CTU Atheist example PDF

Title CTU Atheist example
Course Pemikiran dan tamadun islam
Institution Universiti Teknologi MARA
Pages 25
File Size 369.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 893
Total Views 1,006

Summary

FACULTY OF LAW (LW224)PHYLOSOPHY AND CURRENT ISSUES (CTU552)TAJUK: ATHEISMEDISEDIAKAN OLEHNAMA PELAJAR KAD PELAJARDG KU MAZWA IFWANI BINTI AG ISMAIL 2020991563SHANIA SIKAYUN LEE 2020953971FARAH NABILAH BINTI GUSLAN 2020989443DIANE CARLISTA CHARLES 2020955727AUDREY PASKALIS ALBAN 2020991935MOHD DANIA...


Description

FACULTY OF LAW (LW224) PHYLOSOPHY AND CURRENT ISSUES (CTU552) TAJUK: ATHEISME

DISEDIAKAN OLEH NAMA PELAJAR DG KU MAZWA IFWANI BINTI AG ISMAIL SHANIA SIKAYUN LEE FARAH NABILAH BINTI GUSLAN DIANE CARLISTA CHARLES AUDREY PASKALIS ALBAN MOHD DANIAL IMRAN BIN BEDDU

KAD PELAJAR 2020991563 2020953971 2020989443 2020955727 2020991935 2020954365

DISEDIAKAN UNTUK USTAZAH IZYAN FARHANA BINTI IBRAHIM

TARIKH 25 APRIL 2020

ISI KANDUNGAN BIL 1

2

TAJUK PENGHARGAAN

PENGENALAN DAN DEFINISI 2.1 DALIL DALIL ATHEISME 2.2 FAKTOR KEMUNCULAN ATHEISME 2.3 SPESIFIKASI KEMUNCULAN ATHEISME

HALAMAN 1

5

3

SEJARAH PERMULAAN ATHEISME

6

4

OBJEKTIF KAJIAN

7

5

KAJIAN LITERATUR

8

6

METODOLOGI KAJIAN

10

DAPATAN KAJIAN 7.1 AHLI FALSAFAH 7.2 KESAN DAN IMPLIKASI

21

8

KESIMPULAN

22

9

RUJUKAN

24

7

1.PENGHARGAAN Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Alhamdulillah.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ustazah Izyan Farhana Binti Ibrahim, selaku pensyarah kami di atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada kejayaan dalam penghasilan tugasan ini. Segala bantuan, semangat, strategi dan kebijaksanaan beliau telah banyak mengajar kami untuk menjadi seorang pelajar yang baik. Terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi secara amnya dan Universiti Teknolgi Mara secara khususnya kerana telah membantu pelajar dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan Covid -19.

Tidak lupa juga dengan rakan sahabat yang telah bersama-sama dan bersusah payah dalam menyiapkan tugasan kali ini, semoga segala penat lelah anda akan mendapat ganjaran yang setimpal di masa akan datang, Insya Allah. Semoga tugasan ini dapat dijadikan wadah ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang.

1

2. PENGENALAN DAN DEFINISI Menurut Ensiklopedia Dunia, Ateisme membawa maksud kepercayaan bahawa Tuhan tidak wujud. Kepercayaan bahawa Tuhan tidak wujud ini bertentangan dengan banyak ajaran agama-agama yang besar di dunia pada hari ini, antaranya adalah agama Kristian, Islam dan Yahudi. Agama-agama besar ini mengajar umat-umatnya untuk percaya kepada Tuhan sebagai pencipta semua makhluk serta hubunganhubungan yang terjalin dengan manusia.

Prof. Dr. Amsal Bakhtiar menyokong pendapat mengenai ateisme ini dalam buku beliau Filsafat Agama yang meyatakan bahawa pengamal atheist ini memberi hujah bahawa Tuhan mereka tidak percaya akan kewujudan Tuhan kerana tidak ada bukti secara empirical. Kewujudan Tuhan ini telah menjadi topik utama dalam perbincangan dan pembantahan di antara ahli falsafah dan ilmuan. Sebahagian daripada ahli falsafah dan ilmuan mempelajari Tuhan yang empirikal iaitu yang dapat dibuktikan dan dilihat, manakala sebahagian yang lain menyatakan bahawa bukti empirikal itu tidak lagi diperlukan bagi semua yang wujud kerana bukan semua yang wujud dapat dilihat dan perlu difikirkan. Kewujudan Tuhan ini dapat dibuktikan dan disokong melalui teori kewujudan Tuhan menurut Ibnu Sina yang mengatakan kewujudan Tuhan ialah wajib al-wujud. Iaitu mesti wujud, zat tidak dapat dipisahkan dari kewujudan. Kedua-duanya adalah sama dan satu. Zat ini dimulai dari tidak ada kemudian wujud, tetapi ia adalah wajib dan mesti wujud selama-lamanya (H. Sirajuddin Zar 2004 :98).

