PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA.pdf PDF

Title PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBINAAN NEGARA BANGSA.pdf
Author Juita Zain
Pages 35
File Size 391.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 276
Total Views 419

Summary

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMAUSIAAN PUSAT PENYELIDIKAN SEJARAH, POLITIK DAN KESELAMATAN SARJANA SASTERA (SEJARAH MALAYSIA) SKESE6103: EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA TAJUK TUGASAN BINCANGKAN SEJAUH MANA USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA TELAH BERJAYA MENYATUKAN PENDUDUK...


Description

FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMAUSIAAN PUSAT PENYELIDIKAN SEJARAH, POLITIK DAN KESELAMATAN

SARJANA SASTERA (SEJARAH MALAYSIA)

SKESE6103: EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA

TAJUK TUGASAN

BINCANGKAN SEJAUH MANA USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN DI MALAYSIA TELAH BERJAYA MENYATUKAN PENDUDUK DARI PELBAGAI LATAR BELAKANG BUDAYA DEMI MENCAPAI USAHA PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

PENSYARAH PROF. MADYA DR. MOHD BIN SAMSUDIN DR. SUFFIAN BIN MANSOR

DISEDIAKAN OLEH SRI NILAM JUITA BINTI MD ZIN P88130

ISI KANDUNGAN Kandungan

1

1.0

PENGENALAN

2.0

SISTEM PENDIDIKAN BRITISH

3.0

4.0

Halaman

SEMASA

PEMERINTAHAN

2

2.1

Sekolah Aliran Inggeris

2

2.2

Sekolah Aliran Melayu

2

2.3

Sekolah Aliran Tamil

3

2.4

Sekolah Aliran Cina

4

2.5

Sekolah Agama

4

PENDIDIKAN DI MALAYSIA PASCA-MERDEKA

7

3.1

Laporan Razak

7

3.2

Laporan Rahman Talib

8

3.3

Akta Pendidikan 1961

9

3.4

Akta Pendidikan 1996

10

3.5

Dasar Pendidikan Kebangsaan

12

PEMBENTUKAN PENDIDIKAN

NEGARA

BANGSA

MELALUI

14

4.1

Sistem Persekolahan Yang Seragam

14

4.2

Sukatan Pelajaran Yang Sama

16

4.3

Sistem Peperiksaan Yang Sama

18

4.4

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar

19

4.5

Pendidikan Sejarah

21

4.6

Kesepaduan Kokurikulum

23

4.7

Peningkatan Kemudahan Pendidikan

24

4.8

Peningkatan Taraf Universiti di Malaysia

26

5.0

KESIMPULAN

28

6.0

RUJUKAN

30

1

1.0

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang dibentuk pada tahun 1963 dan masih lagi mencari identitinya yang tersendiri. Proses mencari identiti ini amat penting untuk menguatkan jati diri penduduknya. Oleh itu, Malaysia telah cuba membina negara bangsanya yang tersendiri berlandaskan kebudayaan dan etnik yang wujud dalam negara ini.1 Kepelbagaian etnik dalam Malaysia memberikan pelbagai kelebihan dan tidak kurang juga pelbagai masalah terhadap negara ini. Oleh yang demikian, pelbagai usaha dan inisiatif dilakukan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang mungkin timbul akibat kepelbagaian etnik ini. Takrif negara bangsa Malaysia menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, ialah negara bangsa dibina dan dibangunkan dengan rakyat yang menyanjung masa depan yang dikongsi bersama, berintergrasi seluruh wilayah dan kelompoknya, menikmati kehidupoan bersama berasaskan hal dan keadilan serta menumpukn taat setia dan pengabdian tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara. 2 Pendidikan merupakan aspek yang mampu menyumbang kepada proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang mantap. Oleh itu penulisan ini akan membincangkan mengenai sumbangan yang diberikan oleh bidang pendidikan dalam proses negara bangsa Malaysia. Sistem

pendidikan

di

zaman

penjajahan

telah

berkembang

tanpa

mengambilkira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin bersesuaian dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri. Pendidikan negara telah mengalami evolusi sejajar dengan pembangunan dan kemampuan negara. 1

