NOTA Epistemologi edited PDF

Title NOTA Epistemologi edited
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 156.6 KB
File Type PDF
Total Downloads 43
Total Views 812

Summary

EPISTEMOLOGI: PERBANDINGAN DI ANTARA ISLAM DAN BARATIstilah epistemologi merupakan kata pinjam daripada bahasa Inggeris ‘epistemology’ yang berasal dari gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘episteme’ yang bermaksud “pengetahuan” dan ‘logos’ yang bermaksud “ilmu, sains, kajian, teori dan perbincangan”...


Description

EPISTEMOLOGI: PERBANDINGAN DI ANTARA ISLAM DAN BARAT Istilah epistemologi merupakan kata pinjam daripada bahasa Inggeris ‘epistemology’ yang berasal dari gabungan dua perkataan Greek iaitu ‘episteme’ yang bermaksud “pengetahuan” dan ‘logos’ yang bermaksud “ilmu, sains, kajian, teori dan perbincangan”. Epistemologi merupakan salah satu cabang utama falsafah yang membicarakan tentang hakikat, makna, kandungan, sumber dan proses ilmu. Oleh itu bolehlah dikatakan bahawa epistemologi itu bererti “ kajian tentang ilmu pengetahuan”. Dua perkara pokok dalam Epistemologi; Masalah Sumber Ilmu Pengetahuan dan Masalah Kebenaran Ilmu Pengetahuan. Epistemologi berupaya menjawab pertanyaan “apa yang dapat kita ketahui, dan bagaimana kita dapat mengetahuinya” (what can we know, and how do we know it ). “Jika sumber-sumber pemikiran manusia, kriteria-kriteria, dan nilai-nilai pengetahuannya tidak ditetapkan, maka tidaklah mungkin melakukan kajian apapun, bagaimanapun bentuknya.” DEFINISI DAN OBJEKTIF ILMU: DEFINISI ILMU Dari segi etimologi (asal usul perkataan) : Ilmu merupakan perkataan arab iaitu ‘alima yang bererti mengetahui atau perbuatan yang bertujuan untuk mengetahui sesuatu dengan sebenarnya. Menurut Kamus Dewan Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2010), ilmu didefinisikan sebagai : pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Ilmu dari segi terminologi : Memberi erti tentang segala pengetahuan atau kebenaran tentang sesuatu yang datang dari ALLAH swt yang diturunkan kepada rasul-rasulnya dan alam ciptaannya termasuk manusia yang memiliki aspek lahiriah dan batiniah. Secara umumnya, ilmu didefinasikan sebagai pengetahuan dan kepandaian mengenai sesuatu bidang yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan metod tertentu yang dapat digunakan untuk menerangkan yang berkait dengan bidang ilmu tersebut. Definisi Ilmu menurut Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas: “Tibanya ma’na ke dalam diri dan tibanya diri kepada ma’na”. Ini bererti “pengenalan akan tempat yang wajar bagi tiap sesuatu dalam rencana tertib ciptaan raya, dengan sedemikian cara sehingga ia membawa kepada pengenalan akan hadirat Tuhan Semesta Alam dalam rencana tertib kewujudan.” Ma’na pula merujuk kepada Pengenalan tempat atau letak dalam sesuatu sistem, yang berlaku apabila perkaitan sesuatu dengan yang lainnya dalam sistem itu menjadi ketara serta difahami. EPISTEMOLOGI ISLAM: Epistemologi Islam memiliki tiga kecenderungan, yang pada hakikatnya tidak bertentangan iaitu: a) Bayāni: Epistemologi bayāni adalah epistemologi yang beranggapan bahwa sumber ilmu adalah teks (nas) atau kefahaman dari teks b) Irfāni: Epistemologi irfāni adalah epistemologi yang beranggapan bahwa sumber ilmu pengetahuan adalah ilham. Epistemologi ini memiliki metode yang khas dalam 1

mendapatkan pengetahuan, yakni metode kasyf. c) Burhāni: Epistemologi burhāni adalah epistemologi yang berpandangan bahwa sumber pengetahuan adalah akal. Ibn Khaldun menyebut epistemologi ini dengan knowledge by intellect (al-ulum al-aqliyyah).

