MPW1133 2133 T2 BM PDF

Title MPW1133 2133 T2 BM
Author N4 Ganages
Pages 28
File Size 684.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 502
Total Views 839

Summary

Topik X Zaman 2 Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan faktor-faktor utama yang menyebabkan pihak luar berminat menjajah negara kita; 2. Mengenal pasti kuasa-kuasa asing yang pernah menjajahi negara kita; 3. Menghubungkaitka...


Description

Topik

X

2

Zaman Penjajahan dan Perjuangan Kemerdekaan

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan faktor-faktor utama yang menyebabkan pihak luar berminat menjajah negara kita; 2. Mengenal pasti kuasa-kuasa asing yang pernah menjajahi negara kita; 3. Menghubungkaitkan kesan-kesan penjajahan dengan sistem sosioekonomi dan politik hari ini; 4. Menilai sebab-sebab utama mengapa rakyat menentang penguasaan asing terhadap pentadbiran politik dan ekonomi negara. 5. Mengenal pasti gerakan-gerakan nasionalisme yang berperanan menentang penjajahan Inggeris; 6. Menganalisis proses-proses mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu; dan 7. Mentafsir faktor-faktor yang mendorong pembentukan Malaysia.

X

PENGENALAN

Topik ini pada umumnya membincangkan tentang senario negara kita sejak zaman penjajahan sehinggalah lahirnya bibit-bibit perjuangan menuntut kemerdekaan. Antara perkara yang dibincangkan dalam topik ini adalah Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

W 21

faktor-faktor yang mendorong kuasa luar menjajah negara kita; reaksi rakyat terhadap penjajahan itu; dan kesan penjajahan kepada negara kita. Fokus penjajahan bermula dengan penjajahan oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan akhirnya Jepun dan ditumpukan pada awalnya terhadap negeri Melaka, dan kemudiannya dikaitkan secara umum dengan negeri-negeri lain, seperti Pulau Pinang, Singapura, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Antara faktor utama penjajahan kuasa luar ini adalah faktor kedudukan dan kekayaan negara. Dari segi reaksi rakyat, anda akan dibawa untuk memahami reaksi rakyat Tanah Melayu terhadap penjajahan kuasa luar. Reaksi ini mencapai kemuncak, misalnya dengan pembunuhan J. W. W. Birch di Perak, penentangan Tok Bahaman dan Mat Kilau di Pahang, penentangan Mat Salleh di Sabah dan kebangkitan semangat kebangsaan selepas penjajahan Jepun. Dari segi kesan penjajahan, anda dibawa menganalisis kesan penjajahan terhadap sistem politik dan pentadbiran negara, sistem ekonomi negara, sistem pendidikan negara dan cara hidup rakyat secara keseluruhannya. Setelah Malaysia dikuasai dan dijajahi oleh beberapa kuasa asing, pelbagai usaha bagi membebaskan negara ini telah dilakukan. Dalam topik ini, anda juga akan dibawa meninjau usaha-usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak bagi membebaskan negara daripada belenggu penjajah dan seterusnya mencapai kemerdekaan. Antara perkara yang akan anda ikuti adalah kebangkitan semangat nasionalisme; perjuangan menentang penjajahan; kemunculan partiparti politik; rundingan kemerdekaan; dan pembentukan Malaysia.

2.1

FAKTOR PENDORONG PENJAJAHAN AKTIVITI 2.1 Penjajahan kuasa asing di negara kita telah memberi pelbagai kesan yang mencorakkan struktur politik, ekonomi, sosial dan budaya masyarakat. Penjajahan telah memberi kesan kepada proses asimilasi dan penyesuaian di kalangan masyarakat. Berdasarkan perkara ini, sejauh manakah kesan ini memberi kebaikan yang telah mengubah struktur pemikiran masyarakat Melayu. Berikan contoh-contoh yang sesuai untuk menyokong hujah-hujah anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

22 X

TOPIK 2

ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Ada dua faktor utama yang mendorong kuasa luar berminat untuk menjajah Tanah Melayu. Faktor-faktor itu dapat kita bahagikan kepada dua, iaitu: (a)

Kedudukan strategik; dan

(b)

Kekayaan negara.

