Persepsi Pengunjung Terhadap Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS PDF

Title Persepsi Pengunjung Terhadap Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS
Author Shaik Azahar Shaik Hussain
Pages 13
File Size 127.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 309
Total Views 581

Summary

Persepsi Pengunjung Terhadap Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS) Noralia Binti Tugiman Abstrak Persepsi adalah berkaitan dengan penglihatan seseorang individu apabila melihat sesuatu. Ia merupakan tindak balas luaran sama seperti individu lain, malah latar belakang dan personaliti seseorang menyebab...


Description

Persepsi Pengunjung Terhadap Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS)

Noralia Binti Tugiman

Abstrak

Persepsi adalah berkaitan dengan penglihatan seseorang individu apabila melihat sesuatu. Ia merupakan tindak balas luaran sama seperti individu lain, malah latar belakang dan personaliti seseorang menyebabkan berlaku perbezaan dalam mentafsirkan sesuatu. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pengunjung terhadap Kompleks Sejarah Pasir Salak (KSPS). KSPS merupakan sebuah warisan ketara kerana merupakan bangunan tradisional. KSPS adalah sebuah tapak sejarah yang mempunyai peristiwa berdarah yang telah terjadi di Pasir Salak iaitu peristiwa pembunuhan residen pertama Perak J.W.W Birch kerana ingin mempertahankan tanah air. Tujuan kajian dijalankan adalah pengkaji ingin mengenalpasti persepsi pengunjung terhadap KSPS. Pengkaji juga ingin mengkaji faktor pengunjung ke KSPS dan menganalisa tahap kesedaran pengunjung terhadap KSPS. Penyelidik menjalankan kajian di KSPS dan kawasan Kampung Pasir Salak. Pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif dalam menjalankan kajian ini. Pengkaji telah memfokuskan beberapa responden seperti pengunjung dan masyarakat setempat.

Pengenalan

Warisan adalah sesuatu yang bernilai yang diwariskan dari generasi ke satu generasi yang baru. Warisan sejarah dibahagikan kepada dua iaitu warisan ketara dan tidak ketara. Warisan tidak ketara adalah sesuatu yang tidak nyata atau bukan benda, ia seperti ilmu kepakaran yang ditafsir melalui tradisi lisan, bahasa, nilai-nilai adat dan budaya. Manakala warisan ketara ialah sesuatu yang dapat dilihat atau disentuh dan statik atau mudah alih seperti tapak bersejarah dan bangunan atau monumen sejarah. Tapak sejarah adalah dikenali sebagai kawasan yang mempunyai sejarah atau peristiwa masa lampau berkaitan ketamadunan dan perkembangan negara.

Objektif kajian

1. Mengenal pasti persepsi pengunjung terhadap tapak warisan sejarah 2. Mengkaji tujuan pengunjung melawat tapak bersejarah. 3. Menganalisa tahap kesedaran pengunjung terhadap tapak warisan sejarah

Masalah kajian

Terdapat beberapa deria untuk mengenal pasti persepsi pengunjung terhadap KSPS iaitu melalui penglihatan, pendengaran, rasa, sentuh dan bau bagi menilai sesuatu kawasan. Sesuatu kawasan pelancongan warisan, pengunjung memerlukan kepuasan dari segi kemudahan, keunikan bangunan sejarah, keindahan sesuatu tempat dan budaya yang berbeza.

Pelbagai faktor pengunjung ke KSPS seperti untuk menjalankan kajian, mengikuti lawatan sekolah atau syarikat, anjuran kelab, lokasi berhampiran rumah, pengunjung ingin menghayati peristiwa yang terjadi atau sekadar meluangkan masa cuti bersama keluarga atau rakan. Manakala, tahap kesedaran pengunjung dapat dikenalpasti melalui pengetahuan seseorang terhadap tapak sejarah, pandangan positif KSPS dalam kalangan keluarga atau rakan-rakan mempengaruhi pengunjung ke KSPS dan peristiwa yang berlaku di tapak sejarah memberikan kesedaran dalam diri.

