Ditulis oleh Guru-Guru Geografi STPM Malaysia Dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Unit Geografi Majlis Peperiksaan Malaysia @ BPSH Kementerian Pelajaran Malaysia PDF

Title Ditulis oleh Guru-Guru Geografi STPM Malaysia Dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Unit Geografi Majlis Peperiksaan Malaysia @ BPSH Kementerian Pelajaran Malaysia
Author Noor Sakila
Pages 190
File Size 4.8 MB
File Type PDF
Total Downloads 589
Total Views 986

Summary

MODUL PENGAJARAN 942 GEOGRAFI STPM PENGGAL 1, 2 dan 3 Ditulis oleh Guru-Guru Geografi STPM Malaysia Dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Unit Geografi Majlis Peperiksaan Malaysia @ BPSH Kementerian Pelajaran Malaysia MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI STPM 942 KANDUNGAN Prakata i Panel penulis...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Ditulis oleh Guru-Guru Geografi STPM Malaysia Dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Unit Geografi ... Noor Sakila

Related papers NOTA GEOG 4 RE 2013 Azlan Aris

Not a Geografi ST PM P1 jasle izzudin 18299844-Not a-Buku-Teks-Geografi-T ing-4-dan-5 Zazili Md Nawi

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

MODUL PENGAJARAN 942 GEOGRAFI STPM PENGGAL 1, 2 dan 3 Ditulis oleh Guru-Guru Geografi STPM Malaysia Dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Unit Geografi Majlis Peperiksaan Malaysia @ BPSH Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI STPM 942 KANDUNGAN Prakata Panel penulis 1.

2.

3.

i ii

942 / 1 GEOGRAFI PENGGAL 1 Bahagian A Alam Sekitar Fizikal 1. Sistem bumi 2. Sistem Geomorfologi

1 – 11 12 - 44

Bahagian B Alam Sekitar Manusia 1. Penduduk 2. Penduduk dan Sumber Alam 3. Transformasi Desa 4. Bandar dan pembandaran 5. Kemahiran amali 6. Contoh soalan

46 - 61 61 - 66 67 - 68 69 - 79 79 - 86 87 -84

942 / 2 GEOGRAFI PENGGAL 2 Bahagian A Alam Sekitar Fizikal 1. Sistem Atmosfera 2. Sistem Hidrologi

1 – 14 15 - 20

Bahagian B Alam Sekitar Manusia 1. Pembangunan Ekonomi dan Impak Alam Sekitar 2. Globalisasi Ekonomi dan kerjasama serantau

21 - 38 39 -62

942 / 3 GEOGRAFI PENGGAL 3 Bahagian A Alam Sekitar Fizikal 1. Sistem ekologi 2. Saling kebergantungan Bahagian B Alam Sekitar Manusia 1. Impak alam sekitar dan pengurusan

1 – 12 13 - 21 22 – 37

PANEL PENULIS MODUL PENGAJARAN GEOGRAFI STPM Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22

Nama Guru Tn. Hj. Rodzli Hashim, BCK Hjh. Rosnah Hj Salleh LindaYip Soon Liang Noor Laila Bt Abdullah Norida Mat Ail Chin Fui Moi @ Tracy Harun Othman Sardi Sirajudin Nur Farhanah Teng Bt Abdullah Mohd Roslan Harun

Sekolah SMK Hutan Kampong, Alor Setar, Kedah SMK Alor Akar, Kuantan, Pahang SMK Sacred Heart, Sibu, Sarawk SMK Gombak Setia, Gombak, Selangor SMK Sungkai, Sungkai, Perak SMK Lohan, Ranau, Sabah SMK Tun Habab, Kota Tinggi, Johor SMK Tawau, Tawau, Sabah SMK Labuan, WP Labuan SMK Sultan Ahmad, Kuala Terengganu, Terengganu Sahrom Md.Amin SMK Dato Amar Diraja, Muar, Johor Mohd Fairani B Busu Mohamad SMK Tengku Panglima Raja, Pasir Mas, Kelantan Zolkarnain B Hassan SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka Norasyikin Mohd Aris SMK Tuanku Abdul Rahnan, Gemas , N.Sembilan Chander Segar Pillay a/l Ramachandren SMK St. Mark, Butterworth, Pulau Pinang Abdul Sukeri B Ahmad SMK Tengku Sulaiman, Perlis Mohd Asri B Mohamed Nawi SMK Padang Saujana, Jerantut, Pahang Nik Noraini Nik Hassan SMK Bukit Payung, Besut, Terengganu Roslan Muhamad SMK Sri Gunung, Bachok, Kelantan Andi Arjuna B Andi Asri SMK St. Thomas, Kuching, Sarawak Dr.Ovelyn @ Ozy Bt Matanluk SMK Sikuati, Kudat, Sabah Mohd Rashid B Husin SMK Dato’ Hj Ahmad Badawi,Pulau Pinang

