Kertas Kerja CTU 552- Nilai-nilai Islam dalam Falsafah Hidup Masyarakat Islam di Malaysia Final PDF

Title Kertas Kerja CTU 552- Nilai-nilai Islam dalam Falsafah Hidup Masyarakat Islam di Malaysia Final
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 27
File Size 403.7 KB
File Type PDF
Total Downloads 453
Total Views 800

Summary

ACADEMY OF LANGUAGE STUDIES BACHELOR OF APPLIED LANGUAGE STUDIES (HONS) ENGLISH FOR INTERCULTURAL COMMUNICATION LG243 1A CTU 552 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN TAJUK : NILAI NILAI ISLAM DALAM FALSAFAH HIDUP MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA PREPARED FOR : MUHAMMAD HAMIZAN BIN AB HAMID NO. Name Matrics No. 1 UNGK...


Description

ACADEMY OF LANGUAGE STUDIES BACHELOR OF APPLIED LANGUAGE STUDIES (HONS) ENGLISH FOR INTERCULTURAL COMMUNICATION LG243 1A

CTU 552 FALSAFAH DAN KEHIDUPAN

TAJUK : NILAI – NILAI ISLAM DALAM FALSAFAH HIDUP MASYARAKAT ISLAM DI MALAYSIA

PREPARED FOR : MUHAMMAD HAMIZAN BIN AB HAMID

NO.

Name

Matrics No.

1

UNGKU MAZUMMAR BINTI UNGKU MUSTAFFA

2020813188

2

FAI’ZUN ARIFAH AWADAH

2020821754

3

QASYRINA ZAHIRAH BINTI ZUHAIRI

2020861832

4

FATIN ARIZA BINTI AHMAD MAFAKHIR

2020830784

Page |1

ISI KANDUNGAN

Bil.

Kandungan

Mukasurat

1

Pendahuluan

3

2

Sorotan Kajian

4-20

3

Metodologi Kajian

21

4

Dapatan Kajian

22

5

Kesimpulan

23

6

Rujukan

24-25

Page |2

1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Untuk subjek CTU 552 Falsafah dan Kehidupan, kami telah ditugaskan untuk melaksanakan kajian tentang Nilai-nilai Islam Dalam Falsafah Hidup Masyarakat Islam di Malaysia dengan mengumpulkan hasil-hasil kajian kami berdasarkan artikel- artikel yang kami perolehi di Internet. Pemilihan tajuk ini dibuat adalah untuk mempelajari dan mengenal pasti sejauh mana nilai-nilai Islam telah difahami kepentingannya dan dipratikkan di dalam kehidupan seharian masyarakat Islam di Malaysia. Namun demikian, dalam kita merentasi era globalisasi yang semakin pesat pada masa zaman moden ini, revolusi pemikiran manusia dalam memperbaiki taraf kehidupan insaniah telah mencetuskan satu dimensi yang positif untuk merangka satu sistem tamadun manusia yang progresif dan bersifat “sustainable system”. Setiap masyarakat memiliki mekanisme yang tersendiri untuk merungkai permasalahan yang dihadapinya. Justeru, masyarakat Islam mempunyai pertimbangannya yang tersendiri dalam menentukan nilai-nilai yang bersesuaian dengan roh syariat dan dapat menempuhi realiti dan keperluan semasa masyarakat. Justeru, kajian ini dilakukan memandangkan terdapat banyak implikasi dan juga kebaikan yang boleh diperolehi dan dipelajari oleh setiap masyarakat Islam kearah penjanaan insan terpuji dan mengutamakan nilai-nilai Islam dalam kehidupan. Di samping itu, kefahaman terhadap nilai-nilai Islam juga penting dalam menzahirkan ciri-ciri yang positif seperti keadilan, kesaksamaan, kebaikan dan memelihara kepentingan umum sepertimana yang telah termaktub dalam Al-Quran dan Al-Sunnah serta dalam usaha untuk memartabatkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh pada pandangan dunia.