2

Lapisan masyarakat yang mempercayai dan mengamalkan ateisme ini perlu menerima kenyataan bahawa Tuhan yang maha Esa. Tahap keintelektual pengamal atheist pada abad ke-19 ternyata lebih kompleks apabila dibandingkan dengan pengamal sebelumnya yang menyebabkan pemirikan mereka tidak dapat memproses dan menerima sesuatu fakta atau informasi yang tidak dapat dilihat secara realiti. Apabila mereka tidak dapat melihat atau sesuatu itu tidak mempunyai bukti yang jelas, mereka akan menganggap sesuatu itu adalah perkara ghaib. Atheis tidak percaya akan perkara ghaib, walaupun atheisme ini bukan satu agama tetapi mereka mempunyai satu bentuk kepercayaan yang menolak kewujudan Tuhan.

Penolakan Tuhan sebenarnya sudah lama wujud pada zaman kuno seperti zaman jahiliah tetapi pada abad ke-19, para atheis bermula untuk menjadikan penolakan Tuhan sebagai satu fahaman dan aliran permikiran mereka. Aliran pemikiran ini bertambah kukuh apabila wujudnya tokoh-tokoh falsafah terkenal seperti Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844-1900), Ludwig Feuerbach dan Karl Marx (1818-1883) yang mempunyai hujah mereka sendiri dalam penolakan kewujudan Tuhan.

2.1. DALIL-DALIL ATEISME Ateism mempunyai dalil-dalilnya sendiri untuk menafi kewujudan Tuhan dan untuk lebih memahami perspektif mereka. Terdapat beberapa dalil-dalil Ateisme, termasuklah kewujudan Tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan. Mereka berkata sedemikian kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat dilihat atau diterima oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata. Seterusnya, masalah kesengsaraan di atas bumi. Kewujudan kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan kepada mereka bahawa Tuhan yang mepunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Hal seperti ini membuat mereka mempersoalkan kewujudan Tuhan, kereana sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus berlaku? Masalah logikal adalah antara dalil atheisme, ini membuat mereka sering mempersoalkan kewujudan Tuhan dan sehingga mereka meyakinkan diri mereka bahawa Tuhan itu sememamngnya tidak wujud. Contoh soalan yang sering mereka persoalkan adalah "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian logik. Selain itu, Teori Penipuan-Sendiri atau Teori Pragmatisme juga membuat manusia berfikir bahawa manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan. Akhir sekali, ketidaksinambungan.Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.

4

2.2 FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN ATEISME Golongan atheis terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah atheis terbuka atau juga dikenali sebagai New Atheists. Golongan ini terdiri daripada kalangan penulis buku abad ke-21 yang mempromosikan ateisme. Gelaran New atheism diberi untuk membezakannya dengan atheis lama yang berkembang dalam tradisi falsafah. Ciri utama gerakan atheis baru adalah keyakinan para pendokongnya bahawa sains mampu menjawab persoalan-persoalan dasar termasuk pertanyaan tentang kewujudan Tuhan. Golongan lain ialah atheis pragmatis. Ini adalah kerana pada dasarnya seorang atheis pragmatis akan tetap menjalankan ritual keagamaannya meskipun mereka tidak mempercayai kewujudan tuhan. Menurut mereka, alam semesta dan kehidupan boleh berfungsi tanpa tuhan. Namun atheis pragmatis tidak menganggap agama sebagai sesuatu yang harus dimusuhi. Sebaliknya agama harus didekati dan dimanfaatkan. Kemunculan ateisme merupakan satu fenomena sosial yang berlaku di masyarakat moden, terdapat beberapa faktor kemuculannya. Perkembangan Teknologi dan Sains adalah faktor yang memainkan peranan dalam kemunculan Ateisme. Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Kemajuan dalan teknologi dan pengetahuan dalam bidang Sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan. Seterusnya, fahaman social-progresif, fahaman ini menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam masyarakat ini. Faktor yang terakhir adalah morality. Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.