2.1.1

Kedudukan Strategik

Kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu pada mulanya hanyalah sebagai pedagang-pedagang yang hanya berniaga di negeri-negeri Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, oleh kerana terdapat beberapa kelemahan dan masalah dalam negeri-negeri Melayu, kuasa-kuasa asing ini mengambil peluang untuk menjajah negara kita. Tambahan pula kuasa-kuasa asing memang mempunyai sebab-sebab utama untuk menjajah negara-negara Asia Tenggara. Antara sebab-sebab itu adalah, pertama, cubaan mereka bagi meluaskan jajahan yang boleh memberikan sumber bahan mentah, dan kedua, bagi mengembangkan agama Kristian. Dari segi lokasi, Tanah Melayu terletak di kedudukan yang strategik. Melaka pada zaman kegemilangannya menjadi pusat entrepot yang menghubungkan perdagangan dunia sebelah barat dengan dunia sebelah timur. Melaka berada di pertengahan perjalanan perdagangan antara pedagang-pedagang Barat, Arab dan India di sebelah Barat dengan pedagang-pedagang Cina di sebelah timur.

2.1.2

Faktor Perkembangan Kerajaan Melayu Melaka

Kedudukan Kerajaan Melayu Melaka yang strategik, turut dibantu oleh beberapa faktor lain. Faktor-faktor yang turut menyumbang kepada perkembangan dan keagungan Kerajaan Melayu adalah: (a)

Faktor Politik dan Pentadbiran (i)

Mempunyai pemimpin yang cekap mentadbir serta memelihara keamanan, seperti Parameswara, Sultan Muzaffar Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah, Sultan Mahmud Syah, Bendahara Tun Perak, Laksamana Hang Tuah dan sebagainya.

(ii)

Hubungan diplomatik dan dasar luar Melaka dengan Kerajaan Siam, Majapahit dan Negeri China memberi kesan yang positif kepada perkembangan Melaka dari segi ekonomi dan politik. Dari segi politik, hubungan diplomatik yang baik dengan China Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

W 23

menyebabkan Melaka bebas daripada ancaman kerajaan-kerajaan asing di Nusantara. (iii) Sistem undang-undang yang adil, seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut yang disusun dan dikemaskinikan oleh Sultan Muzaffar Syah telah membuktikan bahawa pihak pemerintah berusaha menjamin ketenteraman Melaka yang menjadi pusat perdagangan terbesar dan terkenal. Justeru, keselamatan pedagang-pedagang asing lebih terjamin. (iv) Hal ehwal pengurusan perdagangan dan pelabuhan Melaka dikawal selia oleh seorang Syahbandar. Kekuasaan dan kewibawaan Syahbandar dalam mengendalikan urusan perkapalan merupakan faktor yang membantu kepada pertumbuhan ekonomi Melaka. Hal ini ditambah pula dengan sistem ketenteraan yang kuat. (v)

(b)

(c)

Kegiatan lanun dapat dihapuskan dengan sistem ketenteraan yang kuat dan peluasan kuasa terhadap negeri-negeri lain di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Keadaan ini sekaligus dapat memperluaskan perdagangan di rantau ini.

Faktor Geografi (i)

Melaka muncul sebagai pusat perdagangan entrepot yang terpenting di Nusantara kerana kedudukannya yang terletak antara Lautan Hindi dengan Laut China Selatan dan terlindung daripada tiupan Angin Monsun Barat Daya dan Angin Monsun Timur Laut. Ini menjadi faktor penggalak kepada pelayaran antarabangsa.

(ii)

Negeri Melaka mempunyai pelabuhan yang dalam yang sangat sesuai untuk kapal-kapal berlabuh dan berdagang.

Faktor Ekonomi (i)

Faktor politik dan geografi telah membantu Melaka menjadi pusat tumpuan aktiviti-aktiviti ekonomi. Melaka dapat menyediakan kemudahan bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi, seperti perdagangan rempah ratus dan pusat perdagangan barangan dari China, India, negara-negara Arab dan Eropah.

