Negara Republik China dan Pengaruh Marxis-Leninis dalam Pekembangan Konsep Negara/State PDF

Title Negara Republik China dan Pengaruh Marxis-Leninis dalam Pekembangan Konsep Negara/State
Pages 17
File Size 404.5 KB
File Type PDF
Total Views 44

Summary

NEGARA REPUBLIK CHINA DAN PENGARUH MARXIS- LENINIS DALAM PERKEMBANGAN KONSEP NEGARA/STATE Muhammad Ariff Asyrul Bin Adnan (Calon Sarjana Sains Politik, Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia) 1.0 PENDAHULUAN Istilah state mula mendominasi ruang wacana politik setelah kemunculan idea l...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Negara Republik China dan Pengaruh Marxis-Leninis dalam Pekembangan Konsep Negara/State Muhammad Ariff

Related papers ESEI KARL MARX.docx Shah Nursyahmiaiman Noor Jalaini

Modul GMGA1024 Polit ik dan Pent adbiran Nor Azharuddin Shaharuddin Marxisme Ahmad Danial

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

NEGARA REPUBLIK CHINA DAN PENGARUH MARXISLENINIS DALAM PERKEMBANGAN KONSEP NEGARA/STATE Muhammad Ariff Asyrul Bin Adnan

(Calon Sarjana Sains Politik, Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia)

1.0 PENDAHULUAN Istilah state mula mendominasi ruang wacana politik setelah kemunculan idea liberalisme klasik yang dikemukakan oleh Adam Smith dalam mendepani usaha memajukan sesebuah negara khusus merujuk kepada aspek ekonomi. Evolusi argumentasi berkenaannya mula melalui proses setelah lahirnya sarjana-sarjana terkemudian yang mencetuskan pertembungan pemikiran dalam

menkonseptualkan

istilah state atau

negara ini. Kemunculan kelompok neo-klasikal seperti John Stuart Mill lagi menambahkan kepelbagaian dalam pentafsiran konsep state ini. Idea berkenaan konsep state ini mula rancak diperdebatkan dengan kemunculan aliran pemikiran yang sememangnya bertentangan dengan pandangan liberalisme berkenaan state iaitu aliran Marxisme. Aliran ini dipelopori oleh Karl Marx yang mengemukakan pandangan yang bersifat agak radikal dalam mengkonseptualkan terma state atau negara ini. Namun begitu, lewat tahun 1920-an, dunia dikejutkan dengan fenomena “kemelesetan ekonomi” (the Great Depression 1929) yang menyerang sistem ekonomi kuasa besar dunia (Amerika Syarikat yang paling kuat merasai kesannya) yang terus dengan cepatnya melumpuhkan sistem ekonomi dunia (Caporaso & Levine 1992). Pada ketika itu, perdebatan berkenaan idea atau interpretasi state mula rancak diperdebatkan dengan kemunculan seorang sarjana ekonomi terkemuka, John Maynard Keynes yang menyatakan pendiriannya bahawa untuk memulihkan kembali negara yang mengalami kesan teruk akibat kemelesetan ekonomi ini, mekanisme state regulation/intervention harus digunakan sebagai mekanisme utama bagi menyelesaikan masalah (Dillard 1948).