3.0 SEJARAH KEMUNCULAN ATEISME Artikel daripada majalah Al-Islam menyatakan bahawa perubahan dalam meninggalkan agama Kristian berlaku secara beperingkat, perubahan ini melalui zaman Enlightenment sehingga kepada Revolusk Industri, yang juga diikuti oleh Revolusi Sains. Kemuncak penolakan agama telah berlaku zaman Revolusi Perancis dan pada waktu itu boleh dilihat buat pertama kali sebuah masyarakat dan negara ateis terbentuk. Negara Perancis, dengan itu telah menjadi negara ateis yang pertama. Masyarakat atheis menyusun balik cara pemikiran dan cara hidup manusia, kesan sampingannya adalah pembunuhan di atas nama kebebasan, persaudaraan dan persamaan. Revolusi Amerika yang masih berpengang teguh kepada agama yang telah memberi inspirask kepada Revolusi Perancis yang menolak kewujudan agama. Pemikiran mengenai dengan sosialisme dan komunisme lahir daripada Revolusi Perancis, di mana Karl Marx telah menyifatkan agama sebagai candu. Terdapat juga tokoh lain yang menyumbang kepada pemikiran atheis seperti Charles Darwin yang mengetuai Teori Evolusi dan banyak lagi tokoh yang muncul untuk menguatkan pemikiran atheisme menjelanh Perang Dunia Kedua. Antaranya termasuklah Sigmund Freud dan Alber Einstein. Namun dalam hal ini, tidak boleh dikatakan tamadun Barat itu mengandungi keseluruhannya fahaman ateis. Masih banyak lagi yang kuat beragama, atau sekurangkurangnya bersikap agnostik iaitu yang berpendirian tidak dapat menetapkan sama ada Tuhan itu wujud atau tidak.

6

4.0 OBJEKTIF KAJIAN Kajian mengenai kepercayaan ateisme ini dijalankan adalah untuk mencapai beberapa objektif kajian. Antaranya adalah untuk mengenal pasti pengertian ateisme dalam kriteria kewujudan tuhan di muka bumi. Pengertian ini disokong dengan pertanyaan yang diungkapkan oleh penganut ateisme. Selain itu, kajian ini turut menghuraikan sejarah kemunculan ateisme yang berlaku secara berperingkat sejak dahulu kala serta falsafah ateisme daripada tokohtokoh ateis yang terkenal seperti Friedrich Nietzsche, Ludwig Feuerbach dan Karl Max. Melalui kajian ini, kami dapat membincangkan pandangan ateisme daripada tokoh aliran ateis ini secara lebih mendalam. Objektif kajian yang seterusnya ialah mengenal pasti dan menghuraikan kesankesan ateisme kepada pembangunan masyarakat dan negara. Melalui kajian ini, kami dapat melihat dan menerangkan kesan-kesan serta implikasi ateisme dalam dari segi masyarakat, negara dan undang-undang dan perlembagaan.

5.0 KAJIAN LITERATUR Topik Atheisme ditunjukkan dalam pelbagai jenis sastera dalam wacana akademik. Ia boleh didapati dalam perbincangan teologi, pengajian agama, falsafah, dan psikologi. Sebagai contoh, Richard Dawkins menerbitkan dan bercakap mengenai pelbagai topik mengenai ketidakpercayaan kepada tuhan. Buku ulasan sosial juga membicarakan mengenai kesukaran menjadi ateis dalam masyarakat masa kini (Dawkins,2008). Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mempunyai masyarakat dari pada pelbagai kaum dan bangsa. Ekoran daripada ini, maka nilai-nilai perpaduan yang diamalkan oleh masyarakat majmuk di Malaysia perlu dilihat berasaskan aspek agama, di mana, majoriti masyarakat Malaysia menganut agama tertentu dan mempunyai sentimen agama yang tinggi terhadap agama masing-masing (Ahmad Sunawari Long, 2000:1). Oleh itu, fahaman ateisme ini perlu dicegah di dalam masyarakat Malaysia kerana ia boleh menyebabkan ketidaksefahaman di kalangan penduduk yang berbilang kaum (Professor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, 2017, Astro Awani). Ketidak sefahaman ini timbul disebabkan berlakunya kegagalan mengenali antara satu sama lain serta kurangnya persefahaman dalam banyak aspek seperti agama (Nurul Fauzana Bt. Yaacob, 2006: 3). Akhir sekali, ketidak sefahaman juga membuatkan golongan atheis jahil. Mereka percaya bahawa sekiranya sesuatu bercana alam berlaku, ianya disebabkan oleh golongan beragama. Justeru, mereka memandang rendah terhadap mereka yang mempunyai agama (DeStefano, 2018).

