Perkembangan Dasar Awam di Malaysia dan Persepsi Rakyat Terhadap Keberkesanan Pelaksanaannya PDF

Title Perkembangan Dasar Awam di Malaysia dan Persepsi Rakyat Terhadap Keberkesanan Pelaksanaannya
Author Z. Kamarudin
Pages 39
File Size 2.3 MB
File Type PDF
Total Downloads 124
Total Views 545

Summary

PERKEMBANGAN DASAR AWAM DI MALAYSIA DAN PERSEPSI RAKYAT TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAANNYA Disediakan oleh: Fatin Liyana Said, Nazatul Asifah Razali, Nor Laylah Yahya, Zaharahanum Kamarudin & Zanariah Abdullah PENDAHULUAN Dye (1976) menyifatkan polisi atau dasar awam sebagai “apa yang kerajaan...


Description

Accelerat ing t he world's research.

Perkembangan Dasar Awam di Malaysia dan Persepsi Rakyat Terhadap Keberkesanan Pelaksanaannya Zaharahanum Kamarudin

Related papers

Download a PDF Pack of t he best relat ed papers 

PROSIDING PERSIDANGAN PEMANTAPAN CIT RA KENEGARAAN (COSNA 5) 2017 Nasruddin Yunos

UNIVERSIT I T EKNOLOGI MALAYSIA DECLARAT ION OF T HESIS / UNDERGRADUAT E PROJECT PAPER AN… Prabu Viruz Prosiding COSNA4.pdf Dr Hairol Anuar Mak Din, Dr Nor Hasnida Md Ghazali

PERKEMBANGAN DASAR AWAM DI MALAYSIA DAN PERSEPSI RAKYAT TERHADAP KEBERKESANAN PELAKSANAANNYA Disediakan oleh: Fatin Liyana Said, Nazatul Asifah Razali, Nor Laylah Yahya, Zaharahanum Kamarudin & Zanariah Abdullah

PENDAHULUAN Dye (1976) menyifatkan polisi atau dasar awam sebagai “apa yang kerajaan buat dan apa yang sepatutnya kerajaan buat”. David Easton, seorang ahli sains politik mentafsirkan polisi atau dasar awam sebagai nilai peruntukan pihak berkuasa bagi keseluruhan masyarakat. Laswell dan Kaplan pula mendefinisikan dasar awam sebagai suatu program bagi nilai, amalan dan matlamat yang telah diprojekkan. Secara umumnya dasar atau polisi awam ialah apa jua projek, program atau rancangan daripada pihak kerajaan untuk faedah dan kepentingan satu kelompok rakyat. (Saadon & Abd. Rahim, 2007). Mengamalkan sistem pemisahan kuasa, Malaysia mempunyai cabang politik dan pentadbiran yang tersusun iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Polisi atau dasar awam negara ini digubal oleh badan legislatif berdasarkan isu dan permasalahan yang berlaku dalam masyarakat serta untuk memastikan pembinaan masa depan Malaysia yang cemerlang. Sedari kemerdekaan yang dikecap pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu ditadbir oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj selaku Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Di bawah pemerintahan beliau, Sabah dan Sarawak beroleh kemerdekaan melalui penggabungan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang membawa kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 (Gagasan Malaysia). Bapa kemerdekaan ini berhempas pulas menyusun pentadbiran negara melalui Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan Malaya Kedua. Selanjutnya, pada 13 Mei 1969, tercalit sejarah hitam kepada negara apabila tercetusnya rusuhan kaum di Kuala Lumpur. Tragedi ini menyebabkan Malaysia diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Lanjutan peristiwa ini, terbentuklah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan matlamat untuk mewujudkan perpaduan negara iaitu dengan cara mengurangkan perbezaan ekonomi, sosial, kebudayaan, penempatan dan sebagainya. Tun Hussein bin Dato’ Onn merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga dan dikenali sebagai “Bapa Perpaduan”. Di bawah kepimpinan beliau, agenda pembangunan diteruskan dengan menggerakkan Dasar Ekonomi Baru seterusnya Rancangan Malaysia ke-4. Selain 1