Maka dengan itu, akibat desakan untuk memulihkan ekonomi, mekanisme ini diguna pakai dan pada akhirnya berjaya mengeluarkan Amerika Syarikat pada ketika itu pulih dari krisis. Walaubagaimanapun, kedudukan state sebagai agen utama dalam mengawal ekonomi negara mula digoyahkan dengan kemunculan pandangan liberal kontemporari seperti Hayek yang kembali mengemukakan pandangan supaya peranan negara mula dilimitasikan selaras dengan prinsip asal aliran ekonomi liberal (Wapshott 2011). Sehingga kini perdebatan masih lagi belum menemui jalan persetujuan bersama, bahkan sekolah pemikiran ekonomi politik dunia masih lagi cenderung untuk tidak mencapai persetujuan bersama dalam mentafsirkan konsep state ini. Justeru itu, fokus utama makalah ini bukanlah untuk menjelaskan perihal tafsiran liberalism berkenaan state, tetapi makalah ini memfokuskan kepada interpretasi Marxisme berkenaan state yang sebelum ini acap kali ditolak tepi dalam perbahasan berkenaan state. Bagi menyelarikan perbahasan berdasarkan kepada metodologi politik perbandingan, fokus perbandingan dibahaskan antara interpretasi kedudukan state dari perspektif Marxisme dengan liberalism khusus dipecahkan kepada tiga aspek iaitu politik, ekonomi dan sosial bagi menjelaskan perbezaan pandangan kedua-duanya dan juga berkenaan persamaan yang wujud di antara kedua-dua pandangan. Interpretasi yang dikemukakan oleh Marx ini adalah amat penting di mana ianya muncul sebagai agen pengkritik utama terhadap dasar interpretasi yang dikemukakan oleh aliran liberal. Medium globalisasi pada hari ini juga menjadikan idea Marxisme berkenaan konsep state semakin mula diterima umum. Walaubagaimanapun, perbahasan berkenaan konsep state dalam aliran Marxisme juga turut melalui evolusi pentakrifan yang dijelaskan pada bahagian seterusnya yang menjadi fundamental penting untuk melihat proses bentuk interpretasi kedudukan state dalam aliran Marxisme dan kemudiannya dibandingkan dengan aliran liberalisme berkenaan konsep state bagi menjelaskan perbezaan dan persamaan yang wujud di antara keduanya. Penjelasan berkenaan kedudukan state dalam interpretasi Marx akan dikesinambungkan lagi kepada bahagian aplikasi idea Marxist ini dengan merujuk kepada penganalisaaan konsep Marx dalam negara moden yang menjadikan China sebagai model state/negara utama berasaskan konsep Marx khususnya diberikan perhatian pada era kepimpinan Chinese Coomunist Movement yang sinonim dengan kepimpinan Mao Tze Tung.

2.0 DEFINISI

STATE

/

NEGARA

OLEH

SARJANA

KLASIK

DAN

KONTEMPORARI Konsep negara atau state merupakan antara konsep penting yang harus diperbincangkan dalam makalah ini. Konsep ini sering diperdebatkan walaupun ianya dianggap sebagai satu institusi yang memiliki kepelbagaian. Secara umumnya, negara adalah merupakan sekumpulan elit pemerintah yang mempunyai kuasa untuk membuat dasar dan melaksanakan dasar. Dalam teori sains politik, istilah negara membawa makna sekumpulan manusia yang menduduki sebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan dan pengawasan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar (Ramanathan 1997:77). Bagi Hegel, beliau mentafsirkan negara sebagai sebuah organisasi yang mempunyai tata kesusilaan yang mucul sebagai sintesis daripada kemerdekaan bagi individu kepada kemerdekaan yang universal. Manakala, jika dirujuk pada pandangan Aristotle mngenai negara, beliau yang begitu popular dengan penggunaan istilah „political animal’ yang menjelaskan sifat manusia yang sememangnya suka akan bersosial dan hidup dalam kumpulan di mana ini jelas menggambarkan konsep negara yang wujud dalam realiti sebenar adalah untuk memenuhi keperluan hidup manusia bagi menjamin kehidupan yang baik. Perbincangan mengenai negara banyak diperihalkan oleh Plato dalam pemikirannya iaitu Plato menegaskan bahawa negara adalah komuniti etnik yang mempunyai matlamat untuk mencapai kebajikan dan kebaikan bagi rakyat (Rapar 1993:48). Manakala bagi Robert Dahl pula, beliau menyifatkan bahawa negara sebagai satu sistem politik yang dibina oleh orang-orang yang bermaustatin dalam sesebuah wilayah dan mempunyai kerajaan dalam negara tersebut. Manakala bagi Lasswell pula mentafsirkan bahawa negara sebagai satu kumpulan manusia yang tinggal di sesebuah wilayah dan berdaulat. Kemudiannya, konsep ini dikembangkan lagi oleh Bodin yang berbincang mengenai teori kedaulatan yang dihuraikan dengan jelas bahawa setiap negara yang teratur haruslah ada individu, agensi atau kumpulan pemegang jawatan yang mempraktikkan kedaulatan atau kekuasaan tertinggi ke atas individu lain dan agensiagensi yang ada dalam negara tersebut (Ramanathan 1997:78-81). Setelah meneliti pentakrifan di atas mengenai negara atau state kelihatan pentafsiran sarjana mengenainya adalah hamper serupa dan mempunyai persamaan yang jelas.