(ii)

Sistem mata wang sendiri diperkenalkan dalam urusan perdagangan. Ini memudahkan aktiviti jual beli dilaksanakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

24 X

TOPIK 2

ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

(iii) Kerajaan Melaka turut mewujudkan sistem pungutan cukai yang baik dan diterima oleh pedagang-pedagang asing. (d)

Faktor Sosial (i)

Aspek pendidikan telah diberi penekanan oleh pemerintah Melaka. Kedudukan Melaka sebagai pusat keilmuan berkait rapat dengan pemerintah-pemerintah Melaka yang amat menghormati dan memberi kedudukan yang tinggi kepada golongan ulama. Sultan Mansur Syah, misalnya berguru dengan Kadi Yusuf dan menggalakkan kitab-kitab Islam ditulis dalam bahasa Melayu.

(ii)

Kedatangan Islam telah banyak mengubah sistem sosial masyarakat Melayu. Nilai-nilai persamaan taraf, persaudaraan sesama agama dan perpaduan Islam sejagat adalah pembaharuan yang telah diterapkan dalam cara hidup masyarakat Melayu di Melaka dan seluruh alam Melayu. Konsep hormat-menghormati, bergotong-royong, bantumembantu dan bekerjasama antara satu sama lain adalah ciri-ciri yang diterapkan dalam agama Islam.

(iii) Perkahwinan bermotifkan politik juga telah memberi keuntungan kepada Melaka. Keadaan ini ditambah dengan perhubungan orangorang China dan perlindungan daripada Empayar China telah memakmurkan lagi Empayar Melaka. Sebagai contoh, Sultan Mansur Syah telah berkahwin dengan puteri Majapahit, iaitu Raden Galoh Cendera Kirana dan juga dengan Puteri Hang Li Po dari negeri China. (e)

Faktor Budaya (i)

Negeri Melaka sebagai pusat penyebaran Islam dapat menggalakkan lagi perkembangan perdagangan dengan pedagang-pedagang Islam daripada India dan negeri Arab.

(ii)

Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan atau „Lingua Franca„ yang digunakan secara menyeluruh. Penggunaan bahasa Melayu dalam pengajian yang bersifat ilmiah, penghasilan penulisanpenulisan kesusasteraan, penggunaannya dalam bidang pentadbiran dan hubungannya dengan kuasa-kuasa asing telah meningkatkan pengaruhnya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

W 25

Rajah 2.1: Melaka sebagai Pusat Perdagangan Timur Sumber: Mohd. Jamil Mukmin, 1994, Melaka Pusat Penyebaran Islam di Nusantara, Nurin Enterprise, Kuala Lumpur

Rajah 2.1 menggambarkan Melaka sebagai Pusat Perdagangan Timur.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

26 X

2.2

TOPIK 2

ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

ZAMAN PENJAJAHAN

Negara kita pernah dijajah oleh Portugis, Belanda dan British.

2.2.1

Penjajahan Portugis

Portugis telah menjajah negeri Melaka selama hampir 130 tahun. Penjajahan ini bermula dari tahun 1511 hingga tahun 1641. Walau pun begitu lama menjajah Melaka, namun Portugis tidak berjaya meluaskan pengaruhnya, terutama bagi menguasai perdagangan rempah di Pelabuhan Melaka. Usaha-usaha untuk menawan Naning dan Rembau, telah gagal. Pengaruh Portugis hanya di sekitar bandar Melaka sahaja. Matlamat asal untuk mengembangkan agama Kristian juga tidak berhasil.

2.2.2

Penjajahan Belanda

Pada peringkat awal, kehadiran kuasa penjajah Belanda di Tanah Melayu adalah untuk berdagang di Kepulauan Melayu. Pada abad ke-17, Betawi (Jakarta) yang berpusat di Pulau Jawa adalah pusat perdagangan utama. Syarikat Hindia Timur Belanda telah ditubuhkan pada tahun 1602 dengan tujuan untuk: (a)

Menguasai perdagangan rempah di Kepulauan Melayu; dan

(b)

Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu.

Untuk memenuhi hasrat ini, pihak Belanda telah menghancurkan kekuasaan Portugis di Melaka dengan matlamat untuk menarik pedagang-pedagang ke Betawi. Pada tahun 1641, Portugis telah dikalahkan dengan bantuan kerajaan Johor. Walau bagaimanapun sepertimana Portugis, Belanda tidak banyak meninggalkan kesan sejarah kepada penduduk negara ini. Perebutan kuasa antara kuasa-kuasa penjajah menunjukkan bahawa negerinegeri Melayu menjadi idaman kuasa-kuasa Barat. Faktor yang paling penting adalah untuk mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi di Kepulauan Melayu.