8

6.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian adalah amat penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu kumpulan kami menggunakan dua jenis kaedah kajian iaitu kajian pengumpulan data dan kajian perpustakaan. Antara sebab kumpulan kami memilih untuk menggunakan Metodologi ini adalah ia tidak memerlukan kos yang tinggi dan juga ia menjimatkan masa. Pun begitu, cara ini sangat terhad memandangkan kajian ini hanya bergantung kepada bahan rujukan yang ada di perpustakaan. Oleh hal yang demikian, metodologi ini sangat sesuai untuk kajian ini. Selain itu, Kami menggunakan internet dan laman sesawang yang berkredibiliti untuk mendapatkan maklumat tambahan dari laman sesawang dan menjadikan sebagai bahan rujukan. Kumpulan kami juga memastikan laman sesawang yang dirujuk merupakan laman sesawang yang berkaliber agar maklumat yang diperolehi sahih dan tidak ada unsur tokok tambah. Hal ini kerana walaupun internet mempunyai pelbagai maklumat namun tidak semua sahih(benar) dan boleh dipercayai. Selain itu, kami juga menggunakan kaedah perpustakaan dalam menjalankan kajian ini. Kami telah memilih beberapa bahan ilmiah melalui e-library untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai Ateisme dan sejarah serta jurnal-jurnal berkaitan dengan ahli falsafah Ateisme. 6.1 Kajian Perpustakaan Dalam kajian ini, pengkaji harus mencari bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk kajian. Berdasarkan tajuk kajian yang telah dipilih, penyelidikan ini memerlukan kepada bahan rujukan dari pelbagai aspek bidang seperti buku ahli falsafah, definisi atheism menurut pejabat mufti Wilayah Persekutuan, Karl Max Views on Religion and Economic dan lain lain. Berkenaan dengan pemahaman falsafah pula, kajian ini menyentuh tentang isu agama dan kepercayaan. Oleh itu, kesemua perkara yang disebut di atas perlu dicari oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat tentang kajian ini. Selain itu,kajian lepas juga perlu dilihat oleh pengkaji bagi menyokong tajuk kajian dan menjadikannya sebagai sumber rujukan. Kajian lepas sangat penting bagi membuktikan bahawa kajian ini tidak mengikuti kajian-kajian yang lepas. Hal ini juga bertujuan untuk menghargai penulisan ilmiah oleh para penulis dan tokoh dalam

bidang yang sama dengan kajian ini. Selepas bahan-bahan rujukan yang diperlukan dicari dan dijumpai, pengkaji mula membaca dan meneliti setiap maklumat yang ada dalam rujukan-rujukan itu.Kebanyakan kajian lepas ini diambil daripada kajian yang dilakukan di dalam negara dan ada juga beberapa kajian diambil daripada luar negara seperti Indonesia dan negara lain. Maklumat-maklumat itu mestilah yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara jenis-jenis maklumat yang perlu dicari oleh pengkaji ialah maklumat tentang teori atheism sama ada teori dari barat mahupun Islam. Berkenaan dengan teori-teori terjemahan, maklumat ini diperolehi daripada pelbagai buku yang dikarang oleh pakar terjemahan itu sendiri seperti Caldwell-Harris dan Austin Cline. Daripada maklumat penting yang dibentangkan dalam bab ini, dapatlah dirumuskan bahawa metodologi yang digunakan dalam kajian ini memerlukan kepada penumpuan dan analisi yang menyeluruh. Hal Ini kerana bahan-bahan yang dijadikan sebagai sumber rujukan merangkumi pelbagai cabang ilmu dan setiap cabang ilmu itu mempunyai banyak rujukan yang khusus. Maka dengan itui, pengkaji perlu meneliti setiap rujukan itu untuk mendapatkan maklumat yang paling tepat dengan kajian ini.