942/1 GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL ( BAHAGIAN A)

Tajuk: SISTEM BUMI

1.

Konsep/Tajuk 1.1 Konsep Sistem

Huraian a) mentakrifkan konsep sistem : sistem bermaksud satu set angkubah yang tersusun, saling bertindakbalas dan saling bergantung untuk membentuk satu sistem alam sekitar fizikal. Angkubah merujuk kepada perkara-perkara atau unsur yang boleh berubah atau mengubah unsur yang lain dalam sistem itu. Misalnya sistem sungai , angkubahnya ialah air sungai, lurah sungai, batuan dan hidupan. b) menerangkan konsep sistem dalam persekitaran fizikal : berdasarkan kepada fungsinya, sistem terbahagi kepada 3 jenis iaitu : i)Sistem terpencil – sistem yang tidak membenarkan tenaga atau jisim keluar atau masuk ke dalam sistem tersebut. ii)Sistem tertutp – sistem yang tidak membenarkan jisim keluar tetapi membenarkan tenaga keluar atau masuk ke dalam sistem ini. Contohnya sistem bumi di mana tenaga matahari boleh masuk ke dalamnya dan bumi boleh membebaskan kembali haba tersebut. iii)Sistem terbuka – sistem yang membolehkan pertukaran tenaga dan jisim. Sistem ini mempunyai sempadan terbuka yang membolehkan tenaga dan bahan keluar atau masuk ke dalam sistem tersebut. Contohnya sistem hutan atau sistem tasik. Jika berdasarkan kepada pola hubungan atau sifat interaksinya, sistem terbahagi kapada : i)Sistem morfologi – sistem yang mengandungi elemen fizikal yang tersusun dan saling bertindak balas . Misalnya sistem tindak balas dalam sebuah lembangan saliran. ii) Sistem lata – sistem yang angkubah-angkubahnya berinteraksi secara sehala. Interaksinya membentuk rangkaian urutan input (bahan yang masuk),storan (bahan tersebut melalui proses fizikal tertentu) dan output ( hasil daripada proses fizikal tersebut). iii)Sistem Proses Tindak balas – sistem ini wujud dengan gabungan interaksi antara elemen fizikal dalam sistem lata dan sistem morfologi.

1.2 Konsep sistem suria

a) menerangkan sistem suria dalam Galaksi Bima Sakti, dan sistem bumi sebagai satu planet yang memperoleh tenaga dari matahari. sistem suria bermaksud matahari dan Sembilan planet yang berputar di atas paksi masing-masing sambil beredar mengelilingi matahari.

1.3 Kedudukan Bumi Dalam Sistem Suria

a) menyatakan bumi sebagai satu planet berbentuk sfera; terdapat banyak bukti yang menunjukkan bentuk bumi bulat sfera : 1. gambar bumi dari satelit- bumi berbentuk bulat sfera 2. semua planet dalam cakerawala berbentuk bulat sfera 3. garis pusat bumi (diameter) bumi besar di khatulistiwa (tengah) 12 760km,kecil di kutub (12 715km ). 4. Memerhati pelayaran kapal dari tengah lautan – badan kapal akan kelihatan sedikit demi sedikit semakin kapal itu menghampiri pantai. 5. Pelayaran kapal laut mengelilingi dunia akhirnya ia kembali ke tempat permulaannya. 6. Fenomena matahari terbit (fajar) dan matahari tenggelam ( senja ) membuktikan bumi bulat Pergerakan bumi – berlaku melalui dua cara , iaitu : i) Bumi berputar di atas paksinya ( sambil beredar mengelilingi matahari ) ii) Bumi beredar mengelilingi matahari sambil berputar di atas paksinya. b) Menerangkan putaran bumi di atas paksinya yang condong dan peredarannya mengelilingi matahari. i. Putaran Bumi di atas Paksinya Ciri-ciri atau sifat putaran bumi di atas paksinya: i) Mengambil masa 24 jam bagi satu pusingan ii) Dari arah Barat ke arah Timur iii) Mengambil masa 1 jam bagi setiap 15ºg/bujur ii. Peredaran Bumi Mengelilingi Matahari Ciri-ciri atau sifat perdaran bumi di atas orbitnya : i) Mengambil masa 365 ¼ hari bagi satu pusingan ii) Dari arah barat ke timur iii) Beredar di atas orbit yang bujur (elips)

