pengenalan sains sosial DOCX

Title pengenalan sains sosial
Author Jade Yap
Pages 7
File Size 36.1 KB
File Type DOCX
Total Downloads 813
Total Views 1,003

Summary

Pengenalan Sains adalah suatu proses pengumpulan ilmu secara sistematik yang berkaitan dengan alam semula jadi. Menurut Encyclopedia Britanica International London, istilah ‘Sains’ berasal dari bahasa Latin, ‘scire’ yang bermaksud ‘to know ’ atau ‘untuk mengetahui’ dan sains banyak merungkai berkena...


Description

Pengenalan Sains adalah suatu proses pengumpulan ilmu secara sistematik yang berkaitan dengan alam semula jadi. Menurut Encyclopedia Britanica International London, istilah 'Sains' berasal dari bahasa Latin, 'scire' yang bermaksud 'to know ' atau 'untuk mengetahui' dan sains banyak merungkai berkenaan dengan pengetahuan tentang alam semesta. Menurut Stephen S. Carey dalam bukunya menyatakan sains menyiasat fenomena semula jadi setiap jenis yang boleh difikirkan, dari fiiikal kepada biologi kepada sosial. Saintis mengkaji segala- galanya dari peristiwa-peristiwa yang berlaku pada masa pembentukan alam semesta ke tahap perkembangan intelektual dan emosi manusia kepada corak- corak migrasi kupu-kupu.1 Menurut Elgin F. Hunt dan David C. Colander dalam bukunya juga ada menyatakan bahawa sains boleh dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu sains sosial dan sains semula jadi. Sains sosial adalah bidang pengetahuan yang berkaitan dengan semua aspek kehidupan manusia. (Social science is the felds of human knowledge that deals with all aspects of the group life of human beings). Manakala, sains semula jadi adalah berkaitan dengan persekitaran semula jadi di mana manusia wujud. (Natural science deals with the natural environment in which human beings exist).2 Bagi mengkaji fenomena sosial, para saintis menggunakan kaedah saintifik untuk mendapatkan jawapan daripada kajiannya. Menurut Charon, sains bertujuan untuk mengungkapkan suatu teori yang mapan, abstrak serta juga mencuba untuk memahami sebab musabab. Ia merupakan suatu proses berterusan yang melibatkan pengungkapan hipotesis daripada teori, ujian daripada hipotesis, dan rumusan daripada ujian. Paling utama sekali, sains bertujuan untuk mengemukakan penjelasan, yang merupakan kajian terhadap persoalan bagaimana angka ubah berhubungkait dan mencetuskan akibat, tetapi ia juga kadangkala bertujuan untuk memperihalkan sesuatu.3 Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkataan 'Sains' mempunyai dua maksud iaitu bagi maksud yang pertama merujuk kepada sains merupakan ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan kebenarannya manakala maksud keduanya ialah sains merupakan cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kenyataan semata-mata seperti fiiik, sains sosial, cabang ilmu 1 Stephen S. Carey, A Beginner's Guide To Scientific Method, 4th edition, 2012, hlm 1. 2 Elgin F. Hunt dan David C. Colander, Social Science An Introduction To The Study Of Society, 8th edition, 1989, hlm 4. 3 J.M. Charon, Sociology: A Conceptual Approach, Boston: Ally and Bacon, 1992, hllm 47. 1...


Similar Free PDFs