2.2.3

Penjajahan British

Pada tahun 1600, pedagang-pedagang British telah menubuhkan Syarikat Hindia Timur Inggeris untuk melicinkan perdagangan dengan negeri China. Kemudian Syarikat tersebut mula berminat dengan Gugusan Kepulauan Melayu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

W 27

Kehadiran Francis Light pada 11 Ogos 1786 di Pulau Pinang dan kedatangan Stamford Raffles di Singapura pada 6 Februari 1819 telah memberi kesan yang mendalam dalam mencorakkan sejarah Tanah Melayu. Bermula dari sinilah penjajah Inggeris cuba menguasai keseluruhan Tanah Melayu. Setelah berada di Negeri-negeri Selat, British memperluaskan kuasanya ke negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Tujuan Inggeris meluaskan kuasa di rantau ini jelas mempunyai motif ekonomi. Perkara ini menjadi lebih mudah untuk dilakukan kerana terdapatnya masalah dalaman yang berlaku di negeri-negeri berkenaan. Inggeris telah campur tangan dalam beberapa hal masalah dalaman yang menyebabkan Inggeris memperluaskan lagi kuasa mereka ke Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Jadual 2.1 menunjukkan kronologi penjajahan British di Tanah Melayu. Jadual 2.1: Kronologi Penjajahan British di Tanah Melayu Tahun

Peristiwa

1786

Menduduki Pulau Pinang

1819

Menduduki Singapura

1824

Mengambil Melaka melalui Perjanjian Inggeris-Belanda

1842

James Brooke mengambil Sarawak

1874

Campur tangan Inggeris di Perak. Selangor menerima penasihat Inggeris. Campur tangan Inggeris di Sungai Ujong.

1875

Sultan Brunei menyerahkan haknya di Sabah kepada Inggeris.

1878

Sultan Brunei menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Inggeris.

1888

Bermula campur tangan Inggeris di Pahang.

1895

Menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Selangor, Perak, Pahang, dan Negeri Sembilan) melalui Perjanjian Persekutuan.

1909

Mengikut Perjanjian Bangkok, Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Inggeris (Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu)

1909

Menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan

1914

Johor menerima penasihat Inggeris

1945

Menubuhkan Pentadbiran Tentera British (BMA)

1946

Menubuhkan Malayan Union (Kesatuan Malaya)

1948

Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

28 X

2.3

TOPIK 2

ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

REAKSI AWAL RAKYAT TEMPATAN

Mari kita lihat reaksi awal rakyat tempatan terhadap penjajahan Barat dan Jepun.

2.3.1

Reaksi Terhadap Penjajahan Barat

Penjajahan Barat sebenarnya tidak menyenangkan hati orang-orang Melayu. Tahukah anda bahawa penentangan terhadap Barat telah berlaku sejak mula Portugis menakluki Melaka lagi? Pembesar-pembesar Johor, misalnya telah beberapa kali cuba membebaskan Melaka daripada cengkaman Portugis. Penentangan yang sama turut diperlihatkan terhadap Belanda. Namun begitu, reaksi yang kuat diberikan terhadap penaklukan Inggeris yang bermula sejak tahun 1974. Campur tangan Inggeris terhadap pentadbiran Raja-raja Melayu di Tanah Melayu dan penaklukan Borneo Utara, telah mendorong kepada penentangan secara terbuka. Di Naning, misalnya, Dol Said mengepalai penentangan terhadap pentadbiran Inggeris, DatoÊ Maharajalela mengetuai pembunuhan J. W. W. Birch di Perak, Sharif Masahor, Rentap dan Banting di Sarawak, Mat Salleh di Sabah, DatoÊ Bahaman di Pahang, Tok Janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu. Kemuncak penentangan berlaku selepas Perang Dunia ke-2, iaitu selepas kekalahan Jepun. Tentera British telah kembali ke Tanah Melayu untuk memulihkan keadaan. Satu bentuk pentadbiran tentera yang dinamakan British Military Administration (BMA) diwujudkan. Walau bagaimanapun, BMA tidak dapat memulihkan keamanan. Akhirnya pihak British berusaha mengembalikan semula pentadbiran awam. Tujuan mereka adalah untuk mendirikan satu pusat pentadbiran yang kuat. Pada bulan Mac 1946, BMA telah dibubarkan. Kerajaan baru yang dikenali dengan nama Malayan Union atau Kesatuan Malaya pula ditubuhkan. Mari kita tinjau mengapa Parlimen Britain mengumumkan penubuhan Malayan Union. Antara tujuannya adalah untuk: (a)