`

c)

Menjelaskan kesan putaran dan peredaran bumi i. Kesan putaran bumi di atas paksinya: Kesan-kesan putaran bumi di atas paksinya sambil mengelilingi matahari : i) Menyebabkan kejadian siang dan malam ii) Menyebabkan perbezaan waktu tempatan dan mewujudkan 24 zon waktu dunia iii) Putaran bumi menghasilkan daya koriollis di

iv)

kawasan khatulistiwa yang menyebabkan pembiasan aarah angin laizim. Di Hemisfera Utara pergerakan angin akan terbias ke kanan. Di Hemisfera Selatan pergerakan angin terbias ke kiri. Menyebabkan fenomena pasang surut air laut.

Kesan-kesan peredaran bumi : i) Menyebabkan terjadinya empat musim di kawasan sederhana dunia, iaitu : a) Musim dingin (November-Disember-Januari) b) Musim bunga ( Februari-Mac-April) c) Musim panas ( Mei-Jun- Julai ) d) Musim luruh (Ogos-September-Oktober) ii) Menyebabkan panjang waktu siang atau malam yang tidak sama di kawasan sederhana dunia. Di HU waktu siang lebih pendek (kurang dari 12 jam ) antara bulan Nov-Dis-Jan dan di HS waktu siang lebih panjang (lebih dari 12 jam ) iii) Menyebabkan fenomena gerhana matahari – peredaran bumi menyebabkan pada masa tertentu kedudukan bulan berada antara matahari dan bumi. Oleh itu cahaya matahari akan terlindung oleh bulan daripada sampai ke bumi. iv) Menyebabkan fenomena gerhana bulan – peredaran bumi menyebabkan pada masa tertentu bumi berada di antara matahari dan bulan. Dengan itu cahaya matahari terlindung daripada sampai ke bulan. v) Perubahan kedudukan matahari : Nov-Dis-Jan matahari berada di Hemisfera Selatan ; Mei-JunJulai matahari nerada di Hemsifera Utara . vi) Perubahan ketinggian matahari – pada masa solstis matahari lebih rendah di Garisan Sartan atau Jadi. Pada masa ekuinoks, kedudukan matahari lebih rendah di Khatulistiwa. vii) Mewujudkan keadaan afelion ( jarak bumimatahari paling jauh -152juta km) viii) Mewujudkan keadaan perihelion ( jarak bumimatahari paling dekat -147juta km )

d) menjelaskan kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap unsur fizikal dan aktiviti manusia e) Pengaruh musim dingin kepada aktiviti manusia di kawasan sederhana dunia : Melakukan kerja memburu binatang untuk mendapatkan kulit – dijual untuk industri pakaian musim sejukdilakukan dalam musim dingin kerana daun pokok gugur mudah mengesan binatang ; permukaan bumi bersalji

tebal menyukarkan pergerakan binatang ; bulu tebal Mengadakan sukan musim sejuk – ski , luncur ais, binaan dari salji – contoh Olympik Musim Dingin Mengurung ternakan lembu/kambing dalam kandang selama 2-3 bulan bagi mengelakkan cuaca sejuk- ternakan diberi makan dalam kandang Sesi persekolahan /pengajian universiti bercuti – cuti penggal atau semester bersamaan dengan tempoh musim dingin – mengelakkan pelajar daripada cuaca sejuk dan kesukaran ke sekolah akibat timbunan glasier. Rumah penduduk disediakan dengan “dapur pemanas” menggunakan pembakaran arang batu atau kayu untuk mengurangkan kesan cuaca sejuk dalam rumah. f) kesan semulajadi di bumi ketika solstis musim dingin di HU : Masa siang lebih pendek – kurang dari 12 jam Masa malam lebih panjang – lebih dari 12 jam Wujud musim dingin Kutub Utara mengalami malam 24 jam g) kesan semulajadi di bumi ketika musim panas di HS : Masa malam lebih pendek – kurang dari 12 jam Masa siang lebih panjang – lebih dari 12 jam Wujud musim panas Kutub Selatan mengalami malam 24 jam 1.4Tenaga