daripada itu, beliau turut meneruskan dasar-dasar luar yang pernah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya. Antaranya ialah dasar berkecuali dalam hal ehwal politik negara luar dan menjadikan pertubuhan ASEAN sebagai prinsip asas kepada dasar luar Malaysia. Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan agen perubahan terbesar Malaysia. Pada era beliau, dasar ekonomi negara yang berasaskan pertanian diubah kepada sektor perindustrian. Hal ini supaya Malaysia berupaya memacu pertumbuhan ekonomi yang lebih tangkas dengan nilai yang lebih banyak. Selain daripada itu, Tun Mahathir berusaha melatih anggota perkhidmatan awam ke arah cara kerja yang profesional dan sistematik. Melalui Dasar Pandang ke Timur, hal ini direalisasikan dengan memperkenalkan pemakaian tanda nama, kad perakam waktu, manual prosedur kerja, fail meja dan lain-lain. Seterusnya, Tun Mahathir memperkenalkan Wawasan 2020 yang mensasarkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Sehingga ke hari ini, dasar ini masih diteruskan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Islam Hadhari atau Islam yang Bertamadun merupakan dasar negara yang digubal bawah pentadbiran Tun Abdullah. Ia adalah usaha mengembalikan umat Islam kepada asas seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis. Pendekatan Islam Hadhari ini turut berhasrat untuk membina sebuah negara atau masyarakat madani dan umrani. Tun Abdullah turut memperkenalkan dasar pembangunan modal insan dan Pelan Integriti Nasional yang bertujuan membina masyarakat yang bertanggungjawab, beretika, bijaksana dan terpelihara dalam nilai-nilai murni demi memastikan kemajuan yang diperoleh seimbang dengan kecemerlangan sahsiah dan moral. Pertukaran tampuk pemerintahan negara pada tahun 2009 menyaksikan pelancaran dasar-dasar baharu kerajaan bersesuaian dengan hala tuju yang direncanakan oleh Perdana Menteri Malaysia yang baharu. Gagasan 1 Malaysia diperkenalkan oleh Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak bertujuan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum berteraskan kepada beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Selain daripada itu, beliau turut memperkenalkan Key Performance Indicator (KPI), National Key Result Area (NKRA) dan Dasar Transformasi Nasional yang bertujuan untuk menambah baik kualiti perkhidmatan awam agar selari dengan matlamat Wawasan 2020 dan sejajar dengan kemajuan pesat teknologi semasa. Dari masa ke masa, perubahan kepimpinan dan kemajuan teknologi menyaksikan pelbagai dasar digubal dan diimplementasikan untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan dan berupaya bergerak seiring dengan negara-negara sedang membangun yang lain. Malaysia 2

juga sentiasa berusaha untuk memastikan agar negara ini berupaya berdiri di barisan hadapan ke arah mencapai standard negara-negara maju di seluruh dunia. Kepelbagaian dasar kerajaan inilah yang meliputi aspek sosial, ekonomi dan hubungan antarabangsa yang akan dibincangkan melalui makalah ini. Selain daripada itu, makalah ini turut menganalisis pendapat masyarakat awam terhadap dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan serta sejauh mana dasar-dasar tersebut berjaya mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.

DASAR AWAM DALAM PERSPEKTIF EKONOMI Ekonomi merupakan tulang belakang sesebuah negara. Ini kerana ekonomi yang stabil menjamin sumber kewangan yang stabil. Dengan sumber kewangan ini, sesebuah negara dapat merangka rancangan dan program pertumbuhan dengan lebih baik demi memastikan kemajuan dan kemodenan yang dicapai oleh negara tersebut dapat dinikmati oleh segenap lapisan warganya tanpa ada perbezaan. Contoh-contoh daripada negara miskin seperti negara-negara di benua Afrika dan Asia Tengah membuktikan bahawa ketidakstabilan ekonomi turut membawa kepada pergolakan dalaman negara tersebut. Hal ini sangat berbeza dengan negara-negara maju seperti Jepun, Jerman dan Britain di mana kemakmuran negara tersebut turut dikongsi bersama rakyatnya. Makalah ini akan membincangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Model Ekonomi Baru (MEB), dua dasar ekonomi negara yang mempunyai sejarah yang tersendiri.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) Rusuhan kaum yang tercetus pada 13 Mei 1969, pasca Pilihan Raya Umum Ketiga mengukir sejarah baharu kepada negara majmuk, Malaysia. Status ekonomi yang tidak seimbang oleh tiga kaum utama ketika itu dikatakan punca utama tercetusnya rusuhan kaum tersebut. Hal ini dibuktikan oleh dapatan bancian penduduk tahun 1970 di mana 64.8 peratus penduduk Melayu hidup di bawah paras kemiskinan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM172.00 sebulan. Taburan kemiskinan berdasarkan kaum adalah seperti Rajah 1 di bawah: Kaum Melayu Cina India Lain-lain

Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM) 172.00 64.8% 394.00 26.0% 304.00 39.2% 813.00 44.8% Rajah 1: Kadar Kemiskinan Mengikut Kaum Sumber: Pejabat Perdana Menteri (t.t) Kadar Kemiskinan

3

Sehubungan dengan itu, kerajaan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermula pada tahun 1971 melalui siri Rancangan Malaysia. Empat Rancangan Malaysia yang terlibat ialah Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975), Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980), Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985) dan Rancangan Malaysia Kelima (1986 – 1990). Matlamat DEB adalah untuk mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat agar ketidakseimbangan ekonomi yang wujud dapat dikurangkan. Seterusnya dasar ini diharapkan dapat menghapuskan pengenalan kaum dengan fungsi ekonomi (Bushra, 2007). Beberapa strategi dirancang di bawah DEB bagi mencapai tujuan di atas. Antara strategi tersebut ialah: (i)

Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

(ii)

Memodenkan kehidupan di luar bandar melalui penyediaan infrastruktur asas seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan kegiatan-kegiatan masyarakat.

(iii)

Meningkatkan produktiviti golongan

miskin

degan

memberi

latihan

kemahiran, mencipta peluang guna tanah dan pemberian modal. (iv)

Mewujudkan peluang perdagangan dan perindustrian dalam kalangan kaum Melayu dan Bumiputera dengan sasaran untuk menguasai 30 peratus daripada pegangan ekuiti ekonomi pada tahun 1990. Hal ini dijayakan dengan kerjasama

agensi

seperti

Majlis

Amanah

Rakyat

(MARA),

Bank

Pembangunan dan Bank Bumiputera (v)

Memajukan negeri dan kawasan mundur melalui pelbagai agensi seperti Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) yang diwujudkan pada tahun 1971, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA - 1972), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH – 1973) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR – 1978). (Bushra, 2007 dan Pejabat Perdana Menteri, t.t)

Pelaksanaan DEB membuahkan hasil apabila pendapatan purata Bumiputera pada tahun 1990 meningkat kepada RM940 sebulan berbanding RM172 pada tahun 1970. Pegangan ekuiti kaum Melayu dan Bumiputera turut meningkat iaitu daripada 2.4 peratus pada tahun 1970 kepada 19.3 peratus pada tahun 1990. Namun demikian, peningkatan ini jelas jauh dari sasaran awal iaitu sebanyak 30 peratus. Selain daripada itu, 28 buah bandar baharu telah dibangunkan melalui agensi-agensi kerajaan di atas iaitu DARA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR (Hamidah, Muhammad & Norlin, 2009). 4

