memohon mengikuti pengajian dalam bidang sains di institusi pengajian tinggi (IPT), jumlah pelajar yang lulus dengan cemerlang dalam subjek berkenaan di peringkat sekolah perlu diperbanyakkan. Mahasiswa yang mempunyai asas sains yang kukuh di peringkat sekolah mampu menjadi graduan yang cemerlang dan menyumbang kepada penghasilan tenaga kerja profesional berkualiti. Sebagai negara yang sedang menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan ramai sumber tenaga mahir dalam bidang sains. Oleh itu,

80

Memperkasakan Dasar Pembudayaan Sains

pihak yang berkenaan perlu mencari alternatif baru agar dapat menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran sains. Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah membangunkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjadikan mata pelajaran berkenaan lebih menarik dan menyeronokkan. 2. Pelajar kurang meminati sains Masalah pelajar kurang meminati mata pelajaran sains, matematik dan teknologi turut mendapat perhatian kalangan ahli akademik dan pembuat dasar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Baru-baru ini, UTM dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT) bekerjasama untuk menyediakan program bagi membantu kerajaan menjadikan pendidikan sains, matematik dan teknologi lebih kreatif dan inovatif. Bagi tujuan itu, Pengarah Pusat Asas Sistem Kejuruteraan dan Konsortium Rangkaian Pembelajaran Antarabangsa MIT, Prof Richard Larson telah dijemput untuk menyumbangkan idea. Beliau ialah pengasas program Gabungan Pembelajaran Sains atau Matematik (Blended Learning Open Source Science or Math - BLOSSOMS) yang diperkenalkan pada 2002. BLOSSOMS ialah sumber pembelajaran terbuka yang dibiayai oleh beberapa yayasan bukan kerajaan di Amerika Syarikat membabitkan kaedah pembelajaran sains, matematik dan teknologi menggunakan video yang diharap dapat mengatasi masalah pelajar kurang minat terhadap bidang sains dan teknologi di negara ini. Program berkenaan yang telah dilaksanakan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Pakistan, Jordan, Lebanon, India, China serta di sekitar Boston mampu melahirkan pelajar yang berfikir secara lateral dan kreatif. Dalam pada itu, pihak berkuasa di negara Scandinavia menjemput jurutera ke sekolah untuk mengajar subjek berkaitan kejuruteraan bagi menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan. Sementara itu, Pemegang Kerusi Pembelajaran Berdasarkan Masalah dalam Pendidikan Kejuruteraan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Prof Dr Anne Kolmos, berkata usaha perlu ditingkatkan bagi menarik lebih ramai pelajar, terutama wanita agar tertarik kepada bidang kejuruteraan yang dianggap ‘kotor’. Oleh itu, sebagai negara yang sedang berusaha melengkapkan diri menjadi negara maju, Malaysia memerlukan ramai calon mahasiswa yang cemerlang dalam bidang sains, matematik dan teknologi.

Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 81

Sesungguhnya, masalah pelajar kurang minat terhadap subjek berkenaan perlu diatasi segera kerana seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, sains adalah asas kepada inovasi dan inovasi pula menjadi asas teknologi dan tranformasi ekonomi negara. Kewujudan aliran sains bermula apabila pelajar memasuki Tingkatan Empat di sekolah menengah. Mereka boleh memilih salah satu aliran yang ditawarkan iaitu aliran sains, kemanusiaan atau vokasional. Bagi pelajar aliran sains tulen mereka dikehendaki mengambil mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi di samping mata pelajaran teras iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Pendidikan Agama Islam atau Pendidikan Moral. Kebiasaannya pelajar yang mengikuti aliran sains ini adalah terdiri daripada mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kemerosotan bilangan pelajar sekolah menengah yang mengikuti aliran sains ini boleh menjejaskan usaha untuk meramaikan siswa mengikuti subjek kritikal di peringkat universiti. Para siswa perlu mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Matrikulasi untuk membolehkan mereka mengikuti bidang perubatan, farmasi, kejuruteraan, akauntansi dan lain-lain. Sebagai sebuah negara sedang memasuki fasa negara maju bilangan tenaga kerja yang ramai berkelulusan dalam bidang tersebut sangat diperlukan. Mereka akan berperanan menjadi penyelidik, saintis, teknologis, jurutera, perekacipta dan tenaga pengajar di universiti. Itulah sebabnya Kementerian Pelajaran memperkenalkan dasar 60 : 40. Dasar ini mempunyai kaitan rapat dengan usaha menjadikan Malaysia sebagai negara maju melalui slogan Wawasan 2020 yang diperkenalkan lewat 1980an. Tidak dapat dinafikan bukanlah mudah untuk pelajar mendapat kelulusan cemerlang dalam bidang sains kerana ia dikatakan lebih sukar jika dibandingkan dengan mata pelajaran sastera atau kemanusiaan. Ada pelajar yang ingin mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM atau STPM akan memilih bidang kemanusiaan atau vokasional walaupun mereka layak mengikuti bidang sains. Dengan keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu membolehkan mereka diterima dengan mudah ke institusi pengajian tinggi dan memilih subjek yang mereka minati. Kemerosotan bilangan pelajar