Syed Husin Ali, Ethnic Relation In Malaysia, Harmony And Conflict, Strategic Information And Research Development Centre, 2008, hlm. 26 2

Mahdi Shuid, Mohd Hanafi Zainal, Abd, Aziz Ismail, Kamaruddin Ilias, Pendidikan Negara Bangsa Malaysia, Multimedia Sdn. Bhd, Kuala Lumpur, 2010, hlm. 18

2

2.0

SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PEMERINTAHAN BRITISH

Semasa British masih lagi menguasai negara kita, pendidikan yang ada pada masa tersebut adalah berbeza dengan pendidikan yang ada pada hari ini. Sebelum kemerdekaan Tanah Melayu terdapat lima aliran sekolah yang utama pada masa tersebut iaitu sekolah aliran Melayu, sekolah aliran Cina, sekolah aliran Tamil, sekolah aliran Inggeris dan sekolah aliran agama (madrasah). 2.1

Sekolah Aliran Inggeris

Semasa zaman pemerintahan pemerintahan British, terdapat tiga sekolah Inggeris ditubuhkan iaitu sekolah yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan pendakwah Kristian, sekolah kerajaan seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar atau disebut sebagai Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan sekolah Inggeris persendirian.3 Maktab Melayu ini dikekalkan sebagai suatu institusi ‘eksklusif’ di mana hampir kesemua penuntutnya terdiri daripada anak-anak golongan atasan sehinggalah perang dunia kedua. Pelajar lepasan Maktab ini juga telah diberikan peluang yang lebih luas untuk diterima masuk dalam Malay Administrative Service (MAS) berbanding pelajar lepasan sekolah-sekolah lain di negeri-negeri Melayu Bersekutu. British sedar bahawa, mereka perlu menjaga hati para elit Melayu demi mengekalkan kedudukan mereka sebagai penjajah. Melalui sistem pendidikan ini, anak-anak Melayu dihantar ke sekolah Inggeris dan diajar dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan didedahkan dengan kurikulum yang dirangka dengan corak England, sukan dan peraturan yang terdapat dalam pemerintahan di sekolah privasi.4

2.2

Sekolah Aliran Melayu

Semasa zaman kolonial, sekolah aliran Melayu telah ditubuhkan dan diuruskan oleh pihak kerajaan.5 Sekolah aliran Melayu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kurikulum dan silibus pendidikan adalah setakat peringkat rendah sahaja 3

Khoo Kay Kim & Jazamuddin Baharuddin (pnyt.), Malaysia: Sejarah dan Proses Perbahasan, 134-148. Hlm. 134. 4

Jim Baker, Crossroads, A Popular History Of Malaysia Singapore, Singapore, Times Book International, 1999, hlm. 190. 5

Wong, H.K., Gwee, Y.H, Official reports on education: straits settlement and the Federated Malay States. Pan Pacific Book Distributor, Singapore, 1980, hlm 2-7

3

iaitu setakat darjah enam sahaja. Sekolah aliran Melayu ini terletak di kawasan kampung dan desa luar bandar kerana tumpuan petempatan masyarakat Melayu pada zaman tersebut. Sekolah tersebut juga tidak mempunyai kemudahan yang lengkap. Menurut Zawawi Ibrahim dalam penulisannya Globalization And National Identity: Managing Ethnicity And Cultural Pluralism In Malaysia beliau menjelaskan bahawa dasar pendidikan Barat pada ketika itu untuk org Melayu adalah untuk menjaga hati dan memelihara kaum Melayu yang terdiri daripada masyarakat petani. Oleh sebab golongan petani dianggap penting sebagai pengeluar makanan ruji untuk buruh dan para pemerintah6, pendidikan disediakan atas dasar untuk menjadikan golongan petani lebih berpengetahuan dan bukan untuk pekerjaan. Walaupun begitu, bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, mereka perlu mengikuti Latihan Perguruan. Bagi yang berjaya pula, mereka akan dimasukkan ke dalam Darjah Khas Melayu (Special Malay Class) di sekolah Inggeris. Antara Sekolah aliran Melayu yang awal adalah Sekolah Melayu Gelugor, Bayan Lepas, dan Ayer Hitam di Pulau Pinang pada tahun 1826.7 Sehingga tahun 1892, terdapat 190 buah sekolah Melayu telah ditubuhkan, namun hanya segelintir sahaja yang mendaftar disebabkan kegiatan pendidikan kurang diutamakan oleh masyarakat Melayu. 2.3

