Penyerapan saintisme di Malaysia dan cabarannya serta langkah mengatasi PDF

Title Penyerapan saintisme di Malaysia dan cabarannya serta langkah mengatasi
Course Philosophy and current issues
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 6
File Size 110.1 KB
File Type PDF
Total Downloads 798
Total Views 937

Summary

Penyerapan saintisme di Malaysia dan cabarannyaPenyerapan saintisme di Malaysia dipercayai adalah disebabkan oleh budaya asing yang masuk dan mempengaruhi masyarakat setempat, atau dengan ringkasnya, fenomena globalisasi. Tidak ada sesiapa pun yang hidup bermasyarakat di seluruh dunia ini yang dapat...


Description

Penyerapan saintisme di Malaysia dan cabarannya Penyerapan saintisme di Malaysia dipercayai adalah disebabkan oleh budaya asing yang masuk dan mempengaruhi masyarakat setempat, atau dengan ringkasnya, fenomena globalisasi. Tidak ada sesiapa pun yang hidup bermasyarakat di seluruh dunia ini yang dapat lari daripada mengalami fenomena globalisasi ini sesungguhnya ia merupakan satu fenomena tetap akan berlaku dalam kehidupan kita. Fenomena ini juga bermaksud menyebarkan atau meluaskan sesuatu aktiviti ekonomi, politik, kebudayaan, kepercayaan dan lain-lain ke peringkat dunia. Disebabkan oleh perkembangan dan kepantasan teknologi maklumat, dunia kelihatan kecil dari segi perhubungan manusia. Dalam era modenisasi yang sedang berkembang maju sekarang ini, kita lebih terdedah kepada pengaruh budaya luar terutamanya pengaruh Barat. Fenomena globalisasi ini bukanlah fenomena yang baru dan asing, ianya telah berlaku ratusan tahun dahulu. Malaysia pernah dijajah oleh kuasa asing pada suatu ketika dahulu, iaitu British, Jepun dan beberapa kuasa asing yang lain. Tahun 1769 merupakan penempatan terawal British di Malaysia bermula dengan pendudukan Pulau Balambangan hasil perjanjian dengan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu. Akhirnya, setelah menandatangani Perjanjian Pangkor, Britain meluaskan kuasanya ke negeri-negeri Melayu iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan sementara negeri-negeri lain iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand. Pada 8 Disember 1941, Jepun pula menjajah Tanah Melayu apabila Tentera Darat Ke-25 Jepun menyerang Tanah Melayu. Di Borneo pula, pada tahun 1881 sehingga 1946, kerajaan Sabah berada di bawah pajakan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British apabila ia ditabalkan sebagai Koloni Diraja British manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke sebelum detik itu. Penjajahan kuasa-kuasa asing ini telah membawa fenomena globalisasi ke Tanah Melayu. Fenomena ini, selain membawa perubahan kepada sistem pendidikan, ekonomi, politik dan sosial, mereka juga membawa masuk budaya dan kepercayaan mereka ke Tanah Melayu termasuklah saintisme. Saintisme bukanlah hanya sesuatu konsep, tetapi ianya juga merupakan sesuatu agama bagi segelintir individu yang mempunyai kepercayaan bahawa metode dan pendekatan ilmiah dapat diterapkan untuk segala hal dan bahawa sains mempunyai jawapan untuk segala masalah yang wujud di dunia ini sehingga menyingkirkan pandangan-pandangan yang lain.

Bukan setakat itu, fenomena globalisasi pada masa kini juga semakin berkembang dan proses penyebarannya semakin cepat dan luas berbanding dahulu sesungguhnya dunia sudah semakin maju dengan adanya kecanggihan teknologi, segala maklumat boleh didapatkan dan disebar dengan luas dengan hanya menekan sesuatu butang. Antara pemangkin di dalam era globalisasi masa kini ialah Internet, melalui Internet, segala maklumat yang dihasilkan di mana pun di dunia ini dapat dipindahkan dan disebarkan ke masyarakat di bahagian dunia yang lain. Unsur-unsur ajaran saintisme juga mudah didapati di dalam Internet dan di pelbagai platform media. Ini merupakan salah satu usaha oleh golongan Saintisme untuk mengembangkan ajaran saintisme di kalangan orang lain, terutamanya anak muda, yang masih belum cukup pengetahuan dan kearifan dalam isu ini. Hal ini boleh mempengaruhi minda-minda anak muda yang sering melayari Internet pada masa kini. Selain daripada itu, pengaruh sesama masyarakat juga telah menyumbang kepada perkembangan saintisme di Malaysia. Terdapat segelintir masyarakat yang mempercayai ajaran saintisme di dalam kehidupan mereka. Terdapat beberapa ciri-ciri utama yang dimiliki oleh golongan ini antaranya adalah mereka terdiri daripada kalangan yang kurang pengetahuan agama ataupun tidak pernah mendapat pendidikan agama di dalam hidup mereka. Kepercayaan terhadap saintisme ini juga wujud disebabkan oleh perasaan yang terlalu kagum dengan kemajuan sains dan teknologi yang boleh dilihat pada zaman kini, contohnya kemajuan perhubungan fizikal seperti kereta api, perhubungan udara yang canggih, bangunan pencakar langit, penghasilan ubat-ubatan dan sebagainya. Mereka merasakan bahawa sains telah menyelesaikan masalah dunia dengan mencipta alat-alat yang diperlukan pada masa kini. Konsep modeniti sering berkait rapat dengan sains dan teknologi dan hal ini tidak dapat dipisahkan kerana dalam arus pemikiran kontemporari, sains dilihat menjadi asas yang menjayakan modeniti. Justeru, segelinitir masyarakat, termasuk masyarakat beragama Islam juga mudah terpedaya dan terpengaruh dengan kecanggihan yang boleh dilihat pada zaman sekarang. Cabaran utama yang terdapat dalam hal-hal ini adalah ilmu pengetahuan yang cetek dalam ilmu agama dan juga ilmu sains. Golongan yang cetek ilmu agama ini lebih mudah terpengaruh dengan fahaman saintisme kerana mereka tiada pengetahuan yang mendalam tentang tasawur dan pandangan alam Islam. Justeru, mereka sukar untuk membezakan mana yang benar dan bukan. Selain itu, umat Islam terpaksa bergantung kepada orang lain bagi