Hipotesis kajian

H0

Pandangan negatif mempengaruhi kedatangan pengunjung ke KSPS.

H1

Pandangan positif pengunjung mempengaruhi kedatangan pengunjung ke KSPS.

Skop kajian

Penyelidikan ini dijalankan di Kompleks Sejarah Pasir Salak dan penduduk kampung di sekitar kawasan Pasir Salak seperti Kampung Biak, Kampung Pulau Tiga, Kampung Gajah dan Kampung Selat Pulau. Tumpuan responden pengkaji ialah pengunjung yang datang ke KSPS.

Sorotan kajian

Menurut Reilly (1988) menyatakan persepsi adalah berkaitan dengan penglihatan seseorang individu apabila melihat sesuatu. Ia tertakluk dalam tindak balas luaran sama seperti individu lain, malah latar belakang dan personaliti seseorang menyebabkan berlaku perbezaan dalam mentafsirkan sesuatu. Persepsi mempunyai tawaran hebat dengan melakukan mengikut cita rasa seseorang untuk perkara-perkara tertentu, termasuklah dengan cara melancong. Setiap individu berlainan destinasi, oleh itu perbezaan pendapat diperoleh mengikut aspek pengalaman.

Menurut Blake dan Sekular (2006) menyatakan persepsi merupakan hubungan dengan kehidupan dalam dunia dari segi bentuk pengetahuan yang bagus. Semua keadaan boleh di selesaikan dengan jelas. Persepsi pelanggan untuk mengetahui pelbagai alasan, pandangan dan pendapat untuk mencari penyelesaian masalah.

Menurut Witt dan Moutinho (2004) persepsi adalah bergantung kepada budaya, pendidikan, sosial dan latar belakang atau pengalaman. Persepsi ditentukan oleh faktor-faktor seperti keadaan persekitaran, pengalaman terbaru yang terjadi, motivasi, menjangka peristiwa masa hadapan dan perkara-perkara yang terjadi secara sedar atau tidak sedar.

Menurut Mulyana (2000), persepsi adalah inti komunikasi dan pentafsiran dalam proses komunikasi. Penyelidik juga mengemukakan persepsi ialah penentukan pemiilihan dalam sesuatu objek, informasi, kawasan dan sebagainya.

Menurut Walgito (2002) menyatakan bahawa persepsi merupakan proses yang terjadi di dalam diri seseorang individu yang dimulai dengan penerimaan tindak balas, sehingga tindak balas itu disedari dan difahami oleh individu sehingga individu dapat mengenali dirinya sendiri dan keadaan di kawasan sekelilingnya. Menurut pengkaji Wibowo (1987) turut menyatakan bahawa persepsi adalah perhubungan dan kesedaran terhadap suatu objek atau keadaan. Persepsi seseorang bergantung kepada seberapa jauh kesan suatu objek terhadap seseorang.

Menurut Coltman (1989) menyatakan pelancong ialah pengunjung atau pelawat yang tinggal lebih dari 24 jam dalam sesebuah tempat dan bermalam atas alasan tertentu seperti bercuti, mengisi masa lapang, melawat keluarga atau rakan, membuat penyelidikan, urusan perniagaan dan sebagainya.

Menurut Thomas (1992) menyatakan pengunjung merujuk kepada sesiapa melawat sesuatu kawasan yang berlainan daripada tempat asalnya atas sebab menyusul pekerjaan yang diberi ganjaran kepada tempat yang dilawati.

Menurut Mohamed (2008) menyatakan pelancongan warisan merupakan subsidi kepada pelancongan budaya. Pelancongan warisan adalah perjalanan yang dilaksanakan bagi mendapatkan pengalaman tentang lokasi, artifak dan aktiviti yang secara amnya menerangkan tentang manusia (komuniti) pada zaman dahulu atau kini.