Sekolah Aliran Tamil

Pendidikan aliran Tamil sama seperti perkembangan sekolah Cina dimana pembukaan sekolah di ladang-ladang yang dikendalikan oleh peladang dan mubaligh Kristian. Penggunaan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar dan sukatan pelajaran serta buku teks dibawa dari India. Antara sekolah Tamil yang awal adalah Sekolah Tamil di Pinang (1816), Sekolah Anglo Tamil di Melaka (1850), dan Sekolah St. Xavier Malabar di Singapura (1859).8 Sekolah Tamil ini didirikan untuk mengekalkan anakanak menjadi buruh di ladang itu. Sistem pendidikan sekolah Tamil ini hanya setakat sekolah rendah sahaja. Selain itu, sekolah Tamil juga menghadapi beberapa cabaran seperti kemudahan yang tidak lengkap, kurang mendapat sambutan dalam kalangan orang India, dan sebagainya. 6

Zawawi Ibrahim, Globalization And National Identity: Managing Ethnicity And Cultural Pluralism In Malaysia, 115-136 7

8

Ibid, hlm 7

Wong, H.K., Gwee, Y.H. 1980. Official reports on education: straits settlement and the Federated Malay States. Singapore: Pan Pacific Book Distributor, hlm 5.

4

2.4

Sekolah Aliran Cina

Bagi kaum Cina pula, sekolah aliran dipertanggungjawabkan kepada masyarakat Cina sendiri. Semua sukatan pelajaran adalah berteraskan sistem pendidikan di negara Cina dan tenaga pengajar juga dibawa dari negara Cina. Perkembangan sekolah vernakular Cina agak pesat bukan sahaja dari segi bilangan sekolah yang ditubuhkan malahan sistem pengajaran yang berasaskan dialek seperti Hakka, Kantonis, dan Hokkien telah dimansuhkan dan menjadikan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar pada tahun 1920. Terdapat tiga peringkat sistem pendidikan vernakular Cina iaitu sekolah rendah selama 6 tahun pengajian, sekolah menengah rendah (junior middle three) dan sekolah menengah atas (senior middle three) selama tiga tahun pengajian. 9

British

menggalakkan perkembangan sistem pendidikan berasaskan kaum ini. Tujuan utama British

menyokong

penubuhan

sekolah

cina

adalah

untuk

mengurangkan

pemberontakan dalam kalangan kaum cina terhadap pemerintahan British. Begitu juga, tumpuan pendidikan sekolah cina semasa zaman kolonial adalah untuk memupuk kesetian kepada negara dan maharaja China. 2.5

Sekolah Agama

Pada awalnya, sekolah agama adalah merupakan pendidikan yang melibatkan pengajaran mengenai agama dan Al-Quran. Sekolah aliran agama menggunakan bahasa Arab serta bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Sekolah aliran agama atau madrasah ini menggunakan teks-teks agama sebagai sumber utama dalam pelajaran. Mereka ketika itu menjadikan surau dan masjid sebagai tempat untuk menuntut ilmu dengan mengkaji ayat-ayat kitab Al-Quran. Pelajaran yang diperolehi ketika itu melalui dengan menghafal ayat-ayat Al-Quran, menghafal doa, dan mempelajari mengenai ajaran Islam dengan merujuk kepada imam dan para guru agama.10 Akibat daripada pelaksanaan dasar pecah dan perintah oleh pihak British, maka penduduk di Tanah Melayu sudah terbiasa untuk hidup secara berasingan dan tidak rapat. Oleh itu, kewujudan sekolah-sekolah vernakular ini juga adalah implikasi

9

Chelliah, D.D., 1940. A history of the educational policy of the straits settlements with recommendation for a new system based on vernaculars. University of London, hlm 35. 10

