Posisi Malaysia Berdasarkan Perkembangan dan Keruntuhan Tamadun Example 2 PDF

Title Posisi Malaysia Berdasarkan Perkembangan dan Keruntuhan Tamadun Example 2
Author kuan sin
Course Islamic and Asian Civilization
Institution INTI International University
Pages 3
File Size 71.5 KB
File Type PDF
Total Downloads 29
Total Views 180

Summary

Penulisan Group Blog: Pengenalan kepada Tamadun (10 markah)Pastikan anda tahu faktor-faktor perkembangan dan keruntuhan tamadun sebelum anda bermula.Apakah posisi Malaysia berdasarkan perkembangan dan keruntuhan tamadun?Jawapan:Faktor-faktor Pembangunan TamadunKedudukan StrategikKedudukan yang strat...


Description

Penulisan Group Blog: Pengenalan kepada Tamadun (10 markah)

Pastikan anda tahu faktor-faktor perkembangan dan keruntuhan tamadun sebelum anda bermula. Apakah posisi Malaysia berdasarkan perkembangan dan keruntuhan tamadun?

Jawapan: Faktor-faktor Pembangunan Tamadun Kedudukan Strategik Kedudukan yang strategik adalah antara faktor pembangunan sesebuah tamadun. Malaysia mempunyai kedudukan geografi yang strategik sebagai sebuah negara yang berpotensi menjadi nagara yang membangun. Sejak dahulu lagi, negara kita menjadi tempat persinggahan pedagang-pedagang dari Tanah Arab, China dan India kerana kedudukannya di tengah-tengah jalan laut antara timurdenan barat. Di samping itu,negara kita juga terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufanmenyebabkannya bebas daripada gempa bumi , letusan gunung berapi, dan tiupan angin taufan.Kedudukan Malaysia terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa. Keluasan Malaysia adalah kira-kira 329 733 km persegi. Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah wilayah persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Pulau Labuan dan putrajaya.Lokasi strategik, infrastruktur kelas dunia serta akses kepada pekerja mahir kekal sebagai kekuatan Malaysia untuk terus menarik pelaburan dari serata dunia, selain hubungan mampan di antara negara-negara yang maju dan berdaya saing. Sehingga kini, Selat Melaka terus memainkan peranannya kepada perkembangan Malaysia, terutamanya ke atas perkembangan ekonomi Malaysia. Selat Melaka merupakansalah satu kawasan perairan yang terpenting di dunia. Hal ini telah menarik banyak peluang perdagangan kepada Malaysia untuk terus berkembang menjadi negara maju.

Pembangunan ilmu dan penghayatan nilai Dalam masyarakat Malaysia, kita mempunyai pelbagai bangsa yang hidup aman dan harmoni bersama. Contohnya, Melayu, Cina, India dan bumiputera. Oleh itu, kita mempunyai pelbagai budaya dan ilmu pengetahuan yang berbeza daripada agama kita sendiri. Contohnya bangsa Melayu yang beragama islam biasanya menghayati nilai-nilai murni yang direalisasi oleh tokoh tamadun Silam iaitu Al-FArabi dan Ibn Khaldun. Untuk bangsa Cina, kita biasanya menghayati pembelajaran daripada LaoTze dan Kung Fu-Tze dalam kehidupan harian kita. Selain itu, Indian akan menghayati tokoh tamadun Silam mereka iaitu Kautilya dan Samkara. Dengan mempunyai tokoh-tokoh tamadun Silam ini masyarakat Malaysia dapat mempelajari nilai-nilai dan ilmu pengetahuan dan meningkatkan pemikiran masyarakat.Oleh itu, ini membawa perkembangan negara. Dengan kreativiti dan nilai yang diamalkan oleh masyarakat, Malaysia menjadi semakin maju and damai.