Page |3

2.0 SOROTAN KAJIAN

Menurut Idris Zakaria dalam Islam dan Falsafahnya Dalam Kebudayaan Melayu yang ditulis beliau, beliau menekankan bahawa pemikiran Islam adalah asa kepada pembentukan kebudayaan dan kesenian dalam kalangan Melayu. Antara aspek falsafah pemikiran Islam yang ditekankan beliau dalam artikel tulisannya adalah (a) faham akidah; (b) rasional dalam Islam; ( c) toleransi dalam Islam; (d) ukhuwwah; (e) pandangan sejagat Islam; (f) fahaman Ahli-Sunnah Waljamaah; (g) ciri-ciri kedamaian; dan (h) kesenian Islam. Walaupun di Malaysia ini terdiri daripada berbilang agama, namun Islam lebih menarik kerana mempunyai falsafahnya sendiri mengenai akidah dan kebudayaan yang lebih jelas berbanding agama lain. Dalam Islam, isu dan persoalan yang berkait rapat dengan akidah, tidak akan mengenepikan peranan yang lain seperti akhlak dan syariat dalam penghasilan kesenian dan kebudayaan. Ini menunjukkan bahawa Islam tidak menghalang penganutnya daripada melakukan sesuatu benda tetapi aspek aspek lain juga harus dipertimbangkan kerana seni tidak banyak membawa faedah kepada manusia, apalagi kepada agama. Walaupun Islam mendukung konsep ‘indah’ namun ia tidak boleh dipukul rata atau disamakan dengan tradisi lain khasnya tradisi dari barat. Fahaman ‘indah’ dan ‘baik’ membawa makna berbeza berdasarkan pandangan Barat. Menurut Shahnon Ahmad, pengertian ‘indah’ dan ‘baik’ ini sama dasar yang umumnya dipegang oleh Barat, iaitu sebuah karya seni perlu ‘beautiful’ dan ‘beneficial’, tetapi yang sebenarnya pengertian Barat ini jauh berbeza kalau dibandingkan dengan pengertian ‘indah’ dan ‘baik’ dalam Islam. Dalam Islam, ‘indah’ adalah satu zat Allah manakala ‘baik’ adalah nilai-nilai baik yang telah ditetapkan oleh Allah. Dalam mendalami asas Islam, Syed Muhammad Naquib (1972) selesa menekankan tentang jasa besar Islam dalam menggerakkan daya rasional dan juga intelek manusia Melayu. Pada zaman Syed Muhammad Naquib, buat pertama kalinya manusia Melayu menunjukkan mereka dibawa dalam arus intelek dan rasional. Beliau telah menggunakan konsep zaman baru yang lebih bermakna dimana memberikan nafas dan inspirasi baru terhadap kehidupan dan kebudayaan

Melayu untuk bangkit. Bidang sastera pada ketika itu telah menambahkan lagi

kecemerlangan tamadun Mealyu ketika itu. Oleh kerana sifat kreativiti yang tingi, orang Melayu Page |4