EPISTEMOLOGI BARAT: Terdapat tiga aliran utama dalam epistemologi Barat: a) Rasionalisme: yang menyatakan bahwa sumber pengetahuan berasal dari rasional (akal) manusia. b) Empirisme: bahwa sumber pengetahuan adalah indera (empiri) manusia. c) Kritisisme: Antara rasionalisme dan empirisme telah terdapat pertentangan yang sangat jelas, yakni antara rasio dan pengalaman sebagai sumber kebenaran pengetahuan. Manakah yang sebenarnya sebagai sumber pengetahuan itu? Karena kedua aliran tersebut saling mempertahankan pendapatnya masing-masing, maka untuk “mendamaikan” pertentangan kedua aliran tersebut, tampillah Immanuel Kant sebagai seorang filsuf Jerman (1724-1804). Kant mengubah kebudayaan dengan menggabungkan aliran rasionalisme dan empirisme, sehingga terbentuk aliran yang dikenal dengan kritisisme. Kritisisme adalah filsafat yang diperkenalkan oleh Immanuel Kant dengan memulai perjalanannya menyelidiki batas-batas kemampuan rasio sebagai sumber pengetahuan manusia, sekaligus kelemahan kemampuan indera. Kant bertanya secara kritis, apakah syarat-syarat pengetahuan manusia itu?.Bila orang-orang mengetahui syarat-syarat pengetahuannya maka tidak akan terjerumus ke dalam kekacauan kebenaran. Isi utama dari Kritisisme adalah gagasan Immanuel Kant tentang teori pengetahuan, etika, dan estetika. Gagasan tersebut muncul karena terdapat tiga pertanyaan yang mendasar, yakni: Pertama, apa yang dapat saya ketahui? (pengetahuan); Kedua, apa yang harus saya lakukan? (etika); Dan ketiga, apa yang boleh saya harapkan? (estetika). Sehingga dari tiga pertanyaan mendasar tersebut maka memunculkan tiga karya besar yang menunjukkan 2 kritisismenya, yakni Critique of Pure Reason (1781), Critique of Practical Reason (1788) dan Critique of Judgment (1790).

SUMBER ILMU: a) Wahyu: Allah itulah sumber segala ilmu yang kemudian diajarkan kepada manusia. Wahyu memiliki kedudukan yang paling tinggi dalam epistemology Islam. b) Akal: suatu daya berfikir dan memahami yang terdapat dalam jiwa manusia, akal yang sehat. Umat Islam dengan petunjuk al-Qur’an dan sunnah seharusnya dapat melakukan pencerahan terhadap kehidupan umat Islam, juga dapat membangkitkan dan memancarkan ilmu pengetahuan guna tercapainya sebuah kesempurnaan ajaran Islam, termasuk bidang 2

hukumnya yang mengatur semua sisi kehidupan umatnya.Tidak sedikit ayat-ayat al-Qur’an yang merangsang gairah akal untuk berfikir, merenung, mengamati, meneliti, memahami dan mengerti tentang alam semesta dengan berbagai fenomenanya. Sehingga bagi orang yang menekuni dapat menghasilkan karya cipta dan karsa yang memberikan manfaat dan kesejahteraan bagi kehidupan umat manusia. Dalam Islam sendiri ada dua jalan untuk memperoleh ilmu pengetahuan yakni dengan jalan wahyu dan akal. c) Pancaindera: Irfan Ahmad Khan mengatakan bahwa menurut anjuran al-Qur’an sumbersumber pengetahuan dapat ditemukan melalui tiga jalan yakni al sama’ (pendengaran), albashar (penglihatan) dan hati (Qalb). KLASIFIKASI ILMU: Al-Ghazali membahagikan al’ilm al-muamalat kepada dua : iaitu ilmu fardu ain dan fardu kifayah. Dalam keadaan tertentu, ilmu fardu kifayah menjadi fardu ain apabila belum cukup orang dalam sebuah masyarakat menguasai ilmu tersebut. Setiap orang mesti memiliki ilmu fardu ain sebelum mendapatkan ilmu fardu kifayah. Selepas itu, mereka perlu memastikan keutamaan pembelajaran berdasarkan keperluan masyarakat. a) Ilmu fardu ain pada dasarnya merujuk kepada ilmu asas yang wajib dipelajari oleh semua orang. Hal ini bertepatan dengan tugas dan peranan sebagai hamba dan khalifah Allah sama ada individu dan sebagai ahli masyarakat (Mohd Idris 1990). Hukum mempelajari sesuatu ilmu menjadi fardu ain yakni tanggungjawab yang wajib dipikul oleh setiap individu, sementara ilmunya berkaitan syariat dan segala cabangnya dimulai dengan al-Quran dan ibadat dasar seperti syahadah, solat, puasa, zakat dan lain-lain, kerana ia adalah ilmu untuk mengetahui cara mengamalkan perkara yang wajib.Ilmu fardu ain terdiri daripada tiga bidang asas : i) Iman berkaitan kepercayaan.Ia wajib dipelajari oleh setiap orang Islam. Apabila seseorang akil baligh, dia mesti mempelajari maksud mengucap dua kalimah syahadah, iaitu mengaku tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad adalah pesuruh Allah SWT. AlGhazali berpendapat bahawa sudah mencukupi mempelajari dan menerima secara taklid sahaja. ii) Melaksanakan perintah-perintah agama iaitu berkaitan kehidupan harian. Contohnya, apabila waktu solat, dia wajib mempelajari bagaimana melaksanakannya dengan sempurna seperti berwuduk. Seseorang tidak wajib mempelajari kecuali diperlukan pada waktu terdekat. Oleh itu tidak perlu mempelajari tentang puasa sehingga bulan Ramadhan tiba.Perkara ini sama juga mempelajari tentang zakat oleh orang kaya. iii) Menghindarkan larangan Allah. Oleh itu mempelajari ilmu tentang larangan agama adalah wajib iaitu memadai dengan mengetahui perkara-perkara dilarang yang wujud pada masa kini. Seseorang wajib memiliki maklumat tentang ilmu larangan tersebut supaya dapat memberi amaran kepada masyarakat dengan penuh kesedaran. Al-Ghazali berpandangan semua orang tidak wajib menghabiskan masa dalam jurusan ilmu fiqh yang begitu rumit. Pengajian berkaitan syariat perlulah dikaji secara lebih sederhana untuk diamalkan dalam kehidupan setiap Muslim. Ini sejajar dengan pendapat Ibnu Sahnun, berpendapat bahawa hanya al-Quran dan ibadah-ibadah pokok Islam sahaja yang wajib 3