Lea (1988) menyatakan bahawa pelancong sebagai pengembara sementara secara sukarela, perjalanan dalam keadaan keseronokan untuk mendapatkan sesuatu yang baru dan perubahan yang dialami pada sekitar pelancong meneroka ke sesuatu tempat.

Menurut Murphy (1985), pelancong adalah pengunjung yang berkunjung ke sesuatu kawasan sama ada di sesebuah negara atau rantau pelancongan sekurang-kurangnya selama 24 jam pelancong tinggal pada kawasan tersebut.

Metodologi Kajian

Penyelidik menggunakan gabungan kaedah kualitatif dan kuantitatif. Melalui kaedah kualitatif pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian dan temu bual. Dalam kaedah temu bual pengkaji telah menemu bual wakil daripada pihak KSPS iaitu penolong kurator En. Fauzi. Manakala melalui pemerhatian pula ialah pengkaji telah membuat pemerhatian beberapa hari dan berjumpa beberapa penduduk tempatan untuk mengenal pasti pengetahuan tentang sejarah di KSPS.

Melalui kaedah kuantitatif pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik sebanyak 300 responden. Responden utama pengkaji ialah pengunjung yang datang ke KSPS, pekerja KSPS dan masyarakat setempat.

Pengkaji telah menggunakan kaedah SPSS iaitu analisis diskriptif, analisis kekerapan dan analisis taburan silang.

Dapatan Kajian

Analisa kekerapan

Skala likert

Sangat setuju

tidak Tidak Setuju

Neutral

Setuju

Sangat setuju

Kekerapan (KK) & Peratus (%)

KK

%

KK

%

KK

%

KK

%

KK

Struktur binaan bangunan KSPS mengekalkan warisan tradisional

2

7

3

1

42

14

195

65

58

Persekitaran KSPS adalah menarik

2

7

11

3.7

86

28.7

163

54.3

38

Lokasi yang strategik

1

3

15

5

101

33.7

151

50.3

32

KSPS adalah sebuah lokasi yang 2 sesuai untuk dijadikan destinasi pelancongan

7

6

2

62

20.7

173

57.7

57

Kaunter pertanyaan yang 5 memudahkan pengunjung menerima maklumat dengan jelas

1.7

8

2.7

58

19.3

195

65

34

Penyediaan peti cadangan penting 5 untuk mengenalpasti pandangan pengunjung terhadap KSPS

1.7

7

2.3

61

20.3

187

62.3

40

KSPS perlukan penambahbaikan 2 untuk menarik minat pengunjung

7

3

1

42

14

125

41.7

128

Kebersihan KSPS yang memuaskan

3

1

5

1.7

130

43.3

131

43.7

31

Pengunjung berpuas hati dengan 2 kemudahan keselamatan yang disediakan

7

11

3.7

130

43.3

131

43.7

26

Penyediaan kemudahan (Tandas, 2 tempat letak kereta, laluan, kerusi roda) untuk warga emas

7

9

3

64

21.3

199

66.3

26

Penyediaan kemudahan (Tandas, 0 tempat letak kereta, laluan, kerusi roda) untuk OKU

0

12

4

68

22.7

199

66.3

21

Papan tanda mengandungi maklumat 4 yang lengkap

1.3

5

1.7

124

41.3

136

45.3

31

Maklumat yang disebarkan mengenai 2 KSPS (melalui media, risalah atau rakan) memuaskan

7

10

3.3

96

32

159

53

33

Jadual 1.1 Persepsi pengunjung terhadap KSPS Berdasarkan Jadual 1.1 penyelidik telah membuat analisa berkaitan persepsi pengunjung terhadap KSPS. Responden tertinggi telah bersetuju dalam penyediaan kemudahan (tandas,

tempat letak kereta, laluan, kerusi roda) untuk warga emas dan OKU dengan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 199 responden bersamaan 66.3 %. KSPS perlukan penambahbaikan untuk menarik minat pengunjung telah mencatatkan bilangan terendah iaitu sebanyak 125 responden bersamaan 41.7 %. Manakala, bagi jumlah sederhana, responden bersetuju bahawa maklumat yang disebarkan mengenai KSPS (melalui media, risalah atau rakan) memuaskan dengan catatan 159 responden bersamaan 53.0 %.