ketika itu telah menyaksikan pelbagai kemunculan hikayat-hikayat yang membawa dan menyebar mesej Islam melalui penceritaan tokoh seperti Hikayat-Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah dan Hikayat Amir Ibn Umayah yang berkiblat Islam dan Timur Tengah. Satu lagi fahaman Islam yang berjaya memikat ramai pihak ialah falsafah hidupnya yang mementingkan dan menekankan keseimbangan alam dunia dan juga akhirat. Jika mengambil fahaman Animisme, ia mengarah manusia Melayu untuk membentuk hubungan dengan alam sekeliling sehingga mereka sendiri tertakhluk di dalamnya di mana fahaman ini sangatlah lemah oleh kerana tidak memiliki kebaikan dan kelebihan dari aspek moral dan intelek. Tidak hanya dengan itu, pengaruh Hindu-Buddha pula membawa manusia Melayu kepada pengaruh yang mengandungi unsur-unsur ritualistik yang melampau dan berlebihan. Kedua-dua pengaruh kefahaman ini akhirnya kalah dengan perdaban Islam yang merangkumi tuntutan agama dan keduniaan sekaligus tanpa berat sebelah. Idea, kepercayaan atau dasar kehidupan dua dunia tidak terpisah ini telah juga diamalkan oleh jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan juga para sahabat baginda. Islam merupakan agama rasmi negara mengikut Perlembagaan Malaysia. Raja-raja dan Kerajaan-kerajaan Negeri diberikan hak untuk mengendalikan hal ehwal yang berkait dengan agama Islam. Namun begitu, penganut-penganut agama lain diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama masing masing. Sebelum negara kita mencapai kemerdekaan lagi penglibatan Raja-raja, Kerajaan-kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam budang ini telah bermula. Sistem sekolah agama, sistem undang-undang mahkamah syariah, pembinaan surau dan masjid, pengurusan zakat dan perkara yang baru seperti tilawah Al-Quran merupakan antara aktiviti dan program yang diusulkan dan juga telah dipergiat dan ditambah untuk mengharumkan nama negara di kalangan negara-negara Islam. Antara usaha Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia adalah dengan memperkenalkan dasar baharu iaitu Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam. "Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh. Dalam konteks ini, unsur yang terpenting sekali dalam pembentukan identiti Warganegara Malaysia ialah nilai. Ia merupakan satu faktor utama yang boleh memastikan kelahiran sesebuah masyarakat yang disegani. Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada Page |5

bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh” (Pejabat Perdana Menteri, 1995). Pemilihan dan keputusan pentadbiran negara sebagai komponen yang pertama dalam penerapan nilai-nilai Islam adalah merupakan tanggungjawab Kerajaan untuk memastikan kelicinan pengurusan pentadbiran yang merupakan sangat penting dalam melaksanakan sesuatu dasar. Penghayatan nilai-nilai Islam oleh penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam akan menjamin kencaran dan kecekapan malahan akan memberikan kejayaan kepada Kerajaan dalam usaha menghindari dan menjauhi perbuatan tidak bermoral seperti rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Menurut YAB. Perdana Menteri, nilai-nilai yang diutamakan untuk pentadbiran yang boleh diterima oleh orang Islam dan bukan Islam ialah amanah kejujuran, tanggungjawab, rajin, ikhlas, tertib, disiplin, mengutamakan masyarakat lebih daripada diri sendiri, sanggup berkorban, tidak tamak, berpandangan jauh, bermoral dan berkelakuan baik dan lain-lain. Penerapan nilainilai Islam boleh dijadikan penggerak ke arah membanteras unsur unsur keburukan yang boleh menjadi musuh utama negara yang menajadi pengancam untuk menyatupadukan rakyat dan juga pembangunan negara. Setelah Konsep Hadhari telah diperkenalkan dalam pentadbiran negara Malaysia, konsep ini telah banyak mencuri perhatian pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang seseorang. Konsep Hadhari yang diperkenalkan oleh Abdullah Ahmad Badawi semasa pemerintahan beliau bukanlah suatu konsep ugama yang baru, tetapi ia mengambil beberapa prinsip asal Islam berdasarkan Al Quran untuk dijadikan garis panduan kepada umat Islam dalam membangunkan sebuah negara yang memenuhi aspek-aspek yang tidak bertentangan dengan prinsip kehidupan bukan Islam, namun konsep itu masih boleh dijadikan panduan dan rujukan kepada yang bukan Islam gambaran sebenar tentang Islam. Namunpun begitu, Konsep Hadhari ini bukannya semata hanya untuk orang Islam sendiri yang menganggap Islam sebagai tuntutan akhirat, malah ia juga merupakan tuntutan yang menyeluruh untuk dunia dan akhirat. Setelah Dr. Mahathir digantikan oleh Dato’ Seri Abdullah, beliau merasakan tiada suatu dasar yang dianggap baru untuk dilaksanakan setelah Malaysia dia bawah pimpinan beliau. Namunpun begitu, beliau menyedari bahawa beliau mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk membina insan yang cemerlang dan memperkasakan sikap orang Melayu di mana tanggungjawab ini Page |6

