Reka bentuk Laman Web berasaskan Pendekatan Inkuiri Penemuan bagi Tajuk Asid dan Bes Tingkatan Empat PDF

Title Reka bentuk Laman Web berasaskan Pendekatan Inkuiri Penemuan bagi Tajuk Asid dan Bes Tingkatan Empat
Author Mohamad Bilal Ali
Pages 11
File Size 616.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 20
Total Views 39

Summary

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011 Reka bentuk Laman Web berasaskan Pendekatan Inkuiri Penemuan bagi Tajuk Asid dan Bes Tingkatan Empat Noor Dayana Abd Halim, Mohamad Bilal Ali & Juhazren Junaidi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia Abstrak Ka...


Description

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

Reka bentuk Laman Web berasaskan Pendekatan Inkuiri Penemuan bagi Tajuk Asid dan Bes Tingkatan Empat Noor Dayana Abd Halim, Mohamad Bilal Ali & Juhazren Junaidi Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Malaysia

Abstrak Kajian ini adalah untuk membangunkan laman web Kimia Acids dan Bases mengikut sukatan pelajaran Kimia tingkatan empat KBSM. Kandungan utama laman web ini adalah pembelajaran kendiri topik Acids and Bases dengan pendekatan inkuiri penemuan. Laman web ini meliputi konsep-konsep utama berkenaan tajuk ini seperti “Concept dan Chemical Properties of Acids and Bases”, “Role of Water to Show the Properties of Acids and Alkalis” dan “Strength of Acids and Alkalis”. Laman web ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver 8 sebagai platform utama dan perisian sokongan seperti Macromedia Flash 8 dan Adobe Photoshop CS2 dan Sound Forge 7. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa pelajar mempunyai masalah dalam mempelajari tajuk ini. Ini kerana, tajuk Acids and Bases melibatkan konsep yang abstrak dan menyebabkan ianya sukar difahami oleh pelajar. Justeru, laman web yang dibangunkan dengan mengaplikasikan pendekatan inkuiri penemuan diharap dapat membantu para pelajar mengatasi masalah miskonsepsi dalam tajuk Acids and Bases. Selain itu, laman web ini juga dapat dijadikan rujukan tambahan atau alternatif oleh para pelajar, guru serta masyarakat yang ingin mengetahui lebih mendalam tentang tajuk Acids and Bases ini.

Abd Halim, N. D, Bilal Ali, M. & Junaidi J. (2011). Reka bentuk Laman Web berasaskan Pendekatan Inkuiri Penemuan bagi Tajuk Asid dan Bes Tingkatan Empat. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia, 1(2), 5-15.

Pengenalan Perkembangan dunia teknologi serta projek Multimedia Super Corridor (MSC) telah menempatkan Malaysia dalam hubungan global antara negara-negara maju di seluruh dunia. Kepesatan teknologi ini juga memberi impak yang besar dalam dunia pendidikan. Ini disebabkan, persaingan masyarakat dunia yang lebih terkehadapan dalam era 21 dan perubahan masyarakat bermaklumat telah menimbulkan cabaran baru dalam institusi pendidikan. Bagi negara Malaysia khususnya, untuk mencapai Wawasan 2020 dan dalam usaha untuk melahirkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk mengintegrasikan penggunaan ICT dan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) adalah perlu. Di negara ini, bidang pendidikan telah lama diterima sebagai tunggak pembangunan ekonomi alaf baru kerana ia dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu dan berakhlak mulia (Hishammuddin, 2002). Kedatangan alaf baru telah memperkenalkan teknologi maklumat yang membawa perubahan besar dalam suasana pengajaran dan pembelajaran. Kini penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu fenomena yang janggal. Bahkan, aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha dalam memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi (Tengku Zawawi, 2001). Seiring dengan kemajuan teknologi, bidang pendidikan di Malaysia kini telah beranjak ke arah mengintegrasikan pengunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana, menurut Fisher (2010) dan Suchańska dan Kęczkowska (2007), komputer mempunyai potensi yang besar untuk meningkatkan kualiti proses pembelajaran dan pembelajaran dan seterusnya mampu memberi hasil yang