Jadual 1.2 Faktor pengunjung ke KSPS Ya Kekerapan (Kk) dan Peratus (%)

Tidak

Kk

%

Kk

%

Untuk menjalankan kajian

149

45.8

176

54.2

Mengikut lawatan sekolah atau syarikat

153

47.1

172

52.9

Untuk menginap di Resort Pasir Salak

137

42.2

188

57.8

Untuk menjalankan aktiviti riadah bersama keluarga atau kawan

253

77.8

72

22.2

Menganggap KSPS sebahagian daripada warisan anda sendiri

290

89.2

35

10.8

Untuk mengisi masa lapang

217

66.8

10.8

33.2

Mengikut aktiviti kelab

106

32.6

219

67.4

Lokasi berhampiran rumah anda

83

25.5

242

74.5

Datang ke KSPS secara tidak sengaja

73

22.5

252

77.5

Datang ke KSPS kerana ia merupakan salah satu tapak warisan di Malaysia

301

92.5

24

7.4

Persekitaran yang menarik

287

88.3

38

11.7

Lain-lain

4

1.3

296

98.7

Lain-lain (Nyatakan) :

1

3

296

98.7

1. KSPS merupakan bumi pahlawan Melayu

1

3

296

98.7

2. Melihat keunikan KSPS

1

3

296

98.7

3. Melihat kubu J.W.W Birch dan makam Siputum

1

3

296

98.7

4. Tiada tempat lain ingin pergi

1

3

296

98.7

Faktor pengunjung ke KSPS ialah pengunjung menganggap KSPS merupakan salah satu tapak warisan di Malaysia. Ia dapat dibuktikan daripada hasil soal selidik yang diedarkan dengan mencatatkan seramai 301 orang bersamaan 92.6% menyatakan pernyataan tersebut. Selain itu pengunjung ke KSPS adalah faktor persekitaran yang menarik. Seramai 287 bersamaan 88.3% responden menyatakan persekitaran KSPS menarik. Seramai 290 bersamaan 89.2% responden menganggap KSPS adalah sebahagian daripada warisan sendiri dan seramai 253 bersamaan 77.8% melawat ke tapak sejarah bertujuan untuk menjalankan aktiviti riadah bersama rakan atau keluarga. Penyataan ini adalah catatan responden yang tertinggi.

Bagi catatan reponden terendah ialah Pengunjung datang ke KSPS seccara tidak sengaja mencatatkan jumlah terendah iaitu seramai 73 orang bersamaan 22.5%. Ini terbukti bahawa pengunjung datang ke KSPS adalah mempunyai tujuan tertentu kerana kawasan KSPS adalah sekitar kampung yang mendalam dan jauh dari bandar. Mengikut kajian responden hampir semua responden bukan berhampiran KSPS. Ia dapat dibuktikan dengan catatan seramai 83 orang bersamaan 25.5% sahaja yang menetap di sekitar KSPS.

Skala likert

Sangat tidak setuju

Tidak setuju

Neutral

Setuju

Sangat setuju

Kekerapan (K) & Peratus (%)

K

%

k

%

K

%

K

%

K

%

Pengetahuan mengenai peristiwa bersejarah di Pasir Salak telah memberi kesedaran kepada pengunjung

4

1.2

3

9

101

31.1

186

57.2

31

9.5

Kepentingan kisah sejarah memupuk kesedaran kepada pengunjung

2

6

3

9

89

27.4

190

58.5

41

12.6

Pengalaman yang diperoleh membuatkan pengunjung ingin berkunjung semula ke KSPS

2

6

8

2.5

153

47.1

135

41.5

27

8.3

KSPS merupakan suatu tempat pelancongan yang perlu dipromosikan lebih efektif

3

9

4

1.2

49

15.1

140

43.1

129

39.7

Pandangan positif KSPS dalam kalangan keluarga/ rakan-rakan mempengaruhi pengunjung untuk ke KSPS

