Peranan Masyarakat dalam Menangani Aktiviti Sosial Berisiko iaitu Penagihan Dadah:Suatu Analisis Menurut Perspektif Peradaban Islam,Cina,India dan Barat. PDF

Title Peranan Masyarakat dalam Menangani Aktiviti Sosial Berisiko iaitu Penagihan Dadah:Suatu Analisis Menurut Perspektif Peradaban Islam,Cina,India dan Barat.
Author XINMEI LIM
Course philosophy
Institution Universiti Utara Malaysia
Pages 32
File Size 429.4 KB
File Type PDF
Total Downloads 317
Total Views 749

Summary

UNIVERSITI UTARA MALAYSIASECOND SEMESTER SESSION 2019/2020 (A192)MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABANGROUP MKERJA KURSUS BERKUMPULAN:Peranan Masyarakat dalam Menangani Aktiviti Sosial Berisiko iaitu Penagihan Dadah:Suatu Analisis Menurut Perspektif Peradaban Islam,Cina,India dan Barat. DISEDIAKAN...


Description

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SECOND SEMESTER SESSION 2019/2020 (A192) MPU1013 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN GROUP M KERJA KURSUS BERKUMPULAN: Peranan Masyarakat dalam Menangani Aktiviti Sosial Berisiko iaitu Penagihan Dadah:Suatu Analisis Menurut Perspektif Peradaban Islam,Cina,India dan Barat. DISEDIAKAN KEPADA: Dr. Khairiah binti Mohd Yassin DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 5 No

Nama

1

Chia Sze Ying

271530

2

Izyan Syazwani Binti Suratman

271612

3

Lim Han Sheng

273166

4

Lim Xin Mei

271093

5

Nurul Hazianti Binti Mohamad Yusof

271588

6

Muhamad Nor Arif Bin Abu Bakar

271229

7

Nur Alia Amani Binti Amran

270539

8

Nur Shahirah Binti Osman

271525

9

Siti Noraily Binti Syabudin

271187

10

Yong Hew Man

271840

Bil

No. Matrik

Isi Kandungan 1

Muka Surat

1 2 3 4 5 6

1.0 Pengenalan 2.0 Objektif 3.0 Skop Kajian 4.0 Kajian Literatur 5.0 Metodologi Kajian 5.1 Keperpustakaan 6.0 Analisis Dapatan Kajian

1-4 5 5 6-8 9

10-24 6.1 Mengkaji Konsep Masyarakat dari dari perspektif Peradaban Islam, Cina, India dan Barat 6.1.1 Konsep Peradaban Mengikut Konteks Peradaban Islam 6.1.2 Konsep Peradaban Mengikut Konteks Peradaban Cina 6.1.3 Konsep Peradaban Mengikut Konteks Peradaban India 6.1.4 Konsep Peradaban Mengikut Konteks Peradaban Barat 6.2 Menganalisis kesan dadah dan peranan masyarakat dalam menangani aktiviti berisiko iaitu dadah dari perspektif peradaban Islam, Cina, India dan Barat 6.2.1 Kesan Dadah Kepada Peradaban Islam 6.2.2 Kesan Dadah Kepada Peradaban Cina 6.2.3 Kesan Dadah Kepada Peradaban India 6.2.4 Kesan Dadah Kepada Peradaban Barat 6.3 Menganalisis Peranan Masyarakat Dalam Menangani Gejala Dadah 7

7.0 Kesimpulan

25-26

7.1 Pengenalan 7.2 Konsep Masyarakat dari Perspektif Peradaban Islam, Cina, India dan Barat 7.3 Kesan Dadah dan Peranan Masyarakat dalam Menangani Aktiviti Berisiko iaitu Dadah dari Perspektif Peradaban Islam, Cina, India dan Barat 8