5

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

baik. Ini dipersetujui oleh Akcay et al (2006) yang menyatakan bahawa melalui komputer, pelajar akan di dedahkan dengan pembelajaran yang aktif, dapat meningkatkan motivasi pelajar serta dapat menarik minat pelajar terhadap apa yang dipelajari. Walaubagaimanapun, selepas beberapa tahun, proses pembelajaran telah pun beralih kepada pengaplikasian pembelajaran atas talian (online learning) (Alessi & Trollip, 2001; Liaw et al, 2007; White & Weight, 2000). Menurut Chang dan Fisher (2003), pembelajaran atas talian ialah apabila pelajar dihubungkan dengan bahan-bahan pembelajaran serta maklumat yang di sebarkan secara atas talian atau maya. Kajian yang dijalankan oleh Allan dan Seaman (2010) menunjukkan hampir 4.8 juta pelajar telah beralih kepada pendidikan berasaskan laman web ini. Seterusnya, dalam membincangkan penggunaan teknologi seperti komputer ataupun pembelajaran atas talian dalam pembelaran Kimia, ianya dilihat dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Kajian yang telah dijalankan di universiti di rantau Asia Pasifik menunjukkan kesan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk subjek Kimia memberi banyak manfaat bukan hanya kepada pelajar malah kepada pengajar itu sendiri (Subramaniam & Deepa, 2004). Perisian multimedia dan laman web yang dibangunkan mampu memperkenalkan pelajar kepada proses dinamik dan konsep-konsep penting dalam subjek Kimia. Selain itu, kualiti imej kelihatan realistik dan dapat menvisualisasikan fenomena sebenar yang diwakilinya. Ini kerana walaupun komputer dapat menjana imej yang sama seperti buku teks tetapi ia lengkap dengan elemen tambahan seperti animasi, audio atau video yang menjadikan pembelajaran menjadi lebih interaktif dan responsif (Nur Huda, 2007). Oleh itu, perkembangan teknologi dalam dunia pendidikan seperti penggunaan pembelajaran atas talian dapat memberi banyak manfaat serta pengalaman baru kepada pelajar terutamanya untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman dalam konsep sains khususnya Kimia.

Masalah dalam mempelajari tajuk Asid dan Bes Kimia adalah satu cabang sains yang penting untuk dipelajari kerana Kimia membolehkan pelajar mengetahui dan memahami fenomena yang berlaku disekeliling mereka (Taber, 2002). Walaubagaimanapun subjek Kimia berkait rapat dengan konsep-konsep yang abstrak dan ini menyebabkan kesukaran kepada pelajar untuk memahaminya (Sirhan, 2007). Oleh itu, matapelajaran Kimia melibatkan kemahiran kognitif pelajar pada aras yang tinggi (Abu Hassan, 2003). Sirhan (2007) juga mengatakan kebanyakkan kandungan konsep Kimia diperjelaskan dengan tiga aras perwakilan iaitu makroskopik, sub-mikroskopik, dan simbolik. Tiga aras perwakilan ini telah diperkenalkan oleh Johnstone pada tahun 1982 dan dinamakan oleh Sirhan (2007) sebagai “Chemistry Triangle” (Rujuk Rajah 1.1). Tiga aras perwakilan ini saling berhubung antara satu sama lain. Kesukaran untuk menghubungkan ketiga-tiga aras perwakilan kimia ini menyebabkan timbulnya konflik dan kekeliruan kepada pelajar dalam mempelajari ilmu Kimia. Menurut Taber (2002) pelajar memerlukan imiginasi dan daya pemikiran yang tinggi untuk menguasai sesuatu konsep Kimia. Pemahaman sebenar bukanlah hanya mengetahui konsep utama tetapi boleh mengaplikasikannya serta menerangkannya dengan jelas dan mudah difahami. Inilah kesukaran yang di alami oleh pelajar apabila mereka mempelajari Kimia (Sirhan, 2007). Berdasarkan huraian sukatan mata pelajaran Kimia tingkatan 4 dan 5 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dilihat bahawa beberapa topik perlu diberikan perhatian dan sentiasa menjadi fokus kepada para guru Kimia. Antara topik yang menjadi fokus seperti struktur atom, garam, elektrokimia, tindak balas redok, asid dan bes, hidrokarbon dan termokimia (Ozmen, 2004). Kajian oleh Chiu (2005), menyatakan bahawa topik-topik dalam matapelajaran Kimia yang sukar serta boleh menimbulkan miskonsepi adalah persamaan Kimia, pengoksidaan dan penurunan, elektrolisis, jirim dan juga asid dan bes.

