Tugasan Individu esei panjang bahasa dan linguistik PDF

Title Tugasan Individu esei panjang bahasa dan linguistik
Course linguistik
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 5
File Size 145.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 487
Total Views 872

Summary

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARAAKADEMI PENGAJIAN BAHASAALS 431: BAHASA MELAYU DAN LINGUISTIKTUGASAN INDIVIDUTAJUK:KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU BAHASA DANLINGUISTIK BERDASARKAN KEPERLUAN HARI INIDISEDIAKAN OLEH:NORZULAIKHA BINTI ABDULLAH(2021121893)DISEDIAKAN UNTUK:CIK SALIZA BINTI ISMAILTARIKH HANTAR:07.B...


Description

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA AKADEMI PENGAJIAN BAHASA

ALS 431: BAHASA MELAYU DAN LINGUISTIK

TUGASAN INDIVIDU TAJUK: KEPENTINGAN MEMPELAJARI ILMU BAHASA DAN LINGUISTIK BERDASARKAN KEPERLUAN HARI INI

DISEDIAKAN OLEH: NORZULAIKHA BINTI ABDULLAH (2021121893)

DISEDIAKAN UNTUK: CIK SALIZA BINTI ISMAIL

TARIKH HANTAR: 07.05.2021

Bahasa telah ditakrifkan bahawa setiap penutur dan pendengar mempunyai dua aspek penting iaitu penguasaan bahasa dan pengucapan bahasa. Keupayaan berbahasa ada di otak manusia dan didefinisikan sebagai sistem rumus bahasa yang mampu menghasilkan sejumlah ayat yang tidak terhad (Chomsky 1957). Menurut Ferdinand de Saussure (1916) pula, bahasa adalah satu sistem isyarat dengan bahagian yang paling penting dan pada dasarnya ialah bentuknya adalah gabungan makna psikologi dan bayangan suara. Menurutnya lagi, makna dan bayangan suara tidak dipisahkan, tetapi digabungkan dalam rantai fonetik menurut peraturan tatabahasa. Manakala Menurut Kamus Dewan (1996) perkataan linguistik diambil daripada perkataan Inggeris yang bermaksud mempelajari ilmu kebahasaan. Kata linguistik diambil dari perkataan Inggeris yang bermaksud mempelajari ilmu bahasa. Linguistik adalah cabang sains yang mempelajari bahasa. Walau bagaimanapun, linguistik bukanlah tujuan utama untuk belajar bahasa asing, tetapi bahasa asing dalam bidang linguistik hanya kursus pilihan di mana masyarakat boleh memilih sama ada mahu belajar bahasa asing atau tidak. Bidang linguistik terbahagi kepada lima iaitu linguistik am, linguistik gunaan, linguistik sejarah, linguistik perbandingan dan linguistik kontekstual. Linguistik memainkan peranan penting berdasarkan keperluan dunia pada hari ini iaitu kajian linguistik berguna secara khusus terhadap individu-individu yang terlibat dengan bahasa seperti pendidik bahasa. Linguistik mampu mengangkat martabat bangsa, linguistik berfungsi dalam pengaturcaraan komputer dan linguistik merupakan satu proses pemupukan nilai turut menjadi kepentingan mengapa bahasa dan linguistik begitu penting pada hari ini. Linguistik menjadi sesuatu yang penting pada hari ini kerana kajian linguistik berguna secara khusus kepada individu-individu yang terlibat dengan bahasa seperti pendidik bahasa. Guru memainkan pelbagai peranan yang mampu mendorong daya pemikiran anak murid khususnya dalam bidang bahasa dan linguistik. Kajian yang dijalankan oleh Ramli (1999) melaporkan bahawa guru yang jujur dan bertanggungjawab perlulah menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka. Sebagai guru bahasa, selain dituntut untuk mampu berbahasa dengan baik dan benar mereka juga dituntut supaya dapat menjelaskan masalah dan konflik-konflik bahasa kerana bahasa ialah sesuatu yang sentiasa berkembang dan melalui proses perubahan dari semasa ke semasa. Peranan guru tersebut adalah sebagai pendidik, sebagai pembimbing, sebagai model dan teladan dan sebagai pendorong kreativiti untuk melakukan sesuatu perkara. Untuk memastikan anak murid cenderung untuk memahami dan meminati bidang bahasa dan linguistik secara lebih mendalam, guru tersebut seharusnya terlebih dahulu mahir dan berpengetahuan dalam bidang ini supaya dapat memberikan contoh yang baik kepada anak murid. Justeru itu, pihak 1