Senarai Rujukan

2

1.0 PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peradaban bermaksud sistem dan tahap perkembangan sosial sesuatu bangsa, kebudayaan sesuatu bangsa dan kemajuan sosial yang membentuk sebuah bangsa atau negara bangsa. Peradaban juga mempunyai maksud yang sangat luas dari segi kemajuan ekonomi, politik serta teknologi. Selain itu, peradaban boleh merujuk kepada pengelompokan manusia yang berasaskan budaya yang tinggi serta identiti budaya untuk membezakan manusia dari spesies lain. (Samuel P. Huntington, 1992) Definisi

bagi

masyarakat

mengikut

Kamus

Dewan

pula

bermaksud

masyarakat merupakan kumpulan manusia yang hidup bersama-sama dalam jangka masa yang lama, tinggal di suatu wilayah tertentu, mempunyai kebudayaan sama serta melakukan sebahagian besar kegiatan di dalam kelompok. Definisi bagi aktiviti sosial memberi maksud segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan. Definisi bagi dadah pula ialah suatu bahan yang digunakan dalam bidang perubatan yang bertujuan untuk mengubati manusia dan haiwan. (Kamus Dewan, 2005) Dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Sebagai contoh, kafeina yang berperanan sebagai perangsang dalam makanan tidak akan dianggap sebagai dadah kecuali makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu. Menurut Berita Harian (2016), terdapat banyak negara barat membenarkan penggunaan dadah terumatanya ganja. Antaranya Amerika Syarikat, Belanda, Kanada, England, Australia, Israel, Republik Czech dan Portugal. Pindaan undang-undang yang membenarkan penggunaan ganja seperti di Belanda. Rakyat Belanda boleh mendapat dadah seperti ganja dengan saluran yang sah iaitu di kedai yang bernama “Coffeeshop”. Hal ini disebabkan, kajian di Barat termasuk Amerika Syarikat, Kanada dan England, dadah seperti ganja didapati efektif menghilangkan rasa loya dan muntah dalam kalangan pesakit kanser, merangsang selera makan pesakit AIDS, mengurangkan ketegangan dan kesakitan pesakit sklerosis berbilang (multiple sclerosis). Ia juga dikatakan berkesan sebagai ubat penahan sakit untuk pesakit kanser terutama bila digabungkan dengan ubat penahan sakit. Terdapat juga kajian menunjukkan ganja berkesan merawat jenis sawan tertentu (Dravet Syndrome). Dadah dihalalkan di negara Barat disebabkan peradaban Barat yang mempunyai kepercayaan

3

bahawa agama tidak patut dilibatkan dalam aktiviti-aktiviti sosial dan politik dalam sesebuah negara. Oleh itu, dadah adalah halal di negara barat. Namun, peradaban Barat telah bercanggah dengan peradaban Islam di Malaysia. Penggunaan dadah selain daripada bidang perubatan telah diharam di Malaysia. Hla ini disebabkan, Islam melihat dadah sebagai pemusnah ummah kerana bermula daripada penagih, ia merebak kepada keluarga, masyarakat dan negara. Penagih dadah juga semakin jauh daripada ajaran agama kerana apabila minda dan tubuh sudah dikuasai dadah mereka berpaling daripada tanggungjawab sebagai hamba kepada Penciptanya. Hukum dan larangan pengambilan dadah jelas haram berdasarkan dalil yang diqiaskan daripada arak. Oleh itu, peradaban Islam telah menyebabkan dadah tidak dihalalkan di Malaysia. Menurut statistik yang ditunjukkan oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2018, statistik menunjukkan bagi penagih baru yang dikesan boleh terbahagi kepada 2 bahagian iaitu per kes dan per individu. Bagi per kes jumlah mendapati sebanyak 17474 per kes telah dicatat manakala bagi per individu pula jumlahnya sebanyak 17315 telah dicatat pada tahun 2018. Bagi jumlah kedua-dua kategori menunjukkan penurunan berbanding jumlah pada tahun 2017. Seterusnya bagi jumlah penagih berulang juga terbahagi kepada dua kategori iaitu per kes dan per individu. Bagi per kes jumlah yang dicatat sebanyak 7793 per kes menunjukkan peningkatan daripada tahun 2017 manakala bagi per individu jumlah yang dicatat adalah sebanyak 2908 pada tahun 2018 yang menunjukkan penurunan berbanding tahun 2017. Merujuk keseluruhan bagi per kes telah mencatat sebanyak 25267 manakala keseluruhan bagi per individu adalah sebanyak 20223 yang mana kedua-dua kategori ini menunjukkan penurunan berbanding tahun 2017. Secara ringkas, penagih dadah baru per kes serta individu menunjukkan penurunan manakala penagih dadah yang berulang juga menurun pada tahun 2018 berbanding tahun 2017. Bagi kategori umur statistik telah membahagikan kepada 3 kategori iaitu remaja, belia dan dewasa. Statistik menunjukkan bahawa golongan belia iaitu bermula dari 19 tahun hingga 39 tahun paling banyak terlibat dalam gejala dadah iaitu sebanyak 18417 per kes dan 15131 per individu. Manakala kedua tertinggi ialah golongan dewasa iaitu yang berumur 40 tahun ke atas. Statistik menunjukkan bahawa jumlah penglibatan golongan ini adalah sebanyak 6300 per kes dan 4551 per individu bagi tahun 2018. Seterusnya statistik mendapati bahawa golongan lelaki lebih banyak yang terlibat dalam gejala dadah berbanding perempuan iaitu sebanyak 24314 per kes dan 19392 per individu. Manakala jumlah bagi kaum wanita 4