a) Takrif konsep tenaga: Tenaga ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu proses atau kerja. Dalam alam sekitar fizikal tenaga ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu proses seperti proses sejatan, proses luluhawa, proses pembentukan batuan dan seumpamanya. b) Punca tenaga : Tenaga berasal dari dua punca iaitu i. tenaga endogenik ( tenaga dari dalam bumi ) dan ii. tenaga eksogenik ( tenaga dari luar permukaan bumi ) Tenaga endogenik termasuklah tenaga haba dalam bumi, tenaga magnetik/radiogenik , tenaga graviti, geoterma Tenaga eksogenik termasuklah tenaga haba, kinetik, keupayaan c) Membezakan tenaga eksogenik dan endogenik - perbezaan bderdasar kepada punca, jenis dan pengaruhnya.

1.5 Peranan tenaga suria terhadap proses fizikal dan hidupan di bumi

1. Peranan tenaga suria terhadap hidupan bumi i) Tumbuhan 1. Menentukan jenis tumbuhan semulajadi di sesuatu kawasan: a) Kawasan haba matahari sederhana ( kws sederhanadunia ) ditumbuhi hutan konifer, hutan daun luruh dan hutan pine b) Kawasan haba matahari tinggi ( kws panas – gurun ) ditumbuhi oleh hutan gurun dan hutan mediterranean

c) Kawasan khatulistiwa di tumbuhi oleh hutan hujan tropika dan hutan monsun tropika 2. Menentukan sifat-sifat tumbuhan/pokok : a) Kws haba kurang/sejuk-daun pokok kecil dan berbentuk jarum – sukar memerangkap salji b) Kws panas – daun pokok tebal,berduri dan berlendair untuk tahan kepada cuaca yang panas dan sejat peluhan yang tinggi. c) Kws sejuk/tundra – pokok renek, lumut – berdaun keras untuk tahan kepada cuaca sejuk. d) Membolehkan tumbuhan membuat makanan melalui proses fotosintesis ii) Manusia 3. Mempengaruhi kegiatan pertanian – jenis tanaman utama : a) Kws haba tinggi –iklim Gurun ( suhu lebih 30°C) – tanaman tahan panas – kurma, zaitun b) Kws haba rendah – iklim Tundra / Sejuk ( suhu antara 10°C - 20°C) – iklim sederhana sejuk – tanaman hawa sederhana – gandum , barli, buah2an siterus ( anggur, epal, limau , strawberi, berri, apricot ) 4. Mempengaruhi aktivirti pelancongan: a) Kawasan panas/ haba tinggi aktiviti pelancongan sepanjang tahun . Aktiviti berjemur di pantai , sukan pantai ( bola sepak pantai, bola tampar pantai ), snoklin, payung terjun , layang-layang . b) Kawasan sejuk – aktiviti pelancongan mengikut musim. Pelancongan giat dalam musim bunga dan musim panas. Musim dingin – aktiviti sukan musim dingin seperti ski, luncur ais. 5. Mempengaruhi kegiatan pembalakan : 1. Di kawasan tropika – haba matahari tinggi sepanjang tahun – pembalakan dapat dijalankan sepanjang tahun 2. Di kws sederhana dunia – penebangan balak dijalankan dalm musim dingin – daun pokok gugur, getah pokok beku – memudahkan kerja menebang. Salji tebal memudahkan kayu balak ditarik ke tebing sungai. Bila musim panas – sungai cair – kayu balak dihanyutkan melalui sungai ke kilangan papan. 6. Mempengaruhi pekerjaan penduduk di kawasan sederhana dunia : 3. Dalam musim panas dan musim luruh penduduk menjalankan kegiatan pertanian bijirin . 4. Dalam musim dingin pertanian dijalankan dalam rumah kaca . 5. Pekerjaan memburu binatang untuk bulu dan kulit dijalankan dalam musim dingin kerana salji tebal menyukarkan pergerakan haiwan ; daun pokok gugur memudahkan pencarian haiwan. c) Penghasilan tenaga elektrik – haba dan cahaya matahari yang banyak membolehkan manusia menjana tenaga elektrik suria untuk kegunaan di rumah, pejabat, sekolah dan jalan raya.