Mior Khairul Azrin, Sistem Pendidikan di Malaysia: dasar, cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional, 2011, Sosiohumanika 4(1): 33-48

5

terhadap perkara ini.11 Sejak pertengahan tahun-tahun 40-an dan awal tahun-tahun 50an, penjajah Inggeris telah cuba menyusun semula sistem pendidikan vemakular yang berbeza di Tanah Melayu menerusi penggubalan beberapa dasar pendidikan seperti Rancangan Cheeseman (1946), Laporan Pertama Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan (1950), Laporan Kedua Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan (1951), Laporan Jawatankuasa Khas (1951), Laporan Barnes (1951), dan Ordinan Pelajaran 1952. Kecuali Rancangan Cheeseman, dasar-dasar pendidikan lain menyarankan pendekatan pendidikan dwibahasa ala bahasa Inggeris dan bahasa Melayu untuk menyatupadukan sistem pendidikan di Tanah Melayu.12 Namun, dasar-dasar ini begitu mengutamakan kepentingan Bahasa Inggeris sehingga Bahasa Melayu tidak berperanan sebagai teras pembinaan negara. Sedangkan masyarakat Melayu pada masa itu begitu kecewa dengan kurangnya peluang pendidikan untuk kanak-kanak Melayu serta kebuntuan sekolah-sekolah Melayu.13 Perkara ini jelas menunjukkan bahawa British memang cuba melaksanakan dasar pendidikan yang tersusun tetapi dalam kerangka mengutamakan Bahasa Inggeris dan akhirnya menjejaskan penggunaan bahasa Melayu itu sendiri. Sistem pelajaran yang telah dilaksanakan oleh kolonial ini telah memecah-belahkan rakyat sungguhpun ianya merupakan juga kuasa yang menyatukan anggota-anggota sesuatu bangsa kerana setiap bangsa mempunyai lekongan bahasa dan kebudayaannya yang sendiri dan pelajaran telah mengukuhkan dan melanjutkan perpecahan ini walaupun ianya besifat menyatu-padukan namun ianya masih tidak jelas serta berpunca daripada pelajaran dalam bahasa Inggeris itu sendiri.14 Walaupun begitu, sistem pendidikan di Tanah Melayu telah menerima perubahan selepas kemerdekaan dan perubahan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum bagi membentuk negara bangsa Malaysia. Hal ini kerana pendidikan adalah suatu pemangkin kepada perubahan 11

Shahril Marzuki , Habib Mat Som, Isu Pendidikan di Malaysia:Sorotan dan Cabaran, Utusan Publication & Distributors, Kuala Lumpur, 1993, hlm. 3-7 12

Pelan Induk Pendidikan 2006-2010.

13

Tan Yao Sua, Politik dalam Pendidikan Vernakular Cina di Semenanjung Malaysia: Satu Perspektif Hubungan Etnik Majoriti-Minoriti, Jurnal Pendidik dan Pendidikan Jilid 16, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 1998, hlm. 126. 14

Graham Saunders, Malaya:Perkembangan Masyrakat Majmuk, Longman Malaysia Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 1978, hlm. 42

6

kepada masyarakat untuk moboliti sosial dan juga sebuah indikator penting dalam transformasi kelas sosial.15 Di Sabah, kesedaran tentang perlunya memperkukuh dan menggabungkan sistem pelajaran dengan tujuan memupuk satu kerakyatan dalam lingkungan Komanwel British dapat dilihat dari cadangan-cadangan Laporan Woodhead yang dilakukan pada 1955.16 Manakala di Sarawak,