pula yang terlibat dalam gejala dadah adalah sebanyak 953 per kes dan 831 per individu. Hal ini membuktikan bahawa kaum lelaki lebih banyak terlibat dalam gejala dadah berbanding wanita. Dadah mempunyai pelbagai kesan sama ada kesan yang baik dan kesan buruk kepada manusia. Jika dadah digunakan dalam kuantiti yang sedikit mampu memberi kesan yang baik iaitu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit dan membantu dalam bidang perubatan seperti mengurangkan rasa sakit kepada pesakit semasa pembedahan dilakukan. Sebagai contoh,ganja dikatakan berkesan bagi mengurangkan sembelit, kegelisahan, kekejangan otot dan merawat penyakit sawan. Akan tetapi dadah juga akan menjadi sangat berbahaya jika digunakan dalam kuantiti yang banyak dan disalahguna oleh masyarakat. Dadah ini akan jadi racun dalam badan kita. Hal ini kerana, dadah boleh menyebabkan kematian dan hilang fikiran waras. Selain itu, pengambilan dadah dalam kuantiti yang banyak bukan sahaja membahayakan diri seseorang yang mengambil dadah malah dapat juga mengancam keselamatan masyarakat sekeliling kerana mereka akan menyebabkan tindakan yang luar biasa seperti meragut, merompak dan sebagainya. Sebagai contoh, ganja yang digunakan untuk

mengurangkan

sembelit

telah

digunakan

oleh penagih

dengan

tujuan

mendapat high atau euforia, menghilangkan malu atau memudahkan 'interaksi sosial' serta mengurangkan stres atau tekanan. Hakikat sebenar ialah ia tidak mengubat stres, tetapi sekadar mengaburi atau mengurangkan simptom semata-mata. Ganja boleh menyebabkan gangguan memori jangka pendek, konsentrasi, imbangan dan koordinasi. Kesannya ke atas sistem imunisasi manusia mengurangkan daya tahan terhadap infeksi atau jangkitan kuman. (Berita Harian, 2016) Oleh itu, dadah mempunyai kesan baik sekiranya menggunakan dalam bidang perubatan dan memberi kesan buruk kepada manusia apabila guna dalam saluran yang salah. Antara faktor dadah semakin berleluasa di dalam Malaysia ialah penjagaan sempadan negara yang lemah sehingga penyeludupan dadah mudah untuk masuk. Selain itu, gejala rasuah iaitu memberi dan menerima rasuah yang dilakukan oleh pihak keselamatan yang menyebabkan penyeludupan dadah mudah masuk tanpa di periksa. Tambahan pula, kurangnya perhatian oleh keluarga terhadap anak mereka yang menyebabkan anak mereka mudah terjebak dalam dadah. Golongan masyarakat yang menyalahgunakan dadah atas sebab-sebab seperti untuk menghilangkan tekanan, digunakan untuk meningkatkan tenaga untuk melakukan kerja dan sebagainya juga merupakan faktor dadah menjadi berleluasa. Tambahan pula, dalam kehidupan yang didesak oleh kepentingan materialistik, tidak kurang 5