6

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

Rajah 1

Tiga aras perwakilan dalam Kimia (Johnstone, 1982) atau “Chemistry Triangle” (Sirhan, 2007)

Miskonsepsi dapat diertikan sebagai idea yang tidak diterima dalam idea saintifik yang mana ianya timbul kesan daripada pengalaman hidup seharian Head (1982). Miskonsepsi juga ditafsirkan oleh Zurida dan Norhaidah (2006) sebagai salah tanggapan di mana idea yang di bentuk adalah tidak selaras dengan konsep yang sebenar. Kadang kala, dalam usaha memahami pengajaran daripada guru, para pelajar sebenarnya mungkin membina kefahaman sendiri dan kefahaman inilah yang menjadi pengetahuan yang amat lemah dan secara tidak langsung menghasilkan miskonsepsi (Zurida & Norhaidah, 2006) . Banyak kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa ramai pelajar mengalami masalah dalam pemahaman konsep asid dan bes (Cros et al, 1986; Cros et al, 1988; Ross & Munby, 1991; Hawkes, 1992; Schmidt, 1995; Barker, 1995; Hand & Treagust; 1991; Nakhleh & Krajcik, 1993; Cris Horton, 2001; Chiu, 2005). Kajian oleh Cros et al (1986) menunjukkan bahawa pelajar tidak mampu menerangkan fenomena konkrit yang berlaku disebalik tindak balas asid dan bes. Pelajar juga gagal memberi contoh asid dan bes lemah serta menyalahtafsirkan pH sebagai alat pengukuran darjah keasidan sahaja. Kajian beliau pada dua tahun berikutnya, 1988 pula menyatakan bahawa pelajar mendifinisikan asid sebagai bahan yang mempunyai pH kurang dari 7. Ini bertentangan dengan definisi yang diberikan oleh Arhenius yang mendifinisikan asid adalah bahan yang membebaskan ion hidrogen, H+ apabila bahan itu bertindak balas dengan air. Ross dan Munby (1991) melaporkan bahawa pelajar mendifinisikan asid sebagai bahan yang mempunyai rasa masam dan mengeluarkan haba. Perbezaan definisi antara teori Bronsted dan Arhenius turut mengelirukan pelajar. Konsep penderma dan penerima atom digunakan dalam teori Bronsted-Lowry manakala konsep menderma dan menerima ion hydogen, H+ digunakan dalam teori Arhenius. Pelajar didapati amatlah sukar melihat kesinambungan antara kedua-dua teori ini dalam menjelaskan definisi asid dan bes (Hawkes, 1992). Seterusnya, kajian oleh Schmidt (1995) pula mendapati pelajar tidak dapat menciri dan membezakan asid dan bes dengan betul. Kajian yang dilakukan oleh Barker pada tahun yang sama (1995), mengatakan bahawa pelajar gemar menerangkan makna asid menggunakan perkataan “memakan” atau menghakis bahan tanpa merujuk kepada kandungan zarahnya. Walaupun pelajar tahu untuk mengukur pH dan tahu sifat menghakis sesuatu bahan asid, namun pelajar tetap sukar untuk mengaitkan ciri asid dengan kandungan zarah di dalamnya. Driver et al (1994) mengatakan bahawa kebanyakkan pelajar membentuk kesemua miskonsepsi tentang asid dan bes ini adalah berdasarkan pengalaman harian seperti merasa makanan masam, membaca iklan tentang mdanian asid dan fenomena hujan asid tanpa menjalankan kajian atau merujuk kepada yang pakar.

7

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

Hand dan Treagust (1991) telah mengenalpasti beberapa miskonsepsi dalam minda pelajar terhadap topik asid dan bes ini. Antaranya, asid adalah bahan yang memberi hakisan apabila terkena sesuatu bahan seperti kayu dan besi, proses peneutralan adalah proses menghilangkan sifat asid dan asid kuat menghakis lebih cepat berbdaning asid lemah. Seterusnya, pada tahun 1993, kajian yang dijalankan oleh Nakhleh dan Krajcik pula memperoleh tiga idea utama konsep asid dan bes di kalangan pelajar iaitu, pertama, asid dan bes tidak bertindak balas tetapi cuma membentuk satu campuran fizikal, kedua, asid dan bes bertindak balas tetapi dengan hanya melekat bersama membentuk partikel. Konsep yang ketiga pula, pelajar menyatakan tindak balas ion hidrogen, H+ dan ion hidroksida, OH- hanya sesuai untuk membentuk garam larut bukannya tindak balas peneutralan. Kajian yang dijalankan oleh Cris Horton (2001) di Arizona State University juga telah menyenaraikan dua miskonsepsi yang selalu terjadi di kalangan pelajar dalam tidak balas kimia iaitu apabila asid dicampurkan dengan bes, asid akan meneutralkan bes untuk menjadi larutan neutral tanpa mengambilkira kuantiti bahan tindak balas yang dicampurkan. Selain itu,pelajar juga mendifinisikan proses penuetralan adalah proses memansuhkan hidrogen ion, H+ dan ion hidroksida, OH- . Seterusnya, Chiu (2005) dalam kajiannya juga telah menyenaraikan empat miskonsepsi pelajar dalam tajuk ini. Pertama, pelajar menyatakan larutan asid dan bes mempunyai ciri-ciri yang lebih kurang sama. Kedua, pelajar menganggap bahawa larutan seperti natrium bikarbonat dan asid asetik menjadi neutral kerana proses peneutralan tanpa dapat menerangkan tindak balas yang berlaku dengan tepat. Ketiga, menganggap lebih banyak molekul hidrogen dalam asid itu, lebih kuat sifat sesuatu asid dan seterusnya keempat, menganggap molekul hidrogen itu hanya boleh larut dalam larutan ionik sahaja. Merujuk kepada kesemua miskonsepsi yang telah disenaraikan, pelajar akan mengalami kesukaran untuk mempelajari topik-topik seterusnya seperti persamaan kimia dan tindak balas kimia (Demircioglu et al, 2005). Oleh itu, pembangunan laman web bagi tajuk asid dan bes adalah perlu unutk membantu pelajar memahami konsep yang abstrak dalam tajuk ini. Di samping itu, penggunaan pendekatan pembelajran yang aktif dilihat dapat meningkatkan kefahaman pelajar dan seterusnya membantu pelajar membentuk idea yang selari dengan konsep saintifik.

