PENGENALAN 'DASAR PECAH DAN PERINTAH' DOCX

Title PENGENALAN 'DASAR PECAH DAN PERINTAH'
Pages 1
File Size 15.7 KB
File Type DOCX
Total Downloads 44
Total Views 102

Summary

PENGENALAN ‘DASAR PECAH DAN PERINTAH’ Sejak awal lagi, adalah menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu mengekalkan hubungan baik dengan golongan istana dan aristokrat Melayu dengan cara mengekalkan industri tradisional dan seboleh-bolehnya mengelakkan gangguan ke atas fungsi, stuktur...


Description

PENGENALAN 'DASAR PECAH DAN PERINTAH' Sejak awal lagi, adalah menjadi dasar Inggeris yang tersirat bahawa mereka perlu mengekalkan hubungan baik dengan golongan istana dan aristokrat Melayu dengan cara mengekalkan industri tradisional dan seboleh-bolehnya mengelakkan gangguan ke atas fungsi, stuktur sosial, dan cara hidup Bumiputera. Oleh itu, penduduk Bumiputera tidak diberi peluang dalam perkembangan, ekonomi, eksport, sebaliknya keutamaan diberi kepada golongan imigran. Ini dibuktikan daripada pengimportan buruh asing untuk mengisi keperluan tenaga buruh. Kerajaan Kolonial Inggeris telah mentadbir penduduk Bumiputera dan imigran secara berasingan. Dasar ini dikenali sebagai sistem 'Pecah dan Perintah'. Satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk melemahkan Bumiputera pada masa yang sama memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekali gus memisahkan mereka daripada penduduk Bumiputera. Golongan imigran dibiarkan mengekalkan identity dan budaya masing-masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaum Bumiputera. Mereka diberi kesempatan dan kemudahan untuk terlibat dalam perkembangan perusahan bijih, getah dan aktiviti perniagaan. Penduduk Bumiputera sebaliknya disisih dari corak kegiatan ekonomi komersial yang diwujudkan. Walaupun kaum Bumiputera tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan oleh penjajah Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina, mereka tetap mahu dikekalkan dengancara hidup tradisi mereka-menjadi petani sara-diri atau nelayan miskin. Dengan cara ini pihak Inggeris berharap dapat membentuk keadaan yang stabil dan terus menjajah Negara ini. Dasar `Pecah dan Perintah' membayangkan usaha yang terancang bagi mewujudkan suatu keadaan yang menjadikan orang Melayu sebagai penduduk Bumiputera akan tertekan daripada segi kehidupan ekonomi, politik, dan sosial....


Similar Free PDFs