juga masyarakat terikut-ikut dengan cara hidup sedemikian hinggakan ada yang menggadai nilai serta moral untuk mencapai kemewahan dalam kehidupan dengan cara menagih dadah. (Mahmood, 2005) Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan oleh individu, masyarakat dan negara untuk mengatasi penyalahgunaan dadah. Langkah yang boleh dilakukan oleh individu ialah individu harus berfikir terlebih dahulu secara rasional sebelum mengambil sesuatu tindakan, menjauhkan diri dengan kawan yang kuat sosial, jangan mudah terpedaya dengan orang yang baru kenal dan melibatkan diri dalam kempen antidadah. Manakala bagi pihak masyarakat pula langkah yang boleh diambil ialah ibu bapa perlu mengambil berat terhadap kegiatan anak-anak mereka, melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat individu yang mencurigakan, dan masyarakat boleh mengadakan rondaan di kawasan kampung atau taman untuk membanteras kegiatan gejala dadah tersebut. Seterusnya, negara juga boleh mengambil tindakan dengan menguatkuasakan undang-undang, mengadakan kempen anti-dadah, dan pihak berkuasa perlu melakukan pemeriksaan terhadap masyarakat atau warga asing yang ingin keluar masuk negara. Kesimpulannya, dadah mampu memberi kesan baik dan buruk kepada individu serta masyarakat. Dadah akan menjadi pemusnah kepada jati diri dan masyarakat sekiranya disalahguna. Rasionalnya, individu serta masyarakat perlu berfikir sebelum bertindak.

6

2.0 OBJEKTIF KAJIAN Terdapat dua objektif kajian projek ini iaitu adalah untuk : 1.Mengkaji konsep masyarakat dari perspektif Peradaban Islam, Cina, India dan Barat 2.Menganalisis kesan dadah dan peranan masyarakat dalam menangani aktiviti berisiko iaitu dadah dari perspektif peradaban Islam, Cina, India dan Barat

3.0 SKOP KAJIAN Kajian hanya terhad kepada konsep masyarakat, kesan dadah serta peranan masyarakat menangani dadah dari perspektif Peradaban Islam, Cina, India dan Barat.

7

4.0 KAJIAN LITERATUR Sebuah takrifan tentang penagih dadah yang bermaksud pengambilan, penggunaan atau penyalahgunaan bahan-bahan psikoaktif dari segi pergantungan fizikal dan psikologikal terhadap dadah telah dilakukan oleh Mahmood (1996). Hal ini tercetus apabila terjadinya sebuah krisis lanjutan seperti tekanan perasaan , gagal dan lemah dalam merancang masa hadapan , tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi (Rasmussen, 2000). Individu ini tidak mampu mengawal emosi dan perasaan serta mudah berasa marah walaupun terhadap perkara yang kecil dan di sinilah membawanya ke titik permulaan penagihan dadah . Sokongan yang lemah daripada masyarakat kepada penagih dadah merupakan salah satu