Rangsangan agama dan kerohanian Antara faktor perkembangan tamadun di Malaysia adalah rangsangan agama dan kerohanian. Tamadun boleh dedefinisikan sebagai suatu tingkat pencapaian dan segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat yang berperadaban atau bertamadun. Masyarakat bertamadun biasanya dikaitkan dengan masyarakat yang hidup dengan budi pekerti mulia dan juga bermoral tinggi. Pemupukkan dua sifat tersebut dalam diri seseorang atau sesebuah masyarakat pula berkait rapat dengan kepercayaan beragama dalam kehidupan mereka. Ajaran agama dan ajaran rohani medorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang baik, bermoral, tulus dan suci yang akhirnya membina cara pandang dan sikap yang bertamadun dan beradab. Hal ini dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat di Malaysia yang majoritinya mempunyai agama. Nilai-nilai baik yang dipupuk di dalam diri mereka sejak lahir melalui agama telah melahirkan masyarakat Malaysia yang mampu hidup dengan aman damai, hormat-menghormati dan penuh toleransi walaupun berbeza agama dan kepercayaan. Selain itu, kewujudan rumah-rumah ibadat yang banyak seperti masjid, tokong dan kuil menggambarkan penghayatan yang tinggi oleh masyarakat Malaysia terhadap kehidupan beragama.

Penempatan kekal Selain itu, penempatan kekal juga adalah salah satu faktor perkembangan tamadun di Malaysia. Aktiviti ekonomi dan juga kemasyarakatan akan wujud apabila manusia hidup didalam sesebuah penempatan yang kekal. Malaysia sedang menuju ke arah kemajuan dan mencapai taraf negara maju dan berada dilandasan yg betul dengan penerapan nilai nilai murni berlandaskan pegangan dan kepercayaan agama setiap penduduk. Setiap agama yg diamal menerapkan nilai nilai kehidupan yg murni dan harmoni serta saling menghormati. Hal ini menyumbang kepada kejayaan Malaysia utk berdaya saing dan menuju tamadun yg lebih baik. ini dapat di buktikan dgn kelancaran ekonomi dan kedudukan negara yg keluar dari kelompok negara dunia ketiga dan kemiskinan. Meski pun terdapat segelintir kumpulan yg tidak mengamalkan nilai nilai kehidupan yg baik dan harmoni cuba mengagalkan misi kemajuan negara. Mereka masih gagal dan tidak memberi kesan untuk mengatasi kelancaran pacuan ekonomi dan penaikan taraf kedudukan negara. Malaysia telah mendapat banyak pengiktirafan dari banyak negara maju. Jika Malaysia tidak kehadapan dan tidak mempunyai nilai, sudah tentu tiada pelabur dan pelancong yang akan datang.

Tekanan Kehidupan Tekanan kehidupan merupakan kesengsaraan hidup yang dialami oleh sesebuah masyarakat. Walaubagaimanapun, dengan kesengsaraan hidup yg dialami oleh sesebuah masyarakat, masyarakat tersebut akan lebih berdisiplin untuk membangunkan kehidupan mereka. Begitu juga dengan negara Malaysia. Negara Malaysia dulu sebelum mencapai kemerdekaan, telah dijajah oleh Jepun & British. Pada zaman itu, masyarakat Malaysia telah mengalami pelbagai cabaran oleh sebab dijajah oleh jepun dan british. Namun demikian, masyarakat Malaysia telah tetap bersama walaupun berlainan agama. Seluruh masyarakat Malaysia telah bekerjasama dan telah mencapai kemerdekaan dan kini pada hari ini, Malaysia merupakan salah satu negara yng patriotik dan mempunyai semangat satu Malaysia walaupun

agama, bangsa dan warna kulit berlainan. Malaysia telah berkembang walaupun menghadapi pelbagai cabaran dari segi tekanan kehidupan.

Faktor Keruntuhan Tamadun Sikap Tertutup Masyarakat Malaysia mengalami keruntuhan daripada faktor sikap tertutup. Sikap tertutup bermaksud sikap yang tidak ingin menerima segala perubahan dari struktur politik,ekonomi dan sosial. Hal ini,berpontensi untuk menghapuskan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat. Kemudiannya,masyarakat tersebut akan tertinggal pada era yang sama dan tidak dapat maju. Malaysia mengalami masalah ini kerana, terdapat segelintir masyarakat malaysia yang bersikap tertutup. Terutamanya golongan orang tua. Mereka tidak mahu mengalami perubahan kerana mereka berasa terancam dengan perubahan. Golongan orang tua ini,tidak mahu mempelajari teknologi yang terkini kerana mereka menuntut bahawa perkara tersebut adalah sangat susah. Oleh itu,generasi sekarang sedang berusaha untuk mengatasi masalah tersebut....


Similar Free PDFs