Konsep negara juga diidentifikasikan kepada dua karekteristik iaitu definisi organisasi serta definisi terhadap fungsi negara itu sendiri. Definisi organisasi merujuk kepada negara sebagai satu set institusi kerajaan ataupun berkaitan dengan asal pembentukan kepada pensejarahan. Hal ini dapat ditentukan dengan kerajaan yang melaksanakan proses seperti pembuatan undang-undang dan peraturan, mengawal, mengatur serta memimpin. Maka dengan itu dalam sains politik, negara bermaksud sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah penyelenggaraan kerajaan dan tidak tertakluk kepada kuasa luar.

3.0 INTERPRETASI KONSEP STATE/NEGARA 3.1

Interpretasi

Kedudukan

State/Negara

Berdasarkan

kepada Perspektif

Liberalisme Sememangnya diketahui, aliran liberalisme adalah berpaksikan kepada elemen utamanya iaitu kebebasan yang mana pada pendekatan liberalisme khususnya dari aliran moden, mereka berpendirian bahawa setiap manusia adalah bebas daripada sebarang campur tangan manusia ketika seseorang itu berusaha mencapai objektif sendiri (Baradat 1985). Prinsip yang dipegang oleh mereka adalah berkenaan kebebasan individu dan strategi ke arah mengehadkan kuasa kerajaan. Ikon utama liberal, John Locke menyifatkan bahawa state sekiranya diberikan kuasa untuk mewujudkan kawalan dalam menguruskan negara termasuk soal ruang peribadi, ianya akan cenderung untuk melakukan penindasan jika terlalu berkuasa. Maka dengan itu, pembentukan state yang lebih kecil sifat penglibatannya adalah lebih elok berbanding penglibatan state dalam skop yang lebih besar (Baradat 1982). Fahaman liberalisme sangat berpendirian teguh terhadap pandangan liberalisme klasik berkenaan state. Hal ini demikian kerana aliran liberalism ini mendukung kuat prinsip pasaran bebas dengan campurtangan state yang minimum dalam kegiatan ekonomi. Maka tidak hairan aliran liberalisme menyarankan supaya peraturan yang sedia ada dilonggarkan supaya negara tidak lagi menguasai pengurusan ekonomi sepenuhnya bagi pasaran memainkan peranan dengan lebih berkesan (Sity 2002). Secara ringkasnya, interpretasi aliran liberalisme adalah bertentangan dengan aliran Marxisme di mana aliran liberalism ini cenderung untuk mempertahankan prinsip bahawa melalui penglibatan

state/negara/kerajaan yang minimum, segala perjalanan ekonomi akan lancar dan tidak akan wujud penindasan terhadap masyarakat.