sangatlah besar dan berat kerana ianya merangkumi perubahan sikap, nilai, tingkah laku, akhlak yang lebih baik seperti nafsu, kebiasaan, pandangan, emosi, psikologi, adat, budaya, cara hidup, kejiwaan, kemanusiaan, kemasyarakatan yang mana aspek -aspek inilah yang sebetulnya masih belum selesai di zaman Tun Dr. Mahathir. Secara ringkas dan bermakna, Islam bererti sejahtera, aman “tranquility” (Quran, 8:6); pengabdian, penyerahan diri sepenuhnya kepada Tuhan (Quran 2:208). Islam sebuah agama suci (Quran 61:9), sebuah agama untuk semua Nabi (Quran 3:84 dan 2:136). Islam mengatasi segalanya yang merupakan sebuah ajaran (code) yang sempurna (complete code), dan agama terakhir untuk semua manusia (Quran 3:102). Manakala perkataan Islam Hadhari sinonim dengan tamadun Islam Hadhari yang mebawa maksud “tamadun, bandaraya, moden, semasa (contemporary). Ertinya umat Islam dituntut agar hidup di dalam suasana semasa (contemporary), maju, moden, berilmu, berakhlak mulia, bersikap adil dan sebagainya yang mengikut ajaran Islam. Antara langkah yang diambil untuk menyampaikan mesej Islam Hadhari oleh Abdullah Badawi mempunya 10 prinsip iaiti; 1. keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi 2. kerajaan adil dan beramanah 3. rakyat berjiwa merdeka 4. penguasaan ilmu pengetahuan 5. pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif 6. kehidupan berkualiti 7. pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita 8. keutuhan budaya dan moral 9. pemeliharaan alam semula jadi 10. kekuatan pertahanan. Kesemua prinsip bersesuaian dengan ajaran Islam dan juga sejajar dengan pandangan Ulama tersohor iaitu Sheikh Yusuf Al-Qardawi. Pendekatan dan usaha untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran negara dan juga pentadbiran awam serta sektor korporat merupakan langkah yang diambil untuk memenuhi tuntutan wawasan 2020 memandangkan dalam wawasan 2020, Malaysia bercita-cita untuk mencapai pengiktirafan negara maju mengikut acuannya sendiri tanpa meninggalkan dan mengabaikan aspek agama, moral dan tradisi tempatan. Islam amatlah menghargai dan mengalualukan perubahan yang membawa kebaikan kepada umatnya. Pembaharuan dalam sistem pentadbiran mempunyai tujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kelicinan perkhidmatan awam. Antara pendekatan yang diambil adalah dengan memperkukuhkan program TQM, perlaksanaan kerajaan elektronik (EG), menubuhkan ICR, pembangunan organisasi dan sumber manusia dalam sektor awam dan juga mewujudkan kerjasama antara sektor awam dan swasta. Walaupun kesemua strategi dilakukan tidak sejajar dengan perkataan Islam, namun konsep