dipelajari, manakala ilmu selebihnya dianggap sebagai pelengkap dan setiap Muslim boleh memilih untuk mempelajarinya atau tidak. b) Ilmu fardu kifayah merujuk kepada perintah Tuhan dan bersifat mengikat masyarakat Muslim sebagai kesatuan untuk mempelajarinya yakni bukan diwajibkan kepada setiap anggota masyarakat mempelajarinya. Imam Syafei adalah orang yang pertama memperkenalkan istilah tersebut dan mendefinisikannya sebagai kewajipan, tetapi jika sudah dijalankan oleh sejumlah orang Islam, maka kaum Muslimin yang lain tidak berdosa jika tidak menjalankan kewajipan tersebut. Contoh, ilmu perubatan untuk memelihara kesihatan tubuh manusia, ilmu matematik untuk keperluan jual beli, pembahagian harta dan pusaka serta lain- lain. Begitu juga sebahagian ilmu perindustrian atau perusahaan dianggap ilmu fardu kifayah contohnya ilmu perusahaan, pertanian, penenunan, pembekaman dan jahit menjahit. HAKIKAT ILMU DAN KEBENARAN Konsep Kebenaran Ilmu dari Sudut Pandangan Islam Dalam dunia akademik kini, teori ilmu dan konsep kebenaran ilmu merupakan satu masalah yang berpanjangan kerana ketiadaan konsep kebenaran yang muktamad (final) dan mutlak (absolute). Kebenaran dianggap sebagai suatu keadaan yang relatif; sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman, suasana dan keadaan semasa dalam sesebuah masyarakat, kerana yang menetapkan nilai kebenaran adalah masyarakatnya yang turut berubah berdasarkan variabel perubahan, misalnya cita rasa, gaya hidup, prasarana dan sebagainya, yang dengan itu mengubah pula nilai dan prinsip kebenaran itu sendiri. Contoh yang jelas tentang nilai kebenaran yang berubah-ubah adalah hukuman bunuh bagi mereka yang melakukan jenayah berat yang pada suatu masa tertentu dianggap tidak sesuai lagi atas sebab mengambil nyawa manusia adalah bertentangan dengan hak asasi manusia dan tidak sesuai bagi masyarakat manusia yang bertamadun (civilised society). Oleh itu, hukuman bagi jenayah berat tersebut adalah penjara seumur hidup. Namun begitu, hukuman bunuh bagi jenayah demikian diadakan kembali pada masa kini kerana terlalu banyak jenayah berat berlaku secara berleluasa. Dalam teori ilmu dan sains moden kini secara umumnya, terdapat tiga teori kebenaran yang dipegang secara meluas iaitu: 1. Teori kebenaran berdasarkan keselarasan antara penegasan dengan fakta (correspondence theory of truth), iaitu sesuatu kenyataan itu benar jika ia berselari dengan fakta yang ada dalam alam fenomena ini, 2. Teori kebenaran berdasarkan keserasian perkara-perkara yang terdapat dalam sesuatu sistem yang telah diterima kebenarannya (coherence theory of truth), jika sesuatu perkara atau perbuatan itu serasi dengan keperluan dan keadaan masyarakat, maka perkara atau perbuatan itu adalah benar dan patut, dan 3. Teori kebenaran berdasarkan kegunaan, iaitu sesuatu itu benar jika ia berguna kepada masyarakat (functional theory of truth) yang dipegang oleh golongan pragmatisme. Dalam teori "kebenaran berasaskan keselarasan", kenyataan berkenaan perkara perkara yang tidak berkaitan dengan nilai seperti lokasi, bilangan, jarak dan sebagainya boleh diterima. 4

