PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS): SATU INOVASI SISTEM PENILAIAN MURID UNTUK PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU ABAD 21 PDF

Title PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS): SATU INOVASI SISTEM PENILAIAN MURID UNTUK PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU ABAD 21
Author Dr Ramlah Ab Khalid
Pages 12
File Size 524.3 KB
File Type PDF
Total Downloads 494
Total Views 745

Summary

ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015 7-8 Oktober 2015, Malaysia PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS): SATU INOVASI SISTEM PENILAIAN MURID UNTUK PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU ABAD 21. Ramlah Ab Khalid 1, Jamil Ahmad 2 1,2 Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA 1 SMK Seri ...


Description

ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015 7-8 Oktober 2015, Malaysia

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS): SATU INOVASI SISTEM PENILAIAN MURID UNTUK PENINGKATAN PROFESIONALISME GURU ABAD 21. Ramlah Ab Khalid 1, Jamil Ahmad 2 Universiti Kebangsaan Malaysia, MALAYSIA 1 SMK Seri Kenangan Segamat Johor, MALAYSIA 1,2

1

E-mail: [email protected]

Abstrak: Tujuan dan objektif: Pentaksiran Sekolah (PS) merupakan salah satu daripada lima komponen pentaksiran dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) telah mula dilaksanakan pada tahun 2011 bagi menggantikan sistem pentaksiran semasa. Pelaksanaan pentaksiran ini telah menimbulkan banyak isu terutamanya dikalangan pihak ibu bapa dan guru. Justeru itu, kertas konsep ini dibuat dengan tujuan untuk memberi pemahaman kepada semua pihak terutama pihak ibu bapa dan guru-guru akan keperluan perubahan sistem penilaian murid yang lebih menekan kepada pentaksiran sejajar dengan perkembangan pendidikan abad ke 21. Metodologi: Kertas konsep ini ditulis berdasarkan kepada tinjauan literatur berkaitan definisi Pentaksiran Sekolah (PS), isu-isu yang berkaitan dengan pelaksanaan Pentaksiran Sekolah disamping kerelevanan transformasi sistem penilaian semasa sejajar pendidikan abad ke 21. Dapatan: Daripada tinjauan literatur yang dilakukan, didapati pelaksanaan Pentaksiran Sekolah sangat wajar dilaksanakan. Pelaksanaanya memberikan implikasi yang besar dalam peningkatan kualiti pendidikan abad ke 21 dan secara tidak langsung mampu memberikan sumbangan dalam meningkatkan kualiti amalan penilaian murid di sekolah. Kata kunci: Pentaksiran Sekolah; Pendidikan abad ke 21; Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK); Pentaksiran Berasaskan Sekolah(PBS).

PENGENALAN Selaras dengan perkembangan pendidikan abad ke 21, sistem penilaian pendidikan semasa dilihat tidak lagi sesuai dimana ia cenderung untuk mengasingkan pelajar (Mohamad Sahari 2002), penyingkiran pelajar (Ibrahim 2007) hingga menyebabkan pelajar berasa tertekan, rasa tidak selamat kerana sentiasa disaingi (Rahil 1999) serta bimbang dan sedih (Siti Rahaya 2003). Bagi pelajar yang gagal dalam peperiksaan pula, boleh menimbulkan perasaan rendah diri dan tertekan. Sikap ibu bapa dan masyarakat yang terlalu dengan jumlah ‘A’ menyebabkan mereka sanggup membunuh diri kerana gagal dalam peperiksaan seperti kes yang pernah berlaku pada tahun 2007 ke atas seorang murid Subashini a/p G.Sivakumar yang gagal mendapat 4A dalam UPSR (Mohd Faisal 2008). Selain itu, hasrat Pengetua atau Guru Besar untuk mengekalkan atau memperbaiki prestasi sekolah memberikan tekanan kepada guru yang hingga kadangkala boleh mengubah tingkahlaku guru dan menyebabkan guru melepaskan emosi diri ke atas pelajar (Tam 1999). Sistem pendidikan kini, memerlukan perancangan kurikulum yang bersifat futuristik, mudah lentur dan dinamik (Abu Bakar & Ikhsan 2008) demi mencapai matlamat Pelan Pembangunan

ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015 7-8 Oktober 2015, Malaysia