McLellan yang

dilakukan pada tahun 1960 telah menekankan betapa pentingnya mengawal sekolahsekolah Cina supaya mengikuti sistem persekolahan kolonial yang menggunakan bahasa pengantar Inggeris sebagai cara untuk mencapai matlamat yang sama. Kesan transformasi penglibatan pihak British di Tanah Melayu sememangnya sangat ketara terutama sekali dalam bidang pendidikan. Walaupun sistem pendidikan kolonial bersifat perkauman, namun keadaan tersebut telah mengubah perkembangan sosial masyarakat dari segi kadar kenal huruf dan pembangunan intelek. Perkembangan sistem pendidikan semasa zaman kolonial adalah bergantung kepada pembiayaan dan perbelanjaan daripada kerajaan. Kemudahan persekolahan yang lengkap akan disediakan di kawasan bandar-bandar besar di samping terdapat kemudahan sosial yang lain. Malahan, sistem pendidikan yang berasaskan kaum ini adalah refleksi daripada kesungguhan dan daya inisiatif dari setiap kelompok kaum untuk membekalkan sebuah institusi yang mampu membekalkan ilmu pengetahuan dalam kalangan masyarakat. Tanggungjawab dan kesan campur tangan pihak kolonial dalam sistem pendidikan di Malaysia sebelum ini telah memberi kesan yang positif kerana pembangunan intelek telah berkembang dan maju. Namun, Kesan dasar kolonial yang begitu mendalam telah menyebabkan kesukaran untuk membentuk sebuah sistem pendidikan yang selaras.

15

Abdul Rahman Embong, Social Transformation, The State and The Middle Classes in PostIndependence Malaysia, 1996, Southeast Asian Studies (34) 3: 56-79 16

Mokhtar Haji Shamsuddin, Negara Kita: Sejarah, Pentadbiran dan Dasar-dasar Pembangunan, Institusi Tadbiran Awam Negara, Kuala Lumpur, 1982, hlm. 152

7

3.0

PENDIDIKAN DI MALAYSIA PASCA-MERDEKA 3.1

Laporan Razak

Selepas mencapai kemerdekaan sistem pendidikan di Malaysia mula mengalami perubahan dan rombakan telah dilakukan berasaskan laporan-laporan terdahulu yang dilakukan. Sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka dapat di kelaskan mengikut dasar-dasar yang digubal pada tempoh yang tertentu. Salah satu laporan yang paling signifikan kepada pendidikan di Malaysia ialah Laporan Razak pada tahun 1956. Walaupun laporan ini dijalankan sebelum negara mencapai kemerdekaan, namun laporan ini adalah sangat penting sebagai asas kepada pendidikan yang sempurna buat semua masyarakat Tanah Melayu, sekurang-kurangnya pada peringkat awal. Laporan ini meletakkan asas bagi perkembangan sistem pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua sekolah.17 Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah menyatukan pelajar-pelajar daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar dan semua sekolah-sekolah rendah dan menengah hendaklah bercorak Tanah Melayu. Kaedahnya ialah dengan menyamakan sukatan pelajaran semua sekolah-sekolah. Dan mengemukakan beberapa syor tentang pendidikan rendah, pendidikan menengah dan sistem peperiksaan. Jawatankuasa ini telah meminta saranan daripada orang ramai dan persatuan tentang isu-isu pendidikan. Hasil kajian jawatankuasa ini terkandung dalam Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956.18 Laporan Razak telah menekankan semula tentang kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, di samping pengajaran bahasa Inggeris. Kesemua sukatan pelajaran menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan ianya sudah lama diterima sebagai satu daripada cara untuk menyatupadukan masyarakat berbilang kaum pada masa itu. 17

18

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010.

Mohamad Rodzi Abd Razak, Pembinaan Negara Malaysia: Peranan Pendidikan Sejarah dan Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2009, Jebat : Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies (36): 90-106.

8

3.2

Laporan Rahman Talib

Laporan Razak telah mendapat tentangan daripada orang Melayu dan juga orang bukan Melayu. Oleh itu, sebuah jawatankuasa Penyemakan Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1959 untuk mengkaji semula pelaksanaan Laporan Razak dan langkahlangkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini telah diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib, Menteri Pendidikan pada masa itu. Penyata Rahman Talib 1960 yang telah diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Penyata Razak. Terdapat empat aspek penting dalam laporan tersebut. Pertama menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Kedua, mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa. Ketiga, memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir. Seterusnya yang terakhir adalah memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan kerohanian.19 Malah, semua peperiksaan awam di sekolah-sekolah menengah diadakan dalam ...


Similar Free PDFs