10

7.0 DAPATANKAJIAN 7.1 AHLI-AHLI FALSAFAH ATEISME Dalam sejarah Ateisme di Barat, Pendekatan Ateis ialah agak ilimiah di mana mereka adalah orang yang bersikap kritis terhadap ajaran Kristian dan institusi gereja. Antara tokoh yang popular adalah Giordano Bruno, Pierre Carvin Paul Tillich dan Schleirmacher. Mereka adalah pengkritik ajaran Kristian dan dianggap ateis. Ateis yang lebih agresif adalah yang berani mencabar Tuhan. Friedrich Nietsche adalah salah seorang daripadanya yang mendakwa bahawa ‘Tuhan sudah mati’ Friedrich Nietsche ialah seorang ahli falsafah Jerman yang terkenal dan juga seorang ahli falsafah untuk ateis pada abad ke-19. Beliau dilahirkan pada 15 Oktober 1844. Walaupun pegangan beliau adalah ateisme tetapi sejarah hidup Friedrich Nietsche pada zaman kanak-kanak amatlah berbeza. Hal ini kerana, beliau dibesarkan dan dididik dalam persekitaraan yang penuh dengan didikan kerohanian di mana datuk beliau adalah seorang uskup,ibunya adalah seorang biarawati manakala bapa beliau sendiri adalah seorang paderi dan Friedrich Nietsche dilatih untuk menjadi seperti bapa beliau iaitu sebagai seorang paderi selepas bapa beliau meninggal dunia. Bahkan Nietsche juga dikenali sebagai ‘Si Pastor’ sebagai nama jolokan oleh rakanrakannya kerana salah satu aktiviti kegemaran beliau adalah membaca buku dan membaca kitab injil semasa di sekolah lebih lebih lagi ketika subjeck Pendidikan Jasmani. Namun, persepsi beliau tentang rohani atau agama telah berubah semakin meningkat dewasa. Beliau menjadi lebih agresif terhadap agama dan seterusnya menjadi seorang yang menolak sepenuhnya idea ketuhanan. Frasa ‘Gott ist tot’ atau ‘Tuhan sudah mati’ adalah satu kenyataan yang paling kontroversial daripada Friedrich Nietsche. Hal ini juga dinyatakan oleh seorang lagi ahli falsafah ateis. Beliau dikenali sebagai Richard Dawkins. Beliau ialah seorang pakar biologi yang terkenal dan juga seorang pengkritik yang pernah menyatakan bahawa jikalau Friedrich melihat ‘Tuhan’ di depan mata, beliau akan membunuhnya. Hal ini kerana menurut Friedrich Nietsche, manusia hanya akan bebas jikalau mereka menolak idea mengenai keagamaan atau kerohanian. Beliau juga berkata bahawa agama Kristian ini bukanlah suatu kesilapan tetapi ianya adalah kejahatan yang berselindung dalam kebaikan. Ungkapan ‘Tuhan sudah mati’ ini juga dicetuskan ketika beliau dilihat amat kecewa dan putus asa dengan persekitarannya atau lebih tepatnya masyarakat Barat yang mengalami zaman

kegelapan, kemunduran dan tidak berkembang mendepani cabaran zaman. Namun pernyataan "Tuhan sudah mati" ini tidak bermaksud Tuhan hidup dan kemudian mati secara literal. Mungkin pernyataan ini lebih tepat untuk mengatakan konteks “Tuhan” yang dimaksudkan itu merujuk kepada agama dan kerohanian tidak lagi menjadi sumber kepada pertimbangan hidup. Menurut Nietzsche, Penolakan terhadap keyakinan ketuhanan bukan sahaja akan terbentuk menerusi kematian Tuhan tetapi juga penolakan terhadap nilai-niral moral universal itu sendiri yang mengikat semua individu. Baginya, “dalam hidup ini yang kuatlah yang akan menang dan kebajikan utama dalam kehidupan adalah kekuatan”. Oleh kerana itu apa yang dinyatakan sebagai kebajikan, atau apa yang dianggap baik, haruslah kuat. Sebaliknya, segala yang lemah adalah buruk dan salah. Dalam hal ini, pemikiran Nietsche membidas nilai-nilai moral universal yang menjadikan seseorang itu lemah. Ahli falsafah yang seterusnya ialah Ludwig Andreas Feuerbach.Beliau dilahirkan di Landshut, Jerman pada 28 Julai 1804 dan melanjutkan pelajaran dalam bidang teologi di Heidelberg dan philosophy di Berlin. Beliau menunjukkan kecenderungan terhadap agama yang jelas dimana beliau juga mempelajari Hebrew dengan rakannnya yang merupakan anak kepada pendeta Yahudi. Pengajian teologinya bertujuan menjadi se...


Similar Free PDFs