Pengenalan Terhadap Budaya Hedonisme Ya Begitulah PDF

Title Pengenalan Terhadap Budaya Hedonisme Ya Begitulah
Author Nurul Jaini
Course Physics Education
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 2
File Size 35.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 690
Total Views 946

Summary

Menikmati kesenangan dan keseronokan hidup sudah menjadi satu amalan bagi masyarakat masa kini. Manusia kini berlumba – lumba untuk mencari kenikmatan hidup di dunia dan lebih mencari keseronokan duniawi semata – mata malahan manusia sanggup bersusah payah dan berusaha mencari kesenangan dan kemewah...


Description

Menikmati kesenangan dan keseronokan hidup sudah menjadi satu amalan bagi masyarakat masa kini. Manusia kini berlumba – lumba untuk mencari kenikmatan hidup di dunia dan lebih mencari keseronokan duniawi semata – mata malahan manusia sanggup bersusah payah dan berusaha mencari kesenangan dan kemewahan hidup. Manusia pada hari ini menganggap kesenangan hidup membawa kebaikan kepada mereka dan kesusahan hanya mengundang celaka dalam hidup mereka. Hal ini lebih dikenali sebagai budaya hedonisme yang semakin menular dalam masyarakat di seluruh dunia termasuklah negara Malaysia. Hedonisme adalah berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud keseronokan dan kemeriahan. Merujuk kepada Kamus Dewan, perkataan hedonisme berasal dari dua perkataan iaitu hedone dan isme. Perkataan hedone berasal dari perkataan Yunani di mana asal istilah ini mula wujud yang membawa maksud kesenangan atau kenikmatan manakala perkataan isme akhiran pada kata nama yang merujuk kepada kepercayaan, gerakan politik atau keagamaan dan juga sikap serta perlakuan . Di Malaysia, yang dahulunya terkenal dengan adat dan budaya yang membataskan mereka dari budaya barat dilihat semakin hilang dan terhakis sehingga terkeliru dengan budaya dan adat resam nenek moyang mereka sendiri dan terpengaruh dengan budaya hedonisme ini yang sama sekali jauh dari pegangan agama. Semakin maju Malaysia ke arah negara membangun dan maju, penularan budaya barat juga semakin meluas di kalangan masyarakat terutamanya generasi muda masa kini. Generasi muda adalah golongan yang paling mudah terpengaruh dengan sesuatu budaya yang dibawa dari luar kerana pada tahap ini mereka inginkan kebebasan dan kenikmatan yang mana menjadi tujuan hidup mereka. Hedonisme juga menganggap kesenangan sebagai kebaikan yang paling utama dan adalah menjadi kewajipan seseorang untuk mencari kesenangan bagi tujuan kehidupan. Dalam prinsip hedonisme, apa jua yang mampu memuaskan nafsu dan kehendak manusia akan dianggap baik dan apa sahaja yang membawa keburukan dan penderitaan kepada nafsu manusia dianggap buruk. Seseorang yang memegang falsafah hedonisme adalah bersifat meterialistik dan kebendaan di mana mereka berpendapat bahawa tindakan yang baik adalah untuk kenikmatan dan kepuasan diri (Echols, 2003). Hal ini amat bertentangan dengan pandangan semua agama yang menggalakkan kesederhanaan dalam kehidupan. Justeru, secara umumnya, hedonisme lebih dikenali sebagai pendekatan sosial yang menjadikan hiburan sebagai satu cara hidup

Antara contoh hedonisme ialah gaya pemakaian yang melampau, berbelanja secara berlebihan, pergaulan bebas, dan juga cara pertuturan yang kurang sopan....


Similar Free PDFs