Walaupun begitu, jika sesuatu kenyataan/penegasan mempunyai kaitan dengan nilai etika dan moral, maka prinsip keselarasan kebenaran tersebut adalah sukar untuk dipertahankan. Contohnya, hubungan sesama jantina (homoseksualisme dan lesbianisme) merupakan fenomena yang lumrah di Barat dewasa ini, lantas undang-undang yang menghalalkan hubungan demikian adalah sesuatu yang wajar kerana selari dengan fakta dalam masyarakat. Biarpun dari segi fakta, undang-undang tersebut adalah benar, tetapi undang-undang tersebut tidak benar dari segi fitrah kejadian manusia yang secara naluriah (natural) kerana hubungan yang wajar dan tepat adalah antara lelaki dan perempuan demi melahirkan zuriat keturunan. Fakta yang terdapat dalam alam ini berkemungkinan merupakan hasil manipulasi manusia, justeru tidak lagi tepat dan benar dari segi fitrah, kesaksamaan dan keadilannya. Teori "keserasian kebenaran" juga boleh berubah-ubah. Misalnya, undang undang yang mengenakan hukum bunuh terhadap penjenayah berat pada masa ini diterima sebagai wajar, benar dan selari dengan kehendak masyarakat kerana jenayah yang berleluasa, tetapi pada suatu masa dahulu dianggap tidak wajar dan benar kerana mengambil nyawa adalah tidak selari dengan nilai masyarakat yang bertamadun (civilised society). Teori "kebenaran berasaskan kegunaan" juga berubah-ubah dan adakalanya bertentangan antara suatu masa dengan masa yang lain. Misalnya, menurut falsafah empirisisme dan positivisme logikal (yang berpegang kepada hakikat kebenaran berdasarkan bukti empirikal) terhadap kepercayaan kepada Tuhan bahawa kewujudannya tidak boleh dibuktikan secara empirikal maka adalah tidak benar, namun kepercayaan tersebut boleh diterima sebagai benar jika memberi kebaikan kepada penganutnya, misalnya dapat menenangkan mereka semasa berlakunya tragedi dan kematian. Dengan demikian, timbullah keadaan percanggahan dan konflik yang amat kacau tentang konsep kebenaran.

Perbezaan pengertian Ilmu antara Barat dan Islam Dalam pengertian barat moden, ilmu hanyalah merujuk kepada pengenalan atau persepsi yang jelas tentang fakta. Fakta pula merujuk kepada perkara-perkara yang boleh dilihat dan dirasai oleh pancaindera zahir dan bersifat empiris. Kewujudan perkara lain di luar keupayaan pancaindera tersebut dianggap bukan fakta dan tidak termasuk dalam bidang ilmu. Mengikut pandangan mereka, ajaran agama terkeluar daripada takrif atau ruang ilmu dan dianggap sebagai kepercayaan semata-mata.

Islam mengabungkan agama dan ilmu. Tiada penentangan antara agama dan ilmu dalam Islam malah agama itu sendiri dianggap sebagai ilmu dan ilmu adalah agama. Istilah ilmu merangkumi pelbagai perkara antaranya Al-quran, Syariah, Sunnah Iman dan lain-lain. Ilmu merupakan teras dalam sistem pendidikan islam. Penekanan terhadap ilmu jelas terdapat dalam Al-Quran dan Sunnah. Selain itu, mendapat pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia wahyu terawal yang telah diturunkan kepada nabi Muhammad saw.

5...


Similar Free PDFs