3.1

Interpretasi Kedudukan State/ Negara Berdasarkan kepada Perspektif Marxisme

Karl Marx telah mengemukakan sebuah pandangan yang bertentangan dengan tafsiran liberalisme berkenaan kedudukan state seperti yang dijelaskan pada bahagian sebelumnya. Marx mengemukakan teori negaranya dalam magnum opus beliau iaitu “Communist Manifesto”. Melalui karyanya itu, beliau menginterpretasikan konsep dan kedudukan negara sebagai satu badan eksekutif yang menguruskan segala urusan golongan borjuis, yakni negara adalah instrumen kekuasaan kelas pemerintah melalui pemilikan dan penguasaan mereka ke atas proses pengeluaran (Sity 2006). Melalui ini juga, Marx menyatakan bahawa struktur kepimpinan sesebuah negara/state adalah melibatkan kepimpinan tertinggi yang datang dari golongan proletariat. Ini yang dinyatakan sebagai the dictatorship of proletariat. Konsep yang dikemukakan oleh Marx ini pada kemudiannya dikembangkan lagi penstrukturannya oleh Lenin yang mengangkat konsep the dictatorship of proletariat ini berdasarkan acuan beliau sendiri dalam menggerakkkan Revolusi 1917. Konsep ini digelarkan sebagai Marxisme-Leninisme (Hiariej 2003) Bagi Marx dan Engels, negara dibentuk berdasarkan kepada proses evolusi masyarakat zaman batu sehinggalah kepada masyarakat moden yang ada pada hari ini dengan segala ilmu dan praktik yang dicipta mengikut keperluan zaman. Pandangan kedua-dua sarjana ini adalah selaras dengan konsep “historical materialism” yang dikemukakan oleh Marx dalam mengesahkan pandangan beliau bahawa masyarakat akan melalui evolusi sistem yang mana pada akhirnya sistem yang paling baik adalah merupakan sistem sosialisme. Marx pada kemudiannya juga mengemukakan sebuah pandangan yang disifatkan oleh para sarjana sebagai sebuah pandangan yang agak keras dan amat bertentangan dengan interpretasi liberalism iaitu menyatakan bahawa state cumalah bertindak sebagai instrument kapitalis untuk mengeksploitasi yang merupakan kritikan paling utama terhadap konsep liberal berkenaan kedudukan state/negara (Hiariej 2003).

3.1.1 Perkembangan Konsep State/Negara dalam Aliran Marxisme Interpretasi kedudukan state dalam aliran Marxisme juga turut melalui fasa perkembangannya. Hal ini demikian dikesahkan lagi dengan kemunculan aliran Neo Marxis dari aliran strukturalisme dalam mendefinisikan perihal interpretasi state. Walaubagaimanapun, selepas kemunculan pandangan Karl Marx itu sendiri, interpretasi state dalam aliran Marxisme ini dikembangkan oleh Antonio Gramsci yang menyatakan bahawa negara adalah entity yang dikuasai oleh kelas dominan dalam masyarakat sivil dengan memaksakan penerimaan ideologi yang bertujuan menekankan golongan bawahan dalam keadaan terkawal. Masyarakat kapitalis disogok dengan aturan sosial dan nilai kapitalis yang diseseuaikan dengan struktur politik dan sosial. Hal ini digelarkan sebagai indoktrinasi di mana pemhaman tersebut adalah dilakuka secara senyap (Miliband 1970). Aliran Neo-Marxis strukturalisme pula mempunyai pandangan bahawa negara adalah merupakan aktor yang mempunyai kuasa yang bersifat autonomi relatif. Autonomi relatif yang dimaksudkan adalah negara bebas dari kelas yang dominan dari segi ekonomi dan boleh menjalankan kuasa bukan semata-mata untuk kelas tersebut tetapi untuk seluruh masyarakat. Pandangan ini dikemukakan oleh Poulantzas (1973) yang mendukung aliran strukturalisme dalam Marxisme. Kemudiannya muncul pula Vincent (1987) yang datang dari aliran instrumentalis dalam Marxisme mengemukakan pandangan yang lebih menudukung ke arah Marxisme klasik iaitu meninterpretasikan negara/state sebagai alat untuk dominasi oleh kelas kapitalis yang memerintah. Beliau berpendapat bahawa negara adalah entity yang tidak kekal maka dengan itu rakyat akan sentiasa bangkit menentang eksploitasi. Kebangkitan ini adalah bertujuan untuk meruntuhkan rejim yang menindas golongan bawahan melalui revolusi yang dalam masa yang sama turut meruntuhkan institusi pemerintahan negara kapitalis. Pendukung aliran ini lebih cenderung digelar sebagai pendukung teori kelas kontemporari yang terus berpegang pada analisis tentang hubungan eksploitatif di antara kelas yang dominan dan kelas yang tertindas sebagai penyebab konflik sosial dalam masyarakat. Bagi mengawal konflik dalam masyarakat, kelas yang dominan akan mempengaruhi negara supaya menjaga kepentingan golongan kapitalis dan terus menekan golongan bawahan.