Namun demikian, sesetengah pihak di negara ini menganggap DEB tidak mencapai objektif kewujudannya apabila beberapa kepincangan dan kelemahan wujud susulan pelaksanaannya. Perkara ini pernah dibincangkan melalui Siri Pemikiran Kritis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Peguam-Peguam Muda Nasional, Majlis Peguam (NYLC) dengan kerjasama Youth For Change (Y4C) dan Persatuan Bahasa Tionghua Alumni Universiti Sains Malaysia pada 6 Februari 2007. Ahli politik daripada parti kerajaan dan pembangkang iaitu Shahrir Abdul Samad, M. Kulasegaran, Kamarudin Jaafar dan Tian Chua merupakan panel dalam perbincangan tersebut. Menurut M. Kulasegaran, DEB mengenepikan kaum India sehingga menyebabkan kadar kemiskinan tinggi, kadar keciciran persekolahan juga tinggi, sukar melanjutkan pengajian di universiti dan kurang terlibat dalam perkhidmatan awam. Hal ini nyata bertentangan dengan matlamat utama DEB. Tian Chua pula berpendapat, pendekatan DEB yang dilihat condong kepada satu hak istimewa bagi kaum Melayu menyebabkan peluang ekonomi tidak dapat diagihkan secara sama rata kepada semua kaum. Seterusnya, Kamarudin berpandangan bahawa DEB perlu membantu semua golongan yang lemah tanpa mengira kaum. Berbeza dengan Shahrir, beliau menyatakan bahawa masyarakat antarabangsa berbeza pendapat dengan pernyataan-pernyataan di atas (Shahrizal, 2007).

Model Ekonomi Baru (MEB) Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan sebuah rancangan pembangunan ekonomi berdasarkan analisis yang dijalankan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara (National Economic Advisory Council – NEAC). Model ini dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Persidangan Invest Malaysia 2010 di Kuala Lumpur. Tiga prinsip MEB ke arah negara membangun sepenuhnya ialah berpendapatan tinggi, kemapanan dan keterangkuman. Prinsip yang pertama menekankan kepada peningkatan pendapatan tahunan per kapita iaitu daripada USD7,000 kepada USD15,000 dalam tempoh 10 tahun. Antara strategi bagi mencapai prinsip ini ialah dengan membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi termasuk meningkatkan taraf pendidikan tenaga kerja supaya lebih tinggi daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Prinsip kedua iaitu kemapanan pula bermaksud memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang. Hal ini menumpukan kepada kesan pembangunan ekonomi terhadap persekitaran dan sumber asli dengan fokus kepada pemuliharaan alam sekitar.

5

Prinsip yang ketiga iaitu keterangkuman iaitu keperluan terhadap penyertaan menyeluruh. Prinsip ini diharap dapat mengurangkan jurang ketaksamaan, membantu pihak yang memerlukan dan melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing. Melalui prinsip ini, semua komuniti boleh menikmati kekayaan negara sepenuhnya. Bagi mencapai ketiga-tiga prinsip di atas, fokus utama MEB ialah golongan yang kurang bernasib baik iaitu kumpulan isi rumah yang tergolong dalam 40 peratus terendah. 77.2 peratus daripada golongan ini merupakan penduduk rumah panjang di Sabah dan Sarawak manakala bakinya adalah penduduk miskin di kawasan pedalaman Semenanjung Malaysia, para nelayan, petani, peniaga kecil, Orang Asli dan penduduk berpendapatan rendah. MEB yang masih mengguna pakai objektif DEB akan dilaksanakan mengikut dasar afirmatif dengan empat prinsip iaitu mesra pasaran, berdasarkan merit, telus dan berdasasarkan keperluan. Dari satu sudut lain, MEB masih terus memberi penumpuan kepada golongan Bumiputera yang dikatakan golongan majoriti dalam kumpulan yang mudah terjejas. Pelaksanaan MEB adalah berdasarkan pembangunan Program Transformasi Ekonomi yang mengandungi Inisiatif Pembaharuan Strategik iaitu: (i)

Menyuburkan kembali sektor swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi;

(ii)

Membangun tenaga kerja yang berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing;

(iii)

Mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing;

(iv)

Memperkukuhkan sektor awam;

(v)

Melaksanakan tindakan afirmatif yang telus dan mesra pasaran;

(vi)

Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan;

(vii)

Meningkatkan sumber pertumbuhan; dan

(viii)

Memastikan pertumbuhan yang mapan.