82

Memperkasakan Dasar Pembudayaan Sains

aliran sains ini perlu dilihat secara holistik. Ini bermakna untuk mengatasi isu tersebut perlu dilihat dari semua aspek dan melibatkan semua pihak. Dengan ini tidaklah dibebankan kepada sekolah atau guru semata-mata. Isu kekurangan pelajar mengikut aliran sains khususnya di kalangan pelajar bumiputera disedari sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi. Bagi mengatasinya dalam Laporan Razak 1956 mencadangkan penubuhan sekolah berasrama penuh bagi memberi kemudahan kepada pelajar khususnya daripada luar bandar untuk mendapat pendidikan yang terbaik. Justeru wujud, Sekolah Tunku Abdul Rahman, Ipoh; Sekolah Dato Abdul Razak, Tanjung Malim (sekolah asal); Sekolah Sultan Abdul Hamid, Jitra; Sekolah Seri Puteri, Kuala Lumpur dan Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Cadangan yang sama dinyatakan dalam Laporan Rahman Talib 1961 berikutannya wujud SekolahSekolah Sains di seluruh negara dan bilangannya kini mencecah hampir 60 buah. Namun demikian sekolah berasrama penuh sahaja tidak dapat menampung keperluan yang ramai bilangan pelajar aliran sains tanpa mendapat sokongan daripada sekolah menengah harian dan sekolah swasta. 3. Prospek kerjaya terhad Dari segi kerjaya nampaknya bidang profesional seperti doktor, jurutera, ahli farmasi atau akauntan kurang menarik minat sebahagian pelajar kerana dalam masa yang sama terdapat ratusan jenis pekerjaan lain yang boleh dipilih oleh mereka. Melalui kajiankajian didapati ramai pelajar yang lebih berminat menjadi ahli perniagaan, usahawan, petani, kontraktor, bidang perkhidmatan, bidang hospitaliti seperti masakan, perhotelan, pengendalian restoran dan lain-lain. Bidang kerjaya ini bukan sahaja memberi cabaran baru menarik tetapi turut menjanjikan pendapatan lumayan yang boleh mengatasi pendapatan mereka di bidang profesional itu. Dari segi perjawatan pula terutama untuk menjadi ketua atau pegawai kanan dalam sesebuah jabatan atau organisasi sama ada di sektor awam atau swasta termasuk bidang korporat dan badan politik sebahagian besarnya dimonopoli oleh mereka yang berkelulusan sains sosial atau kemanusiaan. Ini disebabkan mereka mempunyai kelebihan kerana telah mendapat pendedahan awal bidang pengurusan, pentadbiran dan kewangan semasa belajar di universiti. Berbeza dengan mereka yang mengikuti bidang kritikal atau

Trend dan isu: Pengajaran dan Pembelajaran 83

sains tulen di mana lebih fokus dengan kandungan subjek pengajian mereka sahaja. Oleh itu ada pelajar memikirkan lebih baik memilih bidang yang mempunyai masa depan lebih baik dalam kerjaya nanti. Sains adalah satu bidang yang mendapat perhatian tinggi di negara ini. Malah, bidang itu juga dianggap sebagai satu bidang penting untuk ‘mengekalkan pembangunan ekonomi, memperbaiki mutu hidup dan keselamatan negara’ melalui Dasar Sains Negara. Oleh itu, pelbagai usaha dijalankan supaya bidang sains diterima dan menjadi sebahagian yang penting dalam hidup masyarakat negara ini. Malangnya, setelah sekian lama usaha dilakukan bagi mencapai hasrat itu, kemajuan dan kejayaan dicapai dalam bidang sains di negara ini masih belum dapat dibanggakan. Malah, dalam banyak keadaan, timbul banyak salah faham terhadap bidang berkenaan. Pelajar, malah ibu bapa sendiri beranggapan bahawa bidang atau mata pelajaran sains adalah sukar. Buktinya, laporan Kajian Kesedaran Awam terhadap Sains dan Teknologi (2004) menunjukkan bahawa 42.3 peratus rakyat negara ini berpendapat bahawa mata pelajaran sains adalah sukar. Bagaimanapun, tidak pula dinyatakan apakah bentuk kesukaran itu. Hasil pengamatan penulis, sukar di sini mungkin memb...


Similar Free PDFs