Page |7

perubahan tersebut secara umumnya selari dengan prinsip dan ajaran Islam. Gerakan meningkatkan mutu kerja dan produktiviti adalah selaras dengan agama Islam itu sendiri yang menekankan prinsip kesempurnaan (al-itqan), pembaharuan (aiTajdid) dan inovasi (al-ibda). (Wan Liz Ozman Wan Omar, 1996). Perlaksaan penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran adalah perlu memandangkan Islam adalah agama ‘ad-din’ iaitu kehidupan. Pendekatan tauhid atau dikenali sebagai holistik merupakan pendekatan aliran pemikiran pengurusan organisasi dan manusia selain pendekatanpendekatan lain seperti pengurusan sesama manusia, pengurusan klasik dan sebagainya. Pendekatan tauhid adalah merupakan satu pendekatan yang meletakan ketuhanan sebagai paksi segala-galanya. Secara keseluruhan, pendekatan ini mengambilkira aspek sesama manusia dan hubungan dengan tuhan. Oleh itu pendekatan dalam perubahan pentadbiran perlulah dilaksanankan berteraskan kepada konsep tauhid yang merupakan intipati ajaran Islam dan juga terdapat banyak ayat Al-Quran yang menekankan intipati tauhid yang boleh diambil dan diterapkan dalam sistem pentadbiran, antaranya adalah; i- Tujuan penciptaan manusia “Dan tidak Aku (Allah) menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah” (Az-Zariyat : 56) ii- Mendapat keredaan Allah taala “…yang sepatutnya mereka cari ialah keredaan Allah dan RasulNya, sekiranya mereka adalah daripada orang yang beriman.” (At-Taubah : 62) iii- “Khalifah Allah” “dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seseorang khalifah di bumi” (Al-Anbbiya: 107) iv- Implikasi tauhid “Orang yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan perdagangan daripada mengingati Allah” (An-Nur: 37) Berdasarkan artikel bertajuk Pemupukan Akhlak Muslim Menurut Pandangan Ibnu Miskawayh oleh Siti Norlina Muhamad dan Mohd Nasir Bin Ripin, dapat disimpulkan bahawa antara nilai-nilai Islam dalam falsafah hidup masyarakat Islam di Malaysia adalah pertamanya wujudnya nilai keagamaan dan akhlak di dalam diri. Nilai-nilai ini sering dipandang sebagai penghalang kepada pembangunan modenisasi sesebuah masyarakat. Namun begitu, menurut Ibnu Khaldun (1995), turun dan naiknya sesebuah negara itu adalah berdasarkan sejauhmana

Page |8

umat itu berpegang kepada akhlak yang tinggi. Seorang penyair Arab bernama Ahmad Syauqi pernah berkata; “Sesungguhnya sesebuah masyarakat itu akan ada selagi ada akhlaknya. Sekiramya akhlaknya tiada, masyarakat akan lenyap.” Di dalam artikel tersebut ada juga menyentuh tentang bahawa kemuliaan sesebuah masyarakat bukan sahaja terhadap betapa tinggi nilai ilmunya tetapi juga nilai akhlaknya yang tinggi. Untuk memastikan sesebuah masyarakat dapat menyemai akhlak yang tinggi, ia harus berbalik kepada nilai keagamaan di mana perlunya Al-Quran dan Hadis sebagai panduan dan tatacara hidup berakhlak mulia. Keduanya adalah nilai kesopanan dan kesusilaan. Nilai ini bukan sahaja ditekankan dalam nilai Islam, tetapi juga ditekankan oleh Rukun Negara Malaysia. Sesebuah tamadun tidak akan maju tanpa kesopanan dan nilai moral yang tinggi. Hilangnya dua nilai yang penting ini akan mengundang tatacara hidup yang bermasalah seperti perlakuan jenayah dan cara hidup yang tidak bermoral. Sekali lagi ditekankan bahawa cara hidup haruslah berpandukan Al-Quran dan Hadis disamping memupuk nilai murni yang lain. Seterusnya artikel yang bertajuk Nilai Dan Etika Pengurusan: Analisa Dari Perspektif Agama-Agama di Malaysia yang dikarang oleh Ahmad Bashir Aziz dari Universiti Utara Malaysia. Artikel ini mengenengahkan nilai-nilai murni yang dipupuk di setiap agama di Malaysia dimana semuanya menyeru untuk mendekatkan diri kepada kebaikan dan menjauhkan diri dari kejahatan atau di dalam istilah Arab acap kali disebut sebagai Amar Makruf Nahi Mungkar. Artikel ini juga menekankan pentingnya nilai keagamaan dalam diri individu dalam hidup bermasyarakat. Artikel ini memecahkan nilai keagamaan yang berlandaskan Al-Quran kepada tiga bahagian; aqidah, Syariah, dan akhlak. Aqidah ialah asas kepercayaan, ibada, serta pemikiran terhadap perjalan hidup manusia di dunia dan di akhirat. Seterusnya, Syariah ialah peraturan dan hukum kehidupan untuk membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Yang ketiga ialah nilai akhlak. Akhlak secara amnya ialah nilai moraliti dan tidak-tanduk manusia. Namun begitu, dalam konteks Islam, akhlak ialah nilai moraliti dan tidakan manusia yang berlandaskan syarat-syarat Islam. Artikel ini menyatakan bahawa dengan mengamalkan tiga nilai