Dalam membina kerjasama sektor awam dan swasta, beberapa strategi disusun agar MEB dapat dilaksanakan dengan lebih lancar iaitu: (i)

Merangka Pelan Induk Pasaran Modal Kedua oleh Suruhanjaya Sekuriti untuk memperkukuhkan pembangunan pasaran modal;

(ii)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan melabur terhadap lebih banyak aset di luar negara dan meningkatkan pelaburan langsung di dalam negara;

6

(iii)

Menjadikan Lembaga Kemajuan Industri Malaysia (MIDA) sebagai sebuah agensi korporat supaya ia lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa. Antara kaedahnya ialah dengan memberikan kuasa kepada MIDA untuk melaksanakan rundingan terus dengan pelabur. MIDA juga dilantik sebagai agensi pusat promosi pelaburan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan kecuali perkhidmatan utiliti dan kewangan;

(iv)

Bekerjasama dengan sektor swasta untuk membangunkan beberapa lot tanah di sekitar Kuala Lumpur iaitu di Jalan Stonor, Jalan Ampang dan Jalan Lidcol;

(v)

Bekerjasama dengan KWSP untuk membangunan 3,000 ekar tanah di Sungai Buloh, Selangor sebagai hab baru kawasan Lembah Kelang;

(vi)

Mempertimbangkan untuk menswastakan beberapa buah syarikat di bawah Kementerian

Kewangan Diperbadangkan seperti Percetakan Nasional

Malaysia Berhad, CTRM Aero Composites Sdn. Bhd., Nine Bio Sdn. Bhd. Dan Innobio Sdn. Bhd. (BH Online, 2010)

DASAR AWAM DALAM PERSPEKTIF SOSIAL Pendidikan merupakan aspek terpenting dalam penyediaan modal insan yang berwibawa sebagai penggerak kepada kemajuan sesebuah negara. Kerana itu, negara-negara yang mementingkan hal ini akan memperuntukkan pecahan yang besar dalam belanjawan negara kepada pembangunan pendidikan. Makalah ini akan membincangkan beberapa dasar pendidikan negara, sejak merdeka hinggalah sekarang.

Laporan Razak (1956) Ordinan 1957 atau lebih dikenali sebagai Laporan Razak, adalah asas kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada tiga aspek dasar iaitu:(i)

Pembentukan Sistem Pendidikan Kebangsaan;

(ii)

Pengakuan matlamat akhir bahawa Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar utama; dan

(iii)

Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia

Tujuan utama Sistem Pendidikan Kebangsaan ialah untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia. Selain daripada itu, Laporan Razak ini juga bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta 7

pengajaran yang mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma dan nilai-nilai setempat atau nilai-nilai murni kehidupan masyarakat Malaysia (Yahya Don, 2005).

Laporan Rahman Talib (1960) Laporan Rahman Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan menggariskan hasrat Sistem Pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang ini. Terdapat empat aspek penting dalam laporan tersebut, iaitu:(i)

Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar;

(ii)

Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah dan menengah atas;

(iii)

Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk keperluan tenaga mahir; dan

(iv)

Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan rohani sebagai teras. (Yahya Don, 2005).

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Dasar ini dicadangkan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohammad, Perdana Menteri Malaysia ke-4, yang berpendapat bahawa Malaysia telah jauh ketinggalan dari arus globalisasi. Rasionalnya peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik daripada Bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatianan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan (Awang Sariyan, 2002). Umum juga mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan sesebuah negara.

Pelbagai inovasi dan

penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas sedangkan capaian maklumat dalam bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, hubungan antarabangsa juga dapat dicapai kerana penguasaan Bahasa Inggeris sebagai komunikasi global antara negara. Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris telah menjadi satu isu dalam pendidikan. Ada pihak yang berpendapat bahawa program reformasi ini akan menjejaskan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa 8

pengantar utama di sekolah. Sesetengah pihak pula, berpendapat PPSMI menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Awang Sariyan, 2002). Pelbagai pihak telah membuat kajian berkenaan isu ini, antaranya ialah Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), Trends and International Science and Mathematics Study (TIMSS 2007) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI). Seperti mana reaksi orang awam iaitu para cendekiawan, sasterawan, budayawan, ibu bapa, guru dan murid, hasil kajian ini menunjukkan bahawa lebih banyak kelemahan berbanding kebaikan diperoleh kesan daripada pelaksanaan dasar in...


Similar Free PDFs