penggubal kurikulum telah menyediakan komponen bahasa Melayu yang lengkap dan telah direkodkan agar para guru menggunakannya sebagai sukatan pelajaran dan sukatan pelajaran formal dan kursus standard KSSR. Walau bagaimanapun, di Malaysia terdapat beberapa kawasan di mana pelajarnya mempunyai pengetahuan tentang bahasa yang berbeza dan ada juga yang mempunyai kurikulum bahasa Melayu yang sama.Oleh itu, guru mesti menerapkan linguistik mereka mengikut kesesuaian dan arus perdana mereka.

Martabat bangsa mampu dijulang melalui bahasa dan linguistik kerana bahasa itu adalah merupakan satu tonggak tamadun bangsa atau jati diri sesuatu bangsa, tidak boleh diperlecehkan, tidak boleh disisihkan dan juga tidak boleh diabaikan bahkan ianya merupakan sesuatu yang wajib diperkembangkan dan diperkukuhkan dari satu generasi kepada satu generasi yang baru. Bahasa adalah hak mutlak negara sebagai identiti nasional dan penggunaan serta penguasaan bahasa mampu menunjukkan identiti sesebuah negara. Melalui bahasa, ianya mampu menggambarkan bagaimana sebuah negara menggunakan bahasa bangsa mereka sebagai satu alat komunikasi dan alat untuk mengeratkan perpaduan serta persefahaman sesama mereka. Kekuatan bahasa juga secara tidak langsung boleh menunjukkan kekuatan sesebuah negara. Sebagai contoh, di negara Malaysia, bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu digunakan di dalam majlis yang melibatkan menteri, ahli korporat dan orang-orang kenamaan sebagai tanda menghargai dan menghormati Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Melalui pengaplikasian bahasa kebangsaan sesebuah negara dalam aktiviti harian, semangat patriotik secara perlahan-lahan dapat disemat ke dalam jiwa anak-anak bangsa. Seterusnya, ilmu bahasa dan linguistik juga penting pada hari ini kerana linguistik dilihat sebagai satu elemen yang berfungsi dalam pengaturcaraan komputer. Kepentingan linguistik pada dunia hari ini dapat dilihat melalui pengaturcaraannya dalam komputer. Banyak bidang linguistik terapan yang melibatkan peggunaan komputer secara teliti dan mendalam. Komputer adalah sesuatu yang harus dimiliki oleh setiap masyarakat pada zaman sekarang mahu pelajar sekolah ataupun orang yang sudah dewasa kerana ia merupakan otak kedua atau organ tambahan kepada badan manusia. Hal ini dikatakan demikian kerana komputer boleh membantu masyarakat untuk melakukan setiap perkara termasuklah dari segi bidang bahasa. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini seiring dengan teknologi yang semakin canggih, masyarakat telah dibantu oleh komputer dalam penyelidikan bahasa dan sebagainya. Melalui perisian komputer, manusia akan dapat melihat bagaimana ianya mampu menyelesaikan tugas 2