Page |9

ini sebagai umat Islam, ia dapat melengkapkan cara hidup kita supaya hidup kita diberkati oleh Allah.

Seterusnya, artikel oleh Asmawati Suhid yang bertajuk Pengajaran Adab & Akhlak Islam dalam Membangunkan Modal Insan. Sedikit berbeza dari artikel di atas, artikel ini menekankan kepentingan pengajaran Islam serta pembelajaran Adab dan Akhlak dalam golongan generasi muda. Firman Allah yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya.” (Surah Al-Baqarah, Ayat 208). Pendidikan dari sudut Islam dilihat dapat membangunkan modal insan secara menyeluruh kerana sifatnya yang bersifat bersepadu, seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi, dan intelek. Sifat ini dilihat berpotensi meningkatkan pelbagai aspek kehidupan manusia di dunia serta di akhirat. Dalam Islam, Pendidikan adab amat dititik beratkan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak supaya mereka dapat membezakan antara yang benar dan yang salah. Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1980) berpandangan bahawa proses pembelajaran dan Pendidikan adalah proses penerapan adab ke dalam diri seseorang. Tegasnya, menurut perspektif Islam, Pendidikan adalah penting untuk membangunkan insan yang bermoral. Artikel ini juga menegaskan empat jenis hubungan yang membawa kepada pembangunan modal insaniah iaitu hubungan dengan diri sendiri, masyarakat, alam sekitar, serta Rasul dan Allah. Sekiranya hubungan ini dapat dijaga sebaik mungkin, tidak mustahil untuk sesebuah organisasi kecil berkembang menjadi sesuatu yang lebih baik. Seterusnya dari sudut pendidikan pula, Islam telah menyediakan falsafah yang sangat jelas dalam membimbing masyarakat Islam dalam usaha untuk menuntut ilmu. Falsafah Pendidikan Islam yang bersifat holistik dan menyeluruh merupakan salah satu konsep pendidikan yang amat penting dalam menjana anjakan paradigma yang positif dalam diri setiap individu umat Islam untuk melahirkan modal insan bersepadu. Falsafah dan juga nilai-nilai islam merupakan antara komponen yang penting dalam sesebuah sistem pendidikan. Melalui falsafah dan amalan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, ianya dapat membantu untuk membentuk sistem pendidikan yang tersusun yang

P a g e | 10

bertujuan untuk membentuk generasi akan datang sebagai seorang insan yang bukan sahaja seimbang dari segi agamanya, tetapi juga dari segi akhlaknya di dalam kehidupan.

Menurut Dr.Abd al-Karim Bakkar dalam Nasrul Hisyam (2006) , falsafah pendidikan akan ditentukan objektif serta matlamat pendidikan, skop pendidikan yang ingin ditekankan sama ada jasmani, emosi, rohani, intelektual atau sosial, kandungan yang dirangka, cara pelaksanaan dan juga penyelesaian kepada setiap permasalahan yang timbul. Falsafah Pendidikan Islam juga turut memberi penekanan yang seimbang terhadap dunia dan juga akhirat. Sehubungan dengan i...


Similar Free PDFs