faktor

yang

memberi

kecenderungan

mereka

melakukan

aktiviti

ini

(Daley,1987;Hawkins &Fraser, 1987; Miller,1992). Melalui hasil kajian yang dilakukan oleh Mohd Taib, Rusli dan Mohd Khairi pada tahun 2000, mendapati bahawa komunikasi kekeluargaan yang berlaku antara keluarga bekas penagih dadah adalah pola yang longgar dan menggunakan komunikasi yang kurang berkesan dan tidak efektif. Perkara ini telah menyebabkan salah satu kebarangkalian yang tinggi untuk berlaku aktiviti penagihan dadah kerana sokongan yang lemah daripada keluarga mampu mengembalikan semula seseorang ke alam penagih dadah. ( Daley dan Marlatt ,1992) Sesungguhnya sokongan keluarga amat penting dan diperlukan bagi memastikan ahli keluarga tidak terlibat dalam aktiviti berisiko seperti dadah. Dalam kajian tentang Penagihan Dadah dan Residivisme: Aspek-Aspek Psikososial dan Persekitaran yang dijalankan oleh Mahmood (1999), mendapati bahawa individu yang telah mendapat rawatan pemulihan dadah akan kembali semula ke alam penagihan. Hal ini dibuktikan apabila 50% penagih dadah menagih semula dadah berpunca daripada pengaruh rakan lama yang masih menjalani aktiviti ini. Tambahan pula, 76% rakan bekas penagih mengetahui tempat yang boleh mendapatkan bekalan dadah. Walaubagaimanapun, kajian ini amat bertentangan dengan kajian yang dijalankan oleh Chuah pada 1990. Chuah mendapati bahawa rakan merupakan orang yang mampu memberi sokongan terdapat bekas penagih untuk tidak menagih semula. Sokongan dari segi emosi dan kerap kali memberi semangat 8

merupakan satu cara tidak langsung untuk mengurangkan risiko individu. Tegasnya, rakan penagih dadah boleh menyebabkan mereka kembali semula ke alam penagihan atau sebaliknya. Menurut kajian lepas, pengambilan dadah dan pil-pil psikotropik mampu mendorong seseorang untuk melakukan perkara yang melibatkan keganasan serta cenderung untuk melakukan aktiviti yang merbahaya sama ada pada diri mahupun orang sekeliling .(Bureau of Justice Statistic; 1995) Hal ini boleh berlaku dalam tiga situasi iaitu penagih berani melakukan apa sahaja kerana kos yang diperlukan untuk membeli dadah menyebabkan penagih bertindak agresif dan melibatkan kegiatan gengsterisme di kalangan remaja akibat penyalahgunaan dadah. Hal ini dibuktikan apabila dilaporkan dalam laporan penagih dadah bahawa penagih akan bertindak aktif dan bertindak luar batasan berbanding manusia biasa, remaja kerap ditangkap melakukan vandalisme dan yang terakhir statistik bagi vandalisme dan jenayah meningkat sejajar dengan kegiatan penagihan (Bureau of Justice Statistic : 1992) Melalui kajian yang dijalankan 2008 oleh Yusramizza, kegiatan dadah ini mula ketara sejak zaman penjajahan British. Ia bermula apabila pihak British membawa masuk pekerja daripada negara China dan India masuk ke Tanah Melayu pada akhir abad ke-19. Menurut Pasukan Petugas Anti Dadah (1992), kegunaan candu pada ketika itu meningkat dari hari ke hari kerana candu-candu diimport daripada negara China dan India bagi pekerja yang berasal dari sana. Namun, aktiviti mengimport candu telah menyebabkan penduduk di Tanah Melayu mula terpengaruh dan melibatkan diri dengan aktiviti ini. Walau bagaimanapun, Kerajaan British telah mengeluarkan sebuah Ordinan Cukai 1870 bagi mengawal penjualan dan pengedaran. Di bawah ordinan ini, candu yang diimport tanpa kelulusan kerajaan merupakan satu kesalahan kerana sesungguhnya setiap candu yang diimport perlu dikenakan cukai khas. Dalam kajian yang dilakukan oleh Azmi Shah bin Suratman pada tahun 2007, peradaban dapat didefinisikan sebagai tamadun, keadaan mahupun peringkat kemajuan dalam kehidupan sesuatu bangsa atau masyarakat. Manakala Kamus Dewan (2005) telah memberi maksud kepada peradaban sebagai ciri keadaan sesebuah masyarakat yang berdasarkan taraf kemajuan, kebendaan dan pemikiran dari segi sosial, budaya, politik dan lain-lain. Menurut Prof. Syed Muhammad Naguib al-Attas, peradaban ialah kehidupan insan bermasyarakat yang menginginkan taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luruh dicapai. (AlAttas,1978).