Objektif Objektif utama kajian ini adalah membangunkan laman web mengikut huraian sukatan pelajaran kimia tingkatan 4 KBSM bagi tajuk asid dan bes berdasarkan dengan mengaplikasikan pendekatan inkuiri penemuan.

Pendekatan Inkuiri Penemuan Bagi mengaplikasikan pendekatan inkuiri dalam pembangunan laman web ini, model inkuiri yang dihasilkan oleh Harwood (2004) telah dipilih (rujuk Rajah 1.2). Model ini telah menyenaraikan 9 aktiviti yang perlu dilakukan oleh pelajar apabila pendekatan inkuiri penemuan dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 9 aktiviti yang akan dilaksanakan adalah bermula selepas masalah atau pertanyaan diutarakan oleh guru.

8

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

Rajah 2 Model Inkuiri oleh Harwood (2004) Masalah atau persoalan berada di tengah-tengah model ini kerana ianya menjadi kunci kepada pendekatan inkuiri penemuan. Kesemua 9 aktiviti yang dilakukan adalah untuk penyelesaikan masalah atau persoalan yang timbul. Kesemua 9 ciri inkuiri dalam model ini adalah tidak berturutan tetapi saling berhubungan antara satu sama lain. Pembelajaran juga tidak semestinya melibatkan kesemua aktiviti ataupun tidak semestinya berlaku secara berperingkat. 9 aktiviti yang dinyatakan adalah :i. Melakukan pemerhatian. ii. Menyatakan masalah secara umum. iii. Membentuk persoalan secara spesifik. iv. Mencari maklumat dan data / mengimbas pengetahuan sedia ada. v. Membentuk hipotesis. vi. Menjalankan penyiasatan. vii. Menginterpretasi data dan meneliti keputusan yang diperolehi. viii. Melakukan refleksi ke atas apa yang diperolehi. ix. Berkongsi dengan orang yang lain.

Laman Web Inkuiri Asid dan Bes Proses pembelajar\an inkuiri laman web yang dibangunkan Penerapan pendekatan inkuiri di dalam laman web ini adalah berpandukan ciri-ciri yang disenaraikan oleh Harwood (2004). Walau bagaimanapun, ciri-ciri tersebut telah digabungkan menjadi empat peringkat dalam laman web ini iaitu peringkat pertama “Have You Ever Wondered?”, dimana ruangan ini bertujuan menimbulkan persoalan kepada diri belajar seterusnya merangsang pelajar untuk berfikir. Kedua adalah ruangan “I Think That...” yang menyenaraikan beberapa hipotesis yang perlu dipilih oleh pelajar sebagai jawapan kepada masalah yang di timbulkan diperingkat awal. Daripada hipotesis yang telah disenaraikan, pelajar boleh membuktikan dengan melakukan penyiasatan dibahagian “Let’s Investigate”. Akhir sekali, setelah pelajar selesai menjalankan penyiasatan, pelajar boleh menguji apa yang telah dipelajari di ruangan “What Have I Learned?”. Berikut merupakan turutan pembelajaran bagi setiap subtopik dalam laman web yang mengimplementasikan pendekatan inkuiri berpandukan model Harwood (2004).