4.0 REPUBLIK RAKYAT CHINA (PRC) SEBAGAI SEBUAH STATE/NEGARA YANG MENGAPLIKASIKAN INTERPRETASI MARXISME BERKENAAN KONSEP STATE/NEGARA China adalah merupakan salah satu negara yang paksi pembentukannya dalam era kontemporari adalah melalui revolusi yang berlangsung sekitar awal abad ke 19. Hal ini demikian kerana revolusi yang dicanangkan oleh Karl Marx iaitu revolusi dari kalangan buruh tidaklah berlaku seperti yang diharapkan oleh Marx, namun dalam konteks China, revolusinya berlaku tetapi datang dari kelompok petani hasil daripada mobilisasi rakyat yang dinaungi oleh pengaruh Mao Tze Tung. Ini yang menjadikan China berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh marx berkenaan revolusi yang berlaku adalah melalui kebangkitan golongan buruh dan kelas pekerja bawahan bagi mengubah struktur pentadbiran sesebuah negara. Namun, apa yang berlaku di sebalik fenomena di China dalam Revolusi 1948 ini, ianya mempunyai perkaitan rapat dengan faham aliran Marxisme yang diadunkan melalui proses baru yang dikemukakan oleh Lenin iaitu konsep Marxisme- Leninisme yang diaplikasikan dalam konteks revolusi 1948 di China. Oleh yang demikian, perbahasan pada bahagian ini adalah menganalisa bagaimana bentuk aplikasi interpretasi negara berdasarkan kepada fundamental idea politik Marxisme yang telah melalui perkembangan evolusi pentakrifan yang merujuk kepada China dan kepimpinan Mao Tze Tung selepas pasca Revolusi tahun 1948 sebagai subjektiviti. Secara ringkas berkenaan profil China, China adalah merupakan sebuah negara republik yang dikenali sebagai Republik Rakyat China di mana ibu negaranya adalah Beijing dan mempunyai populasi sebanyak 1.35 bilion pada tahun 2012. Bahasa rasmi yang digunakan adalah Mandarin Chinese. China melalui proses evolusi politiknya yang tersendiri iaitu berlakunya Revolusi China pada tahun 1949 yang mencetuskan perubahan dalam struktur politik negara China yang dimobilisasikan oleh Mao Tze Tung sebagai pendukung aliran Marxist-Leninist yang kemudiannya membentuk sebuah parti politik yang dikenali sebagai The Chinese Communist Party yang mendominasi struktur politik dan pentadbiran di China (http://history.state.gov/milestones/1945-1952/chineserev). Penjelasan berkenaan proses aplikasi konsep state/negara berdasarkan kepada Marxisme dengan merujuk kepada negara China adalah diperjelaskan berdasarkan

kepada proses peranan negara dalam konteks politik iaitu merujuk kepada struktur pentadbiran pasca revolusi, ekonomi denga merujuk kepada sistem ekonomi dan pengurusannya dan aspek sosial meliputi perihal kebajikan.