Pendidikan Malaysia 2013-2025 (KPM 2012). Justeru itu, transformasi sistem pendidikan yang berteraskan kepada pentaksiran dilihat sangat releven bagi melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis serta mampu menyelesaikan masalah (Mohd Yunus 2012) bagi penyediaan pendidikan yang berkualiti (Rahimah 2008) selaras abad ke 21. LATAR BELAKANG Penilaian murid yang berorientasikan peperiksaan tidak lagi relevan untuk dijadikan satusatunya kaedah pengukuran yang melambangkan kecemerlangan seseorang pelajar (Ramlah et al. 2012). Menurut Sidek (2010), sistem pentaksiran yang menekankan aspek peperiksaan hanya melahirkan pelajar yang ‘robotik’. Ia harus diseimbangkan dengan sentuhan keinsanan (high-touch) supaya kemajuan yang bakal dibina memiliki etika yang tinggi. Lantaran itu, pentaksiran menjadi satu pendekatan baharu supaya pembangunan potensi pelajar dapat dibina secara menyeluruh dan bersepadu. Pentaksiran Sekolah (PS) merupakan salah satu daripada lima komponen di dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK), dimana ia menggabungkan Peperiksaan Pusat (PpP) yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) pada dasarnya, melibatkan empat komponen iaitu Pentaksira Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP) untuk aspek akademik, manakala Pentaksiran Aktiviti Jasmani & Ko Kurikulum (PAJK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi) untuk aspek bukan akademik seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1.

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK)

Peperiksaan Pusat (PpP)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Akademik Pentaksiran pusat (PP)

Pentaksiran Sekolah (PS)

Bukan Akademik Pentaksiran aktiviti jasmani, sukan kokurikulum ( PAJK)

RAJAH 1 : Komponen-komponen pentaksiran dalam SPPK. Sumber : Lembaga Peperiksaan 2011.

Pentaksiran psikometrik (PPsi)

ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015 7-8 Oktober 2015, Malaysia

PENTAKSIRAN SEKOLAH Definisi Pentaksiran Sekolah Pentaksiran Sekolah (PS) didefinisikan sebagai pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilaporkan oleh guru sekolah berkenaan (LP 2012). Ia melibatkan pentaksiran formatif yang dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan menggunakan instrumen seperti lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian serta pentaksiran sumatif yang dijalankan di akhir setiap unit pembelajaran, penggal, bulan dan tahun serta berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran dan pentaksiran tentang pembelajaran (LP 2012). Sebenarnya Pentaksiran Sekolah (PS) mempunyai konsep yang sama seperti pentaksiran di dalam bilik darjah seperti yang dihuraikan oleh Airasian (2001); Bhasah (2003); McMillan (2004); Banks (2005); Popham (2005); Mokhtar (2009); McMillan (2011) dan Mohamad Najib (2011) di mana pentaksiran dilakukan oleh guru mata pelajaran yang mengajar di dalam kelas berkenaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di mana guru akan merancang instrumen yang digunakan, membina item, mentadbir, menskor, menganalisis serta merekod dan melaporkan bagi memantau prestasi pembelajaran murid. Negara-negara seperti Canada, England, Israel, Portugal dan Amerika Syarikat telah lama menekankan pentaksiran bilik darjah dalam pembelajaran murid-murid mereka (Leahy et al. 2005). Para pendidik di sana telah menjadikan pentaksiran sebagai sebahagian daripada aktiviti pembelajaran bagi tujuan memantau kemajuan anak murid mereka secara berterusan. Ini sama sekali berbeza dengan sistem pendidikan di Malaysia di mana guru-guru lebih menekankan kepada pentaksiran secara tradisional di mana pentaksiran hanya dijadikan alat untuk mengukur pencapaian murid pada pertengahan dan akhir tahun dan bukannya sebagai sebahagian daripada proses pembelajaran.

Isu-isu dalam melaksanakan Pentaksiran Sekolah. Matlamat pelaksanaan Pentaksiran Sekolah kepada guru-guru adalah untuk memperbaiki pengajaran guru secara keseluruhan manakala bagi murid pula matlamat pelaksanaannya adalah untuk memperbaiki pembelajaran murid secara keseluruhan (LP 2009). Namun begitu, pelaksanaannya bermula tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan 2012 di peringkat sekolah menengah telah menimbulkan rasa tidak puas hati terutamanya di kalangan guru dan ibu bapa. Salah satu isu yang timbul adalah pelaksanaan Pentaksiran Sekolah menyebabkan beban kerja guru bertambah (Anon, 2013d; Md Isa, 2012; Nurul Nabisah 2013), manakala pihak ibu bapa pula mendakwa Pentaksiran Sekolah telah menyebabkan anak-anak mereka pasif belajar, bosan dan kurang daya saing (Anon, 2013a, 2013b; Subramaniam 2012). Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh Shepard (2000), Chappuis dan Stinggis (2002), Leahy et al. (2005), Black dan William (2006), Adi Badiozaman (2007), Junpeng (2012) serta Hao dan Johnson (2013) menunjukkan percanggahan di mana Pentaksiran Sekolah boleh menarik minat murid untuk belajar, bermotivasi tinggi dan seterusnya meningkatkan pembelajaran murid, manakala kepada guru pula akan membantu guru mendapatkan sumber maklumat berkaitan tahap pemahaman murid yang diajar, memberi maklum balas yang efektif, memahami pembelajaran murid serta meningkatkan pembelajaran guru. Selain itu, timbul pula isu di mana ibu bapa mempersoalkan integriti dan kredibiliti guru dalam melaksanakan pentaksiran (Anon, 2013c; Liong 2013a; Liong 2013b; Liong 2013c; Sarala 2013). Mereka merasa ragu-ragu meletakkan kepercayaan kepada guru untuk mentaksir anak-anak mereka. Mereka

ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015 7-8 Oktober 2015, Malaysia

juga bimbang guru akan bersikap bias dalam memberi skor kepada anak-anak dan berasa kurang yakin dengan keupayaan guru untuk mentaksir muridnya yang ramai. Memang tidak dapat dinafikan bahawa, terdapat banyak kekangan untuk melaksanakan pentaksiran seperti kekangan masa (Mohd Anuar & Zamiyah 2008; Abdul Rahim & Ahmad Faizal 2010) dan kemudahan (Mohd Anuar dan Zamiyah 2008; Fadly 2012). Kajian Suzuk dan Bekiroglu (2012) juga membuktikan aspek-aspek seperti ruang yang sempit, isu penggredan dan keadilan dalam melaksanakan pentaksiran, guru kurang motivasi dan pengalaman menyebabkan pelaksanaan pentaksiran menjadi sukar. Di samping itu, tahap pengetahuan guru terhadap pentaksiran juga menjadi kekangan kepada guru melaksanakan pentaksiran. Ini telah dipersetujui oleh Abd Wahid dan Yuszaida (2010) dalam kajiannya yang mendapati guru masih belum menguasai kriteria- kriteria dalam yang diperlukan dalam membuat pentaksiran. Ini menyebabkan penyampaian ilmu dan pemberian markah yang kurang berkesan kepada pelajar. Selain itu, kurang komunikasi antara murid dan guru menyebabkan murid tidak dapat menguasai kemahiran yang hendak diterapkan dalam elemen pentaksiran. Aspek-aspek lain yang memberikan kekangan kepada guru dalam melaksanakan pentaksiran adalah pengetahuan literasi yang rendah dalam pemprosesan data rekod pencapaian murid (Yamtim dan Wongwanich (2014), guru kurang jelas tentang konsep keadilan (Tierney 2014), guru kurang yakin dalam melaksanakan pentaksiran (Fook et al. 2013) serta garis panduan yang kurang jelas yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan. Pope et al. (2009) mendapati, aspek ini menimbulkan konflik di kalangan guru dalam membuat penggredan dan mendorong kepada tingkah laku guru yang tidak beretika dalam membuat pentaksiran. Salah satu perkara yang turut menjadi kekangan dan dilema kepada guru adalah tuntutan oleh pihak-pihak tertentu yang mendesak pemberian gred yang sebenarnya tidak layak. Ini akhirnya boleh menimbulkan konflik kepada guru dalam membuat pentaksiran yang adil dan telus. Ini turut dipersetujui oleh Wei (2014) di mana dalam kajiannya yang berjaya mengesan garis panduan yang kurang jelas bagi jaminan kualiti pentaksiran memberikan kekangan kepada guru membuat pentaksiran di Singapura. Berdasarkan perbincangan di atas, jelas menunjukkan terdapat pelbagai kekangan untuk melaksanakan pentaksiran. Namun begitu, kekangan-kekangan ini seharusnya tidak dijadikan sebagai satu batasan untuk guru mengabaikan pelaksanaan pentaksiran dalam pembelajaran kerana pentaksiran jelas memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran seperti yang telah ditegaskan oleh Banks (2005); Popham (2005); Mokhtar (2009) dan McMillan (2011). Kerelevanan transformasi sistem pentaksiran semasa kepada Sistem Penilaian Pendidikan Kebangsaan (SPPK) bagi pendidikan abad ke 21. Transformasi sistem pentaksiran semasa kepada Sistem Penilaian Pendidikan Kebangsaan (SPPK) dianggap relevan dan sesuai selaras dengan corak pendidikan abad ke 21. Sebenarnya pendapat guru, ibu bapa dan masyarakat bahawa untuk meningkatkan pembelajaran murid serta anak-anak, mereka harus diberi tekanan untuk belajar dan membandingkan pencapaian sendiri dengan pencapaian rakanrakan sekelas sebenarnya adalah tidak tepat dan bersifat tradisional. Di dalam pendidikan abad ke 21, penilaian murid tidak terhad untuk melihat berapa banyak ‘A’ yang mereka dapat, tetapi pada tahap manakah penguasaan murid dalam kemahiran-kemahiran yang disasarkan sebagai persediaan mereka mengharungi cabaran-cabaran abad ke 21. Untuk membantu murid dalam pembelajaran, mereka seharusnya diberi bimbingan yang berterusan dan ini dapat dilakukan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam Pentaksiran Sekolah (PS). Melalui aktiviti-aktiviti pentaksiran, murid-murid dapat menggunakan maklumat pentaksiran untuk menetapkan matlamat, membuat keputusan berkaitan penambahbaikan pembelajaran, membangunkan

ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015 7-8 Oktober 2015, Malaysia

pemahaman sendiri tentang apa harus dilakukan bagi menghasilkan mutu kerja yang berkualiti, membuat penilai kendiri dan berkomunikasi berkaitan kemajuan status mereka ke arah matlamat pembelajaran yang disasarkan (Chappuis & Stinggis 2002). Pentaksiran Sekolah, bukan hanya setakat mengukur pencapaian murid tetapi dapat memberikan penambahbaikan yang berterusan untuk pembelajaran murid (Shepard 2000), memberikan motivasi dan tumpuan kepada pembelajaran (Chappuis & Stiggins, 2002), memahami pembelajaran murid (Junpeng, 2012), meningkatkan pengajaran guru serta berupaya memberi maklumat yang sah mengenai apa sahaja pencapaian dan pelaksanaan dalam setiap proses pembelajaran dan pengajaran (Adi Badiozaman 2007; Hao & Johnson, 2013). Melalui pelaksanaan pentaksiran yang berterusan, dapat memberi peluang kepada guru-guru untuk memberikan maklum balas yang lebih efektif secara langsung kepada murid seperti guru mengatakan ‘bagus’ atau ‘cuba lagi’ semasa guru mentaksir murid secara formatif di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Chappuis dan Stinggis (2002) berpendapat, maklum balas ini membolehkan pelajar membuat perbandingan antara komen yang diberi oleh guru dengan hasil kerja yang telah dilakukan dan ini secara tidak langsung dapat membimbing mereka mendapatkan prestasi yang lebih baik dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat membantu guru memberi sumber maklumat berkaitan tahap pemahaman murid-murid mereka. Guru juga boleh menggunakan maklumat ini, merancang aktiviti yang sesuai bagi murid yang telah menguasai dan yang belum mengusai (Leahy et al. 2005). Selain itu, Chappuis dan Stinggis (2002) pula berpendapat guru-guru boleh menggunakan pentaksiran untuk beberapa tujuan berikut: i)

Sebagai ujian pra sebelum guru mengajar sesuatu topik pembelajaran bagi memudahkan guru membuat perancangan berkaitan teknik pengajaran yang sesuai untuk seseorang individu atau seluruh kumpulan.

ii)

Membuat analisis bagi mengesan murid yang memerlukan perhatian dan latihan yang lebih.

iii)

Membantu guru mengkaji semula setiap pengajaran yang telah dijalankan berdasarkan keputusan secara berterusan.

iv)

Membuat refleksi keberkesanan amalan pengajaran mereka sendiri.

v)

Membuat perbincangan dengan murid-murid mengenai kekuatan mereka dan bidangbidang yang perlu diperbaiki.

vi)

Membantu tutor rakan sebaya murid yang sepadan bagi membantu rakan sekelasnya yang lemah dalam pembelajaran. (Chappuis & Stinggis 2002)

Black dan William (2006) telah mengkaji lebih daripada 20 kajian berkaitan pentaksiran bilik darjah dan menyimpulkan bahawa pentaksiran sangat membantu dalam peningkatan pembelajaran murid. Ini berbeza dengan pentaksiran secara tradisional di mana guru lebih menekankan kepada pemberian gred dan peratusan yang biasanya diberi di akhir beberapa unit pembelajaran. Menurut Leahy et al. (2005), pentaksiran tradisional akan menyebabkan guru-guru terlambat untuk mengambil tindakan yang sewajarnya sama ada untuk membantu memperbaiki kelemahan murid, memperbaiki

ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015 7-8 Oktober 2015, Malaysia

mutu pengajaran, membuat pelarasan objektif pembelajaran, memberikan masa yang lebih untuk topik yang murid sukar untuk kuasai dan mengubahsuai teknik pengajaran.