9

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

Ruangan Have You Ever Wondered? Bagi ketiga-tiga subtopik dalam tajuk “Acids and Bases” ini, pembangun menyediakan perbezaan pada setiap satu situasi atau gambar yang boleh menimbulkan persoalan dalam diri pelajar. Pelajar akan melakukan pemerhatian dengan melihat situasi yang diberikan dan seterusnya membentuk persoalan secara spesifik. Bagi subtopik “Concept and Chemical Propeties of Acid and Base”, pembangun meletakkan dua keping gambar makanan yang merupakan bahan yang mengandungi asid dan bes. Soalan yang mungkin timbul dalam minda pelajar adalah “kenapa buah oren mempunyai rasa masam bila dimakan?” dan “kenapa ikan yang belum di masak akan berbau hanyir?”.

Rajah 3 Paparan ruangan “Have You Ever Wondered?” bagi subtopik Concept and Chemical Properties of Acid and Base Bagi subtopik “Role of Water to Show The Properties of Acids and Alkalis”, pembangun menyediakan animasi yang menunjukkan perubahan warna kertas litmus dari merah ke biru apabila diletakkan pada sabun yang basah. Setelah melakukan pemerhatian terhadap animasi yang disediakan, soalan spesifik yang akan di bentuk adalah “kenapa kertas litmus merah tidak bertukar apabila diletakkan di atas sabun yang kering tetapi bertukar kepada warna biru apabila diletakkan di atas sabun yang basah?” .

Rajah 4

Paparan ruangan “Have You Ever Wondered” bagi subtopik Role of Water to Show the Properties of Acids and Alkalis

Seterusnya, untuk subtopik yang terakhir iaitu “Strength of Acids and Alkalis”, simulasi yang menunjukkan perbezaan nilai pH bagi setiap bahan yang berbeza akan menimbulkan persoalan dalam diri pelajar . Persoalan yang dibentuk adalah “kenapa setiap bahan mempunyai nilai pH yang berbeza?”.

10

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

Rajah 5

Paparan ruangan “Have You Ever Wondered?” bagi subtopik Strength of Acids And Alkalis

Ruangan I Think That... “I Think That...” adalah satu ruangan dimana pembangun menyenaraikan beberapa hipotesis yang mungkin difikirkan oleh pelajar setelah melakukan pemerhatian terhadap gambar atau situasi yang terdapat pada ruangan “Have You Ever Wondered”. Hipotesis ini juga dibentuk setelah persoalan secara spesifik dinyatakan terhadap situasi yang dilihat. Selain itu, pelajar juga berpeluang mengimbas kembali pengetahuan sedia ada mereka diruangan “Flash Back” yang disediakan di sebelah kanan ruangan pembelajaran. Sebanyak empat hipotesis yang disenaraikan dan pelajar dikehendaki untuk memilih satu jawapan yang betul. Butang “Which one is true” akan membawa pelajar kepada halaman baru yang membolehkan mereka untuk melakukan penyiasatan bagi membuktikan hipotesis yang di bentuk adalah benar ataupun tidak. Berikut merupakan contoh ruangan “I Think That..”

Rajah 5 Paparan ruangan “I Think That..” Ruangan Let’s Investigate Ruangan ini membantu pelajar mencari jawapan kepada masalah yang diberikan dengan menggunakan beberapa elemen multimedia seperti animasi dan juga video. Selain dari itu, pembangun juga menyediakan navigasi kepada beberapa web yang mempunyai kaitan kepada isi pembelajaran. Jawapan

11

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

kepada persoalan dan hipotesis yang di bentuk akan disiasat dan dibuktikan di ruangan ini. Kesemua dokumen web, video mahupun animasi yang disediakan juga dapat membantu pelajar membentuk pengetahuan baru berkaitan dengan topik yang dipelajari.

Rajah 6 Paparan ruangan “Let’s Investigate” Ruangan What Have I Learned? Setelah pembelajaran berlaku dan daripada maklumat serta pengetahuan yang diperolehi semasa menjalankan penyiasatan di ruangan “Let’s Investigate”, pelajar akan diujii dimana beberapa jawapan kepada masalah yang diberikan pada ruangan “Have You Ever Wondered?” akan disenaraikan. Pelajar perlu memilih beberapa jawapan yang betul. Selain itu, pelajar juga boleh melihat sama ada hipotesis awal yang dibentuk oleh mereka diruangan “I Think That..” ditolak ataupun diterima.

Rajah 7 Paparan ruangan “What Have I Learned?”

12

Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia Jilid 1, Nombor 2, Jun 2011

Ruangan Forum dan chat Bagi membolehkan pelajar merefleksi ke atas pembelajaran yang telah dilalui, pembangun telah menyediakan laman ...


Similar Free PDFs