yang memerlukan masa yang lama untuk diselesaikan dalam masa yang singkat. Perisian komputer yang dihasilkan telah banyak membantu masyarakat mempromosikan pembelajaran bahasa. Analisis data yang merangkumi semua aspek dapat dilakukan dengan sistematik dan pantas. Keadaan ini telah mendorong kepada lahirnya pelbagai pengetahuan baru dalam bidang bahasa. Sebagai contoh, terdapat kewujudan perisian “Corcondence” seperti “AntConc” yang telah dapat membantu para ilmuan dalam memendekkan masa dan memudahkan kerja semasa menjalankan proses penyelidikannya. Corcondence dikenali sebagai kajian yang berdasarkan teks iaitu korpus yang telah dicipta secara khas tentang sesuatu bidang dan AntConc ialah perisian yang digunakan untuk memudahkan kajian korpus berkenaan. Perisian ini menunjukkan kekerapan penggunaan perkataan dalam sesebuah korpus, senarai perkataan yang digunakan, dan kolokasi teks, iaitu kedudukan sesuatu perkataan dan perkataan yang bersebelahan dengannya dalam frasa atau ayat. Akhir sekali, masyarakat boleh menjadikan bidang bahasa dan linguistik ini sebagai satu proses pemupukan nilai dalam diri masyarakat. Ilmu bahasa dan linguistik memainkan peranan yang sangat penting dalam memupuk nilai-nilai murni dalam diri masyarakat seperti berhemah tinggi, kejujuran, hormat-menghormati dan sebagainya. Dalam aspek pendidikan, orang yang bertanggungjawab untuk menerapkan nilai murni kepada masyarakat secara tidak formal ialah ibubapa. Proses pembelajaran ini boleh diterapkan melalui tindakan ibubapa itu sendiri dengan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Manakala, pendidikan secara formal pula diberi tanggungjawab kepada guru. Mereka bukan sahaja mengajar tentang bahasa untuk memastikan masyarakat cekap dalam berkomunikasi, malah diselitkan juga aspek budaya, nilai dan agama yang perlu diterapkan dalam diri setiap masyarakat. Penggunaan bahasa yang sopan boleh menggambarkan bahawa sebuah masyarakat itu mempunyai cara berfikir yang mantap dan bertamadun berbanding masyarakat yang tidak mempraktikkan bahasa yang sopan dalam kalangan mereka. Linguistik adalah bahagian penting bagi manusia, bergantung kepada kepintaran akal setiap masyarakat. Kemahiran tingkah laku dapat diperoleh melalui latihan berulang, tetapi linguistik tidak hanya melibatkan latihan fizikal seperti bercakap dan menulis yang betul, tetapi ia juga menanamkan sistem nilai, budaya, dan persepsi. Perkara ini sebenarnya merupakan salah satu persoalan yang terlibat dalam kajian falsafah bahasa. Secara keseluruhannya, jelas bahawa bidang bahasa dan linguistik begitu penting pada era globalisasi ini kerana ianya mendorong kepada pembentukan masyarakat yang berilmu dan bertamadun seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Bidang bahasa dan linguistik jelas merupakan sesuatu bidang yang memerlukan kajian yang teliti dan mendalam 3

yang memberi penekanan kepada kajian bidang bahasa secara khusus. Ilmu linguistik mengekspresikan semua pemikiran dan idea dalam akal sehinggalah diterbitkan dalam bentuk tulisan atau lisan. Ini adalah proses penting yang membolehkan manusia berkongsi pengetahuan, maklumat, fikiran dan perasaan antara satu sama lain. Ini juga merupakan proses penyaluran sistem nilai, unsur budaya dan keseluruhan sistem kehidupan sosial dari generasi ke generasi.

RUJUKAN 1. Buku Chomsky. (1957). Syntatic Structures. The Haque: Mouton.

Ferdinand de Saussure. (1916). Course in General Linguistics. Glasgow: Fontana/ Collins.

Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramli Mohamed (1999). Permasalahan, Sikap dan Keyakinan Guru dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah di Daerah Kuala Terengganu. Projek Sarjana Pendidikan: Universiti Putra Malaysia.

2. Jurnal Harishon Radzi & Husna Halim (2018). Tahap Pengetahuan Istilah Teknologi Maklumat Dalam Kalangan Pelajar Universiti: Analisis Sosiokognitif. Jurnal Linguistik, 22 (2), 37-53.

4...


Similar Free PDFs