PERANAN PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS) DALAM PENINGKATAN PENGAJARAN GURU ABAD KE 21. Selaras dengan pembelajaran abad ke 21, pelajar perlu dilatih untuk belajar sesuatu dengan cepat serta berupaya untuk menganalisis sesuatu situasi dengan logik. Mereka juga perlu dididik untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan kreatif, mempunyai kemahiran untuk belajar sesuatu dan berkemahiran untuk berfikir secara kritis dan kreatif (Abdul Shukor 2000). Menurut Kaseh (2000), dunia pendidikan menghadapi cabaran yang besar dalam pembelajaran abad ke 21. Kesan globalisasi, kemajuan teknologi maklumat serta kemunculan generasi Y, memerlukan semua pihak terutama pendidik bertanggungjawab menghasilkan pelajar yang berilmu serta beretika. Menurutnya lagi, terdapat tiga aspek yang harus diberikan penekanan di dalam pendidikan abad ke 21 iaitu pertama, generasi yang tinggi daya kendiri dan rasa ingin tahu. Kedua, kemajuan teknologi akan menyebabkan ledakan maklumat yang tidak terkawal dan menjadikan dunia ini seolah-olah tiada sempadan dan ketiga ialah paradigma ‘ummatic’ diperlukan dalam pendidikan supaya kekuatan jiwa mampu menapis budaya dan input sekeliling dapat dibentuk. Cabaran dalam pembelajaran abad ke 21 juga bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapi melibatkan pembinaan maksud serta keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan ke dalam situasi yang baru serta memerlukan kemahiran murid untuk menghubungjalinkan semua informasi dan pemikiran yang kritis serta keupayaan untuk menyelesaikan masalah dan dapat menulis serta menyuarakan idea dengan jelas (Zamri Mahamod 2012). Pembelajaran abad ke 21 Salah satu model yang diterapkan dalam pembelajaran abad ke 21 adalah Model enGauge Skill yang diperkenalkan oleh NCREL dan Mitiri Group (2003). Model ini membincangkan kemahirankemahiran abad ke 21 yang perlu diterapkan kepada generasi-generasi bagi membolehkan mereka mengharungi cabaran era globalisasi. Apa yang jelas adalah, Model enGauge Skill sangat menekankan pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi dan informasi dan ini ditunjukkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

ASEAN Comparative Education Research Network Conference 2015 7-8 Oktober 2015, Malaysia

Kemahiran literasi era digital:  Literasi asas  Literasi sains  Literasi ekonomi  Literasi teknologi  Literasi visual  Literasi informasi  Literasi multibudaya  Literasi kesedaran global

Kemahiran pemikiran daya cipta:  Fleksibiliti  Menguruskan kompleksiti  Regulasi kendiri  Ingin tahu  Kreativiti  Sanggup mengambil risiko  Pemikiran tinggi Kemahiran abad ke 21 enGauge

Kemahiran berkomunikasi berkesan.  Kerja kumpulan dan bekerjasama.  Interpersonal.  Tanggungjawab diri  Tanggungjawab sosial dan masyarakat.  Komunikasi interaktif

Kemahiran penghasilan produktiviti yang tinggi.  Perancangan dan pengurusan hasil.  Penggunaan alat ICT  Keupayaan untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi.

RAJAH 2: Kemahiran abad ke-21 oleh NCREL & Metiri Group (2003)

Kemahiran Literasi Era Digital. Dalam kemahiran literasi digital, aspek-aspek seperti literasi asas, literasi sains, literasi ekonomi, literasi teknologi, literasi visual, literasi informasi, literasi multibudaya dan literasi kesedaran global diberikan penekanan. Literasi asas lebih menumpukan kepada penguasaan murid terhadap Bahasa Inggeris dan pengiraan asas serta pengembangan pengetahuan dan potensi individu dalam era digital. Literasi sains memberikan penekanan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan sains dan pemahaman konsep sains, proses penghasilan keputusan, mempunyai produktiviti dalam ekonomi, kebolehan untuk mengaplikasikan ilmu pengetahuan ke dalam kehidupan seharian serta menyelesaikan masalah-masalah berkaitan. Literasi ekonomi pula memberi tumpuan kepada mengenal pasti masalah ekonomi, kos, keuntungan, analisis insentif, memeriksa perubahan ekonomi dan polisi kerajaan, mengumpul dan mengorganisasi bukti ekonomi serta membuat pertimbangan terhadap keuntungan dan kos...


Similar Free PDFs