d) Mempengaruhi IKS( Industri Kecil Sederhana ) : a. membuat makanan tradisional –menjemur ikan kering, bihun, laksa, belacan b. Industri kain batik tulis tangan – menjemur kain batik yang siap dicorakkan/dilukis c. Mengeringkan bahan mentah seperti getah keping, biji kopi, daun teh, biji koko dan kelapa kering. e) Mempengaruhi industri binaan – memerlukan haba matahari untuk mengeringkan simen / konkrit dengan lebih cepat f) Mempengaruhi aspek budaya dan sosial manusia : a. Menentukan jenis kain untuk pakaian dan fesyen pakaian b. Mempengaruhi jenis bahan makanan asasi c. Mempengaruhi warna kulit, bentuk badan dan rambut d. Mempengaruhi cara hidup seharian iii) Haiwan 7. Menentukan sifat fizikal haiwan – warna bulu, ketebalan bulu, warna kulit haiwan adalah mengikut penerimaan jumlah haba matahari di sesuatu kawasan. a) Kawasan sejuk-kurang haba matahari – binatang berbulu tebal – untuk menahan daripada cuaca sejuk 1. Kawasan panas-haba matahari tinggi – bulu nipis - kurang panas b) Menentukan cara hidup haiwan 1. burung penghijrah akan berhijrah ke kawasan panas dalam musim dingin b. Beruang akan “tidur” (hibernasi) 2. Peranan Tenaga Suria terhadap Proses Fizikal 1. Proses hidrologi : i. Sejatan : haba matahari memanaskan air di permukaan bumi – menukarkan air menjadi wap – wap panas, mengembang dan naik ke atmosefra secara olakan ii. Pemeluwapan : haba matahari menghasilkan wap air ( proses sejatan ) – bertemu udara sejuk menyebabkan berlaku penukaran wap air menjadi cecair/air iii. Pemejaluwapan : kehilangan tenaga suria dalam atmosfera menyebabkan udara menjadi sejuk sehingga suhu takat beku – menyebabkan air membeku membentuk salji. iv. Kerpasan : haba matahari mewujudkan proses sejatan dan pemeluwapan – membentuk bintik-bintik/titisan air menjadi kerpasan ( hujan, embun, hujan ais/salji, hujan air batu ) v. Sejatpeluhan : haba matahari memanaskan daun pokok – menyebabkan perpeluhan tumbuhan - naik ke dalam udara vi. Cegatan silara /pintasan silara vii. Susupan/resapan/infiltrasi

viii. ix.

Larian air permukaan / air larian permukaan Aliran airbawah tanah

2. Proses geomorfologi : i. Luluhawa mekanika : haba matahari menyebabkan proses pengembangan dan pengecutan batuan – menyebabkan batuan retak dan pecah ii. Luluhawa mekanika : haba matahari menyejat larutan garam di permukaan bumi – menyebabkan pembentukan hablur garam – mengembang dan membaji rekahan batuan – memecahkan batuan iii. Luluhawa kimia : haba matahari memanaskan air di permukaan bumi – mempercepatkan proses larutan air ke atas mineral batuan – memecahkan batuan @ menjadikan batuan berongga. 3. Gerakan jisim : i) haba matahari memecahkan batuan ( proses luluhawa mekanika/`kimia di cerun – menghasilkan regolith ) butiran batuan yang pecah – menggelongsor menuruni cerun sebagai tanah runtuh. ii) Haba matahari menyejat air tanah di cerun – menjadikan tanah/batuan kering dan poros – menyebabkan air hujan diserap dengan banyak – tanah cerun jadi lembut dan mudah runtuh 4. Hakisan : i) haba matahari menyejat air tanah – tanah kering dan peroi – mudah dihakis oleh air larian permukaan dan angin. ii) Haba matahari mencairkan glasier – pergerakan glasier akan menghakis permukaan bumi – secara lelasan, geseran, ragutan 5. Pengangkutan : haba matahari mencairkan glasier – pergerakan glasier mengangkut bahan-bahan batuan yang dihakis. 6. Pemendapan : haba matahari menyejat air sungai ( musim kemarau ) – isipadu sungai susut , aliran perlahan – sungai memendapkan bahan muatannya. 3. proses atmosfera : i. ii.

iii.

iv.