4.1 Politik, Kepimpinan Mao Tze Tung Pasca Revolusi China 1949 dan Pengaruh Marxist-Leninist Revolusi yang berlaku di China pada tahun 1949 adalah merupakan salah satu fenomena Marxisme yang boleh dilihat sebagai

kerelevanan idea pemikiran politik Marx itu

sendiri. Hal ini demikian kerana revolusi yang berlaku itu datang dari golongan bawahan seperti yang dinyatakan oleh Marx iaitu kebangkitan golongan proletariat (the rise of the proletariat) (Dirlik 1989). Namun begitu, intipati gerakan revolusi ini adalah berbeza di mana apa yang dinyatakan oleh Marx adalah di mana revolusi berlaku datangnya dari buruh namun dalam konteks China revolusi tersebut adalah bangkit daripada golongan petani di China. Walaupun pada tahun 1911 China telah melalui asa revolusi pertamanya iaitu permulaan kepada revolusi yang berlaku pada tahun 1949, idea cetusan Marxist tidak kelihatan kerana ianya cuma mencakupi perihal kejatuhan dinasti yang telah sekian lama memerintah China. Melalui revolusi yang berlaku pada tahun 1949 ini, ternyata ianya adalah satu kesahan yang menandai kewujudan idea fundamental yang dikemukakan oleh Karl Marx namun begitu kejayaan yang lebih terserlah adalah di mana Mao mengadaptasikan idea Marxist-Leninist yang kuat mempengaruhi pemikiran politiknya dengan menyesuaikannya ke dalam struktur sosial masyarakat di China (Sanmugathasan 1967). Ini tidak menghairankan kerana pengaruh Marxist-Leninist pada ketika itu masih lagi hangat dengan revolusi yang berlaku di Rusia di bawah kepimpinan Lenin pada tahun 1917 (The Great October Revolution 1917) yang mempengaruhi gerakan revolusi yang berlangsung di China. Kejayaan revolusi Rusia 1917 menjadi kayu ukur akan keupayaan pemikiran politik Marx memacu sebuah negara menjadi antara kuasa besar global walaupun Lenin pada ketika telah mengubah suai beberapa pendekatan Marx untuk diselarikan dengan keadaan sosial masyarakat di China (Winckler 1999). Begitu juga dalam kes China, apa yang dilakukan oleh Mao adalah cerminan daripada apa yang berlaku di Rusia. Ini dibuktikan melalui pandangan

Sanmugathasan (1967) di dalam karyanya itu Mao Tse Tung’s Contribution to MarxistLeninist yang menyatakan seperi berikut:

“A similar ferment has been taking place inside the international communist movement during the past few years. Under the guidance of Comrade Mao Tsetung, the greatest Marxist-Leninist alive, and inspired by the success of the Chinese Revolution as well as of the Great Proletarian Cultural Revolution, revolutionary groups from inside the old communist parties have been breaking away politically and organizationally from the revisionist leadership of these parties. Many new Marxist-Leninist groups and parties have emerged in recent times.”

Pada awal implementasinya adalah berasaskan kepada negara Marxisme iaitu pembentukan negara sosialis sebelum ianya mencapai tahap tertinggi iaitu pembentukan sebuah negara komunis. China merujuk kepada era kepimpinan Mao Tze Tung, ianya adalah merupakan sebuah negara sosialis yang terletak di bawah sistem demokrasi kediktatoran yang dipimpin oleh golongan pekerja (petani) seperti yang termaktub di bawah Artikel 1 Perlembagaan China. Berdasarkan kepada idea politik Marx, Marx menyifatkan bahawa golongan pekerja (proletariat) adalah aktor utama yang mengawal kuasa politik negara maka dengan itu China mempraktikkan idea Marx ini dalam konteks yang berbeza namun fundamentalnya tetap sama. Ini dinyatakan oleh Clubb (1999) bahawa revolusi baru ini jelas memperlihatkan kekuasaan sebenar kelas pekerja walaupun ianya berbeza dengan apa yang diperkatakan oleh Marx. Beliau menyatakan dalam Communism in China seperti berikut: “…..the new revolutionary power ...


Similar Free PDFs