memenuhi keperluan-keperluan umat Islam sendiri seperti makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Ini adalah kerana terdapat terdapat dominasi ilmu sains dan teknologi oleh orang bukan Islam ke atas umat Islam. Kebergantungan ini memberi peluang kepada mana-mana pihak yang memusuhi Islam untuk memanipulasi dan menindas umat Islam. Oleh itu, langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini hendaklah dilakukan sebelum isu-isu ini menjadi semakin parah.

Kaedah Menangani Setiap cabaran pasti ada langkah untuk mengatasinya. Dalam hal ini, pendidikan amatlah penting kerana ia dapat mempengaruhi cara kita untuk berfikir terhadap sesuatu isu atau apa-apa yang kita akan hadapi di dalam kehidupan ini. Takrifan pendidikan amat penting supaya kita dapat memahami dengan lebih lanjut serta mendalam dengan perkara yang ingin dipelajari. Bagi mengatasi cabaran tersebut, pendidikan hendaklah diteguhkan dan diberikan kepada mana-mana individu yang kurang berpendidikan, sama ada dari segi ilmu naqli ataupun aqli. Jika kedua-dua ilmu ini di boleh dikuasai oleh individu-individu ini, maka mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan kepercayaan saintsme ini. Ini adalah kerana dengan wujudnya pendidikan, mereka akan lebih mengetahui dengan lebih mendalam lagi isu tersebut dan baik buruknya. Selain itu, pihak bertanggungjawab juga boleh meluaskan lagi sistem pendidikan ini dan bukan sahaja terhad kepada sesi pengajaran secara fizikal tetapi secara maya juga iaitu melalui media sosial. Pendidikan tidak seharusnya terdiri daripada pendidikan formal, tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai pendidikan tidak formal seperti dakwah melalui video, artikel, sesi soal jawab dan sebagainya, asalkan ilmu tersebut dapat disampaikan kepada masyarakat. Kemudahan Internet mestilah digunakan dengan sebaiknya, terutamanya sebagai satu medan dakwah bagi menyebarkan ajaran Islam dan menyampaikan nilai-nilai murni kepada masyarakat seluruh dunia. Contoh media sosial yang boleh digunakan adalah Facebook, Instagram, Twitter, Youtube, Whatsapp dan sebagainya. Di era pemodenan ini, kita hendaklah menggunakan teknologi yang ada dengan sebaiknya. Tambahan pula, dengan cara ini, pendidikan yang hendak disampaikan boleh disampaikan dengan luas dan pantas, bukan sahaja pada masyarakat Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Kaedah yang seterusnya untuk mengelakkan masyarakat umat Islam daripada manipulasi pihak-pihak yang hendak menyebar saintisme ialah menghidupkan semula sains Islam tradisional. Sebagai contoh, pertanian dan perubatan. Dengan ini, keyakinan di kalangan orang Islam untuk menghargai budaya mereka sendiri dapat ditingkatkan sekaligus dapat menghindarkan monopoli sains dan teknologi moden di dalam kehidupan kita. Langkah ini perlu dimulakan dengan mengambil sains Islam tradisional secara serius dan kritikal, oleh itu, masyarakat umat Islam hendaklah sama-sama bangkitkan semula sains Islam tradisional kerana ia juga membolehkan menghubungkan sarjana sains tradisional dan pengamal sains moden. Pemisahan etika di dalam sains moden telah menyebabkan kemusnahan alam, justeru

ia amatlah penting bagi sarjana tradisional dan pengamal sains moden untuk bersama-sama membentuk sains dengan menyatukan sains dan etika menerusi struktur teori dan asas falsafah di dalam sains serta tidak menyingkirkan landasan prinsip Islam. Konsep sains yang berlandaskan unsur-unsur ini mampu membawa kesan yang mendalam terhadap keamanan keseluruhan umat manusia. Kaedah-kaedah yang diterangkan di atas tersebut dapat menhindari kepercayaan saintisme ini daripada berkembang secara berleluasa lagi, memberi kesedaran kepada inidividu, menyelamatkan masyarakat umat Islam daripada manipulasi mana-mana pihak yang hendak menyebar kepercayaan saintisme dan pada masa yang sama, mewujudkan konsep sains yang mampu membawa kesan yang mendalam terhadap kesejahteraan keseluruhan umat manusia.

Rujukan Penyerapan Saintisme Di Malaysia :http://studentsrepo.um.edu.my/3898/5/Bab_4_Pemikiran_Tentang_Sains_Islam.pdf https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=globalisasi&d=10456& https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/globalisasi/ https://ejournal.um.edu.my/index.php/ADAB/article/view/7807/5365 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sains_dan_teknologi_di_Malaysia Kaedah Mengatasi :https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/globalisasi/ http://studentsrepo.um.edu.my/3898/5/Bab_4_Pemikiran_Tentang_Sains_Islam.pdf...


Similar Free PDFs