2

6

6

1.8

83

25.5

204

62.8

30

9.2

Pengekalan bangunan, monumen dan tapak sejarah merupakan aset penting kepada negara

3

9

2

6

39

12

180

55.4

101

31.1

KSPS merupakan sebuah tapak warisan sejarah yang perlu dipelihara

3

9

2

6

18

5.5

177

54.5

125

38.5

Lain-lain

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

325

100

325

100

325

100

325

100

325

100

Jumlah

Jadual 1.3 Kesedaran pengunjung terhadap KSPS

Dalam Jadual 1.3 di atas memaparkan tahap kesedaran pengunjung terhadap KSPS. Dalam skala likert sangat tidak setuju, pengetahuan mengenai peristiwa bersejarah di Pasir Salak telah memberi kesedaran kepada pengunjung mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 1.2% atau 4 orang responden.

Analisa jumlah paling tertinggi bagi kategori tidak setuju ialah pengalaman yang diperoleh pengunjung membuatkan pengunjung ingin berkunjung semula ke KSPS dengan catatan sebanyak 2.5% bersamaan 8 orang responden. Manakala catatan jumlah terendah ialah Pengekalan bangunan, monumen dan tapak sejarah merupakan aset penting kepada negara dan KSPS merupakan sebuah tapak warisan sejarah yang perlu dipelihara dengan catatan sebanyak 9% atau 3 orang responden yang tidak setuju.

Responden dalam kategori neutral yang telah mencatatkan jumlah tertinggi ialah pengalaman yang diperoleh pengunjung membuatkan pengunjung ingin berkunjung semula ke KSPS iaitu sebanyak 47.1% atau 153 responden telah menyatakan mengikut analisis. Manakala, analisis terendah dalam kategori ini ialah KSPS merupakan sebuah tapak warisan sejarah yang perlu dipelihara dengan catatan sebanyak 5.5% atau 18 orang responden.

Kebanyakan responden menunjukkan lebih cenderung untuk “setuju” bahawa pandangan positif KSPS dalam kalangan keluarga atau rakan-rakan mempengaruhi pengunjung untuk ke KSPS kerana ia mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 204 bersamaan 62.8% responden telah bersetuju. Responden “setuju” mencatatkan jumlah paling rendah ialah pengalaman yang diperoleh membuatkan pengunjung ingin berkunjung semula ke KSPS, ia dapat dibuktikan dengan catatan seramai 135 responden bersamaan 41.5%. Selain itu, responden telah mencatatkan jumlah sederhana ialah 186 responden bersamaan 57.2% telah “setuju” bahawa pengetahuan mengenai peristiwa bersejarah di Pasir Salak telah memberi kesedaran kepada pengunjung. Oleh itu, pengetahuan tentang sejarah membantu meningkatkan tahap kesedaran tentang kepentingan sejarah terdahulu pada masa kini. Jelaslah bahawa pandangan positif mampu memberikan kebaikan atau faedah kepada KSPS. Oleh itu, kemudahan dan layanan pengunjung yang mesra amat penting.

Bagi kategori sangat setuju catatan paling tertinggi ialah KSPS merupakan suatu tempat pelancongan yang perlu dipromosikan lebih efektif dengan mencatatkan sebanyak 39.7% bersamaan 129 orang responden. Manakala, pengalaman yang diperoleh membuatkan pengunjung ingin berkunjung semula ke KSPS adalah catatan terendah dalam kategori sangat setuju iaitu sebanyak 8.3% atau 27 orang responden sahaja. Ini jelaslah bahawa, prmosi secara meluas adalah cara terbaik untuk memperkenalkan KSPS kepada orang ramai agar lebih dikenali oleh setiap lapisan masyarakat.

Cadangan, Perbincangan dan Rumusan

Terdapat beberapa...


Similar Free PDFs