Mempengaruhi suhu : haba matahari memanaskan udara – menentukan suhu udara sesuatu kawasan Tekanan udara : penerimaan haba matahari yang berbeza antara ruang menyebabkan suhu berbeza – suhu panas/tingi mewujudkan Tekanan Udara Rendah (TUR) dan suhu sejuk/rendah mewujudkan Tekanan Udara Tinggi (TUR) . Tiupan angin : perbezaan tekanan udara akan menyebabkan angina bertiup – angina akan bergerak/ bertiup dari ruang TUT ke TUR Kelembapan udara : haba matahari menyejat air dari permukaan bumi (proses sejatan) dan dari tumbuhan ( proses sejat peluhan ) – wap air masuk ke dalam udara – melembabkan udara ( menentukan % kelembapan udara )

v.

vi.

1.5 Peranan tenaga suria terhadap proses fizikal dan hidupan di bumi

Pembentukan awan : Wap air yang panas ( hasil sejatan dan sejatpeluhan) naik ke Zon Takat Embun(ZTE) – mengalami proses pemeluwapan membentuk bintik-bintik air ZTE – membeku menjadi butir ais – berkumpul membentuk awan. Kerpasan : Buitr ais yang membentuk awan ( hasil proses pemeluwapan ) akan terapung-apung dalam udara ZTE – bercantum menjadi lebih berat- melebihi daya tamping udara – jatuh ke bumi sebagai kerpasan ( sama ada dalam bentuk hujan, salji atau hujan air batu )

a) Peranan tenaga suria terhadap : i) Tumbuhan 1. Menentukan jenis tumbuhan semulajadi di sesuatu kawasan: - Kawasan haba matahari sederhana ( kws sederhanadunia ) ditumbuhi hutan konifer, hutan daun luruh dan hutan pine - Kawasan haba matahari tinggi ( kws panas - gurun ) ditumbuhi oleh hutan gurun dan hutan mediterranean - Kawasan khatulistiwa di tumbuhi oleh hutan hujantropika dan hutan monsun tropika 2. Menentukan sifat-sifat tumbuhan/pokok : - Kws haba kurang/sejuk-daun pokok kecil dan berbentuk jarum – sukar memerangkap salji - Kws panas – daun pokok tebal,berduri dan berlendair untuk tahan kepada cuaca yang panas dan sejat peluhan yang tinggi. - Kws sejuk/tundra – pokok renek, lumut – berdaun keras untuk tahan kepada cuaca sejuk. 3. Membolehkan tumbuhan membuat makanan melalui proses fotosintisis ii) Manusia 1. Mempengaruhi kegiatan pertanian – jenis tanaman : - Kws haba tinggi –iklim Gurun ( suhu lebih 30°C) – tanaman tahan panas – kurma, zaitun - Kws haba rendah – iklim Tundra / Sejuk ( suhu antara 10°C - 20°C) – iklim sederhana sejuk – tanaman hawa sederhana – gandum , barli, buah2an siterus ( anggur, epal, limau , strawberi, berri, apricot ) 2. Mempengaruhi aktivirti pelancongan: - Kawasan panas/ haba tinggi aktiviti pelancongan sepanjang tahun . Aktiviti berjemur di pantai , sukan pantai ( bola sepak pantai, bola tampar pantai ), snoklin, payung terjun , layang-layang . - Kawasan sejuk – aktiviti pelancongan mengikut musim. Pelancongan giat dalam musim bunga dan musim panas. Musim dingin – aktiviti sukan musim dingin seperti ski, luncur ais. 3. Mempengaruhi kegiatan pembalakan : - Di kawasan tropika – haba matahari tinggi sepanjang

-

tahun – pembalakan dapat dijalankan sepanjang tahun Di kws sederhana dunia – penebangan balak dijalankan dalm musim dingin – daun pokok gugur, getah pokok beku – memudahkan kerja menebang. Salji tebal memudahkan kayu balak ditarik ke tebing sungai....


Similar Free PDFs