9

Di samping itu, menurut kajian yang telah dijalankan pada 2012 oleh Abdul Latiff Abu Bakar, kewujudan Islam memang tidak dapat dipisahkan daripada islamisasi yang terjadi di Asia Tenggara terutamanya di alam Melayu. Melalui fakta sejarah yang sedia ada, Islam telah diterima dari pelbagai penjuru seperti Tanah Arab, Parsi , China dan India. Ianya dibawa oleh pendakwah samada yang datang sebagai ahli sufi, peniaga mahupun para mubaligh pada zaman Kesultanan Melayu. Peradaban yang dikembang oleh bangsa Eropah adalah peradaban barat. Peradaban ini merupakan peradaban daripada Yunani kuno yang dikahwinkan dengan beberapa peradaban lain seperti Romawi dan diambil daripada elemen budaya orang-orang Eropah iaitu Jerman ,Inggeris dan Perancis. Menurut Hamid Fahmi Zarkasyi (2010) , agama Kristian adalah agama yang berasal dari Asia Barat namun telah disesuaikan dengan budaya barat. Walaubagaimanapun, akibat keterbelakangan ,peradaban ini telah melalui satu fasa kegelapan ataupun Dark Ages. Manakala masa pencerahannya ataupun Renaissance merupakan pada abad industri da adab pengetahuan ataupun dikenali sebagai zaman moden . Menurut Ibrahim, Nazri, & Basiron (2018), peradaban India merupakan pengasas kepada bidang matematik. Peradaban ini telah menggunakan sistem angka atau “0” semasa zaman Guptha . sistem ini telah dipanggil Siphra atau sif’r oleh orang Arab-Islam manakala Cipher bagi Tamadun Barat. Sebuah kaedah yang dikenali sebagai Ganitam telah diperkenalkan oleh ahli matematik India selepas kurun ke-13M. Dengan adanya sistem ini , cara pengiraan astronomi semakin mudah dan berkembang. Ilmu ini berkembang sehingga orang Arab-Islam memberi nama al-jabar yang membawa maksud ; “al” ialah satu manakala “jabar” ialah penggabungan. Sehingga kini, sistem ini masih digunakan dan dikenali sebagai “algebra”. Dari segi pemikiran dan kebudayaan, negara China telah diganggu oleh negara-negara barat. Konflik ini telah menyebabkan jati diri dipersoalkan. Akibat darinya, peradaban cina telah diperkenalkan semula . Seorang pegawai kerajaan bernama Li Hongzhang menyatakan bahawa peradaban cina tidak pernah berubah secara mendadak sejak 3000 tahun yang lalu. Konflik yang terjadi menunjukkan bahawa negara China telah menghadapi satu cabaran iaitu dengan secara tiba- tiba peradaban cina yang kuat nyaris hancur akibat gangguan negara barat. (Wang Ermin, 1995)

10

11

5.0 METODOLOGI KAJIAN Menurut Kamus Dewan Edisei Keempat, metodologi merupakan sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh itu, kumpulan pengkaji akan membincangkan tentang kaedah- kaedah pendekatan ilmiah iaitu melibatkan pendekatan kualitatif yang melibatkan rujukan keperpustakaan dan analisis dokumen pengumpulan data dalam bahagian ini. Kumpulan pengkaji juga mencuba sedaya upaya untuk memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas kajian ini. 5.1 Keperpustakaan Sesuatu kajian tidak akan berjaya tanpa data. Oleh itu, ...


Similar Free PDFs