Mendirikan satu sistem pemerintahan yang kuat dan cekap melalui penyatuan semua pentadbiran yang ada;

(b)

Menyelaras sistem pertahanan secara teratur dan berkesan; dan

(c)

Mengembangkan perusahaan getah dan bijih timah untuk faedah ekonomi empayar British.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

TOPIK 2

ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

W 29

Antara ciri-ciri Malayan Union adalah: (a)

Singapura dipisahkan daripada Malayan Union dan diletakkan sebagai „Crown Colony„.

(b)

Semua negeri di Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan British dan diketuai oleh seorang Gabenor.

(c)

Gabenor Kesatuan Malaya diletakkan di bawah kuasa Gabenor Jeneral di Singapura.

(d)

Gabenor diberi kuasa penuh, termasuk kuasa veto, kecuali kepada Majlis Perundangan yang diwujudkan di peringkat pusat.

(e)

Ahli Majlis Perundangan yang dilantik oleh Gabenor, terdiri daripada wakil-wakil rasmi dan tidak rasmi yang sama jumlahnya.

(f)

Raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa, kecuali dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam orang Melayu.

(g)

Kerakyatan adalah berdasarkan kepada prinsip jus soli. Prinsip ini membolehkan sesiapa sahaja menjadi warganegara setelah menetap di negara ini selama 10 tahun.

Tahukah anda bahawa peristiwa Sultan-Sultan dipaksa menandatangani perjanjian Rancangan Malayan Union telah menimbulkan kemarahan orangorang Melayu? Mereka menganggap penjajah Inggeris telah menghina Raja-Raja Melayu. Mereka juga bimbang kedudukan Raja-raja dan orang-orang Melayu akan terancam. Antara manifestasi bantahan rakyat terhadap pembentukan Malayan Union adalah: (a)

Kongres Melayu Se-Malaya yang dipengerusikan oleh Datuk Onn bin Jaafar telah mengadakan mesyuarat tergempar di Kuala Lumpur. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh 41 buah pertubuhan Melayu.

(b)

Semua raja-raja Melayu digesa supaya jangan menghadiri majlis perasmian dan perlantikan Gabenor Malayan Union.

(c)

Masyarakat Melayu diseru berkabung selama tujuh hari.

(d)

Rapat-rapat umum orang Melayu diadakan di beberapa buah bandar utama seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur dan Alor Setar.

(e)

Pembesar-pembesar Melayu memulaukan majlis-majlis rasmi Inggeris.

(f)

Pemimpin-pemimpin Melayu menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk memelihara kepentingan orang Melayu.

UMNO terus mendesak supaya Malayan Union ditarik balik. Kerajaan Inggeris mula bimbang huru-hara akan berlaku sekiranya tindakan segera Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

30 X

TOPIK 2

ZAMAN PENJAJAHAN DAN PERJUANGAN KEMERDEKAAN

tidak diambil. Kerajaan Inggeris telah mendapati bahawa Sultan-Sultan dan pembesar-pembesar Tanah Melayu akan terus tidak menyokong mereka. Di samping itu ramai pemimpin-pemimpin Cina dan India turut memulaukan Majlis Perisytiharan Malayan Union. Akhirnya, pihak Inggeris terpaksa mengalah dan Malayan Union yang ketika itu baru berusia empat bulan telah dibubarkan.

2.3.2

Reaksi Terhadap Penjajahan Jepun

SEMAK KENDIRI 2.1 Sejauh manakah anda bersetuju bahawa pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari 1941 hingga 1945 telah memberikan kesan yang cukup bermakna terhadap perkembangan semangat kebangsaan dan seterusnya menyumbang kepada kemerdekaan negara? Tentangan terhadap pentadbiran Jepun di negara ini telah ditunjukkan melalui beberapa tind...


Similar Free PDFs