PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENURUT SYARAK DOCX

Title PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENURUT SYARAK
Author Mohd Firdaus Harun
Pages 27
File Size 30.8 KB
File Type DOCX
Total Downloads 103
Total Views 901

Summary

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENURUT SYARAK 3.1 PENDAHULUAN Pembahagian harta pusaka menurut syarak dikenali dengan faraid atau ilmu al- mawarith. Ilmu ini berlainan dan unik jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu pembahagian harta pusaka yang lain kerana ianya diturunkan oleh Allah s.w.t dan disampaikan ol...


Description

PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA MENURUT SYARAK 3.1 PENDAHULUAN Pembahagian harta pusaka menurut syarak dikenali dengan faraid atau ilmu al-mawarith. Ilmu ini berlainan dan unik jika dibandingkan dengan ilmu-ilmu pembahagian harta pusaka yang lain kerana ianya diturunkan oleh Allah s.w.t dan disampaikan oleh rasulnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w Ilmu faraid ini wajib diikut oleh semua umat Islam kerana ianya datang daripada Allah dengan dalil dan tanda-tanda yang jelas. Sebelum datangnya agama Islam, sistem pembahagian harta pusaka adalah belandaskan hawa nafsu. Harta pusaka hanya diberi kepada kaum lelaki, melalui perjanjian dan anak angkat sahaja. Manakala kaum yang lemah sepert orang perempuan, mereka tdak ada hak di dalam pembahagian. Maka ini menimbulkan ketdakadilan dan penindasan. Oleh itu, ilmu ini diturunkan bagi melindungi kepentngan dan bagi mengelakkan berlakunya penindasan. Ilmu faraid ini jelas diwahyukan kepada umat Islam dengan turunnya ayat al-mawarith iaitu surah al-Nisa' ayat 11, 12, dan 176. Dan selepas itu telah berlaku beberapa pembaharuan di dalam ilmu faraid dan ianya terus kekal dan diamalkan sehingga sekarang. Di dalam kajian ini akan dijelaskan mengenai defnisi, sumber ilmu, waris-waris, cara pembahagian harta pusaka dan hak-hak yang berkaitan dengannya. 3.2 KONSEP HARTA PUSAKA MENURUT SYARAK 1. Defnisi Ilmu Fiaraid Atau Ilmu Al-Mawarith Perkataan al-mawarith adalah kata jama' daripada perkataan mirath atau irth iaitu kata terbitan kepada waritha. Ia membawa dua maksud, pertamanya al-baqiyyah iaitu peninggalan atau yang kekal dan keduanya al-intqal iaitu perpindahan sesuatu daripada seseorang kepada seseorang yang lain. Perkataan mirath dari segi istlah bermaksud kaedah-kaedah daripada fqh dan hisab yang dapat mengetahui orang-orang yang berhak. Manakala perkataan al-faraid merupakan kata jama' daripada perkataan faridah yang bermaksud kadar yang tetap. Dari segi istlah bermaksud bahagian yang ditetapkan kepada waris-waris mengikut hukum syarak. Ada juga yang mendefnisikan ilmu faraid sebagai penetapan kadar warisan bagi ahli waris berdasarkan ketentuan syarak yang tdak bertambah kecuali dengan al-radd dan tdak berkurang kecuali dengan 'awl Ilmu faraid mencakupi tga unsur pentng di dalamnyaa...


Similar Free PDFs